Pages

Sunday, March 29, 2020

Mudah mudahan dipermudahkan


Astagfirullahhal A'zim.... 
Memang x susah nak buat solat taubat ni.. Susahnya datang bila rasa terpaksa.. Rasa terpaksa dalam melakukan sesuatu.. Ya Allah.. Susah sebenarnya nak didik hati.. Didik untuk terus mengingati Mu Ya Allah.. 


Tuesday, March 24, 2020

Isu semasa dan virus

Assalammualaikum..
Satu dunia sibuk berbicara tentang penularan virus.. Allahuakbar.. Sungguh besar kuasaMu Ya Allah.. Sungguh banyak dosa hambamu ini ya Allah.. Sungguh risau hati ini.. Sungguh sedih hati ini.. Sungguh aku seperti tidak mampu untuk ketawa lagi..

AllahuAkbar.. Semoga Allah angkat semua virus covid 19 dari muka bumi ini ya Allah.. Kuatkanlah benteng pertahanan barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus memerangi wabak ini..

Ya Allah.. Kau berilah kesembuhan kepada penyakit suamiku ya Allah.. Berat rasa hati ini.. Ya Allah.. Mudah sangat untuk air mata ini mengalir ya Allah... Ya Allah.. Kasihanilah suamiku ya Allah.. Permudahkanlah perjalanan hidupnya ya Allah.. Sihatkan dan sembuhkanlah penyakitnya ya Allah.. Lindungilah suamiku ya Allah.. Panjangkanlah usianya ya Allah.. Kuatkanlah semangatnya ya Allah..

Semoga Allah angkat doa dari hambamu ini ya Allah.... Semoga Allah makbulkan do dan permintaanku ini ya Allah...

Semoga tidur ku menjadi ibadah
Dipilih Allah terjaga untuk sujud di sepertiga malam
Memohon keampunan andai salah silap tiada ketahuan
Redha dan restu Mu Ya Rabbi yang aku harapkan
Redhakanlah aku hamba Mu yang hina ini..
Ampunilah aku ya Allah..
Sesungguhnya aku ini hambaMu yg menzalimi diri sendiri

Friday, January 17, 2020

Sungguh bagai dikata

Pagi ni di MHI menjemput lelaki yang viral kerana sanggup berkorban 70 hari menjaga anak-anak dan rumahtangga di Malaysia ketika isterinya ke UK menyambung PHD tahun lepas.

Bila ditanya, apa hikmah yang dia dapat selepas pengalaman berharga ni.

'Saya merasakan orang lelaki ni mungkin kuat dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi dan mental perempuan lebih hebat. Selama 70 hari tu, emosi saya sangat penat. Sangat penat' - en. Affendy

.

Pada saya pula, wanita tu bukan kuat kerana emosi dan mental semata. Mereka lebih kuat kerana kasih sayang. Kerana kasih dan sayang terhadap suami dan anak-anak.

Cuma ketahuilah bahawa, terkadang wanita juga kalah dengan emosi. Kerana penat yang tak mampu diceritakan. Stress yang tak mampu difahami orang lain. Rahsianya,wanita ni bijak sembunyikan emosi supaya terlihat kuat dimata anak-anak dan suami.

Menangis diatas tikar sejadah itu biasa.
Menangis berseorangan di dalam bilik air biasa.
Menangis ketika melayan kerenah anak-anak juga biasa.
Menangis teresak-esak sebelum tidur malam memang biasa.

Dan ketahuilah juga, suami yang membantu dalam urusan rumahtangga walaupun sedikit, cukup besar maknanya buat isteri.

Dan, pesan ustazah Isfadhiah, lelaki benamkan sedikit ego, berterima kasih dan bersyukur. Insyaallah sejahtera rumahtangga.

