Pages

Sunday, May 22, 2011

Ainul Farhah

3 tahun

Farhah bersama Umar (anak buah Farhah) yang baru usia 46 hari

seronok main mende alah ni..bukan gerak pun
baru belajar mewarna

setelah perasan gambar kena candid

pakai towel yg dapat free dari friso

buat muka garang



senyuman si comel

bergaya dengan topi KRS angah Zakwan



2 tahun
merajuk sebab tak dapat bukak pintu kereta


farhah yang suka menjeling

tolong ayah..
farhah tolong ayah buat stor
farhah di usia 2 tahun 7 bulan..rambut tengah kembang..tak nak ikat









baru bangun tido...tengok rambut tengah kembang

bersama abang fikri..
manisnya anak umi.
@tanah tinggi bemban...:)

taknak amik gambar!!!
macam rupa nyonya pun ada gak..

ainul farhah semasa umur 2 tahun 5 bulan

ustazah farhah


1 tahun

Ainul Farhah yang sedang merajuk setelah di sakat oleh sepupunya..



Ainul Farhah tengah buat muka




Ainul Farhah di rumah nenek yah..



Ainul Farhah outing wif fmly..


Ainul Farhah pakai baju acik bagi


Ainul Farhah dengan si comel
panjangnya muncung..hehe..
sebelum setahun
Ainul farhah semasa dalam pantang..lahir 4kg..wow!







sotong masak paprik


Hari ni hubby balik dari pasar bawa sotong segar-segar..hmm..tengok pun dah selera..lepas tu asyik memikir nak masak apa dengan sotong nie..tergerak pulak nak masak sotong paprik ni..ni resepi yang simple jer..

BAHAN - BAHAN :
sotong - 3 ekor sederhana besar
bawang merah - 4 ulas
serai - 2 batang
halia - lebih kurang 1 inci
sos tiram - 1 sudu kecil
kicap - 1 sudu kecil
daun limau purut - 2 helai
lobak merah - 1/4 batang
baby corn
cendawan tiram
lada kering ( dimesin ) - 2 sudu

CARA :
1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil.
2. Tumis bawang kecil, serai dan halia yang telah dikisar halus sehingga naik bau.
3. Masukkan lada kering yang telah dimesin dan kacau sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram dan kicap. kacau sebati.
5. Masukkan sotong, baby corn dan lobak. Kacau dan letakkan sedikit garam.
6. Kemudian, masukkan daun limau dan cendawan tiram.
7. Tunggu sekejap dan angkat. Jangan biar terlalu lama, nanti sotong akan jadi terlalu liat.

Monday, May 9, 2011

HOME MADE CHOCOLATE





Lama dah jenguk ke blog nie..sibuk sangat buat soalan dan short test untuk anak didik yang disayangi..malam nie kebetulan en.hubby kata nak diet..tak nak makan..just makan buah jer..jadi dapat la buat coklat nie dengan umair hariri..buat nye sikit je tapi bukan main kecoh lagi dengan si adik (ainul farhah) yang sibuk nak menolong..

Ni resepi nya..

Coklat (kalau guna 'bittersweet' pun boleh)

Cocoa butter

Acuan lolipop

Ni coklat yang saya guna

Coklat yang dicampur dengan cocoa butter
kalau nak cepat cair potong kecik-kecik ar..

ini lah rupa acuannya..

plastik dan batang lolipop

umair hariri yang sibuk mencairkan coklat

coklat yang mula mencair

ni rupa dia bila dah mencair



dah cair kena susun batang lolipop pulak..

bila dah masuk dalam acuan.kemudian sejukkan dalam peti ais

inilah hasilnya...weeee

sedia untuk dijual..huahaha..jual kat perut sendiri..

