Pages

Monday, December 21, 2015

Holiday day 3 :: Kidzania


Assalammualaikum..
Hari ni last day percutian.. cadangnya nak ke kidzania.. tapi taknak gerak awal sangat.. bersantai-santai dulu.. takde apa nak kejar.. takde siapa yang tunggu..


lepas sarapan, anak-anak mandi kolam dulu.. dah nama budak.. sejuk menggigil pun nak juga mandi kolam..


Dalam pukul 11.00 am checkout hotel..
Lebih kurang pukul 11.30am dah sampai kidzania.. tq en.waze.. memang banyak membantu..


tapi en. Suami bawa tak laju la.. 80km/h je sebab banyak sangat simpang kat kl ni.. takut terlepas simpang dah kena u turn pula..


lepas parking dan beli tiket, kami merayau dekat bangunan sebelah menyebelah untuk cari makan dan solat zohor.. ada the curve, ikea dan tesco extra.. pilih la mana yang kena citarasa.. 


Dalam pukul 2, kitaorang check in kat kidzania.. mula-mula masuk kena tunaikan cek yang diberi lepas beli tiket tadi.. setiap kanak-kanak dapat rm50 seorang.. lepas tu boleh la minta apa kerja yang diminati..


kerja yang popular di sini seperti polis, bomba, doktor, juruterbang... kalau menunggu lebih 1 jam belum tentu lagi dapat.. tapi kalau kerja sebagai peguam, tak payah tunggu malahan dijemput masuk lagi.. kikiki..


Ada lebih 200 kerja yang ditawarkan di sini..tapi yang umair dan farhah dapat minta cuma 8 kerja dalam masa 4 jam..


itu pun kaki tangan ummi dah sakit dah.. si adi asyik nak berdukung je sebab takut tengok orang ramai sangat.. 


Tapi bandar kidzania ni memang ramai dan sibuk.. terasa keriuhannya.. kikiki sangat sesuai untuk anak-anak yang dah bersekolah..


tapi farhah yang belum faham sangat tentang cerita kerjaya ni, tak berapa berani sangat.. semua tak nak semua takut semua malu.. banyak ikut perangai umminya... kikiki


Dalam pukul 6.45pm kami pun bergerak menuju ke selatan.. solat maghrib dan isya serta makan malam di rnr seremban..
Alhamdulillah berakhir holiday pada tahun ni.. insyaAllah ada rezeki tahun hadapan boleh rancang percutian lagi.. 


alhamdulillah Allah permudahkan percutian kami dengan memberikan yang terbaik.. semoga ikatan kekeluargaan kami sentiasa dalam rahmat Ilahi.. amin

Sunday, December 20, 2015

Holiday day 2 :: mines cruise



Assalammualaikum...
Hari ni aku dengan family ke mines shopping fair dekat sri kembangan.. dah lain sangat dah rupanya sekarang jika hendak dibandingkan dengan zaman aku belajar dulu.. tapi aku datang sini bukan nak shoping pun.. aku nak naik cruise.. kan dah kata, adi suka air.. 


Sampai kat mines dalam pukul 10.30am.. dekat je dengan hotel.. tapi jammed sampai tak boleh bergerak kereta.. aku pun pelik la.. takkan budaya jammed sampai macam ni sekali.. dekat 40minit juga kereta bergerak secara perlahan - lahan macam siput... tapi masih tak dapat parking.. kawasan parking dalam mines juga sudah ditutup kerana terlalu penuh.. huhuhu


Tidak lama kemudian datang seorang penjaga parking bagi tau memang tengah sesak sangat.. ada comic feista kat dalam.. aduhai datang silap tarikh rupanya.. padan la ramai tengok rupa-rupa pelik dari tadi.. rupanya aplikasi dari watak kartun.. 
macam - macam ragam.. ada comel, ada kiut, ada yang menyeramkan, ada juga yang sekadarnya sahaja.. kebanyakan yang berani berfesyen begitu dari kalangan kaum cina.. melayu dan india ada juga tapi dalam peratusan yang kecil sahaja..


