Pages

Sunday, March 6, 2016

Keputusan SPM 2015



🔅MURID-murid buah hati kita. Jangan bandingkan  antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

🔅MURID baik, MURID cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.


🔅MURID-murid biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

🔅MURID yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati MURID kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.


🔅MURID-murid kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada  membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

🔅MURID-murid ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan MURID-Murid kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi CIKGU..... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.


🔅MURID-Murid kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi CIKGU yang berilmu dan cemerlang!


Kata-kata indah untuk renungan kita bersama....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...