Pages

Monday, May 23, 2016

Selamat Hari Guru : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.. GURU PENYAMBUNG LIDAH KEBENARAN..

eh dah terlambat ke..?kikiki sebenarnya kita semua adalah pendidik.. abang mendidik adik.. ayah mendidik anak..


Macam tahun yang dulu-dulu.. sekolah aku sambut hari guru seadanya sahaja.. sekadar menjalani rutin tahunan..

alhamdulillah tahun ni sekali lagi aku dapat meraikan hari guru.. bertambah setahun lagi usia perkhidmatan dalam pendidikan.. sambutan pada tahun ini sangat sederhana..


rasanya sepanjang tahun perkhidmatan ini pertama kali makan jamuan hari guru di kantin sekolah dengan hidangan yang sangat sederhana.. berhemah dalam berbelanja kot..kikiki


Aku malas nak bersuara.. nanti asyik nak komplen sahaja katanya.. hahaha layan
Tapi yang paling buat aku terharu bila ada sekumpulan bekas pelajar datang untuk ucap selamat hari guru... walaupun tiada hadiah yang dibawa tapi hati aku sudah cukup berbangga..


maklum sahaja zaman dunia serba canggih ni susah untuk berjumpa dengan orang sanggup menghormati guru.. lagi bijak anak murid lagi tinggi ego mereka.. rasa hormat entah ke mana.. tapi aku yakin iskandar shah bukan begitu.. pelajarnya terpilih dikalangan yang terbaik.. samada dari segi sahsiah mahupun akademik.. insyaAllah semoga anak didikku cemerlang dunia dan akhirat..


Untuk anak-anakku pula sering aku ingatkan... hormat guru seperti ibu bapa.. hari guru kali ni aku bagi perfume untuk cikgu yang mengajar anak-anakku.. sebagai tanda penghargaan yang tidak ternilai harganya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...