Jadi, penjaga parking suruh je kitaorang letak kereta di bahu jalan.. tawakkal je...
Sampai di dalam, sesak dengan manusia... semua tempat ada ramai orang.. alhamdulillah cruise je yang agak tenang.. masa datang ada satu keluarga yang memang dah menunggu di dalam cruise tersebut.. jadi naik terus je cruise bergerak...


Bayaran untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak rm 80.. macam pakej keluarga.. tambah pula tiket adi rm20 ( aik... adi pun kena kira juga).. tambah pula dengan makanan ikan yang dimasukkan ke dalam botol susu rm10 setiap satu.. 

Sepanjang perjalanan en. Pemandu akan bercerita dengan ramah mengenai kawasan yang kami lalui.. beliau membawa kami ke satu kawasan penempatan orang dari timur tengah.. menurut en. Pemandu lot kedai yang disewakan di sini rm 2k lebih sebulan.. huhu bayangkan.. kedai-kedai akan mula beroperasi dari pukul 4pm hingga 2am.. 


Kemudian kami dibawa menyelusuri tasik yang besar dengan kedalamannya 25 tingkat bangunan.. dalam erti kata yang lain kalau buat bangunan didasar tasik, sampai tingkat 25 baru nampak di permukaan air.. dalamnya.. memang seronok naik cruise ni.. tempat duduknya selesa.. enjin yang agak lancar dan senyap..
Kemudian kami ditunjukkan rumah tuan punya mines ini.. ada di sebutkan nama tapi tak ingat.. kikiki..rumah besar yang agak suram.. hanya diduduki oleh 9 orang pembantu rumah.. tapi pemandangan sekitar memang agak menyeronokkan.. persekitaran rumah yang bersih dan terletak di tepi tasik.. aduh nyaman.. 


Di sebelah rumah tersebut tersergam rumah indah milik seorang bekas menteri pelancongan.. siapa ye, tak ingat juga.. sejarah fail..kiki
Rumah yang ada cruise peribadi.. dahsyat.. kemudian kami di bawa ke sekitar tasik yang banyak ekosistem di sekitarnya.. ada patung-patung yang menyerupai binatang, ada kawasan burung bangau dan macam-macam lagi.. yang penting anak-anak semua seronok..
Sebelah petangnya aku dengan keluarga bercadang hendak ke desa water park.. tapi terpaksa dibatalkan kerana sudah tidak sanggup menempuh kesesakan...
Jadi kami pun berendam dalam kolam hotel sahaja... memang tiada orang lain yang mandi di sini.. kami buat macam rumah sendiri je..hehe

Saturday, December 19, 2015

Holiday day 1 :: farm in the city

Assalammualaikum.. tajuk entry macam bercuti ke luar negara.. padahalnya semenanjung pun tak habis pusing lagi..


Aku mula gerak keluar dari rumah tadi dalam pukul 11.00.. kena set masa betul-betul sebab hari jumaat.. en. Suami dengan dengan umair nak solat jumaat hari ni.. jadi berhenti solat di masjid upm.. kenapa??? Sebab senang... keluar je dari highway terus je jumpa.. aku malas nak google bagai.. lagipun UPM dihatiku.. banyak kenangan menggamit memori di sini.. sementara en.suami solat, aku, farhah dan adi melepak je kat tepi tasik.. memang kegemaran adi bila tengok air ni...


Lepas je solat kami mula gerak ke farm in the city.. satu tempat untuk bagi makan kepada binatang.. konsep petting zoo.. area seri kembangan juga.. dalam 20 minit perjalanan..
Sampai je di farm city langit dah mula mendung.. berdoa dalam hati je agar semua urusan dipermudahkan.. 


Lepas en. Suami beli tiket, kami di beri aiskrim 3 peket (sebab tiket kids ada 3) dan voucher beli cenderahati rm5 2keping( tapi sah kalau beli harga 30 ke atas) sahaja.. oh ye ada juga tiket percuma untuk menaiki kuda ( naik kuda yang dipegang dan dibawa 1 pusingan trek yang disediakan).. harga tiket ni dah termasuk sekali makanan untuk diberi kepada haiwan nanti..


