Tenang di penghujung usia 30 an.
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah ππ
. Kaw kaw punya!
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.
Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
Pang!!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.
Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari π
.
You have to face it!
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!
Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
- ALLAH SAYANG-
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!
Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' π.
Take a second to think about how blessed you are.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.
#cnp
#tandaAllahsayang
#terima dan #positif
#gotohealtylifestyle
Friday, November 22, 2019
Friday, November 15, 2019
Sahabat
Dua minggu tidak bertegur sapa... Yang aku ingat kali terakhir dia tegur masa aku hilang untuk solat di hotel masa jamuan akhir tahun.. Lepas tu, langsung tiada sapaan untuk aku lagi.. Seorang sahabat yang hampir 10tahun bergurau senda.. Tapi tiba-tiba senyap entah kenapa.. Cuba mengelak bila berselisih.. Tiada lagi gurauan.. Tiada lagi ambil berat.. Tapi aku tak tahu kenapa.. Dengan tiba-tiba sahaja..
Pada mulanya, aku sangka sebab emosinya kurang stabil... Biasalah.. Kerja sebagai seorang guru ni memang mood macam laut juga.. Kadang rasa tenang.. Kadang rasa bergelora.. Tapi biasanya tidak lama.. Namun tidak pada kali ini.. Bila aku sedari.. Dengan sahabat lain, dia seperti biasa.. Sibuk bergurau senda.. Saling mengusik.. Saling kutuk mengutuk.. Tapi bila dengan aku... Jadi diam seribu bahasa..
AllahuAkbar... Entah apa salahku.. Entah apa silapku.. Entah apa bicaraku sampai begitu sekali jadinya... Memang aku tertanya-tanya.. Pernah juga aku merisik khabar dari teman yang lain... Namun semua diam tanpa bicara.. Ya Allah.. Sebak rasa didada.. Sungguh sukar untuk puaskan hati semua.. Tapi aku masih tertanya-tanya.. Puas aku 'google' mencari jawapan.. Merungkai misteri.. Namun tidak bertemu..
Sedih rasa dihati.. Sedih bila berselisih dia memandang ke arah lain... Sedih bila tidak dilayan seperti yang lain... Sedih bila sedar dia cuba mengelak dari berjumpa.. Nampak sangat dibenci.. Ketara sangat tidak disukai.. ALLAHUAKBAR...
Akhirnya.. Aku sedari.. Allah yang maha berkuasa.. Aku panjatkan doa.. Agar dilembutkan hatinya agar memaafkan segala kesilapan yang aku tidak sedari... Mungkin ada terkasar bahasa.. Mungkin ada terlebih bicara.. Biarlah hanya Allah yang mengetahuinya.. Biar jadi misteri.. Cukup sekadar menerima kemaafan darinya.. Dilembutkan hatinya.. Kalau dia tak ingin berbicara.. Cukup sekadar bermula dengan dia memandang muka aku dengan penuh keikhlasan..
Wednesday, November 6, 2019
Tuesday, October 1, 2019
Monday, September 30, 2019
Susah ke..?
Orang yang dah kahwin tetapi ada masalah dalam rumahtangga, berdoalah mohon pada Allah minta perkara yang baik-baik.
Orang yang dah kahwin tetapi belum dikurniakan zuriat, berdoalah mohon kepada Allah semoga suatu hari nanti kita dikurniakan zuriat.
Orang yang belum berkahwin, mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan pasangan hidup.
Orang yang rezekinya seakan sempit, mohonlah kepada Allah semoga dilapangkan segalanya.
Orang yang ada masalah macam-macam, mintalah kepada Allah, doa supaya selesai segala masalah dan kita dapat hidup bahagia.
Orang yang banyak dosa, doalah minta ampun kepada Allah sekerap-kerapnya.
Doa doa doa dan terus berdoa. Tak perlu tunggu susah baru nak doa. Tak perlu nak tunggu disuruh, baru nak berdoa. Tak perlu nak tunggu datang mood baru nak doa.
Jangan jemu, jangan putus asa.
Percayalah kepada Allah. Ujian bermacam bentuk. Semua tu tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita.
Tak guna mengeluh sana sini, letaklah Allah tu dekat dengan kita. Bukan jauhkan-Nya".
Saya pandang sahaja seorang lelaki yang agaknya dalam umur 50-an memberi nasihat kepada sekumpulan rombongan di hadapan sebuah masjid. Tak tahu apa puncanya dia bagi nasihat begitu.
Ada lelaki ada perempuan.
Ada 2 buah van dan 2-3 buah kereta. Macam keluarga dan saudara-mara balik dari majlis kenduri.
Saya ketika itu sedang nak pakai kasut semula. Buatlah tunduk, lambat-lambat pakai stoking nak dengar dia sedang berkata.
Menarik kata-katanya.
Teringat dahulu pernah terbaca hadis ini;
Daripada Abi Said al-Khudri radiallahuanhu, bahawa Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda,
"Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah subhanahuwataala akan mengabulkannya dengan tiga cara:
1. Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin.
2. Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak.
3.Allah akan menjauhkan darinya kejelekan". Hadis riwayat Ahmad.
Betul kawan-kawan,
Kita ni sebagai manusia memang lemah dan amat-amat memerlukan Allah sepanjang masa. Baik ketika senang atau susah, ketika sempit atau lapang, ketika bahagia atau derita, ketika ada atau tiada sesuatu.
Doa ini juga ibadah. Inilah tandanya betapa kita ini perlu taat kepada Allah, tanda diri kita hina berbanding Allah dan sudah pasti doa juga merupakan kita amat-amat berhajat kepada Allah.
Berdoalah tanpa jemu. Tak perlu putus asa selagi apa yang dihajati belum kesampaian.
Yang pasti, rapatkan diri kita kepada-Nya.
WS Adli W Muhammad,
Terus didik rapatkan diri kepada Allah.
Thursday, September 26, 2019
Panduan
*KEBERKATAN HIDUP*
*Jenis2 keberkatan:*
*1. Keberkatan dalam hidup.* πΌ
Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.
Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.
*2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).* ⏳
Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.
*3. Keberkatan pada rezeki.* π
Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.
Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.
*4. Keberkatan pada ilmu.* π‘
Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
*5. Keberkatan pada rumah.* π‘
Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.
*6. Keberkatan pada keluarga.* π³πΌ♀π§πΌ
Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.
*7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.* π€
Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
*8. Keberkatan pada pekerjaan.* πΌ
Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.
Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.
π³π✒ππ€²πΏππΉ

