Pages

Saturday, April 23, 2016

Hotel Jasmine


Sepanjang tinggal di Cameron Highland ni (macam lama sangat) aku dengan rombongan aku menginap di Hotel Jasmine..hotel bajet..tapi aku rasa ok sebab dekat dengan pasar malam Brinchang..dekat dengan tempat makan..dekat dengan kfc (sebab bawa anak murid)..dekat dengan atm..
Aku rasa layanan yang diberikan agak memuaskan dan aku boleh tukar jenis bilik bila-bila masa tanpa sebarang tambahan bayaran..aku dan ahli rombongan yang lain pun dapat bilik pada aras yang sama..senang nak pantau..
Tapi yang kurang selesa bila aku dapat bilik yang berada betul-betul atas kedai.. bila buka tingkap bau masakan dari kedai bawah masuk ke dalam bilik..dah la bilik kat cameron ni takde kipas dan aircond..so memang kena buka la tingkap..dah la tingkap takde grill..aduhaiii...

Big Red Strawbery Farm dan Cactus Valley



Dari Minggu Saham di Tapah, aku bawa ahli rombongan aku ke Cameron Highland..cadangnya hari ni nak ke Agro teknologi mardi..malangnya tempat tu ditutup sehingga ke hari Selasa..sedikit terkilan..tapi pada aku mungkin ada hikmahnya..


kemudian kami bergerak ke Big Red Strawberi Farm.. tempatnya sedikit tersorok..tapi kalau guna waze masih boleh jumpa cuma jalannya sedikit sempit untuk laluan bas..tapi en.pemandu masih usaha untuk hantar kami seberapa dekat yang boleh..


Big Red Strawbery Farm ni satu laluan dengan Cactus Valley.. kawasannya berbukit..agak tinggi juga untuk ke atas tu..masuk percuma..dan perjalanan mendaki tidak terasa jauh kerana di kiri dan kanan laluan terdapat pokok strawbery yang banyak..juga pokok sayur salad yang pelbagai..


subhanallah.. kagum aku tengok saladnya yang menghijau..terus rasa macam nak petik dan makan..kikiki tapi kalau naik kereta boleh terus memandu hingga ke atas..bila dah sampai situ aku memang tak lepaskan peluang untuk minum jus strawbery segar..sedap rasanya bagai dikenang-kenang.. memang kena kenang sebab rm5.50 untuk satu cup..dah macam beli kopi kat borders tea pulak...hehe..


sebab tadi aku dah nampak salad yang segar bugar..aku terus beli semangkuk salad..harganya boleh tahan juga..tapi aku tetap puas hati sebab dapat salad yang segar dan rangup..aku beli juga aiskrim malaysia strawberi..fuhuhuhu rm1.20 untuk separuh batang..
Tapi sedap...


Kemudian kami ke cactus valley.. yang ni kena bayar..rm5 untuk satu kepala..okey juga tempatnya.. walaupun spesis cactus yang sama dipamerkan tapi ada banyak versi..terlalu banyak...kat sini aku cuma beli benih dan baja organik untuk en.suami.. cactus dah banyak kat rumah.. kemudian kami terus daftar masuk hotel dan menguruskan diri..


Dalam pukul 6..kami mula merayau di pasar malam brinchang..aku cari cendawan goreng dan strawberi celup coklat..4 batang rm5..huhu boleh tahan la..kat sini strawberi memang murah..3kg rm25..


tapi aku tak beli banyak sebab strawbery tak tahan lama..sehari je strawberi dah mula lembik..malamnya..aku dan sahabat ke tempat makan melayu..beli steamboat untuk 2 orang..rm20 untuk satu set..tapi memang banyak..

Minggu Saham Amanah Malaysia 2016


Kali ni minggu saham di buat di Tapah.. biasanya aku memang buat lawatan untuk anak-anak ahli kelab..paling jauh setakat ni aku buat ke Kelantan 2 tahun yang lepas.. alhamdulillah setakat ni semua berjalan dengan lancar setakat masalah kecil tu biasalah..


Tahun ni sekali lagi aku buat lawatan untuk anak-anak Kelab Pelaburan Bijak.. macam 2 tahun yang lepas, pasangan kelab aku cuti bersalin.. aku cuba bergerak sendiri dengan dibantu oleh teman-teman dan anak-anak kelab..alhamdulillah dipermudahkan walaupun terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam menguruskannya..