Banyak juga hidupan yang dibela kat dalam ni.. banyak yang unik yang anak-anak jarang jumpa.. umair dengan adi memang seronok.. cuma farhah yang agak geli dan takut-takut nak pegang.. tapi yang paling tak tahan sekali bila ke kawasan REPTILES CAVEN... ularnya besar... sangat besar.. memandangkan aku memang geli dan sangat tidak suka kepada ular, jadi aku ikut luar saja.. mana tidaknya..masuk dengan perasaan berhati-hati tapi tiba-tiba umair tunjuk ada ular sawa kat dalam sangkar atas kepala.. aku dengan farhah lintang pukang lari keluar.. tapi adi masih berwajah tenang kat dalam sangkar tu sebab tak faham apa pun.. malahan tak nampak pun apa yang ditunjuk kat atas tu.. hehe adi adi..


Puas juga anak-anak bagi makan pada binatang-binatang kat dalam ni.. aku suka kat sini sebab setiap stesyen ada pekerja yang jaga dan beri maklumat yang kita nak tau.. walaupun setiap binatang dan pokok ada ditampal dengan maklumat..kalau nak dibandingkan dengan zoo biasa, kita kena baca sendiri.. (budaya malas baca)
Cuma yang tak seronok sikit, ada beberapa kawasan yang kurang dititikberatkan soal kebersihan.. tapi pada keseluruhannya anak-anak seronok.. tambahan lagi, bila  dah habis mengeksplorasi  kawasan, semua kanak-kanak akan diberi sijil sebagai kenangan..


Kemudian, kitaorang pun gerak ke hotel.. PEARL INTERNATIONAL HOTEL.. pilih hotel ni sebab hotel ni je yang available pada tarikh hari ni... last minute plan kan.. tapi ok la juga.. bahagian bawah hotel ada pasaraya..
Booking hotel melalui agoda.. rm642 untuk 2 malam dan percuma sarapan itu yang penting..

Thursday, December 17, 2015

Akhirnya...


Akhirnya... lega kepala aku bila dah selesai jaga exam SPM.. bukan lama pun.. cuma 9 hari bertugas.. tapi yang tak bestnya bila melahu berlama- lama kat dalam dewan exam tu tanpa buat apa-apa... kalau boleh pegang gajet, sepanjang hari pun tak pe... kiki


Akhirnya... selesai lagi satu tugasan selepas jaga exam.. kehidupan penuh stress sepanjang 2 minggu.. berulit dengan benda yang sama.. rasa macam nak muntah, bosan, stres dan macam-macam lagi.. hilang masa kualiti bersama keluarga dan anak-anak.. rasa berdosa dan bersalah dengan suami dan anak-anak.. berulit benda yang sama dari pukul 3 pagi hingga 10 malam.. berhenti untuk makan, solat dan pengurusan diri saja.. alhamdulillah en. Suami faham..


Akhirnya.. family day bersama keluarga en. Suami dapat berlangsung 2 malam di A farmosa resort... alhamdulillah dalam sibuk-sibuk tu dapat juga aku join diaorang semua.. penyertaan dari semua ahli keluarga.. hanya 2 orang keciciran, aidil dan hanim.. xpe mungkin lain kali dapat serta sekali..


banyak aktiviti yang dapat dibuat bila semua berkumpul.. akauntan hanisah dan cikgu nafisa sebagai urusetia program.. sukaneka untuk semua golongan.. good job!.. physio naziha sebagai bendahari.. ustaz ishak sebagai promoter dan publisiti.. cikgu zahwiyah sebagai koordinator sebelum dan sepanjang program berlangsung.. kontraktor zainal sebagai imam untuk solat jemaah dan tahlil.. alhamdulillah rasa tenang bila dapat jemaah subuh di luar banglo bersama-sama.. tak lupa juga tazkirah dari doktor khairiyah, ahli baru dalam keluarga..


tapi apa pun punca tercetusnya family day ni bila bisnessman zahari bertindak sebagai pemudahcara untuk deal tempat dan bayaran.. alhamdulillah, golongan belia juga banyak menyumbang.. terutama sekali srikandi bisness woman muslina.. banyak step aerobik dan lagu yang menarik dapat di praktikkan di pagi hari..


