Pages

Monday, March 21, 2016

Lexis Water Chalet


As salammualaikum.. cerita pasal bercuti pula sekarang ni.. pada awalnya kami bercadang untuk ke legoland..ye la ada promotion untuk cikgu-cikgu.. free tiket untuk seorang  cikgu dan tambah lagi tiket untuk 3 orang ahli keluarga cikgu..lumayan kan.. tapi tak jadi juga sebab lambat sangat.. tarikh yang dipilih tu dah penuh.. yang ada tinggal tarikh yang selepas cuti sekolah je..


Tapi apa pun aku bersyukur juga tak jadi pergi ke legoland tu.. sebab anak-anak semua demam..sekarang ni pun si kakak dengan adi tak baik demam lagi..


Kebetulan aku memang ada follow satu page dekat facebook ni.. SAUJANA DAMAI.. dia macam agen la..banyak hotel yang dia boleh uruskan.. antaranya hotel ni la.. lexis water chalet..


Tengok tarikh yang aku pilih ada kosong..so aku dengan en. Suami terus tempah..bayar deposit separuh dulu..harganya hanya rm480 untuk harga hujung minggu dan cuti sekolah..kalau ikut harga biasa dalam rm 700 - rm 800 untuk satu malam..


Mula-mula aku waze guna 'lexis water chalet'..tapi en.waze ni hantar aku ke tengah-tengah bandar..dia nak suruh kitaorang naik feri untuk ke chalet yang diberi..kikiki..jenuh
Lepas aku call agen.. aku cuba tanya en.waze.. tapi kali ni aku cuba pula 'glory beach resort'..akhirnya baru lah jumpa..sebab bangunannya bersebelahan je..glory..lexis..grand lexis..aha jangan salah ye.. hotel yang aku tempah tak 'grand' sangat...

Aku rasa bilik yang aku ambil ni agak selesa juga.. masuk je kawasan bilik, akan jumpa tandas, bilik mandi dan bath tub dulu.. lepas tu baru ada pintu untuk katil..ada 1 katil king dan 1 katil queen..anak-anak memang selesa dan suka la..


Secara peribadi aku suka dengan view kat sini.. waktu paginya sangat indah dan nyaman.. waktu malamnya sangat tenang.. alhamdulillah.. sekali lagi Allah bagi nikmat yang tak dapat nak dinafikan lagi..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...