Sunday, September 15, 2019
Muhasabah
Seorang sahabat bagi tau pada suatu pagi..
"kau memang suka ketawa kan bahiyah.. Kalau datang sekolah tak dengar suara kau ketawa tu maksudnya aku tau kau tak datang sekolah."
Anak murid pernah bagi tau..
" cikgu ni.. Asyik suka jer.. Gelak jer memanjang.. Tak pernah tengok cikgu sedih.. Semua benda boleh jadi lawak.. "
Sahabat lama pernah bertanya..
" kau sekarang macam dulu lagi ke.. Asyik gelak jer.. "
Jadi.. Daripada tiga situasi tu aku tau..dari dulu lagi aku memang suka ketawa.. Alhamdulillah.. Aku dapat tunjuk muka ceria depan semua orang.. Walau hakikatnya dalam hati hanya Allah yang Maha mengetahui.. Biar aku pendam rasa yang ada.. Selagi ada daya.. Dan aku harap aku dapat juga ceriakan orang yang berada di keliling aku..
Aku tau.. Allah bagi ujian ini pun sebab Allah sayangkan aku.. Jangan terlalu suka dan leka dengan hal dunia.. Kena selalu menangis dan mengadu pada Allah.. Kena selalu cerita dan berkongsi segala hal dengan Allah..kea didik hati untuk selalu rindu dengan Allah.. InsyaAllah ada sebabnya.. ALLAHUAKBAR
Monday, September 9, 2019
Tuesday, September 3, 2019
Air mata oh air mata
Mudah sangat air mata ini tumpah.. Dari sehari ke sehari.. ALLAHUAKBAR.. Hampir setiap malam ditemani mimpi ngeri.. Sehinggakan aku tak sanggup lagi untuk hadapi malam-malam yang mendatang.. Allahuakbar ya Allah.. Kau mudahkanlah perjalanan hidupku ini ya Allah.. Permudahkan urusan suamiku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidupku.. Permudahkanlah Ya Allah.. Kau jauhkan dan hindarkanlah diriku dari bisikan syaitan.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rab

Friday, August 30, 2019
InsyaAllah
Mak selalu pesan,
"Kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita kena bangun malam. Kena merintih. Banyak menangis. Sebab kita ni lemah. Nak ubah suami pun payah. Nak cakap dengan suami lagi susah. Jadi, kita bercakaplah dengan Allah. Doakan kesalahan suami pada Allah. InsyaAllah, Allah sendiri akan didik suami untuk jadi baik pada anak isterinya"
Tiadalah yang lebih membahagiakan seorang wanita itu melainkan dia memiliki Tuhan didalam hatinya.
Memiliki Tuhan bererti kita ada tempat untuk mengadu, tempat merujuk, tempat meminta tolong, tempat penyelesai masalah dan segala-galanya.
πTerjumpa di fb.. ALLAHUAKBAR..