Juruteknik fahmi juga banyak sumbangan dari segi audio visual.. kalau nak cerita sorang-sorang memang tak terkata la.. sebab pendek kata setakat ni, yang ni family day yang terbaik sebab semua orang memberi sumbangan..


tapi apa pun yang paling penting nenek sa'abah, ibu mertuaku yang paling aku sayang juga turut banyak menyumbang terutama sekali dari segi tenaga dan perkakasan...banglo yang aku pergi ni biasa-biasa je.. dapur pun kecil je.. tapi sebab ada kolam renang dan bersama dengan orang-orang yang kita sayang, so family day ni jadi awesome sangat...hehe


Akhirnya.. abang ngah melangsungkan perkahwinan untuk kali kedua bersama dengan wanita pilihannya.. janda anak 2.. semoga bahagia hingga ke jannah.. tutup buku lama, bina hidup baru.. walau nampak agak kejam pada bekas isteri, tapi aku tetap kena sokong dengan tindakan bang ngah.. aku kan adik... kalau bukan aku, siapa lagi yang nak sokong adik beradik.. walau jauh di sudut hati, aku masih sayang anak-anak buah dan bekas kakak ipar.. tapi aku yakin dengan perancangan dan ketetapan Allah...


Akhirnya.. anak aku ainul farhah dan umair hariri masuk juga kelas mid brain... sebenarnya umair dah masuk program ni bawah U+ mind..saja masuk kali ni untuk teman ainul.. nanti kalau ada kelapangan aku cerita pasal mid brain ni..



Akhirnya.. dapat juga aku beli air fryer yang dah lama masuk dalam wish list.. tgk kakak ipar pakai lagi rasa teruja.. dgr dia beli kat go shop dengan harga rm300 lagi rasa teruja.. tapi bila aku tengok kat program go shop, yang keluar brand philips je.. mahal pulak tu.. rm800++.. cepat je aku selongkar lazada.com.. alhamdulillah ada pun jumpa dengan harga rm230 siap postage.. pantas aku masukkan alamat rumah.. kikiki masa posmen hantar, siap en.suami cakap dengan posmen " makin lama makin besar pulak"..


Alhamdulillah lega kepala lapang dada.. syukur Ya Allah atas nikmatMu..

Monday, November 23, 2015

Apsara


Assalammualaikum... tengok tajuk pun dah blur kan.. apa dia apsara ek...
Pagi tadi jaga SPM... dari pukul 8 sampai pukul 11.. perut dah menyanyi berlagu riang dah ni... tapi boleh ke  sekolah dulu.. selesaikan urusan borang claim jaga SPM ni.. bunyi macam banyak kan...sebenarnya kalau nak tau, bayaran untuk jaga SPM ni RM 1 untuk 1 sesi... lumayan kan... (hm.. lumayan lah sangat)
Selesai urusan, aku pun menggunakan betul- betul waktu yang ada.. nak makan, nak cari tempat yang dekat dengan sekolah, yang selesa dan makanan yang sedap.. tu yang aku jumpa apsara ni...


Sebenarnya APSARA ni nama kedai makan yang aku sendiri tak tau apa maksudnya.. yang aku tau sedap (walaupun macam tak cukup pedas)..
Tempatnya pun selesa dan tenang...
Apsara Cafe ni ada macam-macam makanan.. makanan bergoreng dan western ada sekali... harganya agak boleh tahan.. masih lagi dalam kategori harga mampu milik walaupun agak mahal...
Kali ni aku order Pat Thai.. kuey tiow yang digoreng kering dengan lada yang kurang... sedap..tapi kalau dapat pedas lagi.. memang betul-betul ho liow...
Tapi paling aku tak boleh lupa dengan dia punya  air... aku order air asam kedondong dengan asam boi.. huhu rasanya yang masam dan  sedikit pahit... nyum... puas hati

SPM 2015

As salammualaikum..
Kembali membebel di sini..dah pun masuk pertengahan November 2015.. anak-anak dah mula bercuti.. tapi aku masih bekerja.. mengawas pelajar yang mengambil peperiksaan SPM.. en.suami pula berkursus di Muar... jadi anak-anak kena la hantar ke rumah pengasuh.. Umair pula ke rumah nenek...

