Pages

Thursday, December 25, 2014

Kek Choklat Cheese



Bahan Kek Coklat:

2 biji telor gred A
1 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanila
sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung

1 cawan tepung gandum - ayak
3 camca besar serbuk koko - ayak
1/2 camca teh baking powder - ayak
1 sudu teh soda bikarbonat - ayak

Cara:

1. Putar telur dan gula (hingga kembang dan pekat)
2. Masukkan esen vanilla dan garam
3. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung
4. Masukkan bahan yang diayak dan gaul sama rata. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahan Lapis Cheese:

250g cream cheese
60g gula halus
1 biji telor gred A
1 camca besar air
1 camca besar teung gandum

Cara :

1. Putar cream cheese dan gula halus hingga sebati.
2. Masukkan tepung, telor dan air sampai sebati dan licin.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian.

Cara masak :
1. Panaskan kukus terlebih dahulu.
2. Lenser loyang dengan mentega.
3. Tuang 1 bahagian coklat dan kukus selama 20 minit.(pastikan loyang ditutup dengan aluminium foil)
4. Kemudian, keluarkan dan lapiskan dengan cheese tadi.Kukus dengan api sederhana dalam masa 20 minit.
5. Selepas 20 minit, keluarkan dan masukkan sebahagian lagi coklat yang tinggal.Kukus semula dalam masa 20 minit juga.
6. Dah siap, angkat dan sejukkan untuk disapu toping.

Bahan toping:

60g majerin
50g koko
2 biji kuning telor
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
220g susu cair
125 ml air
1 sudu kecil vanila
garam secukup rasa

Cara:
1.campur semua bahan kecuali marjerin
2.kacau double boiled sampai pekat.
3.masukkan marjerin dan kacau perlahan.
4.angkat dan sapukan atas kek yang telah sejuk.
Si anak dara yang rajin menolong

Coklat yang telah disebatikan

Guna tatura cheese je


Wednesday, December 24, 2014

Melaka Maju Teknologi Hijau

Cuti kali ni en.suami ajak berjalan pusing - pusing bandar Melaka..aku ada sedikit rasa macam duta negeri Melaka pun ada juga.. hehe ...
Semua tempat yang aku pergi pada satu hari yang sama... mula-mula kami ke upside down house yang terletak di Banda Hilir... walaupun dalam Melaka anak-anak tetap seronok...itu yang penting sekali..puas bergambar, kami bergerak ke muzium samudera..


Pergerakan berjalan lancar walaupun ada sedikit kesesakan lalulintas..kata orang, Melaka memang tak boleh dipisahkan laluan sesak... kalau hari cuti atau hujung minggu memang itu la...
Tempat seterusnya ialah The Shore Oceanarium ... The Shore ni sebenarnya pasaraya yang baru sebulan dirasmikan.. perkara pertama yang perli dilakukan ialah mencari kedai makan..


Aku tak sempat nak merayau sangat... tapi memang dah rancang nak belanja anak-anak makan seoul garden... nak 'feel' korea sikit...haha bila perut dah kenyang, terus cari oceanarium, survey sikit dan terus cari surau dan terus masuk semula..hehe

The Shore Oceanarium, Melaka


Sebenarnya The Shore ni ialah pusat membeli-belah dan hotel..kalau gabung jadi apa ek..?hotel dengan shopping..jadi hoping kot,,hehe suka-suka je..mungkin ada istilah yang aku tak tahu kot..bahagian bawah nye pusat membeli-belah dan atasnya hotel..

Sebelum masuk...

Masa aku pergi ari tu, pasaraya ni baru beroperasi dalam sebulan je..tak ramai lagi yang tahu tempat ni..aku pun dapat tau dari kawan fb yang memang orang Melaka juga..kalau setakat pasaraya je aku memang tak berapa heran sangat..sebab Bandaraya Melaka ni memang dah banyak sangat dah pasaraya..tapi sebab ada oceanarium tu yang jadi lain dari yang lain..

Kawasan ni boleh pegang hidupan air ni..

okey kat mana The Shore nie ye..? kalau orang yang dah biasa dengan jalan Melaka senang sangat nak cari..sebab kawasan tu semua jalan sehala..Lokasi dia berada di tepi sungai belakang Hospital Putra..

