Pages

Sunday, April 10, 2011

whipped potatoes @ kentang putar


Bahan - bahan :
Kentang Russet (dari US) - 1kg
(Kalau kentang biasa banyak kanji)

Untuk Kuah :
Susu Segar - 1/2 cawan
Butter - 1/4 bahagian daripada 250g
tepung gandum - 1 sudu
lada sulah
garam
sos black pepper (life) - 1/2 botol besar
air

Cara - cara :
1. Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyek.

Kuah :
1. Tambahkan sos blackpepper dengan susu segar dan ketepikan dahulu.
2. Cairkan butter dengan api kecik dan masukkan tepung. Kacau dengan laju supaya tepung tidak berketul.
3. Masukkan sos blackpepper yang diketepikan tadi dan kacau perlahan.
4. Masukkan air untuk mendapatkan kecairan yang diingini.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
6. Sedia untuk dihidang.

Inilah rupa kentang Russet tuh..kalau kat JJ cari jer yang tulis From US


Si comel Nasuhah yang sama membantu


Kentang yang telah siap dibuang kulit


Kentang yang telah direbus empuk


Ketua 'tukang lenyek' yang sedang melenyek kentang..wee..


Pembantu 'tukang lenyek',,,


Inilah rupa kentang yang telah dilenyek


Sos blackpepper dan susu segar yang digunakan


Sos yang telah dicampur dengan susu


Lada sulah..


Gravy yang baru dicampurkan semua bahan

Sunday, April 3, 2011

Sos Spageti


Bahan A :
2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang halus

Bahan B :
450g tomato - kisar
500g sos tomato
200g tomato puri
2 sudu teh serbuk selasih / basil
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh serbuk thyme
stok daging ayam
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
serbuk lada hitam
1/2 biji lada benggala hijau - potong kiub
200g cendawan butang - hiris tipis


400g daging kisar
2 tangkai daun sup
keju parut
spaghetti

tomato puree

lada hitam..guna yang peket pun boleh..

yang ni dah siap semua jenis daun (daun basil + oregano + thyme)

cendawan butang..celur dulu, tos n hiris..(tuk hilangkan maung)

Kuah yang dah pekat dan siap tuk dihidang

Cara - cara :
Rebus spaghetti dengan air panas yang diletak sedikit minyak masak selama lebih kurang 13 minit dan toskan.

Kuah :
1. Tumis bahan A sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar dan biar sehingga empuk dan kering airnya.
3. Masukkan bahan B dan biar sehingga pekat.
4. Masukkan daun sup dan keju.
5. Sedia untuk dihidang.

Kek Lemon




Bahan - Bahan :
185g butter -pada suhu bilik (tambah 5g kalau beku)
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 biji telur - pukul sikit
1 1/2 cawan tepung naik sendiri

tepung yang di ayak untuk memasukkan udara.

Parutan kulit lemon


gula + tepung + parutan kulit lemon yang akan di gaul rata

bahan yang telah dicampur dengan telur dengan tepung berselang - seli

jus atas:
1/4 cawan jus lemon
1/2 cawan gula
Air parutan perahan lemon

siap untuk masuk dalam oven..tapi yang ni untuk dua adunan..
tu yg nampak banyak




CARA - CARA :
1. Pukul butter, gula dan lemon hingga lembut dan rata.
2. Masukkan telur sikit - sikit diselang seli dengan 1 sudu besar tepung, kemudian masukkan semua tepung sekali dan kacau rata.
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 50 - 60 minit.
4. Sambil tunggu masak, campurkan gula dan jus lemon ( x perlu larutkan gula ) dan siram atas kek semasa ia masih panas. Ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek dan menjadikan kek itu lembab dari jus. Ia akan membentuk lapisan gula di atas kek dan menjadikan kek itu moist.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...