Alhamdulillah kertas Matematik dah berlangsung pada 16 Nov yang lepas... bila aku tanya pada pelajar, kebanyakannya kata soalan tahun ni agak senang kalau di banding dengan soalan tahun lepas...
Aku cuma rasa bersyukur bila dengar ayat-ayat begitu.. bukan apa, takut over confident je...tapi aku memang dah jadi rutin pula bila budak nak masuk dewan, aku yang cemas lebih.. berdoa macam aku yang nak menjawab soalan periksa.. bila keputusan keluar, aku yang berdebar lebih dari orang yang jawab periksa...
Tahun ni aku mengajar 3 kelas tingkatan 5.. hanya Allah yang maha  mengetahui hati aku  ni... tunggu bulan 3 nanti baru dapat keputusannya... smoga semua anak didik aku berjaya la hendaknya .. amin

Bila Jari Mula Berbicara

Assalammualaikum...lama sungguh aku tak menaip kat sini...rasa rindu membuak-buak..tapi masa dan kesempatan sangat mencemburui...mungkin juga aku sedang diuji dengan kesibukan yang melampau..mungkin juga aku sedang diuji dengan kerja yang tidak berkesudahan..lantaran itu juga, aku berani-berani mencuri masa untuk mengemaskini segala cerita sepanjang tahun..rasanya ini kali pertama aku menaip untuk tahun 2015 ini...tapi insyAllah aku akan throwback segala cerita dalam tahun ini(mana yang dapat la ye...)..hanya sekadar untuk kenangan dan bacaan untuk hari-hari mendatang..atau sekadar ingatan untuk anak-anak lebih mengenali ummi mereka ini kelak.. kih..kih..kih.. ayat tak nak kalah..


Alhamdulillah..hari ini anakku Umair Hariri telah mendapat anugerah kerana telah mendapat nombor 1 dalam kelas (walaupun kelas kedua).. aku sebenarnya takut nak berkongsi kegembiraan di FB mahupun group WA mahupun di Telegram..bukan apa, takut dikatakan riak... jadi cukup kalau aku sekadar mencoret kenangan di sini..
Alhamdulillah, sebelah petangnya, aku pula mendapat anugerah sempena Hari Inovasi.. memang kata kawan-kawan tiada apa pun maknanya hadiah hari Inovasi ni... tapi pada aku, biarlah anugerah ini sebagai suntikan motivasi untuk aku terus berusaha dan istiqamah dalam mendidik anak-anak di sekolah...
Ahad yang lepas 15/11/15, juga telah selesai majlis Kovokesyen anakku yang kedua, Ainul Farhah..alhamdulillah..bermula dengan tidak mengenal sebarang huruf..mendaftar sekolah ketika usia 6 tahun.. kami sebagai ibu bapa disindir oleh guru sekolah yang kononnya tidak mengajar anak di rumah dan lewat mendaftar anak untuk ke sekolah.. tapi hari ini, Ainul Farhah telah pandai membaca dan mendapat nombor 8 daripada 23 orang pelajar di dalam kelasnya..walaupun tidak dapat nombor 1, tapi aku dah cukup bersyukur dan merasa bangga dengan pencapaian itu..alhamdulillah..

Wednesday, November 18, 2015

Biskut coklat chip (2014)


Bahan - bahan :
1 cawan mentega
1 cawan gula castor
1 cawan brown sugar / gula perang
2 biji telur
2 sudu esen vanila
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 cawan chocolate chips
1 cawan badam cincang (sangai / bakar seketika )

Cara - cara :
1. Panaskan oven ke suhu 170c
2. Pukul mentega, gula castor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati.(jangan lama sangat )
3. Masukkan baking soda, garam, badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
4. Gunakan sudu teh, letakkan pada dulang pembakar.(buat comel-comel sebab ia akan kembang).
5. bakar sehingga 10 - 15 minit sehingga biskut menjadi keperangan.









