Pages

Wednesday, July 27, 2016

Kuiz PNB peringkat Negeri



Alhamdulillah... tahun ni dapat lagi masuk kuiz PNB peringkat negeri.. harap-harap dapat pula masuk ke peringkat kebangsaan..
Semua sedia maklum kalau anjuran PNB pasti lumayan hadiahnya.. walau pun cikgu tak dapat apa-apa.. tapi cikgu kan lilin..selalu membakar diri.. yang penting anak murid happy... hehehe


Konsep kuiz ni sangat ringkas dan mudah.. ada sudoku.. ada soalan yang berkaitan dengan pembelajaran.. ada soalan berkaitan dengan saham.. dan ujian kecerdasan minda..


Saingan pun agak sengit juga.. sekolah yang masuk menyertai semuanya sekolah-sekolah ternama.. huhuhu positif.. positif.. positif..


Apa yang dikejarkan ialah hadiah peringkat kebangsaan.. johan rm15k...wee.... nakkkkkk!!!


Tapi keputusan ni hanya boleh diketahui selepas 11 ogos nanti..
InsyaAllah doakan kami ye...

Program Sarana Ibu Bapa


As salam.. cerita khamis minggu lepas.. mencecah pukul 5 petang berada di Dewan Besar sekolah... hanya kerana Program Sarana.. program berfokus untuk peningkatan pembelajaran pelajar tingkatan 4.. hanya segelintir ibu bapa yang datang.. yang ada kesedaran tentang pentingnya pelajaran untuk masa depan anak-anak.. bukan hanya berteraskan "home schooling" semata-mata..


Kali ini juga (dah banyak kali sebenarnya) berfokus kepada mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.. subjek kritikal katanya.. mungkin Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris belum kritikal.. kikiki positif... positif.. positif..


Kesian aku tengok ibu bapa yang datang.. semua datang dengan penuh harapan.. penuh pengharapan.. tapi biasanya anak memang tak tau dan tak pernah ambil tau perasaan ibu dan ayah..


Aku : anak puan selalu tak datang sekolah..
Ibu : anak saya memang selalu kena selsema cikgu..
 Aku : masalahnya kawan sebelah dia pun tak datang.. kawan sebelah kawan dia pun tak datang.. kawan sebelah lagi pun tak datang..
Ibu : saya memang nak bawa dia berjumpa pakar... tapi belum ada masa
Anak : kitaorang memang dah plan tak nak datang..
                   LOL


Aku : anak puan baik dalam kelas.. tak banyak cakap.. tapi selalu tak siap kerja sekolah..
IBU : tapi dia buat kerja sekolah kat rumah cikgu.. kadang - kadang sampai pukul 1 pagi..
Aku : okey ni saya tunjukkan rekod penghantaran buku latihan..banyak yang kosong.. maksudnya tak hantar..yang hantar pun salin kawan punya..
IBU : ......

Zaman manusia melahirkan tuannya.. Allahuakbar... semoga dijauhkan...

Friday, July 22, 2016

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul



As salam..tumpang lalu.. Saham akhirat.. sumbangan seikhlas hati utk ibu tunggal kpd 5 anak yg baru kehilangan sumber pendapatan akibat kebakaran kedai mkn yg d usahakan..


Sumbangan boleh disalurkan kpd
Muslinah binti Muslim
Bank Simpanan Nasional
04135-41-00003770-5


Cerita sedih dari biras.. genangan air mata buat aku hilang kata-kata.. Allahuakbar... sesungguhnya Kau sebaik-baik perancang...


Monday, July 18, 2016

Gm Plaza


Hujung minggu lepas.. aku ke seremban bawa mertua untuk berjumpa dengan saudara sebelah en. Suami.. sangat baik sahsiahnya.. mereka selalu sangat ke Melaka.. kami je yang payah nak ke sana..


Kemudian kami semua bergerak ke Semenyih untuk ke rumah anak saudara dan terus ke Klang.. kalau dah sampai Klang tu almaklum sahaja la... mesti ada satu slot untuk membeli belah..


Destinasi membeli belah kami pada hari ini GM PLAZA.. aku dah pernah sampai dah sini dulu.. 2 tahun lepas kot.. rombongan cik kiah dari sekolah..


tapi yang paling seronok sekali anak saudara yang tinggal di Klang sendiri tak pernah lagi sampai..


