Pages

Thursday, May 12, 2016

Ladang teh boh sungei Palas


Bersambung semula cerita pasal Cameron.. hari kedua aku di Cameron.. bersarapan dekat food court berhampiran dengan Hotel Jasmine.. dekat sangat..


ada 2 sahaja gerai yang dibuka..mungkin masih awal.. duduk di kedai yang tuan kedainya sangat ramah dan ada ciri-ciri orang Melaka bila berkata-kata..

haha kahau la bunyi nya.. makanannya memang sedap dan banyak pilihan.. pendek kata apa yang terlintas di kepala untuk sarapan pagi semua ada di sini..


tapi dari segi kebersihan memang kurang memuaskan.. mungkin budaya orang Cameron yang sibuk berniaga sehingga tiada masa untuk melakukan proses kecerian.. kikiki pandai je..


Kemudian kami ke KEA Farm.. sebab utama ke sini aku nak cari bas mini yang boleh bawa kami ke ladang teh sungei Palas.. puas dah aku google nak dapatkan no bas nie.. memang tak jumpa..


puas juga tanya pada orang yang pernah menetap di Cameron juga tidak tahu.. ke malas nak ambil tau kot.. kebetulan sampai sahaja di KEA FARM ada satu bas mini sekolah.. terus aku booking untuk naik ke ladang boh sungei Palas..


alhamdulillah tercapai juga hajat di hati untuk ke sungei Palas.. rupanya jalan untuk ke ladang boh sungei Palas memang sangat mencabar.. kalau aku bawa kancil aku naik ni mesti berasap agaknya.. (kikiki ada hati )..


dari KEA FARM untuk naik ke atas jaraknya dalam 6km.. kalau naik kenderaan biasa.. bayaran yang dikenakan ialah rm120 untuk 1 bas.. lebih kurang 35 orang dalam satu bas..tapi pada yang menaiki kereta sendiri.. kena parking kat satu tempat lepas tu kena menapak dalam 500m..


Tapi sebab naik bas.. jadi pemandu boleh bawa kami terus ke depan pintu kilang.. masa dalam perjalanan tu pun en. Driver banyak memberi penerangan..yang aku faham bahawa ladang teh boh nie masih lagi di miliki oleh orang British..kiranya dah 3 generasi yang monopoli teh di sini..


Pokok teh juga perlu dicantas setiap 5 tahun supaya pokoknya sama aras ketinggiannya..kalau dibiarkan boleh besar macam pokok rambutan.. huhuhu daun pokok teh yang masih segar berbau seperti daun inai sebelum diproses dan dikilangkan..eh dah macam dokumentari pulak...

Rumah pekerja ladang
Kat dalam kawasan ladang ni lengkap dengan prasarana.. ada masjid, kuil, gereja,klinik dan kedai runcit..cuma mesin atm je yang aku tak nampak lagi.. tapi pekerja ladang ni semua bukan bumiputra atau orang Malaysia.. semua orang Bangla.. upah murah katanya..


Tapi pemandangan kat sini memang seronok sangat.. rasa macam tak nak balik.. tengah hari pun suhu baru 20 degree.. kalau kat melaka pagi pun belum tentu lagi dapat suhu macam tu..

Pokok teh yang dibiar besar
Lepas dah puas bergambar kitaorang pun turun ke KEA farm.. sibuk pula aku cari keledek madu.. untuk mak tersayang.. beli 5 kilo dapat free 1 kilo.. bayangkan pikul keledek 5 kilo..jenuh juga..



Lepas membeli belah trip bergerak ke Rose Valley.. aku
Haha alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar.. syukur Allah perkenankan doa..