Monday, August 19, 2019
Alhamdulillah
Alhamdulillah syukur bila tengok keadaan suami sekarang.. Sudah semakin pulih walau masih takut untuk bersin dan batuk.. Semalam Allah detikkan dalam hati.. Mungkin sebelum ni aku payah untuk bersyukur.. Aku selalu tertanya-tanya.. Kenapa aku kena lalui semua ini.. Bila tengok orang lain bahagia terus terbit rasa cemburu.. Rasa sedih yang terpahat dalam hati yang aku pegang sampai berhari-hari.. Aku asyik pandang pada kegagalan dan kesedihan yang aku alami.. Tambahan lagi baru-baru ni aku gagal mendapat tempat top 20 dalam anugerah kelab yang paling aktif bagi tahun 2018..lagi bertambah sedih di hati.. Wal hal tahun sebelum tu aku dapat tempat ke dua.. Ya Allah.. Bertambah-tambah sedih..
Dalam pada aku memandang kesedihan itu.. Komputer riba aku pula rosak.. Sedangkan kerja yang menimbun perlu disiapkan menjelang buka sekolah..
Tapi.. Dalam aku menghitung kesedihan demi kesedihan yang aku alami.. Tekanan demi tekanan yang perlu aku lalui.. Kesusahan demi Kesusahan yang aku harungi.. Allah hadir untuk detikkan dalam hati.. Mungkin aku kurang bersyukur.. Aku sibuk memandang yang negatif.. Tapi aku lupa dengan hikmah demi hikmah yang Allah turunkan pada aku.. Ya Allah.. Terus aku rasa berdosa yang amat.. Terus aku sedar yang aku seolah-olah menafikan nikmat dan ganjaran dari Allah.. Ya Allah.. Terasa diri begitu kerdil.. Semoga Allah terus kurniakan kepada aku nikmat kesihatan yang baik.. Nikmat kebahagiaan dan nikmat kejayaan.. Amin

Sunday, August 11, 2019
Redha dengan ujian Allah
Terkadang kita lupa bahawa hidup kita tidaklah lama mana. Hargai setiap detik yang kita ada. Redha dengan ujian ALLAH. Ianya akan berakhir jua...
Hanya hati yang redha dan wajah yang senyum akan menguatkan semangat kita dalam menghadapi rencana Tuhan.
#inspirasidrzubaidi
Alhamdulillah.. Hari ke 4 selepas en suami menjalani pembedahan.. Alhamdulillah sokongan dan dorongan ahli keluarga sangat mengharukan.. Bila en suami keluar dari bilik bedah jam 6.30pm.. Semua menarik nafas lega.. Sementelah dari jam 9.00 dah ditolak ke dalam bilik pembedahan.. Mak mertua terus berniat buat kenduri semalam.. Bila doktor membenarkan en suami keluar dari hospital.. Sekali lagi semua ahli keluarga menarik nafas lega..
Tapi tidak bagi aku.. Tambahan lagi bila tengok en suami masih lagi demam.. Rasa loya yang berpanjangan.. Rasa pening yang tiada sempadan.. Dengan bekalan ubat yang banyak.. ALLAHUAKBAR.. Allah maha besar.. Hanya Allah yang maha mengetahui rasa hati ini.. Ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku dalam mengharungi ujian demi ujian dariMu ya Allah..
Bagi orang lain.. Selesai sudah urusan.. Tapi bagi aku.. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang panjang.. Tarikh perjumpaan dengan doktor setiap minggu untuk bulan 9 ini perlu dipenuhi.. ALLAHUAKBAR.. mampukah aku.. Permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik perancang.. Amin

Monday, August 5, 2019
Tazkirah
πBukan suka² Allah jodohkan kita dengan *isteri yang suka melawan..*
▪Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan *suami yang panas baran..*
πBukan suka² Allah berikan kita *anak yang degil dan nakal..*
▪Bukan suka² Allah letakkan kita dalam *keluarga yang tak kuat agama..*
πBukan suka² Allah beri kita anak ramai
▪Bukan suka² Allah langsung *tidak beri anak pada kita*
πBukan suka² ALLAH *beri kita pelbagai sakit..*
πBukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.
πBukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.
πHidup kita Allah yang atur.
▪Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.
πJadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.
▪Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang.
▪DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita.
▪Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.
▪Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.
πJadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.
πKita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja.,
▪Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.
▪Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!
πLakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya.
▪Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.
πAllah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka..
_*πΊtazkirah hatiπΊ*_
Tenangkanlah hatiku ya Allah.. Aku kena kuat demi anak-anak.. Janganlah air mata ini tumpah lagi ya Allah.. Kuatkan lah hati ini ya Allah.. Sungguh tiada lagi tempat untuk aku mengadu selain dari Mu ya Allah.. Permudahkan la ya Allah..

