As salam.. hari ni nak cerita pasal Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP.. sekolah lain semua dah tak buat LADAP ni lagi atas alasan kewangan dan sebagainya.. tapi tidak pada sekolah aku.. masih lagi di ambil kira bilangan jam..
Selalunya LADAP kami di bilik mesyuarat..atau bilik abad.. atau dewan besar.. tapi kali ni ada sedikit kelainan.. dapat buat aktiviti luar kerana berteraskan kluster hoki.. jadi tempat yang dipilih ialah Majlis Sukan Negara Asahan.. tempatnya sangat luas..
rumputnya panjang tapi terjaga rapi dipenuhi dengan air embun..kawasan sekeliling yang sangat mendamaikan.. berlatar belakangkan awan yang menutup separuh gunung Ledang...
Allahuakbar.. memang aku terkesima.. tapi sahabat aku yang baru pindah dari Sabah kata gunung Kinabalu di Sabah lagi cantik...yang di sini pun aku dah cukup kagum dengan ciptaan Ilahi.. harap sangat dapat sekali lagi untuk menikmati gunung Kinabalu di sana.. InsyaAllah jika Allah izinkan.. amin..
Aktiviti pertama hari ini ialah flying fox.. tapi kakak senior kata tu bukan flying fox tapi flying bear..kikiki.. masa aku jadi jurulatih pendidikan luar dulu aku biasa sangat buat aktiviti macam ni..tapi setakat 30 kaki sahaja.. hari ini.. flying fox dari aras 70kaki.. Allahuakbar..
basah baju nak naik tangga campur dengan ketar kaki turun flying fox... entah berapa kali sebenarnya aku dah buat flying fox ni.. tapi yang kali ni sangat mengujakan dan ketar... mungkin faktor usia agaknya.. zaman aktiviti luar dah berlalu..
aku rasa aku macam meluncur dengan sangat laju.. aku cuba tengok bawah tapi dengan tak sengaja badan terpusing pula.. teringat pesan jurulatih masa taklimat sebelum aktiviti bermula supaya jarakkan tali kiri dan kanan yang dipegang.. aku cuba juga.. tapi sebab tali tu bersambung dengan kabel yang sedang digayut.. agak ketat juga untuk ditarik kiri dan kanan..huhuhu ingat senang..
Kemudian.. ketar kaki tak hilang lagi kami naik semula menara untuk buat repelling.. Allahuakbar.. antara aktiviti yang aku paling suka dulu.. tapi mungkin faktor usia(alasan).. aku banyak terjerit dari menendang dinding..huaaaa malu je.. kawan-kawan kat bawah bantai gelak habis bila terdengar aku menjerit.. apa taknya.. bila tangan aku pegang tali stopper badan aku bukan dapat berhenti sebaliknya melurut ke bawah sebab tangan tak cukup kuat nak genggam..haha menjerit dan terus menjerit.. tanpa sedar sahabat di bawah sedang merakam.. bila tengok semula video jadi ketawa terbahak-bahak..
Selepas berhenti rehat dan minum pagi kami sambung untuk aktiviti asas hoki.. aku bukan peminat sukan.. aku juga bukan orang yang mudah belajar kemahiran..kikiki.. tapi kata jurulatih dalam masa yang singkat bukan bukan kehandalan yang dicari..tapi cukup sekadar mengetahui dan mengaplikasi tiga teknik pukulan.. apa yang aku dapat tadi..( nota tanpa catat)..
Timbang bola..bila dapat timbang bola lebih dari 10 kali maksudnya boleh pukul bola dengan baik..aku dapat 11 ok..(tu pun dengan beberapa kali cubaan)
Push bola... ok yang ni memang kena guna kekuatan tangan sebab main atas padang yang ada rumput yang panjang..
Songket bola.. kena teknik yang betul..kalau tak bola naik..haha aku punya bola la tu..
Kesimpulannya aktiviti hari ni dapat dipenuhi dengan peluh yang berjuraian.. alhamdulillah lama dah tak rasa peluh macam nie.. semua ahli kumpulan sangat senang untuk membuat aktiviti dan saling memberi kata semangat..hahaha
No comments:
Post a Comment