Pages

Thursday, May 12, 2016

Ladang teh boh sungei Palas


Bersambung semula cerita pasal Cameron.. hari kedua aku di Cameron.. bersarapan dekat food court berhampiran dengan Hotel Jasmine.. dekat sangat..


ada 2 sahaja gerai yang dibuka..mungkin masih awal.. duduk di kedai yang tuan kedainya sangat ramah dan ada ciri-ciri orang Melaka bila berkata-kata..

haha kahau la bunyi nya.. makanannya memang sedap dan banyak pilihan.. pendek kata apa yang terlintas di kepala untuk sarapan pagi semua ada di sini..


tapi dari segi kebersihan memang kurang memuaskan.. mungkin budaya orang Cameron yang sibuk berniaga sehingga tiada masa untuk melakukan proses kecerian.. kikiki pandai je..


Kemudian kami ke KEA Farm.. sebab utama ke sini aku nak cari bas mini yang boleh bawa kami ke ladang teh sungei Palas.. puas dah aku google nak dapatkan no bas nie.. memang tak jumpa..


puas juga tanya pada orang yang pernah menetap di Cameron juga tidak tahu.. ke malas nak ambil tau kot.. kebetulan sampai sahaja di KEA FARM ada satu bas mini sekolah.. terus aku booking untuk naik ke ladang boh sungei Palas..


alhamdulillah tercapai juga hajat di hati untuk ke sungei Palas.. rupanya jalan untuk ke ladang boh sungei Palas memang sangat mencabar.. kalau aku bawa kancil aku naik ni mesti berasap agaknya.. (kikiki ada hati )..


dari KEA FARM untuk naik ke atas jaraknya dalam 6km.. kalau naik kenderaan biasa.. bayaran yang dikenakan ialah rm120 untuk 1 bas.. lebih kurang 35 orang dalam satu bas..tapi pada yang menaiki kereta sendiri.. kena parking kat satu tempat lepas tu kena menapak dalam 500m..


Tapi sebab naik bas.. jadi pemandu boleh bawa kami terus ke depan pintu kilang.. masa dalam perjalanan tu pun en. Driver banyak memberi penerangan..yang aku faham bahawa ladang teh boh nie masih lagi di miliki oleh orang British..kiranya dah 3 generasi yang monopoli teh di sini..


Pokok teh juga perlu dicantas setiap 5 tahun supaya pokoknya sama aras ketinggiannya..kalau dibiarkan boleh besar macam pokok rambutan.. huhuhu daun pokok teh yang masih segar berbau seperti daun inai sebelum diproses dan dikilangkan..eh dah macam dokumentari pulak...

Rumah pekerja ladang
Kat dalam kawasan ladang ni lengkap dengan prasarana.. ada masjid, kuil, gereja,klinik dan kedai runcit..cuma mesin atm je yang aku tak nampak lagi.. tapi pekerja ladang ni semua bukan bumiputra atau orang Malaysia.. semua orang Bangla.. upah murah katanya..


Tapi pemandangan kat sini memang seronok sangat.. rasa macam tak nak balik.. tengah hari pun suhu baru 20 degree.. kalau kat melaka pagi pun belum tentu lagi dapat suhu macam tu..

Pokok teh yang dibiar besar
Lepas dah puas bergambar kitaorang pun turun ke KEA farm.. sibuk pula aku cari keledek madu.. untuk mak tersayang.. beli 5 kilo dapat free 1 kilo.. bayangkan pikul keledek 5 kilo..jenuh juga..



Lepas membeli belah trip bergerak ke Rose Valley.. aku
Haha alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar.. syukur Allah perkenankan doa..



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...