Bermula dengan mencari nama pelajar yang akan turut sekali.. kemudian memenuhkan borang keselamatan BP 67 sebanyak 7 helai..kemudian sibuk pula menguruskan lawatan untuk ke kilang mamee.. pada masa itu jugalah en. Boss nak perancangan kewangan panitia..


kemudian bersambung pula dengan pn.GKMP yang mengarahkan latihan online untuk minggu sains dan matematik..aduhai..
Belum pun hilang lelah didada.. en.Boss sibuk pula suruh membuat analisis item untuk pepriksaan yang lepas dan terus melengkapkan e file dalam site VLE..


Ya Allah hanya Allah maha mengetahui segalanya..syukur dapat en.suami yang sangat memahami dan memberi sokongan..
Kali ni minggu saham terasa kurang meriahnya..kalau 2 tahun yang lepas dibuat di RTC Kelantan.. dengan kawasan yang luas..dekorasi yang kreatif dan hadiah-hadiah ganjaran yang pelbagai...


Tapi tahun ini adalah sebaliknya..aduhai malu untuk menyebutnya..kata pn.penyelaras kelab..
Tapi aku sebagai peminat tegar minggu saham, aku memang terasa kekurangannya..tempat yang sempit agak menyukarkan pergerakan pencarian maklumat kurang efektif..dengan keadaan tempat yang pelbagai..aduhai agak menyukarkan..
Apa pun aku agak berpuas hati juga bila tengok anak-anak pelajar gembira..masing-masing seronok menceritakan ganjaran-ganjaran yang diperolehi bila selesai melakukan aktiviti.. alhamdulillah syukur kepadaMu ya Ilahi..

Lawatan ke kilang Mamee

Waktu kokurikulum..selalunya di sekolah..tapi aku selalu rasa bosan dengan rutin yang sama setiap hari.. kokurikulum hari rabu pukul 7.45 hingga 9.20 pagi.. balik sekolah pukul 4.15 petang.. huhuhu memang hari rabu paling memenatkan..


Tapi kali ni aku bergabung dengan kelab pengguna untuk buat lawatan ke kilang mamee..
Aku uruskan urusan kertas kerja dan sahabatku menguruskan urusan surat menyurat dengan pihak kilang..


Sampai waktunya..kami pun sampai di kilang mamee..urusan pendaftaran sedikit kalut..ada sedikit salah faham bila kami dijanjikan untuk membuat bayaran sebanyak rm24.60 untul setiap pelajar..


Tapi atas sebab kecuaian dan salah faham sahabat..kami perlu membuat bayaran sebanyak rm 36 untuk setiap orang..aduhai..nak menitik air mata aku..
Aku dah betul berada di hadapan kilang...tak sampai hati rasanya hendak membatalkan lawatan..


akhirnya aku dan sahabat membuat kata sepakat untuk meneruskan juga lawatan..duit selebihnya
Yang perlu ditambah akan difikirkan kemudian..

Di dalam kilang mamee, kami diberi sedikit taklimat dan di bawa ke tempat pemprosesan bahan untuk membuat mee segera..kami ditunjukkan langkah demi langkah dalam pemprosesan tersebut..


Selesai penerangan, kamu semua diberi sedikit jamuan ringan..dapatlah makan mee segera dalam mangkuk kecil..kikiki dapat la juga sedikit saguhati dari pihak mamee..
Kemudian kami bergerak ke kedai mamee di jonker walk..kat situ ada banyal aktiviti yang dapat dibuat.. ada noodle doodle..


Apa tu? Warnakan cup yang diberi dan pilih perisa untuk dibungkus dalam cup yang telah diwarnakan..walaupun anak-anak didik aku ni tak kreatif tapi aku nampak kesungguhan diaorang.. alhamdulillah..


Kemudian..kitaorang semua dibawa ke muzium mamee..apa yang menarik di situ? Ada pelbagai jenis mamee dan produk yang diasaskan oleh mamee disitu..pelajar memang seronok..