Banyak maklumat yang disediakan..

aku memang teruja dengan hidupan-hidupan laut ni..mungkin tempat ni baru buka, jadi layanan pekerjanya memang sangat bagus..bermula dari masa membeli tiket lagi kami dah diberi berbagai-bagai taklimat dan penerangan..kebetulan masa kitaorang sampai tu, bersaing dengan wartawan dari berbagai media yang nak tolong promosi tempat ni..jadi, banyak sangat info yang aku dapat dengar...jadi aku terus ajak en. suami sembahyang dulu..tak nak bersaing dengan media nie..sebab rasa macam rombongan sekolah pula..hehe

Aksi anak-anak yang teruja...

aku tak sempat pula nak pusing-pusing kat pasaraya ni sebab kejar masa..tak nak balik lewat petang sangat nanti anak-anak terlalu letih..tapi jenuh juga la nak mencari surau..tanya punya tanya rupanya surau dekat tempat letak kereta tingkat atas..jauh pula ke tengah..kalau seorang diri mau takut juga aku nak ke sana..tapi tempatnya agak selesa...tempat solat lelaki bersebelahan dan hanya dipisahkan dengan kain langsir sahaja..untuk yang ada anak kecil macam aku ni memang suka la surau macam ni..senang nak pantau anak-anak..

Suka bila ada ikan lalu atas kepala

Harga tiket masuk,aku tak ingat sebab en.suami yang tolong uruskan semua... hehe... masuk je dalam oceanarium tu ada pembantu yang tolong terangkan mengenai oceanarium tu.. dia ada bagi juga soalan yang berkaitan dengan bahan pameran..ada hadiah misteri kalau dapat jawab katanya...

Kat luar pun ada akuarium juga...

Bila masuk je ada disediakan hidupan laut yang dibenarkan untuk pegang.. gamat, tapak sulaiman, udang dan beberapa hidupan kecil.. tapi aku dan en.suami memang takde rasa nak pegang la... anak- anak apatah lagi...

Kat dalam tu ada banyak bahagian.. bukan hidupan laut je...ada kitaran hidup katak, kejadian air masin, kehidupan ular dan macam- macam lagi... rasa memang berbaloi dengan bayaran.. anak-anak pun seronok sebab banyak dapat info...tapi aku paling suka bila dapat tengok obor-obor yang sangat comel...semua boleh ambil gambar tapi tak boleh guna flash.. tu yang gambar semua biru je



Tuesday, December 23, 2014

Muzium Samudera, Melaka


Baru nie aku pergi ke Muzium Samudera..aku rasa muzium ni dah ramai yang pernah pergi sebab dah lama dah kapal besar nie ada kat atas darat nie..hehe aku sendiri dah 5,6 kali pergi kot..saja temankan anak-anak buah, kawan-kawan..dan sekarang ni yang paling terkini aku pergi di Bulan Disember..meneman anak-anak..



Aku bukan orang Sejarah yang suka dengan Muzium ni..tapi aku suka ke sini sebab keunikan kapal yang besar dan ada atas darat ni..aku jugak suka dengan pemandangan tepi sungai Melaka...walaupun keadaan keliling yang agak sibuk, tapi sungai Melaka tetap tenang..hehe puitis pulak..
Bayaran masuk hanya RM 6 untuk orang dewasa..untuk kanak-kanak RM 1..aku rasa memang berpatutan dan berbaloi-baloi..Umair memang suka la sebab dapat 'feel' naik kapal kononnya.. haha kesian anak aku..tak pe, belajar hidup susah sikit ye nak..


Keadaan dalam Muzium masih macam dulu..cuma lampu sedikit suram..adi memang tak nak letak bawah sebab takut dengan patung yang banyak kat dalam tu..Farhah pula sangat berhati-hati sebab tak pernah pijak lantai papan.. sedikit jakun di situ hahaha..ye la, kat rumah nenek walaupun ada lantai papan, tapi dah dialas dengan tikar getah..jadi dah tak terasa papannya...
Umair memang nampak teruja sebab dia dah mula faham dan sibuk nak tahu mengenai semua benda..sibuk nak baca semua papan tanda..sibuk nak tau pasal patung yang ada..soalannya penuh dengan KENAPA..? KENAPA..? KENAPA..?


Keseluruhannya aku suka dengan Muzium Samudera ni sebab Umair dengan Farhah dapat belajar banyak benda..Adi pun tenang dalam dukungan sebab kurang berani dengan keadaan yang suram..hehe..

