Pages

Monday, July 18, 2016

Gm Plaza


Hujung minggu lepas.. aku ke seremban bawa mertua untuk berjumpa dengan saudara sebelah en. Suami.. sangat baik sahsiahnya.. mereka selalu sangat ke Melaka.. kami je yang payah nak ke sana..


Kemudian kami semua bergerak ke Semenyih untuk ke rumah anak saudara dan terus ke Klang.. kalau dah sampai Klang tu almaklum sahaja la... mesti ada satu slot untuk membeli belah..


Destinasi membeli belah kami pada hari ini GM PLAZA.. aku dah pernah sampai dah sini dulu.. 2 tahun lepas kot.. rombongan cik kiah dari sekolah..


tapi yang paling seronok sekali anak saudara yang tinggal di Klang sendiri tak pernah lagi sampai..


Kakak ipar selaku ketua rombongan memang jelas teruja.. tak tentu arah bila tengok kedai-kedai patchwork yang berderetan di situ.. kebanyakan pemilik kedai di sini adalah warga negara cina yang tak pandai bertutur langsung dalam Bahasa Melayu.. dahsyat!


Memang terlalu banyak pilihan.. tapi memang tak boleh tawar menawar.. kalau beli banyak pun harga yang dikurangkan lebih kurang 10% sahaja.. kira penuh juga la bonet kereta..puas!


1 comment:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...