Hari ni dapat tarikh untuk pembedahan suami pada minggu depan...seminggu awal dari tarikh awal yang diberikan oleh doktor.. ALLAHUAKBAR.. mungkin ada hikmahnya.. Debaran hati usah dibicara.. Bagai nak meletop rasa getarannya.. Boleh kah aku hadapi saat-saat yang mendebarkan..
Saja berbual dengan en. Suami.. Aku memang tak berani nak pandu kereta jauh.. Tambahan lagi.. Kawasan ibu kota yang memang terkenal dengan kesibukannya.. ALLAHUAKBAR.. Rupanya en. Suami pun x percaya dengan keyakinan aku yang suam-suam kuku ni..
Aku bermohon semoga Allah tidak membiarkan aku keseorangan.. Amin
Semoga pembedahan berjalan dengan lancar.. Semoga dipermudahkan urusan samada sebelum, semasa mahupun selepas pembedahan.. Semoga en. Suami diberikan ketenangan hati dan diberi kesihatan yang baik.. Semoga en. Suami sihat supaya tenang hati ibu mertuaku.. Sayangku pada ibu mertua seperti sayang kepada ibu sendiri.. Sementelah beliau saja yang masih ada.. Semoga ibu mertua juga diberi kesihatan dan ketenangan.. Amin
No comments:
Post a Comment