Upside down house in Malacca


Fuh..tajuk macam tajuk omputeh..hehe sebenarnya bukan rumah pun yang terbalik kat melaka ni..tapi barang-barang yang ada kat dalam bilik ni jer yang terbalik,,,dari luar semua normal jer..kalau ke Melaka cari rumah terbalik dari luar macam kat Sabah tu memang tak jumpa la jawabnya..

Haha pandai-pandai la cari angle nak tengok

Tapi nak cari tempat nie senang je..cari jer hotel Sri Costa, masuk jalan tu dan terus pusing jalan belakang..sebab kat situ jalan sehala..kalau nak senang pergi je ke Banda Hilir, kalau dari arah Muar atau Ujung Pasir, ikut jalan belakang Mahkota Prade, tapi jangan naik fly over..lalu jalan bawah...akan jumpa satu smpang kanan untuk buat U turn..masuk je simpang tu, tapi jangan pusing balik, cari je jalan PM 7..memang akan jumpa..senang je..lot kedai je..tapi 2 lot..kalau susah sangat, waze jer..hehe..ni alamat dia..

Upside down house gellery
G12 & G 14,PM 7 Plaza Mahkota,
75000 Banda Hilir, Melaka



Sebenarnya rumah terbalik kat Melaka ni baru jer lagi..ramai lagi yang tak tahu...kalau tanya orang kat kawasan situ pun ramai yang tak tau..sebab dari luar memang tak nampak terbalik pun..tapi yang bagusnya kita boleh ambil gambar kat dalam bilik ni..sebelum datang kena pastikan bateri kamera full..hehe..tapi kena kreatif la cara ambil gambar ni, baru dapat hasilkan gambar yang terbaik..
aku memang suka ambil gambar aka candid gambar orang..tapi sebab masa masuk tu ramai, ruang untuk mengambil gambar ni dah terhad..jadi kreativiti tak dapat diserlahkan sangat..haha kunun kreatif la sangat..

Biar gambar menceritakan segalanya....

masuk je bilik terus nampak ruang tamu..macam konsep rumah teres...masuk ruang tamu terus nampak dapur..lengkap dengan peti ais dan kitchen cabinet...meja makan, penyapu, pasu bunga...semua pun terbalik..pusing ke kanan boleh terus masuk ke dalam bilik yang lengkap dengan almari, katil, langsir, side table..semua pun terbalik juga..dah kata bilik terbalik kan...ada juga tandas yang lengkap dengan berus gigi dan ubat giginya sekali..haha kreatif..


bayaran masuk RM 15 untuk dewasa..kanak-kanak tak ingat la..hehe..tapi masa aku pergi hari tu ada promotion kot..jadinye dewasa RM13.50 dan kanak-kanak RM9.00..sekali masuk hanya 35 orang sahaja,kebetulan hari tu aku sampai awal (ye la..orang dekat) jadi tak perlu beratur pun..terus je masuk..alhamdulillah..

masuk je kat dalam rumah tu, ada pekerja yang akan terangkan cara nak ambil gambar..(siap ada tutorial pulak)hehe..tapi yang paling best sekali, kau dudukla la lama mana pun..takde orang nak marah..takde masa yag ditetapkan pun..jangan tidur baring kat situ sudah la...

k layan je la gambar ye...

Monday, December 8, 2014

DONAT GEBU

Bahan - bahan :
1 sudu besar yis Mauripan
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar planta / marjerin
2 sudu besar susu pekat manis

Cara - cara :
1. Campurkan yis Mauripan, gula, air suam.  Kacau dan biarkan kembang dalam 10 minit.
2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, planta dan susu pekat manis. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan 1 tadi dan uli sampai licin dan tak melekat di tangan.
4. Perap selama 40 minit dan doh akan naik 2 kali ganda.
5. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
6. Bentuk donat ikut suka dan biarkan selama 10 minit.
7. Goreng dengan api sederhana dan goreng sehingga kekuningan.
Bahan yang telah diuli dan dibiarkan sekejap

Tukang gentel doh

Donat yang dah siap...