Kakak ipar selaku ketua rombongan memang jelas teruja.. tak tentu arah bila tengok kedai-kedai patchwork yang berderetan di situ.. kebanyakan pemilik kedai di sini adalah warga negara cina yang tak pandai bertutur langsung dalam Bahasa Melayu.. dahsyat!


Memang terlalu banyak pilihan.. tapi memang tak boleh tawar menawar.. kalau beli banyak pun harga yang dikurangkan lebih kurang 10% sahaja.. kira penuh juga la bonet kereta..puas!


Sunday, July 17, 2016

Aidilfitri 2016


Salam syawal.. lama rasanya tak dapat nak update bebelan demi bebelan di sini..
Sejak dari hari mantai (sehari sebelum 1 syawal) lagi memang dah sibuk.. walaupun tak memasak di rumah sendiri.. tapi awal pagi dah mula mendaftar diri di dapur mertua..


 malam raya baru lah balik ke rumah mak sendiri dan menyambut 1 syawal bersama.. malam raya kedua pula balik ke rumah mertua dan beraya bersama keluarga en.suami pada raya kedua.. begitulah rutin setiap tahun.. seperti yang telah dijanjikan seawal perkahwinan dulu..

Lazimnya petang akhir berbuka di bulan ramadhan.. keluarga en.suami akan buat tahlil sebelum masuknya waktu berbuka.. memang setakat ini itulah amalannya..


Tapi tahun ni betul-betul menguji tahap keimanan.. terutama sekali 2 hari akhir Ramadhan.. hampir tewas dengan bisikan nafsu.. hanya Allah yang mengetahui.. dengan keadaan panas terik yang melampau.. dengan urusan rumah yang banyak.. huhuhu


Tapi pada aku.. hari mantai ni la yang paling seronoknya.. bersama dengan ahli keluarga bergotong royong memasak dan menganyam ketupat.. aku memang paling suka part menganyam ketupat nie.. boleh merajuk kalau sampai rumah mak tapi mak dah siap anyam.. haha lawak


Raya pertama.. awal pagi sedara mara dah berkumpul di rumah mak.. alhamdulillah dapat jumpa mokde (adik mak).. antara makcik kesayangan aku.. sebab antara makcik yang paling sporting dan suportive..


dah puas beraya ke rumah sedara mara yang berada di sekitar rumah mak.. kami adik beradik bersiap pula ke rumah Mak Besar (kakak mak) di Port Dickson.. jenuh juga la melayan ketupat dan rendang..


 kemudian ke rumah sepupu pula yang berhampiran.. jumpa dengan kuah lodeh sambal petai.. aduh hebat penangan pagi raya.. terkejut usus-usus yang dah lama rehat( rehat ke?) Kikikiki


Balik dari Port Dickson sempat juga buat permintaan untuk buat photoshoot di tepi pantai... ulangkali sebenarnya ingatkan abang yang sulong dan abang ngah..
          "Lorat la.." abang yang sulung mengomel.. kiki sebenarnya dia yang paling rajin melayan .. aku sengih sambil jelir lidah..


kikiki kemudian sempat pula menjengah pakcik (adik mak) di Bukit Baru.. adik beradik mak pun dah tak ramai.. kat situ dapat juga jumpa Pak Itam (adik mak)..


alhamdulillah suka tengok diaorang semua sihat dan bahagia.. kononnya nak menyinggah rumah mokde..huhu kat rumah pakcik pun dah pukul 9 malam..


Raya kedua.. beraya dengan kumpulan kesang.. mula dengan rumah mak lang.. bersambung pula ke rumah kak yot..


kemudian ke rumah kak mek.. rumah pak ali.. rumah sendiri.. rumah kak sapi dan akhir sekali rumah kak teh di Pantai Puteri..


sekali lagi aku mintak buat photoshoot di tepi pantai.. hati aku memang dekat dengan alam.. kadang kala nak ke sekolah pun aku boleh teruja tengok keindahan pemandangan awal pagi..


Sampai rumah dah pukul 8 malam.. penat memang penat.. tapi syukur dapat menyambung silaturrahim..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...