Thursday, August 1, 2019
Semoga dipermudahkan
Hari ni dapat tarikh untuk pembedahan suami pada minggu depan...seminggu awal dari tarikh awal yang diberikan oleh doktor.. ALLAHUAKBAR.. mungkin ada hikmahnya.. Debaran hati usah dibicara.. Bagai nak meletop rasa getarannya.. Boleh kah aku hadapi saat-saat yang mendebarkan..
Saja berbual dengan en. Suami.. Aku memang tak berani nak pandu kereta jauh.. Tambahan lagi.. Kawasan ibu kota yang memang terkenal dengan kesibukannya.. ALLAHUAKBAR.. Rupanya en. Suami pun x percaya dengan keyakinan aku yang suam-suam kuku ni..
Aku bermohon semoga Allah tidak membiarkan aku keseorangan.. Amin
Semoga pembedahan berjalan dengan lancar.. Semoga dipermudahkan urusan samada sebelum, semasa mahupun selepas pembedahan.. Semoga en. Suami diberikan ketenangan hati dan diberi kesihatan yang baik.. Semoga en. Suami sihat supaya tenang hati ibu mertuaku.. Sayangku pada ibu mertua seperti sayang kepada ibu sendiri.. Sementelah beliau saja yang masih ada.. Semoga ibu mertua juga diberi kesihatan dan ketenangan.. Amin

Tuesday, July 30, 2019
Ketenangan hati milik Allah
Tiba - tiba je aku rasa sangat tenang bila baca tulisan seorang sahabat di facebook.. ALLAHUAKBAR.. semoga ketenangan ini sentiasa mengiringi kehidupanku, suami dan ibu mertuaku.. Semoga Allah terus bagi kesihatan yang baik untuk en. Suami supaya ibu mertuaku terus diberi ketenangan hati dan dijauhkan dari perasaan gundah gulana dan sedih yang berpanjangan.. Amin
Thursday, July 25, 2019
Aku seorang guru
Pagi ni.. Ada hari kokurikulum @ hari kantin.. Macam biasa.. Aku memang dah pajak jualan burger untuk kelab aku.. Pagi ni aku lambat sikit sampai sekolah.. Maklumlah cuti peristiwa a.k.a cuti belajar.. Dalam perjalanan ke sekolah.. Ada satu kereta kancil dah langgar seekor anak kucing.. Cepat jer kereta tu berhenti di bahu jalan untuk tengok semula anak kucing yang dilanggar... Aku tau mesti kes tak sengaja.. Menitis air mata aku tengok anak kucing tu.. Huhu.. Makin sensitif pula.. Ciri-ciri penuaan dan kematangan usia.. Opps...
Awal pagi dah bergelut siapkan gerai.. Sa'i dari bilik guru ke tapak niaga..terus ke tapak perhimpunan.. Ulang laluan ke kantin.. Terus ke tapak niaga.. Patah semula ke bilik ert.. Terus ke tapak niaga dengan beban barang dapur.. Masih terasa cergas.. Dengan bantuan anak-anak didik.. Yang usianya berkali ganda jauh lebih muda dari aku.. Tambahan lagi masih awal pagi lantaran matahari masih menunjukkan dirinya..
Siap sedia dengan gerai.. Dengan anak didik yang lengkap memakai apron.. Dengan masing-masing bersarung tangan berada di posisi masing-masing.. Lincah jari jemari halus memainkan peranan.. Ada yang memarut timun.. Ada yang membasuh telor.. Ada yang memotong roti.. Ada yang mula menyusun atur sos ke dalam bekas yang lebih mudah digunakan.. Semua lincah memainkan peranan masing-masing.. Alhamdulillah.. Sayang kamu semua..
Dalam ketenangan itu.. Aku bergegas ke bilik tayang.. Di mana berlangsungnya program PERMATA PINTAR... Program panitia Matematik yang aku sebagai ketua panitia dengan kerjasama Kelab Pelaburan Bijak yang aku sebagai guru penasihat.. Kikiki dua dalam satu..
Program untuk pelajar galus dengan menggunakan khidmat pakar dari guru yang telah bersara.. Alhamdulillah.. Maklum balas dari pelajar sangat memberansangkan
" eh dah 2 jam.. Tak terasa dah 2 jam berlalu"
" oo baru saya tau macam mana nak buat jadual"
" senang je rupanya graf ni ye cikgu"
Alhamdulillah... Cikgu doa yang baik-baik untuk kamu semua.. Semoga ilmu yang dapat bukan setakat hari ini sahaja..
Menjelang tengah hari.. Kak Zakiah selaku ketua AJK kupon datang dengan kalut 'paksa' kami semua untuk bantu buat kupon tambahan sebanyak 2500 lagi kerana stok kupon telah habis... Dalam kekalutan membuat kupon.. GPK Pentadbiran selaku orang kanan puan pengetua datang minta aku jumpa pn. Pengetua.. Rupanya pn. Pengetua nak minta aku uruskan belian wakaf untuk sumbangan dari 2 orang guru yang berpencen minggu sudah..
Terus aku dan seorang sahabat solat dan memecut ke WAKAF WARISAN di kg. Kandang.. Tempat letaknya pejabat utama dan tapak jualan wakaf...
Setelah perbincangan demi perbincangan dengan pekerja Wakaf Warisan yang comel dan beberapa panggilan kepada Pn. Pengetua dan en. GPK 1.. Akhirnya persetujuan dicapai dengan pembelian 2 buah wakaf.. Alhamdulillah dimudahkan urusan..
Selesai satu perkara.. Terus aku dan sahabat balik semula ke sekolah untuk kiraan kupon jualan berasama teman yang sedari awal sedang mengira.. Allahuakbar.. Pukul 5.30petang selesai kiraan kupon bagi semua urusan jual beli sepanjang hari koku pada hari ini..
Sekali lagi aku memecut mengambil anak dan solat asar... Tamat urusan aku sebagai guru pada hari ini.. Tapi sebagai ibu dan isteri.. Tugas itu baru bermula untuk hari ini.. Ya Allah berkatilah hidup ini.. Permudahkankah urusanku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kesihatan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupanku.. Amin ya Rabbal A'lamin..
Wednesday, July 10, 2019
Sabar, redha dan syukur
Sabar, redha dan syukur..
Jika sakitnya dunia buatmu lelah maka janganlah bersedih..
Barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu..
Dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum..
namun tersenyumlah sehingga kau bahagia..
Mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatut..
Mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu..
Oleh kerana itu tenanglah sebab engkau selalu berada dalam pengawasan Allah yang Maha Menjaga.. Dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu.. Aku serahkan segala urusanku kepada Allah..