Done emosi pagi-pagi ni 😅
Salam pagi penuh kasih sayang buat semua ❤

Kredit: Nawwal Nordin Hanif Zakaria

Friday, November 22, 2019

Tenang dan lapang

Tenang di penghujung usia 30 an.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
             
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

#cnp
#tandaAllahsayang
#terima dan  #positif
#gotohealtylifestyle

Friday, November 15, 2019

Sahabat


Pernah terbaca artikel di atas.. Pada mulanya aku juga sependapat.. Biar apa orang nak kata.. Aku tak pernah peduli.. Biar apa nak jadi.. Aku tak pernah peduli.. Tapi tiba-tiba Allah suntik rasa dalam hati aku.. Allah tanamkan rasa dalam hati aku.. Lantas baru aku sedari.. Kita bukan hidup sendiri.. Kita hidup berkomuniti...  Ada hati yang perlu dijaga.. Ada hati yang perlu disantuni..

Dua minggu tidak bertegur sapa... Yang aku ingat kali terakhir dia tegur masa aku hilang untuk solat di hotel masa jamuan akhir tahun.. Lepas tu, langsung tiada sapaan untuk aku lagi.. Seorang sahabat yang hampir 10tahun bergurau senda.. Tapi tiba-tiba senyap entah kenapa.. Cuba mengelak bila berselisih.. Tiada lagi gurauan.. Tiada lagi ambil berat.. Tapi aku tak tahu kenapa.. Dengan tiba-tiba sahaja..

 Pada mulanya, aku sangka sebab emosinya kurang stabil... Biasalah.. Kerja sebagai seorang guru ni memang mood macam laut juga.. Kadang rasa tenang.. Kadang rasa bergelora.. Tapi biasanya tidak lama.. Namun tidak pada kali ini.. Bila aku sedari.. Dengan sahabat lain, dia seperti biasa.. Sibuk bergurau senda.. Saling mengusik.. Saling kutuk mengutuk.. Tapi bila dengan aku... Jadi diam seribu bahasa..

AllahuAkbar... Entah apa salahku.. Entah apa silapku.. Entah apa bicaraku sampai begitu sekali jadinya... Memang aku tertanya-tanya.. Pernah juga aku merisik khabar dari teman yang lain... Namun semua diam tanpa bicara.. Ya Allah.. Sebak rasa didada.. Sungguh sukar untuk puaskan hati semua.. Tapi aku masih tertanya-tanya..  Puas aku 'google' mencari jawapan.. Merungkai misteri.. Namun tidak bertemu..

Sedih rasa dihati.. Sedih bila berselisih dia memandang ke arah lain... Sedih bila tidak dilayan seperti yang lain... Sedih bila sedar dia cuba mengelak dari berjumpa.. Nampak sangat dibenci.. Ketara sangat tidak disukai.. ALLAHUAKBAR...




Akhirnya.. Aku sedari.. Allah yang maha berkuasa.. Aku panjatkan doa.. Agar dilembutkan hatinya agar memaafkan segala kesilapan yang aku tidak sedari... Mungkin ada terkasar bahasa.. Mungkin ada terlebih bicara.. Biarlah hanya Allah yang mengetahuinya.. Biar jadi misteri.. Cukup sekadar menerima kemaafan darinya.. Dilembutkan hatinya.. Kalau dia tak ingin berbicara.. Cukup sekadar bermula dengan dia memandang muka aku dengan penuh keikhlasan..

Monday, September 30, 2019

Susah ke..?



Orang yang dah kahwin tetapi ada masalah dalam rumahtangga, berdoalah mohon pada Allah minta perkara yang baik-baik.

Orang yang dah kahwin tetapi belum dikurniakan zuriat, berdoalah mohon kepada Allah semoga suatu hari nanti kita dikurniakan zuriat.

Orang yang belum berkahwin, mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan pasangan hidup.

Orang yang rezekinya seakan sempit, mohonlah kepada Allah semoga dilapangkan segalanya.

Orang yang ada masalah macam-macam, mintalah kepada Allah, doa supaya selesai segala masalah dan kita dapat hidup bahagia.

Orang yang banyak dosa, doalah minta ampun kepada Allah sekerap-kerapnya.

Doa doa doa dan terus berdoa. Tak perlu tunggu susah baru nak doa. Tak perlu nak tunggu disuruh, baru nak berdoa. Tak perlu nak tunggu datang mood baru nak doa.

Jangan jemu, jangan putus asa.

Percayalah kepada Allah. Ujian bermacam bentuk. Semua tu tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita.

Tak guna mengeluh sana sini, letaklah Allah tu dekat dengan kita. Bukan jauhkan-Nya".

