Pages

Saturday, April 23, 2016

Lawatan ke kilang Mamee

Waktu kokurikulum..selalunya di sekolah..tapi aku selalu rasa bosan dengan rutin yang sama setiap hari.. kokurikulum hari rabu pukul 7.45 hingga 9.20 pagi.. balik sekolah pukul 4.15 petang.. huhuhu memang hari rabu paling memenatkan..


Tapi kali ni aku bergabung dengan kelab pengguna untuk buat lawatan ke kilang mamee..
Aku uruskan urusan kertas kerja dan sahabatku menguruskan urusan surat menyurat dengan pihak kilang..


Sampai waktunya..kami pun sampai di kilang mamee..urusan pendaftaran sedikit kalut..ada sedikit salah faham bila kami dijanjikan untuk membuat bayaran sebanyak rm24.60 untul setiap pelajar..


Tapi atas sebab kecuaian dan salah faham sahabat..kami perlu membuat bayaran sebanyak rm 36 untuk setiap orang..aduhai..nak menitik air mata aku..
Aku dah betul berada di hadapan kilang...tak sampai hati rasanya hendak membatalkan lawatan..


akhirnya aku dan sahabat membuat kata sepakat untuk meneruskan juga lawatan..duit selebihnya
Yang perlu ditambah akan difikirkan kemudian..

Di dalam kilang mamee, kami diberi sedikit taklimat dan di bawa ke tempat pemprosesan bahan untuk membuat mee segera..kami ditunjukkan langkah demi langkah dalam pemprosesan tersebut..


Selesai penerangan, kamu semua diberi sedikit jamuan ringan..dapatlah makan mee segera dalam mangkuk kecil..kikiki dapat la juga sedikit saguhati dari pihak mamee..
Kemudian kami bergerak ke kedai mamee di jonker walk..kat situ ada banyal aktiviti yang dapat dibuat.. ada noodle doodle..


Apa tu? Warnakan cup yang diberi dan pilih perisa untuk dibungkus dalam cup yang telah diwarnakan..walaupun anak-anak didik aku ni tak kreatif tapi aku nampak kesungguhan diaorang.. alhamdulillah..


Kemudian..kitaorang semua dibawa ke muzium mamee..apa yang menarik di situ? Ada pelbagai jenis mamee dan produk yang diasaskan oleh mamee disitu..pelajar memang seronok..


Kemudian kami dijamu dengan nasi ayam di restoren mamee..
Selesai sudah lawatan pada kali ini..bila tengok pada reaksi pelajar dan kepuasan hati mereka buat aku rasa lega..alhamdulillah..kalau diaorang semua suka dan gembira maksudnya objektif aku tercapai.. syukur..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...