Tuesday, July 2, 2019
Ketawa dan air mata
Ya Allah.. Hanya padaMu aku bermohon... Hanya padaMu aku meminta.. Hanya padaMu aku merayu.. Permudahkanlah perjalanan hidupku.. Permudahkan urusan di dunia dan akhirat.. Permudahkan urusan suami dan anak-anakku di dunia dan akhirat..
Ya Allah.. Berikan ketenangan kepada hati kami sekeluarga dalam mendepani ujian dariMu ya Allah.. Semoga air mata yang mengalir ini adalah air mata yang dapat menghapuskan dosa-dosa kami ya Allah..
Sesungguhnya aku tahu pasti ada hikmah atas apa yang telah Kau takdirkan.. Semoga hikmah itu adalah yang terbaik untuk hambaMu ini ya Allah.. Semoga suamiku mendapat ubat dan rawatan yang terbaik untuk dirinya.. Semoga doa seorang isteri ini dimakbulkan ya Allah.. Semoga doa yang pasti dari seorang ibu dimakbulkan ya Allah..
Pedih dan pilu hati ini.. Hanya Allah yang maha mengetahui.. Hanya airmata peneman bicara.. Hanya esakan mengiringi waktu tidur.. Payah rasanya menyimpan rasa dan kesedihan dari semua.. Dari suami dan anak-anak tercinta.. Dari sahabat dan teman-teman.. Nampak senyuman yang terukir.. Harap mampu mengaburi mata semua.. Allahuakbar.. Sesungguhnya berat rasa menempuh saat seperti ini..
Doa dan harapanku semoga Allah mendengar suara hati ini.. Dan memakbulkan segala doa yang kupinta.. Dan segala doa orang-orang mukmin di luar sana.. Amin ya rab

Thursday, June 27, 2019
ALLAHUAKBAR
Aku belajar diam dari banyaknya bicara,
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,
Aku belajar mengalah dari sebuah keegoisan,
Aku belajar tersenyum dari sebuah kesedihan,
Aku belajar bersyukur walaupun tidak puas,
Aku belajar ikhlas walau tak rela,
Aku belajar beralah walau tidak seberapa,
Aku belajar mengasihi walau berkali disakiti,
Aku belajar tenang walau gelisah,
Aku belajar percaya walau susah,
Aku belajar tabah walau dugaan sering menerpa,
Kerana aku tahu.. Tak selamanya hidup ini indah,
Kadang kala Allah menyapa melalui derita,
Dugaan itu tetap datang menyapa,
Aku belajar bahawa tidak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi
Kerana semua rancangNya indah bagiku

Wednesday, June 26, 2019
Bicara tanpa suara
Sesekali hati ini pedih.. Sesekali hati ini sedih.. Sesekali hati ini ingin meratap.. Sesekali aku kalah.. Sesekali aku lelah.. Sesekali aku pasrah.. ALLAHUAKBAR.. pilu bila hati ini dijentik.. Hanya Allah maha mengetahui.. Selalu pujuk hati untuk bersangka baik dengan Allah.. Selalu juga air mata tumpah tanpa sengaja.. Tapi aku tahu.. ALLAH dah atur yang terbaik untuk hambanya.. ALLAH pilih jalan yang terbaik untuk hambanya.. Semoga hati ini terus tenang.. Terus kuat.. Semoga aku sentiasa positif.. Semoga aku tidak keseorangan menempuh ujian dari Mu Ya Allah.. Semoga dipermudahkan semua urusanku.. Urusan suami.. Urusan anak-anak.. Dan urusan orang-orang yang aku sayang dan sayang pada aku.. Amin..
Ya Allah.. Sesungguhnya aku takut... Takut menempuh hari-hari yang mendatang.. Takut meniti hari-hari yang penuh ujian.. Semoga Allah bantu aku.. Bantu hati ini.. Bantu suamiku.. ALLAHUAKBAR.. hanya Allah tempat aku mengadu.. Tempat beserah.. Tempat menagih kasih dan simpati..

