Pages

Sunday, July 17, 2016

Aidilfitri 2016


Salam syawal.. lama rasanya tak dapat nak update bebelan demi bebelan di sini..
Sejak dari hari mantai (sehari sebelum 1 syawal) lagi memang dah sibuk.. walaupun tak memasak di rumah sendiri.. tapi awal pagi dah mula mendaftar diri di dapur mertua..


 malam raya baru lah balik ke rumah mak sendiri dan menyambut 1 syawal bersama.. malam raya kedua pula balik ke rumah mertua dan beraya bersama keluarga en.suami pada raya kedua.. begitulah rutin setiap tahun.. seperti yang telah dijanjikan seawal perkahwinan dulu..

Lazimnya petang akhir berbuka di bulan ramadhan.. keluarga en.suami akan buat tahlil sebelum masuknya waktu berbuka.. memang setakat ini itulah amalannya..


Tapi tahun ni betul-betul menguji tahap keimanan.. terutama sekali 2 hari akhir Ramadhan.. hampir tewas dengan bisikan nafsu.. hanya Allah yang mengetahui.. dengan keadaan panas terik yang melampau.. dengan urusan rumah yang banyak.. huhuhu


Tapi pada aku.. hari mantai ni la yang paling seronoknya.. bersama dengan ahli keluarga bergotong royong memasak dan menganyam ketupat.. aku memang paling suka part menganyam ketupat nie.. boleh merajuk kalau sampai rumah mak tapi mak dah siap anyam.. haha lawak


Raya pertama.. awal pagi sedara mara dah berkumpul di rumah mak.. alhamdulillah dapat jumpa mokde (adik mak).. antara makcik kesayangan aku.. sebab antara makcik yang paling sporting dan suportive..


dah puas beraya ke rumah sedara mara yang berada di sekitar rumah mak.. kami adik beradik bersiap pula ke rumah Mak Besar (kakak mak) di Port Dickson.. jenuh juga la melayan ketupat dan rendang..


 kemudian ke rumah sepupu pula yang berhampiran.. jumpa dengan kuah lodeh sambal petai.. aduh hebat penangan pagi raya.. terkejut usus-usus yang dah lama rehat( rehat ke?) Kikikiki


Balik dari Port Dickson sempat juga buat permintaan untuk buat photoshoot di tepi pantai... ulangkali sebenarnya ingatkan abang yang sulong dan abang ngah..
          "Lorat la.." abang yang sulung mengomel.. kiki sebenarnya dia yang paling rajin melayan .. aku sengih sambil jelir lidah..


kikiki kemudian sempat pula menjengah pakcik (adik mak) di Bukit Baru.. adik beradik mak pun dah tak ramai.. kat situ dapat juga jumpa Pak Itam (adik mak)..


alhamdulillah suka tengok diaorang semua sihat dan bahagia.. kononnya nak menyinggah rumah mokde..huhu kat rumah pakcik pun dah pukul 9 malam..


Raya kedua.. beraya dengan kumpulan kesang.. mula dengan rumah mak lang.. bersambung pula ke rumah kak yot..


kemudian ke rumah kak mek.. rumah pak ali.. rumah sendiri.. rumah kak sapi dan akhir sekali rumah kak teh di Pantai Puteri..


sekali lagi aku mintak buat photoshoot di tepi pantai.. hati aku memang dekat dengan alam.. kadang kala nak ke sekolah pun aku boleh teruja tengok keindahan pemandangan awal pagi..


Sampai rumah dah pukul 8 malam.. penat memang penat.. tapi syukur dapat menyambung silaturrahim..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...