Saya pandang sahaja seorang lelaki yang agaknya dalam umur 50-an memberi nasihat kepada sekumpulan rombongan di hadapan sebuah masjid. Tak tahu apa puncanya dia bagi nasihat begitu.

Ada lelaki ada perempuan.

Ada 2 buah van dan 2-3 buah kereta. Macam keluarga dan saudara-mara balik dari majlis kenduri.

Saya ketika itu sedang nak pakai kasut semula. Buatlah tunduk, lambat-lambat pakai stoking nak dengar dia sedang berkata.

Menarik kata-katanya.

Teringat dahulu pernah terbaca hadis ini;

Daripada Abi Said al-Khudri radiallahuanhu, bahawa Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda,

"Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah subhanahuwataala akan mengabulkannya dengan tiga cara:

1. Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin.

2. Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak.

3.Allah akan menjauhkan darinya kejelekan". Hadis riwayat Ahmad.

Betul kawan-kawan,

Kita ni sebagai manusia memang lemah dan amat-amat memerlukan Allah sepanjang masa. Baik ketika senang atau susah, ketika sempit atau lapang, ketika bahagia atau derita, ketika ada atau tiada sesuatu.

Doa ini juga ibadah. Inilah tandanya betapa kita ini perlu taat kepada Allah, tanda diri kita hina berbanding Allah dan sudah pasti doa juga merupakan kita amat-amat berhajat kepada Allah.

Berdoalah tanpa jemu. Tak perlu putus asa selagi apa yang dihajati belum kesampaian.

Yang pasti, rapatkan diri kita kepada-Nya.

WS Adli W Muhammad,
Terus didik rapatkan diri kepada Allah.

Thursday, September 26, 2019

Tiada manusia yang sempurna



Panduan

*KEBERKATAN HIDUP*

*Jenis2 keberkatan:*

*1. Keberkatan dalam hidup.* 🌼

Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.

Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

*2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).* ⏳

Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

*3. Keberkatan pada rezeki.* 💞

Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit.  Ramai  orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.

Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat  dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

*4. Keberkatan pada ilmu.* 💡

Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

*5. Keberkatan pada rumah.* 🏡

Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai  tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah. 

*6. Keberkatan pada keluarga.* 👳🏼‍♀🧕🏼

Keluarga yang  berkat adalah keluarga yang dapat  membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang  sakinah mawadah wa rahmah.

*7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.* 🤝

Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi  ke arah  kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

*8. Keberkatan pada pekerjaan.* 💼

Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.

Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan  melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

🌳📖✒📚🤲📿🕋🌹

Sunday, September 15, 2019

Muhasabah

Seorang sahabat bagi tau pada suatu pagi.. 
   "kau memang suka ketawa kan bahiyah.. Kalau datang sekolah tak dengar suara kau        ketawa tu maksudnya aku tau kau tak datang sekolah." 

 Anak murid pernah bagi tau.. 
     " cikgu ni.. Asyik suka jer.. Gelak jer memanjang.. Tak pernah tengok cikgu sedih.. Semua benda boleh jadi lawak.. "

Sahabat lama pernah  bertanya.. 
  " kau sekarang macam dulu lagi ke.. Asyik gelak jer.. "

Jadi.. Daripada tiga situasi tu aku tau..dari dulu lagi aku memang suka ketawa.. Alhamdulillah.. Aku dapat tunjuk muka ceria depan semua orang.. Walau hakikatnya dalam hati hanya Allah yang Maha mengetahui.. Biar aku pendam rasa yang ada.. Selagi ada daya.. Dan aku harap aku dapat juga ceriakan orang yang berada di keliling aku.. 