Pakej A Famosa Water World (2014)

Assalammualaikum..cerita lama...aku pun tak tau kenapa aku simpan jer cerita ni..mungkin tak siap kot..hehe setelah setahun dalam simpanan, biar aku post je cerita yang tak siap ni..hehe

Cuti bulan 12 baru ni punya cerita..bila aku dah puas merengek kat en.suami ajak berjalan pusing-pusing Melaka.. tapi tiba-tiba en.suami kata cari hotel je terus...
Condotel d Savoy

hehe pucuk dicita ulam mendatang... terus aku survey pakej yang ada kat internet.. aku malas nak cari tempat yang jauh-jauh..

Pemandangan dari hotel

keadaan en.suami yang tak mengizinkan.. adi pun tengah melasak sangat...penat woo..jadi aku ajak en. suami ke famosa je..kalau dari rumah dalam 45 minit je..

Safari...adi yang paling suka kat sini

tapi en.suami ajak juga ambil hotel..ubah angin katanya..
Jadi aku terus jumpa pakcik gugel..bila aku tengok harga online dengan harga call kat famosa centre memang ada beza... bila aku tanya betul-betul rupanya harga online tak termasuk 'tax'..

Pulau monyet yang banyak kambing..

Harga pakej yang aku dapat rm426 termasuk condotel,safari dengan cowboy town..tapi en.suami suruh tambah water world pulak... jadi tambah lagi rm100... tu semua untuk 2 dewasa dan 2 kanak- kanak...
aku rasa berbaloi la juga ambil pakej ni...
Bot rakit untuk ke Pulau Monyet

keadaan condotel yang aku dapat pun selesa,bersih dan yang paling penting tiada bau pengap karpet..cuma yang tak best sebab tak termasuk sarapan...nak keluar cari makan agak jauh juga..dalam anggaran 5km kot..makan malam dengan makan tengah hari pun cari dekat luar juga..tapi memang mahal la...kena cari kedai yang tepat la...nak selamat, tanya harga dulu...kalau tidak, maklum saja la.. tapi jangan risau.. sebab kalau dari pintu gerbang a famosa ni nak ke tampin cuma 4km je.. so kalau dah sampai tampin tu cari la apa pun, semua ada..
Old West town


Safari...aku membayangkan binatang liar yang penuh kat dalam ni...ada pula di sediakan trak safari... siap ada amaran kata perempuan mengandung tidak dibenarkan menaiki trak safari ini... fuh aku dah berangan harimau bintang akan lari kat sebelah trak ni nanti... membayangkan lalu kat sekumpulan kuda belang...haha
berangan tak sudah...hakikatnya harimau bintang pun tiada... harimau belang biasa ada la, tapi masa kami lalu harimau tu tengah menguap je..haha dalam sangkar pula tu.. bukan tepi trak pun.. rasa macam naik train kat zoo je.. rusa je binatang paling banyak dan boleh lalu kat sebelah trak.. hehe mungkin sebab rusa senang biak kot
tapi kat dalam safari ni best la.. banyak juga binatangnya.. banyak juga persembahannya... cuma persembahan yang mula-mula 'wild wild west' yang aku tak berapa suka sangat... terlalu banyak element letupan.. untuk aku yang ada anak kecik memang tak suka... tapi persembahan yang lain-lain memang anak-anak suka..
Ada juga pulau monyet yang memerlukan kita naik rakit bot untuk ke sana... tapi bila sampai kat pulau tu kami disambut dengan bebiri lapar... eh,eh pulau monyet ke pulau bebiri ni?monyet pun ada tapi dalam jumlah yang kurang dari 10 ekor..haha tapi adi suka la dengan bebiri yang bersepah tu...umair dan farhah memang teruja dengan persembahan burung... suka dapat tengok harimau, beruang, gajah, unta dan macam-macam binatang lagi secara live...
Malamnya kami masuk ke cowboy town la pula.. kat sini aku memang tak berapa suka la... masuk kat dalam tu dah la kena bayar... lepas tu nak main mainan atau naik tren pun kena bayar lagi.. yang percuma hanya persembahan sahaja... orang dan binatang yang ada masa persembahan adalah  orang dan binatang yang sama masa kat safari tadi...
Apa yang aku dapat buat kesimpulan untuk safari dan cowboy town ni,diaorang memang tak tepati masa... haha
esoknya kitaorang ke water world.. kat sini memang best.. aku suka, en.suami pun suka..anak-anak lagi suka.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. cuaca pun elok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...