Pages

Monday, February 13, 2012

GURU PENYAYANG

Alhamdulillah...hanya itu yang mampu aku coretkan di sini bila melihat keadaan en.suami yang semakin stabil..walau ada ketika en. suami masih lagi mengadu pening..syukur...walau aku masih lagi tidak putus berdoa supaya en. suami sentiasa mendapat kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia..


keadaan en. suami dengan luka yang masih ada benang jahitan


keadaan en. suami selepas seminggu kejadian..keadaan luka yang baru dibuka jahitannya

Alhamdulillah juga apabila anakku Umair Hariri semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah dan kawan2..
"kenapa Umair tak suka pegi sekolah dulu ek Ummi..?"boleh Umair tanya macam tu sekarang nie..hehe..
"abyadhu..arnab",aku saja cakap konon nak mengajar umair bahasa arab
"eh bukan la ummi..abyadhu tu putih la.."haha..aku tergelak dengar Umair bagi tau..aku tengok gambar arnab so ingatkan arnab la..rupanya nak bagi tau pasal warna da...

Eh, lupa pula tadi kononnya nak cerita pasal pelancaran program Guru Penyayang pagi tadi..nampak macam bagus la..kami disuruh menyanyi beramai2 lagu
BIARKU MENJADI LILIN..memang 'touching' la bila hayati bait2 lagu tu..


Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Tapi mampukah pelajar sekarang menghargai guru2 yang sanggup menjadi lilin ni..?Rasa2nya semua pun sedia maklum dengan fenomena pendidikan sekarang..terlalu banyak pancarobanya..
Jumaat lepas, baru saja aku menegur sikap pelajar yang agak 'bersopan' denganku..bila disuruh membuat latihan, aku dicabarnya untuk menyiapkan latihan tersebut..kononnya aku pun tidak akan mendapat jawapan tersebut..sama seperti dia..betapa 'dia' memandang rendah dan hinanya kepada aku...itu pelajar yang aku ajar dari tahun lepas lagi..pelajar kelas pertama..yang sepatutnya sahsiahnya sama tinggi dengan ilmu yang diperolehinya..

Kesian..itu saja yang aku mampu cakap pada pelajar yang telah berjaya menaikkan BP aku pada hari itu..huahahaha...sabar..akukan Guru Penyayang..masa dibentangkan oleh kaunselor mengenai Guru Penyayang nie aku x berapa fokus sangat..tapi apa yang aku dan kawan2 dapat perbincangkan mengenai Guru Penyayang ni amat seronok sekali..ni antara petikan kata2 kaunselor..
1. "Cikgu x boleh rotan pelajar..usap belakang pelajar sampai pelajar dapat laksanakan apa yang diarahkan"...(kalau usap jer, ada ke pelajar yang nak buat kerja rumah..?ugut dengan rotan pun x buat..kalau usap apatah lagi)

2."Cikgu kena datang awal dan tunggu dekat pintu pagar untuk alu2kan kedatangan pelajar"..(cikgu pun terkejar2 anta anak boleh ke cikgu datang awal?)

3. "Ada masa cikgu boleh la belanja pelajar di kantin atau dikoperasi sebagai tanda cikgu sayangkan pelajar tersebut"..(itu je ke tanda sayang?kalau tegur pelajar yang buat salah tu bukan tanda sayang ke?)

hmm...itu antara saranan yang diberikan oleh kaunselor..walaupun bukan budaya aku nak bawa rotan ke hulu ke hilir, tapi aku rasa sekali sekala rotan itu perlu juga..bukan pada semua, tapi pada yang berkenaan sahaja..aku sanjung jasa kaunselor yang cuba menyampaikan perkara tersebut..aku cuba la lakukan sedaya upaya..(cakap sambil sorokkan rotan dibelakang badan) hehehee...


Antara anak didik yang sedang mendengar ucapan perasmian dari tuan pengetua

"PELAJARKU AMANAHKU.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...