Tuesday, May 10, 2016

Pesta buku antarabangsa 2016

Assalammualaikum... cerita semalam bila jadi wakil guru perpustakaan dan media untuk bawa pelajar ke pesta buku.. 


sebenarnya tahun lepas pun aku pergi bersama pengawas pusat sumber.. saja ambil peluang untuk mencari buku latihan tambahan untuk pelajar.. tahun lepas berlangsung di PWTC.. 


tapi tahun ini diubah tempat di MAEPS Serdang.. dalam perjalanan pergi saja ajak en.driver bas sekolah untuk masuk ke kawasan UPM.. buat-buat sesat lalu di kawasan kolej kediaman.. 


aduh rindu datang bertandang... bila tengok kolej canselor.. kolej kedua..kossas... rasa remaja semula... seronok bila sesekali layan kenangan lama.. kenangan berjalan kaki berbatu-batu di bawah terik mentari..


Kawasan Maeps ni tersangat luas jika dibandingkan dengan PWTC.. ada 3 buah dewan utama.. ada banyak bas mini yang disediakan kalau terpaksa parkir jauh dari pintu utama.. 


cuma rasa kurang selesa bila kurangnya papan tanda.. sehinggakan nak mencari kaunter seketariat untuk mengambil sijil pun tak jumpa..hehehe


Tapi aku suka bila buat di Serdang.. dekat sikit perjalanan..tak perlu nak tempuh kesesakan jalan raya.. en.driver bas sekolah pun suka dibuat di Maeps ni.. senang parkir katanya..
lagipun dekat dengan Ioi mall putrajaya.. huhuhu kalau waze cuma 8 minit sahaja...


Kedai yang menjual makanan juga banyak..cuma harganya harga kl la... air cincau rm4.. coconut shake rm6.. meatball dengan fries rm10.. haha key ell sangat..


Bila kaki dah lenguh tawaf keliling Maeps..kitaorang pun ke ioi mall untuk solat dan makan..geng cikgu cikgi terjumpa la sebuah kedai makanan jepun berstatus halal.. 


apa yang menarik untuk diceritakan..dibahagian depan kedai ada ditunjukkan jenis-jenis makanan yang ada di jual.. makanan ini hanya sampel yang menggunakan material plastik.. cantik dan nampak hidup..


ha cerita pasal hidup..di ioi mall ini juga ada satu kedai sukan yang menggunakan manusia untuk mempamerkan barangan..masa mula-mula lalu aku ingatkan patung yang tegak diam disebalik kaca..rupanya manusia..allahu.. dia dibayar untuk menjadi patung..berapa lama agaknya dia kena berdiri keras di situ..
Makanan yang dibuat dari material plastik
dalam pukul 4 petang, kitaorang pun gerak ke sekolah semula..alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang..


Selang 3 hari kemudian... aku ke MAEPS lagi... bersama pelajar asrama pula.. 4 bas semuanya..kali ni ke kedai korea pula.. hmm boleh tahan harganya.. rm 33 total makanan... 


hahahaha nak sangat kan.. aku order mi ramen.. bau macam maggi kari je.. rupa pun macam maggi kari.. tapi rasa je ada lain sikit.. mi dia tak cepat kembang macam maggi.. kira boleh layan sebab ada aksesori kimci.. 


aku memang suka dengan kimchi nie.. walaupun sayur je kot.. lagi pun dah banyak duit melabur hoi..




Saturday, April 23, 2016

Hotel Jasmine


Sepanjang tinggal di Cameron Highland ni (macam lama sangat) aku dengan rombongan aku menginap di Hotel Jasmine..hotel bajet..tapi aku rasa ok sebab dekat dengan pasar malam Brinchang..dekat dengan tempat makan..dekat dengan kfc (sebab bawa anak murid)..dekat dengan atm..
Aku rasa layanan yang diberikan agak memuaskan dan aku boleh tukar jenis bilik bila-bila masa tanpa sebarang tambahan bayaran..aku dan ahli rombongan yang lain pun dapat bilik pada aras yang sama..senang nak pantau..
Tapi yang kurang selesa bila aku dapat bilik yang berada betul-betul atas kedai.. bila buka tingkap bau masakan dari kedai bawah masuk ke dalam bilik..dah la bilik kat cameron ni takde kipas dan aircond..so memang kena buka la tingkap..dah la tingkap takde grill..aduhaiii...