CARA :

  1. Cairkan coklat (double boil). Kalau pada yang tak tahu, just panaskan air kat dalam periuk. Bila air dah mendidih, tutup api dan letakkan mangkuk yang tahan panas kat atasnya.
  2. Masukkan coklat ( saya guna ¼ bahagian atau 250g).
  3. Masukkan 3 sudu kecil cocoa butter . Cocoa butter nie untuk kilatkan je..kalau tak de pun takpe..tapi kalau ade lagi cantik.
  4. Kacau sampai cair.kalau nak cepat cair, potong coklat kecik-kecik.
  5. Dah cair, tuang dalam acuan yang dah diletakkan batang lolipop.
  6. Sejukkan sampai beku.(kejap jer)

Sunday, April 10, 2011

whipped potatoes @ kentang putar


Bahan - bahan :
Kentang Russet (dari US) - 1kg
(Kalau kentang biasa banyak kanji)

Untuk Kuah :
Susu Segar - 1/2 cawan
Butter - 1/4 bahagian daripada 250g
tepung gandum - 1 sudu
lada sulah
garam
sos black pepper (life) - 1/2 botol besar
air

Cara - cara :
1. Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyek.

Kuah :
1. Tambahkan sos blackpepper dengan susu segar dan ketepikan dahulu.
2. Cairkan butter dengan api kecik dan masukkan tepung. Kacau dengan laju supaya tepung tidak berketul.
3. Masukkan sos blackpepper yang diketepikan tadi dan kacau perlahan.
4. Masukkan air untuk mendapatkan kecairan yang diingini.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
6. Sedia untuk dihidang.

Inilah rupa kentang Russet tuh..kalau kat JJ cari jer yang tulis From US


Si comel Nasuhah yang sama membantu


Kentang yang telah siap dibuang kulit


Kentang yang telah direbus empuk


Ketua 'tukang lenyek' yang sedang melenyek kentang..wee..


Pembantu 'tukang lenyek',,,


Inilah rupa kentang yang telah dilenyek


Sos blackpepper dan susu segar yang digunakan


Sos yang telah dicampur dengan susu


Lada sulah..


Gravy yang baru dicampurkan semua bahan

Sunday, April 3, 2011

Sos Spageti


Bahan A :
2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang halus

Bahan B :
450g tomato - kisar
500g sos tomato
200g tomato puri
2 sudu teh serbuk selasih / basil
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh serbuk thyme
stok daging ayam
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
serbuk lada hitam
1/2 biji lada benggala hijau - potong kiub
200g cendawan butang - hiris tipis


400g daging kisar
2 tangkai daun sup
keju parut
spaghetti

tomato puree

lada hitam..guna yang peket pun boleh..

yang ni dah siap semua jenis daun (daun basil + oregano + thyme)

cendawan butang..celur dulu, tos n hiris..(tuk hilangkan maung)

Kuah yang dah pekat dan siap tuk dihidang

Cara - cara :
Rebus spaghetti dengan air panas yang diletak sedikit minyak masak selama lebih kurang 13 minit dan toskan.

Kuah :
1. Tumis bahan A sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar dan biar sehingga empuk dan kering airnya.
3. Masukkan bahan B dan biar sehingga pekat.
4. Masukkan daun sup dan keju.
5. Sedia untuk dihidang.

Kek Lemon




Bahan - Bahan :
185g butter -pada suhu bilik (tambah 5g kalau beku)
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 biji telur - pukul sikit
1 1/2 cawan tepung naik sendiri

tepung yang di ayak untuk memasukkan udara.

Parutan kulit lemon


gula + tepung + parutan kulit lemon yang akan di gaul rata

bahan yang telah dicampur dengan telur dengan tepung berselang - seli

jus atas:
1/4 cawan jus lemon
1/2 cawan gula
Air parutan perahan lemon

siap untuk masuk dalam oven..tapi yang ni untuk dua adunan..
tu yg nampak banyak




CARA - CARA :
1. Pukul butter, gula dan lemon hingga lembut dan rata.
2. Masukkan telur sikit - sikit diselang seli dengan 1 sudu besar tepung, kemudian masukkan semua tepung sekali dan kacau rata.
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 50 - 60 minit.
4. Sambil tunggu masak, campurkan gula dan jus lemon ( x perlu larutkan gula ) dan siram atas kek semasa ia masih panas. Ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek dan menjadikan kek itu lembab dari jus. Ia akan membentuk lapisan gula di atas kek dan menjadikan kek itu moist.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...