Wednesday, June 19, 2019
Thursday, June 13, 2019
Sentiasa bersangka baik dengan Allah
Sangka Baik Saat Diuji
Masuk tahun ini, sudah hampir 4 tahun saya berulang-alik sejam sehala ke sekolah. Sebelum ini, lapan tahun mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lima minit perjalanan sudah sampai di depan pintu pagar sekolah.
Pada tahun 2012 saya mula mengajar di Seremban setelah berjaya berpindah dari Johor Bahru. Satu nikmat yang hebat kerana dapat duduk di rumah sendiri. Setelah dua tahun memohon tukar, Allah makbulkan doa kami berpindah. Setelah dua tahun di sekolah baru, saya menyambung pengajian. Setelah tamat cuti belajar, saya dihantar ke sekolah yang saya sedang bertugas ini.
Cikgu nampak gembira
Ada orang menyebut ayat tersebut kepada saya. Cuma persoalannya adakah saya ini benar-benar gembira? Sejujurnya, rasa tertekan itu tetap ada. Rasa ingin mengajar dekat dengan rumah itu tetap ada. Bayangkan, seawal 6.10 pagi sudah bertolak ke tempat kerja dan sampai di sana lebih kurang 7.10 pagi dengan melalui laluan yang berbukit bukau dan berselekoh tajam. Adakah situasi itu mampu memberi kegembiraan dalam hati? Kita tidak boleh menipu diri. Ada ketikanya rasa tertekan menjelma juga dalam hati kerana kita manusia. Dan saya juga termasuk dalam golongan yang adakalanya rasa lemah juga. Cuma, saya tidak mahu menzahirkan apa yang bermain-main dalam hati ini. Sebab itu ada yang mengatakan saya gembira dengan apa yang sedang saya lalui.
Sahabat semua, hidup ini pilihan. Jika saya melayan rasa di hati, saya juga yang akan menanggung kesedihan itu. Apa akan jadi pada hati saya? Tentu akan gelisah sepanjang masa. Sedangkan itu tidak baik buat diri saya. Sudah tentu saya akan stres. Mungkin saya akan jadi pendiam dan kurang komitmen terhadap kerja. Nanti, apa jadi pada anak didik saya? Bagaimana pula tugasan lain yang melibatkan rakan sekerja? Ya Tuhan, pasti banyak yang tidak baik seandainya saya terus melayan perasaan. Lalu saya mengambil langkah yang saya kira ia baik untuk diri dan orang lain. Apakah dia? Bersangka baik dengan takdir-Nya. Ya, saya berdamai dengan apa yang telah ditentukan oleh-Nya. Saya tahu ia bukan mudah. Tetapi inilah pilihan yang terbaik. Untuk menjadikan ia satu realiti, antara perkara yang saya buat ialah,
1. Melihat guru-guru yang mengajar di pedalaman yang lebih sukar daripada saya menjadikan saya malu untuk merungut.
2. Melihat sahabat di sekolah saya yang telah berulang-alik melebihi 5 tahun. Bahkan, ada yang mencelah 10 tahun. Sabarnya mereka! Jadi mengapa saya masih mahu berkira-kira.
3. Sentiasa memujuk hati dengan menyatakan semua ini ada hikmahnya. Allah mengetahui, sedang saya tidak mengetahui akan rahsia-Nya.
4. Maniskan muka dengan orang lain kerana itu juga cara kita untuk mendidik hati supaya reda dan sabar.
5. Melihat kelebihan yang ada di situ supaya saya rasa bersyukur. Misalnya ada ketua dan rakan sekerja yang memahami serta para pelajar yang baik budi.
6. Sentiasa melihat ujian Allah itu adalah yang terbaik buat diri. Apabila datang perasaan negatif, cepat-cepat menukarnya kepada yang positif. Bertindak segera akan mengelakkan kita dari terus melayan perasaan sehinggakan kita jadi sedih dan tertekan.
Sekadar ini dahulu. Semoga Allah memudahkan urusan hidup kita dan memberi kekuatan untuk kita mendepani hidup ini. Hidup bukan mudah, tetapi kita harus memilih cara yang terbaik agar kita menikmatinya dengan tenang.
Wallahua’lam
Razali Saaran
Seremban 2
Pesanan utk diri sendiri.. Nampak senang.. Tp x semudah yg di sangka.. Tp kalau terpaksa.. InsyaAllah
Wednesday, June 5, 2019
Syawal yang mulia
Salam 1 Syawal... Tahun ke 2 beraya tanpa mak disisi.. AllahuAkbar sungguh besar kuasa Mu ya Allah.. Sungguh aku berasa kerdil disisi Mu ya Allah..
Kali pertama aku berasa sedih menyambut Syawal.. Meninggalkan Ramadhan yang penuh makna.. Penuh dengan ujian.. Penuh dengan dengan debaran menguji ketakwaan.. Disaat aku mendekatiMu ya Allah.. Berbagai ujian yang aku rasakan..
Sesekali aku rasa seperti tidak kuat dan tidak mampu untuk menghadapinya.. Aku rasa lemah.. Aku rasa putus asa.. Aku rasa cukup lelah.. Sambil menyimpan air mata.. Agar tidak terus tumpah.. Sambil menyimpan esak tangis..
Sesekali aku berasa kuat.. Kuat untuk menempuhnya.. Yakin dengan hikmah yang pasti ada disebalik ujian yang diberi.. Yakin tanpa prasangka dengan ujian Allah.. Sungguh itu semua telah tertulis qada dan qadar.. Kita hanyalah pinjaman dari Allah..
Dallam menghitung kegusaran yang berselang seli dengan keyakinan.. Seorang sahabat mengirim sekeping gambar dari Mekah.. Ya Allah.. Terus aku terharu.. Sungguh itulah sahabat..
InsyaAllah... Semoga Allah terus permudahkan urusanku dan en. Suami.. Semoga Allah terus bagi kesihatan yang baik kepada diriku, suami dan anak-anak... Semoga aku tidak berseorangan ya Allah..

