Pages

Saturday, April 23, 2016

Minggu Saham Amanah Malaysia 2016


Kali ni minggu saham di buat di Tapah.. biasanya aku memang buat lawatan untuk anak-anak ahli kelab..paling jauh setakat ni aku buat ke Kelantan 2 tahun yang lepas.. alhamdulillah setakat ni semua berjalan dengan lancar setakat masalah kecil tu biasalah..


Tahun ni sekali lagi aku buat lawatan untuk anak-anak Kelab Pelaburan Bijak.. macam 2 tahun yang lepas, pasangan kelab aku cuti bersalin.. aku cuba bergerak sendiri dengan dibantu oleh teman-teman dan anak-anak kelab..alhamdulillah dipermudahkan walaupun terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam menguruskannya..


Bermula dengan mencari nama pelajar yang akan turut sekali.. kemudian memenuhkan borang keselamatan BP 67 sebanyak 7 helai..kemudian sibuk pula menguruskan lawatan untuk ke kilang mamee.. pada masa itu jugalah en. Boss nak perancangan kewangan panitia..


kemudian bersambung pula dengan pn.GKMP yang mengarahkan latihan online untuk minggu sains dan matematik..aduhai..
Belum pun hilang lelah didada.. en.Boss sibuk pula suruh membuat analisis item untuk pepriksaan yang lepas dan terus melengkapkan e file dalam site VLE..


Ya Allah hanya Allah maha mengetahui segalanya..syukur dapat en.suami yang sangat memahami dan memberi sokongan..
Kali ni minggu saham terasa kurang meriahnya..kalau 2 tahun yang lepas dibuat di RTC Kelantan.. dengan kawasan yang luas..dekorasi yang kreatif dan hadiah-hadiah ganjaran yang pelbagai...


Tapi tahun ini adalah sebaliknya..aduhai malu untuk menyebutnya..kata pn.penyelaras kelab..
Tapi aku sebagai peminat tegar minggu saham, aku memang terasa kekurangannya..tempat yang sempit agak menyukarkan pergerakan pencarian maklumat kurang efektif..dengan keadaan tempat yang pelbagai..aduhai agak menyukarkan..
Apa pun aku agak berpuas hati juga bila tengok anak-anak pelajar gembira..masing-masing seronok menceritakan ganjaran-ganjaran yang diperolehi bila selesai melakukan aktiviti.. alhamdulillah syukur kepadaMu ya Ilahi..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...