SPM 2014

Spm sudah pun berlalu...
Semoga berjaya dengan cemerlang anak didikku sekalian...
Tugas cikgu cukup sampai di sini
selebihnya kalian usaha sendiri, cuba berdiri dan terus berlari atas kaki sendiri...



halalkan segala yang cikgu dah terambil dari kalian..halalkan waktu kelas yang cikgu lewat masuk atau pun tak dapat masuk langsung terutama bila ada program sekolah..
Semoga kalian berjaya dunia dan akhirat hendaknya...amin

Sunday, December 7, 2014

SEOUL GARDEN


Minggu last sebelum cuti ari tu sempat la berjimba dengan pelajar...haha dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi ke Seoul Garden...hahaha

Macam biasa la...selfie

Seoul Garden kat Mahkota Prade je...bukan kat Korea pun...jadik la...tu pun sebab ada jamuan koperasi kat sana...kalau x, macam payah sikit....maklumla tengah banyak kerja...
Aku memang sangat suka la dengan tempat tu...selesa walaupun kami datang ramai-ramai dalam bentuk kumpulan...pilihan makanan pun banyak..tapi bila dah makan sampai dah nak balik pun aku masih tak rasa ada kat seoul garden,korea pun...hehe

Antara peserta makan-makan

nama je macam kat korea tapi makanan semua ada kat Malaysia..cuma satu yang aku suka dia punya sup kimchi memang dari Korea...import khas..tapi apa pun yang penting pelajar suka...itu pun dah cukup dah..alhamdulillah...


HARI INOVASI SEKOLAH


Tiba-tiba en.boss bagi tau ada masa seminggu sebelum hari inovasi..eh,?ada hari inovasi ke?kenapa tak tau pun?ooo ....orang lain pun tak tahu juga...en.boss baru bagi tau...

Pemandangan semasa hari pameran inovasi

Ah sudah..!semua panitia kena ada pameran inovasi...aduhai...baru ingat nak rehat sementelah SPM baru mula...penerangan tak jelas...dimaklumkan mesti ada pembentangan maya dan menekan konsep i-think...

Booth panitia matematik yang kanan bawah tu je

Apa i-think tu...?peta konsep yang ada 8 bentuk dan telah dipaternkan..dan telah dibeli oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan jayanya....dan sekali lagi Smk Iskandar Shah menjadi sekolah rintis i-think selepas rintis frog Virtual Learning Education...

Ini antara peta pemikiran i-think

memang penat rasanya...tahun ni memang tahun yang menduga...sampai satu tahap aku tak boleh tidur sebab asyik fikirkan kerja...memang tak boleh nak elak...kawan-kawan nasihat suruh ambil cuti..tapi aku tak mampu sebab bila naik cuti kerja tetap kena buat juga...harharhar

Alhamdulillah...

Berbalik semula pasal pameran inovasi...puas aku tanya kawan-kawan minta idea...hmm banyak idea yang diberikan tapi macam tak membantu...sorry ek...puas cari kat pakcik google,pun masih tak cukup membantu....
akhirnya aku buat je apa yang tergerak kat hati...nasib la apa jadi pun...yang penting booth matematik tak kosong...malu beb...tapi apa yang aku buat?
aku belajar edit guna powtoon...belajar dari pn.ict kat sekolah...terima kasih ye pn.ict yang comel...jenuh juga la mengadap powtoon dan aplikasi matematik dalam i-think...tapi aku memang suka dengan powtoon punya aplikasi...sangat comel...
masa hari kejadian, jemputan ialah pegawai dari JPM dan PPD..ada juga en.hafiz dari frog asia...neves makcik
alhamdulillah...aku dapat 4 kemenangan dalam 4 kategori yang dipertandinkan...memang ada yang cakap belakang..'ala dapat sijil je'..tapi aku macam biasa la buat muka selamba...dalam hati kata 'sijil pun kau ada ke?'... haha tapi kawan-kawan yang rapat tetap bagi ucapan tahniah dan sokongan...
alhamdulillah Allah permudahkan segalanya

LEAPS OF KNOWLEDGE CONFERENCE

Lama dah tak menaip kat sini...ni pun dah 2 minggu cuti baru rajin nak jengah kat sini...perasan sibuk sungguh la cikgu Bahiyah ni...

Cerita masa slot pertama...x pasal-pasal ambil gambar dengan pakcik kecik yang comel

ni nak cerita pasal konfrens yang aku kena pergi baru-baru ni..mula-mula dikhabarkan kami dijemput dan ditaja oleh frog asia sebab en.pengetua ada menang anugerah masa majlis tu nanti..kami 5 orang dicalonkan untuk jadi peserta..tapi dalam masa yang sama en.pengetua guna kuasa veto untuk bawak 11 orang termasuk diri sendiri....hmm biasa lah en.boss...so kitaorang pun ke sana naik bas sekolah...