Monday, June 3, 2019
Menjelang syawal
2 hari lagi menjelangnya Syawal.. Baru sekejap rasanya melangkah ke bulan Ramadhan.. Kini Ramadhan sudah ke penghujungnya.. Belum puas rasanya menikmati Ramadhan..
Tambahan lagi setelah menerima perkhabaran yang kurang enak didengar.. Allahuakbar.. Sungguh berat rasanya ujian ini...hanya Allah maha mengetahui isi hati ini.. Hati yang tak keruan.. Hati yang masih mencari ketenangan... Ya Allah.. Dengarlah rintihan hambamu ini.. Dengarlah suara hati ini.. Makbulkanlah doa-doa hambamu ini Ya Allah.. Amin

Tuesday, May 28, 2019
10 ramadhan yang akhir
ALLAHUAKBAR... Terasa cepat masa berlalu.. Dalam tidak sedar.. Anak bujang mengingatkan.. Ummi.. Lagi sepuluh hari nak raya.. Rasanya masih baru melangkah masuk ke bulan Ramadhan.. Semoga Allah menerima semua amalan hambanya di bulan yang mulia ini..
Tahun ni.. Bulan ramadhan yang paling aku rasa seronok.. 2 minggu yang akhir ramadhan.. Bermulanya cuti sekolah.. Harapnya dapat tingkatkan amalan sementelah cuti sekolah yang panjang.. Seronok dapat sentiasa bersama keluarga yang tercinta.. Dapat bersama suami.. Menikmati saat-saat gembira..
YA Allah.. Panjangkanlah usia suamiku dalam keberkatan mu Ya Allah.. Semoga suamiku bebas dari penyakit kanser.. Semoga suamiku bebas dari sebarang tumor.. Semoga suamiku bebas dari sebarang ketumbuhan yang tidak normal.. YA Allah.. Sungguh Kau Maha berkuasa ya Allah..
Kawan - kawan selalu tegur yang aku ni sentiasa ceria.. Selalu gembira.. Sentiasa tergelak riang.. Aduh sahabat.. Kalau diikutkan hati ini.. Hanya Allah yang Maha mengetahui.. Dibalik senyum ada tangisnya.. Dibalik tawa ada sedihnya.. Dibalik gembira ada air matanya.. Sungguh..! Hanya Allah maha mengetahui..
Aku hanya mampu berdoa supaya aku kuat untuk terus ceria dan gembira.. Susah rupanya berlagak ceria sambil melindung air mata.. Ya Allah.. Sungguh Kau Maha mengetahui segalanya..