Kemudian kami dijamu dengan nasi ayam di restoren mamee..
Selesai sudah lawatan pada kali ini..bila tengok pada reaksi pelajar dan kepuasan hati mereka buat aku rasa lega..alhamdulillah..kalau diaorang semua suka dan gembira maksudnya objektif aku tercapai.. syukur..

Bayou lagoon resort


As salammualaikum.. kali ni nak cerita pasal bayou lagoon park.. sebenarnya aku dah beli tiket bayou lagoon ni dah lama.. dari bulan 11 lagi dah dapat tiket buy 1 free 1..


Tapi tu la.. masa yang sangat terhad menyebabkan dah penghujung tarikh yang ditetapkan baru aku berkesempatan untuk ajak en.suami.. tempatnya bukan jauh pun.. kalau dari rumah dalam 15 minit je..


Pertama kali aku sampai di sini.. boleh dikatakan tempatnya boleh tahan selesa.. tapi standard taman tema la.. memang tidak dibenarkan membawa makanan.. tapi jangan risau..ada cafe disediakan di sini.. harga juga mampu milik..nugget 5 ketol rm10.00.. gulp...


Secara peribadi aku memang suka dengan tempat macam ni.. tempat mainannya sekelompok.. mainan ada macam-macam..sesuai untuk adi yang berumur 3 tahun..sesuai untuk ainul yang berumur 7 tahun dan juga sesuai untuk umair yang berumur 10 tahun..


Tandas yang disediakan pun bersih dan selesa.. ada juga shower open ditepi-tepi kolam.. kalau macam adi dan ainul,mandi kat situ je..


Tepi-tepi kolam juga banyak disediakan tempat bersantai dan tempat duduk yang dilapik dengan rumput tiruan.. secara tidak langsung memberikan pemandangan yang menarik..


Cuma yang kurang seronok sikit bila tiada bay watch di situ..untuk menaiki gelongsor atau permainan yang ada perlu diawasi sendiri oleh ibu bapa..


Puas juga la aku terjerit-jerit minta anak beralih ke tempat lain sebaik turun dari gelongsor..takut berlanggar dengan orang yang berikutnya..


Dalam kawasan ni juga ada tempat permainan kering seperti kereta langgar.. tapi aku tengok tempat tu macam tak pernah ada pengunjung je..


Sebaik selesai mandi.. en.suami pun bawa kitaorang semua untuk berjalan di sekitar kawasan hotel bayou lagoon.. disitu juga ada magic art museum..


Museum ni 2 tingkat.. konsepnya seperti muzium 3d..tapi sebab aku dah pernah masuk tempat macam ni masa di Port Dickson dulu..so kali ni kita orang x masuk..


Ada juga cinema 9D di sini.. diluar bilik tayangan ada disediakan skrin kecil untuk kita mengetahui apa keadaan yang berlaku di luar..
Bermacam aksi dapat dilihat..


Lebih kurang pukul 3.00 petang,kami semua bergerak pulang..


Tuesday, April 5, 2016

Muzium Tentera Darat


As salam mualaikum.. ni cerita lama.. cuti sekolah bulan 3.. lepas check out dari lexis water chalet, aku dengan keluarga gerak ke muzium ni.. aku bukan jenis orang yang suka ke muzium.. tapi ikutkan anak-anak..layan je la..


Aku tak pernah sampai ke kawasan tentera ni..aku ingat kawasan tentera ni kat tanjung tuan sana...salah pulak..


Umair memang teruja bila sampai kat kawasan muzium ni.. banyak kereta kebal.. dan kenderaan berat di sini.. walaupun cuaca yang sangat panas..dia gigih untuk tengok semua kenderaan..


Memandangkan masuk adalah percuma jadi Umair ajak semua masuk di semua bilik yang ada..ada 2 bangunan 2 tingkat dengan 1 terowong.. setiap aras ada 2 bilik pameran..aku suka kat bilik pameran ni sebab ada penyaman udara.. tapi adi pula menangis tak mahu masuk..aduh..


Setiap bilik pameran diletakkan patung di depan pintu masuk..entah kenapa si adi menangis tengok patung tu.. huhu aku pun takut sebenarnya..

Cukup la cerita pasal muzium tentera darat ni.. tempat yang besar.. cantik dan selesa.. sesiapa yang datang ke Port Dickson mesti cuba menjengah ke sini..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...