Big Red Strawbery Farm dan Cactus Valley



Dari Minggu Saham di Tapah, aku bawa ahli rombongan aku ke Cameron Highland..cadangnya hari ni nak ke Agro teknologi mardi..malangnya tempat tu ditutup sehingga ke hari Selasa..sedikit terkilan..tapi pada aku mungkin ada hikmahnya..


kemudian kami bergerak ke Big Red Strawberi Farm.. tempatnya sedikit tersorok..tapi kalau guna waze masih boleh jumpa cuma jalannya sedikit sempit untuk laluan bas..tapi en.pemandu masih usaha untuk hantar kami seberapa dekat yang boleh..


Big Red Strawbery Farm ni satu laluan dengan Cactus Valley.. kawasannya berbukit..agak tinggi juga untuk ke atas tu..masuk percuma..dan perjalanan mendaki tidak terasa jauh kerana di kiri dan kanan laluan terdapat pokok strawbery yang banyak..juga pokok sayur salad yang pelbagai..


subhanallah.. kagum aku tengok saladnya yang menghijau..terus rasa macam nak petik dan makan..kikiki tapi kalau naik kereta boleh terus memandu hingga ke atas..bila dah sampai situ aku memang tak lepaskan peluang untuk minum jus strawbery segar..sedap rasanya bagai dikenang-kenang.. memang kena kenang sebab rm5.50 untuk satu cup..dah macam beli kopi kat borders tea pulak...hehe..


sebab tadi aku dah nampak salad yang segar bugar..aku terus beli semangkuk salad..harganya boleh tahan juga..tapi aku tetap puas hati sebab dapat salad yang segar dan rangup..aku beli juga aiskrim malaysia strawberi..fuhuhuhu rm1.20 untuk separuh batang..
Tapi sedap...


Kemudian kami ke cactus valley.. yang ni kena bayar..rm5 untuk satu kepala..okey juga tempatnya.. walaupun spesis cactus yang sama dipamerkan tapi ada banyak versi..terlalu banyak...kat sini aku cuma beli benih dan baja organik untuk en.suami.. cactus dah banyak kat rumah.. kemudian kami terus daftar masuk hotel dan menguruskan diri..


Dalam pukul 6..kami mula merayau di pasar malam brinchang..aku cari cendawan goreng dan strawberi celup coklat..4 batang rm5..huhu boleh tahan la..kat sini strawberi memang murah..3kg rm25..


tapi aku tak beli banyak sebab strawbery tak tahan lama..sehari je strawberi dah mula lembik..malamnya..aku dan sahabat ke tempat makan melayu..beli steamboat untuk 2 orang..rm20 untuk satu set..tapi memang banyak..

Minggu Saham Amanah Malaysia 2016


Kali ni minggu saham di buat di Tapah.. biasanya aku memang buat lawatan untuk anak-anak ahli kelab..paling jauh setakat ni aku buat ke Kelantan 2 tahun yang lepas.. alhamdulillah setakat ni semua berjalan dengan lancar setakat masalah kecil tu biasalah..


Tahun ni sekali lagi aku buat lawatan untuk anak-anak Kelab Pelaburan Bijak.. macam 2 tahun yang lepas, pasangan kelab aku cuti bersalin.. aku cuba bergerak sendiri dengan dibantu oleh teman-teman dan anak-anak kelab..alhamdulillah dipermudahkan walaupun terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam menguruskannya..


Bermula dengan mencari nama pelajar yang akan turut sekali.. kemudian memenuhkan borang keselamatan BP 67 sebanyak 7 helai..kemudian sibuk pula menguruskan lawatan untuk ke kilang mamee.. pada masa itu jugalah en. Boss nak perancangan kewangan panitia..


kemudian bersambung pula dengan pn.GKMP yang mengarahkan latihan online untuk minggu sains dan matematik..aduhai..
Belum pun hilang lelah didada.. en.Boss sibuk pula suruh membuat analisis item untuk pepriksaan yang lepas dan terus melengkapkan e file dalam site VLE..


