Pages

Saturday, April 23, 2016

Big Red Strawbery Farm dan Cactus Valley



Dari Minggu Saham di Tapah, aku bawa ahli rombongan aku ke Cameron Highland..cadangnya hari ni nak ke Agro teknologi mardi..malangnya tempat tu ditutup sehingga ke hari Selasa..sedikit terkilan..tapi pada aku mungkin ada hikmahnya..


kemudian kami bergerak ke Big Red Strawberi Farm.. tempatnya sedikit tersorok..tapi kalau guna waze masih boleh jumpa cuma jalannya sedikit sempit untuk laluan bas..tapi en.pemandu masih usaha untuk hantar kami seberapa dekat yang boleh..


Big Red Strawbery Farm ni satu laluan dengan Cactus Valley.. kawasannya berbukit..agak tinggi juga untuk ke atas tu..masuk percuma..dan perjalanan mendaki tidak terasa jauh kerana di kiri dan kanan laluan terdapat pokok strawbery yang banyak..juga pokok sayur salad yang pelbagai..


subhanallah.. kagum aku tengok saladnya yang menghijau..terus rasa macam nak petik dan makan..kikiki tapi kalau naik kereta boleh terus memandu hingga ke atas..bila dah sampai situ aku memang tak lepaskan peluang untuk minum jus strawbery segar..sedap rasanya bagai dikenang-kenang.. memang kena kenang sebab rm5.50 untuk satu cup..dah macam beli kopi kat borders tea pulak...hehe..


sebab tadi aku dah nampak salad yang segar bugar..aku terus beli semangkuk salad..harganya boleh tahan juga..tapi aku tetap puas hati sebab dapat salad yang segar dan rangup..aku beli juga aiskrim malaysia strawberi..fuhuhuhu rm1.20 untuk separuh batang..
Tapi sedap...


Kemudian kami ke cactus valley.. yang ni kena bayar..rm5 untuk satu kepala..okey juga tempatnya.. walaupun spesis cactus yang sama dipamerkan tapi ada banyak versi..terlalu banyak...kat sini aku cuma beli benih dan baja organik untuk en.suami.. cactus dah banyak kat rumah.. kemudian kami terus daftar masuk hotel dan menguruskan diri..


Dalam pukul 6..kami mula merayau di pasar malam brinchang..aku cari cendawan goreng dan strawberi celup coklat..4 batang rm5..huhu boleh tahan la..kat sini strawberi memang murah..3kg rm25..


tapi aku tak beli banyak sebab strawbery tak tahan lama..sehari je strawberi dah mula lembik..malamnya..aku dan sahabat ke tempat makan melayu..beli steamboat untuk 2 orang..rm20 untuk satu set..tapi memang banyak..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...