Aku tau.. Allah bagi ujian ini pun sebab Allah sayangkan aku.. Jangan terlalu suka dan leka dengan hal dunia.. Kena selalu menangis dan mengadu pada Allah.. Kena selalu cerita dan berkongsi segala hal dengan Allah..kea didik hati untuk selalu rindu dengan Allah.. InsyaAllah ada sebabnya.. ALLAHUAKBAR 












Tuesday, September 3, 2019

Air mata oh air mata

Mudah sangat air mata ini tumpah.. Dari sehari ke sehari.. ALLAHUAKBAR.. Hampir setiap malam ditemani mimpi ngeri.. Sehinggakan aku tak sanggup lagi untuk hadapi malam-malam yang mendatang.. Allahuakbar ya Allah.. Kau mudahkanlah perjalanan hidupku ini ya Allah.. Permudahkan urusan suamiku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidupku.. Permudahkanlah Ya Allah.. Kau jauhkan dan hindarkanlah diriku dari bisikan syaitan.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rab

Air mata oh air mata

Mudah sangat air mata ini tumpah.. Dari sehari ke sehari.. ALLAHUAKBAR.. Hampir setiap malam ditemani mimpi ngeri.. Sehinggakan aku tak sanggup lagi untuk hadapi malam-malam yang mendatang.. Allahuakbar ya Allah.. Kau mudahkanlah perjalanan hidupku ini ya Allah.. Permudahkan urusan suamiku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidupku.. Permudahkanlah Ya Allah.. Kau jauhkan dan hindarkanlah diriku dari bisikan syaitan.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rab

Friday, August 30, 2019

InsyaAllah

Mak selalu pesan,

"Kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita kena bangun malam. Kena merintih. Banyak menangis. Sebab kita ni lemah. Nak ubah suami pun payah. Nak cakap dengan suami lagi susah. Jadi, kita bercakaplah dengan Allah. Doakan kesalahan suami pada Allah. InsyaAllah, Allah sendiri akan didik suami untuk jadi baik pada anak isterinya"

Tiadalah yang lebih membahagiakan seorang wanita itu melainkan dia memiliki Tuhan didalam hatinya.

Memiliki Tuhan bererti kita ada tempat untuk mengadu, tempat merujuk, tempat meminta tolong, tempat penyelesai masalah dan segala-galanya.

👆Terjumpa di fb.. ALLAHUAKBAR..

Monday, August 19, 2019

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur bila tengok keadaan suami sekarang.. Sudah semakin pulih walau masih takut untuk bersin dan batuk.. Semalam Allah detikkan dalam hati.. Mungkin sebelum ni aku payah untuk bersyukur.. Aku selalu tertanya-tanya.. Kenapa aku kena lalui semua ini.. Bila tengok orang lain bahagia terus terbit rasa cemburu.. Rasa sedih yang terpahat dalam hati yang aku pegang sampai berhari-hari.. Aku asyik pandang pada kegagalan dan kesedihan yang aku alami.. Tambahan lagi baru-baru ni aku gagal mendapat tempat top 20 dalam anugerah kelab yang paling aktif bagi tahun 2018..lagi bertambah sedih di hati.. Wal hal tahun sebelum tu aku dapat tempat ke dua.. Ya Allah.. Bertambah-tambah sedih..
Dalam pada aku memandang kesedihan itu.. Komputer riba aku pula rosak.. Sedangkan kerja yang menimbun perlu disiapkan menjelang buka sekolah..
Tapi.. Dalam aku menghitung kesedihan demi kesedihan yang aku alami.. Tekanan demi tekanan yang perlu aku lalui.. Kesusahan demi Kesusahan yang aku harungi.. Allah hadir untuk detikkan dalam hati.. Mungkin aku kurang bersyukur.. Aku sibuk memandang yang negatif.. Tapi aku lupa dengan hikmah demi hikmah yang Allah turunkan pada aku.. Ya Allah.. Terus aku rasa berdosa yang amat.. Terus aku sedar yang aku seolah-olah menafikan nikmat dan ganjaran dari Allah.. Ya Allah.. Terasa diri begitu kerdil.. Semoga Allah terus kurniakan kepada aku nikmat kesihatan yang baik.. Nikmat kebahagiaan dan nikmat kejayaan.. Amin

Sunday, August 11, 2019

Redha dengan ujian Allah

Terkadang kita lupa bahawa hidup kita tidaklah lama mana. Hargai setiap detik yang kita ada. Redha dengan ujian ALLAH. Ianya akan berakhir jua...

Hanya hati yang redha dan wajah yang senyum akan menguatkan semangat kita dalam menghadapi rencana Tuhan.

