As salam.. cerita khamis minggu lepas.. mencecah pukul 5 petang berada di Dewan Besar sekolah... hanya kerana Program Sarana.. program berfokus untuk peningkatan pembelajaran pelajar tingkatan 4.. hanya segelintir ibu bapa yang datang.. yang ada kesedaran tentang pentingnya pelajaran untuk masa depan anak-anak.. bukan hanya berteraskan "home schooling" semata-mata..
Kali ini juga (dah banyak kali sebenarnya) berfokus kepada mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.. subjek kritikal katanya.. mungkin Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris belum kritikal.. kikiki positif... positif.. positif..
Kesian aku tengok ibu bapa yang datang.. semua datang dengan penuh harapan.. penuh pengharapan.. tapi biasanya anak memang tak tau dan tak pernah ambil tau perasaan ibu dan ayah..
Aku : anak puan selalu tak datang sekolah..
Ibu : anak saya memang selalu kena selsema cikgu..
Aku : masalahnya kawan sebelah dia pun tak datang.. kawan sebelah kawan dia pun tak datang.. kawan sebelah lagi pun tak datang..
Ibu : saya memang nak bawa dia berjumpa pakar... tapi belum ada masa
Anak : kitaorang memang dah plan tak nak datang..
LOL
IBU : tapi dia buat kerja sekolah kat rumah cikgu.. kadang - kadang sampai pukul 1 pagi..
Aku : okey ni saya tunjukkan rekod penghantaran buku latihan..banyak yang kosong.. maksudnya tak hantar..yang hantar pun salin kawan punya..
IBU : ......
Zaman manusia melahirkan tuannya.. Allahuakbar... semoga dijauhkan...
No comments:
Post a Comment