Ya Allah hanya Allah maha mengetahui segalanya..syukur dapat en.suami yang sangat memahami dan memberi sokongan..
Kali ni minggu saham terasa kurang meriahnya..kalau 2 tahun yang lepas dibuat di RTC Kelantan.. dengan kawasan yang luas..dekorasi yang kreatif dan hadiah-hadiah ganjaran yang pelbagai...


Tapi tahun ini adalah sebaliknya..aduhai malu untuk menyebutnya..kata pn.penyelaras kelab..
Tapi aku sebagai peminat tegar minggu saham, aku memang terasa kekurangannya..tempat yang sempit agak menyukarkan pergerakan pencarian maklumat kurang efektif..dengan keadaan tempat yang pelbagai..aduhai agak menyukarkan..
Apa pun aku agak berpuas hati juga bila tengok anak-anak pelajar gembira..masing-masing seronok menceritakan ganjaran-ganjaran yang diperolehi bila selesai melakukan aktiviti.. alhamdulillah syukur kepadaMu ya Ilahi..

Lawatan ke kilang Mamee

Waktu kokurikulum..selalunya di sekolah..tapi aku selalu rasa bosan dengan rutin yang sama setiap hari.. kokurikulum hari rabu pukul 7.45 hingga 9.20 pagi.. balik sekolah pukul 4.15 petang.. huhuhu memang hari rabu paling memenatkan..


Tapi kali ni aku bergabung dengan kelab pengguna untuk buat lawatan ke kilang mamee..
Aku uruskan urusan kertas kerja dan sahabatku menguruskan urusan surat menyurat dengan pihak kilang..


Sampai waktunya..kami pun sampai di kilang mamee..urusan pendaftaran sedikit kalut..ada sedikit salah faham bila kami dijanjikan untuk membuat bayaran sebanyak rm24.60 untul setiap pelajar..


Tapi atas sebab kecuaian dan salah faham sahabat..kami perlu membuat bayaran sebanyak rm 36 untuk setiap orang..aduhai..nak menitik air mata aku..
Aku dah betul berada di hadapan kilang...tak sampai hati rasanya hendak membatalkan lawatan..


akhirnya aku dan sahabat membuat kata sepakat untuk meneruskan juga lawatan..duit selebihnya
Yang perlu ditambah akan difikirkan kemudian..

Di dalam kilang mamee, kami diberi sedikit taklimat dan di bawa ke tempat pemprosesan bahan untuk membuat mee segera..kami ditunjukkan langkah demi langkah dalam pemprosesan tersebut..


Selesai penerangan, kamu semua diberi sedikit jamuan ringan..dapatlah makan mee segera dalam mangkuk kecil..kikiki dapat la juga sedikit saguhati dari pihak mamee..
Kemudian kami bergerak ke kedai mamee di jonker walk..kat situ ada banyal aktiviti yang dapat dibuat.. ada noodle doodle..


Apa tu? Warnakan cup yang diberi dan pilih perisa untuk dibungkus dalam cup yang telah diwarnakan..walaupun anak-anak didik aku ni tak kreatif tapi aku nampak kesungguhan diaorang.. alhamdulillah..


Kemudian..kitaorang semua dibawa ke muzium mamee..apa yang menarik di situ? Ada pelbagai jenis mamee dan produk yang diasaskan oleh mamee disitu..pelajar memang seronok..


Kemudian kami dijamu dengan nasi ayam di restoren mamee..
Selesai sudah lawatan pada kali ini..bila tengok pada reaksi pelajar dan kepuasan hati mereka buat aku rasa lega..alhamdulillah..kalau diaorang semua suka dan gembira maksudnya objektif aku tercapai.. syukur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...