Saturday, April 20, 2019
Bicara dari hati
Hanya Allah maha mengetahui.. Hanya Allah tempat mengadu.. Hanya Allah tempat memohon tanpa rasa curiga.. Hanya Allah tempat berserah dan bertawakkal..
Allah sebaik-baik perancang.. Allah sebaik-baik pelaksana... Tak perlu rasa curiga.. Tak perlu ada wasangka..
Hanya perlu positif setiap apa yang terencana.. Kuatkan semangat luar dan dalam.. Kuatkan hati untuk terus tempuh dugaan..
Semoga aku tak keseorangan menempuh dugaan.. Semoga dipermudahkan semua urusan.. Semoga Allah sentiasa jadi peneman..
AllahuAkbar..
Wednesday, February 13, 2019
Mandi Kolam
Assalammualaikum.. kali ni saja nak cerita pasal kolam renang.. keluarga aku ni memang dah spesies suka berendam dan berenang.. macam itik kalau nampak air.. pantang betul.. hahaha
sebab dah suka sangat dengan kolam ni.. memang ada kolam pam angin kat rumah.. tu pun dah berapa kali tukar.. berapa kali bocor.. berapa kali en.suami tampal.. mandi kolam sehari entah berapa kali.. siap tadah air penuh kolam..
jadi sekarang ni..aku dengan en.suami dah tukar strategi.. setiap minggu kami sekeluarga akan cari kolam besar yang semua orang boleh mandi dan berenang sesuka hati..hahaha
dulu.. kami suka ke kolam renang di hotel super cowboy.. hotel tu memang buka kolam untuk orang ramai.. dulu masa mula-mula belajar berenang pun aku kerap ke hotel ni..memandangkan kolam renang MBMB jauh sikit dari bandar Jasin..
kemudian, dapat tahu hotel mudzaffar juga ada buka kolam untuk orang ramai..aku memang suka.. sebab orang tak berapa ramai.. ada masa-masa tertentu kami anak beranak je..kolam bersih.. tandas bersih.. tapi yang paling aku suka sebab ada surau yang boleh tumpang untuk solat.. walaupun hotel ni 15 minit jer dari rumah.. tapi kalau dah siap-siap solat.. banyak sikit urusan yang boleh dilakukan.. tapi sejak cuti raya cina baru ni.. kolam renang tersebut tidak dibuka orang awam..
maka bermula la sesi pencarian kolam renang ke hotel-hotel..
ayer keroh d village.. antara hotel yang ada buka kolam untuk orang awam.. bayaran agak memuaskan.. rm7 untuk seorang.. tak kira kanak-kanak ataupun dewasa.. kolamnya juga agak luas dan selesa untuk bilangan yang ramai... juga ada kolam kanak-kanak yang agak selesa... tapi aku macam tak berapa suka dengan kualiti air kolam yang agak keruh dan bau klorin yang kuat.. tambahan lagi dengan keadaan tandas yang kurang selesa untuk bilasan selepas mandi..
jadi.. untuk minggu yang berikutnya aku dan en.suami cari tempat lain pula..alhamdulillah.. jumpa kolam renang di orna golf..
aku memang rasa sangat selesa dengan kolam renang orna ni.. walaupun orang agak ramai.. tapi masih ada ruang selesa sebab kedalaman kolam dari 0.9m hingga 3.5m.. ada juga gelongsor dan air pancuran di bahagian kanak-kanak.. anak-anak pun seronok dapat bermain tanpa had masa..

kolam renang hotel super cowboy |
jadi sekarang ni..aku dengan en.suami dah tukar strategi.. setiap minggu kami sekeluarga akan cari kolam besar yang semua orang boleh mandi dan berenang sesuka hati..hahaha
kebersihan dan kejernihan air di hotel super cowboy |
dulu.. kami suka ke kolam renang di hotel super cowboy.. hotel tu memang buka kolam untuk orang ramai.. dulu masa mula-mula belajar berenang pun aku kerap ke hotel ni..memandangkan kolam renang MBMB jauh sikit dari bandar Jasin..
kolam renang hotel mudzaffar |
kemudian, dapat tahu hotel mudzaffar juga ada buka kolam untuk orang ramai..aku memang suka.. sebab orang tak berapa ramai.. ada masa-masa tertentu kami anak beranak je..kolam bersih.. tandas bersih.. tapi yang paling aku suka sebab ada surau yang boleh tumpang untuk solat.. walaupun hotel ni 15 minit jer dari rumah.. tapi kalau dah siap-siap solat.. banyak sikit urusan yang boleh dilakukan.. tapi sejak cuti raya cina baru ni.. kolam renang tersebut tidak dibuka orang awam..
maka bermula la sesi pencarian kolam renang ke hotel-hotel..
kolam renang orna golf |
ayer keroh d village.. antara hotel yang ada buka kolam untuk orang awam.. bayaran agak memuaskan.. rm7 untuk seorang.. tak kira kanak-kanak ataupun dewasa.. kolamnya juga agak luas dan selesa untuk bilangan yang ramai... juga ada kolam kanak-kanak yang agak selesa... tapi aku macam tak berapa suka dengan kualiti air kolam yang agak keruh dan bau klorin yang kuat.. tambahan lagi dengan keadaan tandas yang kurang selesa untuk bilasan selepas mandi..
jadi.. untuk minggu yang berikutnya aku dan en.suami cari tempat lain pula..alhamdulillah.. jumpa kolam renang di orna golf..
aku memang rasa sangat selesa dengan kolam renang orna ni.. walaupun orang agak ramai.. tapi masih ada ruang selesa sebab kedalaman kolam dari 0.9m hingga 3.5m.. ada juga gelongsor dan air pancuran di bahagian kanak-kanak.. anak-anak pun seronok dapat bermain tanpa had masa..
Monday, January 28, 2019
Letih
mak aku dulu selalu pesan..jangan mengeluh.. ya betul.. jangan mengeluh.. disebabkan aku tak mengeluh menjadikan aku letih.. penat.. aku jadi mudah tersinggung dengan orang keliling.. jadi penat melayan kerenah manusia yang ego.. manusia yang suka menunjuk-nunjuk.. aku jadi benci dengan manusia yang hipokrit..
Subscribe to:
Posts (Atom)