Pages

Friday, January 17, 2020

Sungguh bagai dikata

Pagi ni di MHI menjemput lelaki yang viral kerana sanggup berkorban 70 hari menjaga anak-anak dan rumahtangga di Malaysia ketika isterinya ke UK menyambung PHD tahun lepas.

Bila ditanya, apa hikmah yang dia dapat selepas pengalaman berharga ni.

'Saya merasakan orang lelaki ni mungkin kuat dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi dan mental perempuan lebih hebat. Selama 70 hari tu, emosi saya sangat penat. Sangat penat' - en. Affendy

.

Pada saya pula, wanita tu bukan kuat kerana emosi dan mental semata. Mereka lebih kuat kerana kasih sayang. Kerana kasih dan sayang terhadap suami dan anak-anak.

Cuma ketahuilah bahawa, terkadang wanita juga kalah dengan emosi. Kerana penat yang tak mampu diceritakan. Stress yang tak mampu difahami orang lain. Rahsianya,wanita ni bijak sembunyikan emosi supaya terlihat kuat dimata anak-anak dan suami.

Menangis diatas tikar sejadah itu biasa.
Menangis berseorangan di dalam bilik air biasa.
Menangis ketika melayan kerenah anak-anak juga biasa.
Menangis teresak-esak sebelum tidur malam memang biasa.

Dan ketahuilah juga, suami yang membantu dalam urusan rumahtangga walaupun sedikit, cukup besar maknanya buat isteri.

Dan, pesan ustazah Isfadhiah, lelaki benamkan sedikit ego, berterima kasih dan bersyukur. Insyaallah sejahtera rumahtangga.

Done emosi pagi-pagi ni 😅
Salam pagi penuh kasih sayang buat semua ❤

Kredit: Nawwal Nordin Hanif Zakaria

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...