Kalau dah memang suka bergambar....

Pukul 6.00 pagi, masing-masing dah terpacak kat sekolah..mata terpisat-pisat sebab bangun awal...ada sahabat yang terlewat sikit..so kitaorang pun tunggu dengan tenang...maklumla awal lagi..tapi sekejapan je en.boss yang tengah tunggu kat kompleks kastam dah call kami seorang demi seorang...aduhaii en.boss, belajarlah bersabar...

En. Boss yang kena temuramah dengan astro awani

Lebih kurang pukul 6.15 kami pun bergerak ke Kuala Lumpur dengan perut kosong..awal lagi kot..mana ada kedai yang buka...ala lagi pun pendaftaran nanti kat 'side cafe' mesti la ada sarapan..paling tidak pun ada 'welcoming drink'....

Kami yang suka bergambar

Lepas dah amik en.boss kat kompleks kastam, kami pun terus ke Majestic Hotel...sepanjang perjalanan en.boss banyak diam selepas merungut sebab nak kena temubual dari pihak frogasia nanti...bising sebab baru dimaklumkan pagi tadi...

Gambar sebelah tu casing je macam tu..macam dajal  kata Umair

Semua pun diam malas nak membalas... mata mengantuk,perut lapar, kalau baby dah tentu menangis tak henti...sampai kawasan sungai besi, jalan dah mula sesak...semua pun nak ke tempat kerja..en.boss mula merungut lagi...mungkin sebab gelisah bakal di temuramah atas pentas nanti..
Bila sampai di Hotel Majestic, kami tercengang-cengang maklumla... jakunz... haha mujur wakil frogasia yang jadi pegawai perhubungan bagi smkis datang jadi penunjuk arah...terus dibawanya kami ke tempat pendaftaran...humanggg aiii ramainya orang bersesak-sesak...pengurusan memang out...

Aku dan Nani...kalau aku berdua memang menjadi-jadi bergambar

maka dengan perut yang lapar masuk la ke dalam dewan..sebelum masuk tadi dapat 1 fail jernih (fail je...program kan main gah)...dalam fail ada tag nama..ada kertas macam duit,ada pensil,ada kertas memo...tapi ti
da apa-apa taklimat pun..
slot pertama bermula...boleh tahan lagi,mat saleh,rupa macam obama... banyak slaid tapi banyak gambar, banyak video juga... walau bahasa inggeris ada slang,tapi masih boleh faham...

KAMI....
slot kedua,seorang cikgu dari sabah..fasih berbahasa inggeris...tapi slotnye menarik sebab penerangan jelas,gambarnya menarik...tapi bila masuk slot yang berikutnya aku dah hilang fokus..sebab dia asyik cerita pengalaman dia didik anak dan asyik nak suruh kita ikut cara dia..(dia tak tahu kita dah ada panduan ikut cara nabi)...

Gambar  purple tu semua kat dewan utama..dah macam alien pun ada gak

Sebelum ke slot bengkel,kami break untuk makan tengah hari..hahaha masa yang ditunggu telah tiba..bersungguh aku dan kawan-kawan keluar berpusu-pusu...rupanya kena beratur juga...dah puas beratur rupanya dapat makan nasi ayam dalam peket...isk isk isk sedih beb...pergi hotel taraf 5 bintang dapat makan nasi ayam dalam peket sambil berdiri...sadis sungguh...tak pernah hayat makan nasi sambil berdiri ni...
slot-slot yang berikutnya aku dah tak berapa fokus dah...banyak bosan dah sebenarnya..aku dengan kawan-kawan lebih sibuk mengumpul kupon untuk tebus pendrive sambil menahan lapar sdbab makan tak puas...dah memang spesis kuat makan kan...
Dah dapat tukar 3 pendrive kami pun sedekah kupon yang tinggal pada orang yang lebih memerlukan...macam yang orang lain buat pada kitaorang sebelum ni...miahaha
lebih kurang pukul 6...lepas en.boss dah kena temubual dan dah ambil hadiah, kitaorang pun keluar meredah trafik semula untuk balik ke sekolah..
kesimpulan untuk hari ini..program seperti ini lebih elok kalau diuruskan dengan lebih terancang dan sistematik sambil mendaulatkan bahasa kebangsaan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...