#inspirasidrzubaidi

Alhamdulillah.. Hari ke 4 selepas en suami menjalani pembedahan.. Alhamdulillah sokongan dan dorongan ahli keluarga sangat mengharukan.. Bila en suami keluar dari bilik bedah jam 6.30pm.. Semua menarik nafas lega.. Sementelah dari jam 9.00 dah ditolak ke dalam bilik pembedahan.. Mak mertua terus berniat buat kenduri semalam.. Bila doktor membenarkan en suami keluar dari hospital.. Sekali lagi semua ahli keluarga menarik nafas lega..
Tapi tidak bagi aku.. Tambahan lagi bila tengok en suami masih lagi demam.. Rasa loya yang berpanjangan.. Rasa pening yang tiada sempadan.. Dengan bekalan ubat yang banyak.. ALLAHUAKBAR.. Allah maha besar.. Hanya Allah yang maha mengetahui rasa hati ini.. Ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku dalam mengharungi ujian demi ujian dariMu ya Allah..
Bagi orang lain.. Selesai sudah urusan.. Tapi bagi aku.. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang panjang.. Tarikh perjumpaan dengan doktor setiap minggu untuk bulan 9 ini perlu dipenuhi.. ALLAHUAKBAR.. mampukah aku.. Permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik perancang.. Amin

Monday, August 5, 2019

Tazkirah

🍃Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan *isteri yang suka melawan..*
▪Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan *suami yang panas baran..*
🍃Bukan suka² Allah berikan kita *anak yang degil dan nakal..*
▪Bukan suka² Allah letakkan kita dalam *keluarga yang tak kuat agama..*
🍃Bukan suka² Allah beri kita anak ramai
▪Bukan suka² Allah langsung *tidak beri anak pada kita*
🍃Bukan suka² ALLAH *beri kita pelbagai sakit..*

🍃Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

🍃Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

🍃Hidup kita Allah yang atur.
▪Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

🍃Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.
▪Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang.
▪DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita.
▪Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.
▪Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

🍃Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

🍃Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja.,
▪Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

▪Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

🍃Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya.
▪Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

🍃Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka..

_*🌺tazkirah hati🌺*_

Tenangkanlah hatiku ya Allah.. Aku kena kuat demi anak-anak.. Janganlah air mata ini tumpah lagi ya Allah.. Kuatkan lah hati ini ya Allah.. Sungguh tiada lagi tempat untuk aku mengadu selain dari Mu ya Allah.. Permudahkan la ya Allah..

Thursday, August 1, 2019

Semoga dipermudahkan

Hari ni dapat tarikh untuk pembedahan suami pada minggu depan...seminggu awal dari tarikh awal yang diberikan oleh doktor.. ALLAHUAKBAR.. mungkin ada hikmahnya..  Debaran hati usah dibicara.. Bagai nak meletop rasa getarannya..  Boleh kah aku hadapi saat-saat yang mendebarkan..
Saja berbual dengan en. Suami.. Aku memang tak berani nak pandu kereta jauh.. Tambahan lagi.. Kawasan ibu kota yang memang terkenal dengan kesibukannya.. ALLAHUAKBAR.. Rupanya en. Suami pun x percaya dengan keyakinan aku yang suam-suam kuku ni..
Aku bermohon semoga Allah tidak membiarkan aku keseorangan.. Amin
Semoga pembedahan berjalan dengan lancar.. Semoga dipermudahkan urusan samada sebelum, semasa mahupun selepas pembedahan.. Semoga en. Suami diberikan ketenangan hati dan diberi kesihatan yang baik.. Semoga en. Suami sihat supaya tenang hati ibu mertuaku.. Sayangku pada ibu mertua seperti sayang kepada ibu sendiri.. Sementelah beliau saja yang masih ada.. Semoga ibu mertua juga diberi kesihatan dan ketenangan.. Amin

Tuesday, July 30, 2019

Ketenangan hati milik Allah

Tiba - tiba je aku rasa sangat tenang bila baca tulisan seorang sahabat di facebook.. ALLAHUAKBAR.. semoga ketenangan ini sentiasa mengiringi kehidupanku, suami dan ibu mertuaku.. Semoga Allah terus bagi kesihatan yang baik untuk en. Suami supaya ibu mertuaku terus diberi ketenangan hati dan dijauhkan dari perasaan gundah gulana dan sedih yang berpanjangan.. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...