Pages

Tuesday, April 5, 2016

Muzium Tentera Darat


As salam mualaikum.. ni cerita lama.. cuti sekolah bulan 3.. lepas check out dari lexis water chalet, aku dengan keluarga gerak ke muzium ni.. aku bukan jenis orang yang suka ke muzium.. tapi ikutkan anak-anak..layan je la..


Aku tak pernah sampai ke kawasan tentera ni..aku ingat kawasan tentera ni kat tanjung tuan sana...salah pulak..


Umair memang teruja bila sampai kat kawasan muzium ni.. banyak kereta kebal.. dan kenderaan berat di sini.. walaupun cuaca yang sangat panas..dia gigih untuk tengok semua kenderaan..


Memandangkan masuk adalah percuma jadi Umair ajak semua masuk di semua bilik yang ada..ada 2 bangunan 2 tingkat dengan 1 terowong.. setiap aras ada 2 bilik pameran..aku suka kat bilik pameran ni sebab ada penyaman udara.. tapi adi pula menangis tak mahu masuk..aduh..


Setiap bilik pameran diletakkan patung di depan pintu masuk..entah kenapa si adi menangis tengok patung tu.. huhu aku pun takut sebenarnya..

Cukup la cerita pasal muzium tentera darat ni.. tempat yang besar.. cantik dan selesa.. sesiapa yang datang ke Port Dickson mesti cuba menjengah ke sini..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...