Pages

Saturday, November 12, 2016

Isteri Cerdik Yang Solehah

Bismillahirrahmanirrahim... akhirnya aku cuba juga untuk bercerita tentang penyakit en.suami... orang yang paling aku sayangi selepas ibu dan bapaku..
17 Ogos 2016
Aku dan en. suami ke Hospital Pantai untuk buat MRI setelah 3 minggu en.suami menahan sakit kepala yang melampau... paling menakutkan bila en. suami terkena serangan sawan yang teruk ketika sedang tidur pada sabtu yang lepas..
"Ni ada ketulan yang besar ni.. ukuran dalam 5cm.. kena buat pembedahan secepat yang boleh.. boleh tengok insurans.. tapi jangan terlalu berharap sebab kos memang tinggi.. saya bagi tempoh seminggu.. tapi kalau esok dapat buat keputusan lagi bagus.."
Terngiang-ngiang lagi ayat yang keluar dari mulut en.doktor... aku hanya mampu beristigfar... masih terkejut dengan berita yang diterima...Allahuakbar
Malamnya aku dan en.suami berbincang dengan keluarga sebelah en. suami.. memandangkan kos rawatan yang besar.. kakak ipar terus hubungi anak buah ipar yang kebetulan bekerja sebagai doktor di IPR Kuala Lumpur...Alhamdulillah Allah permudahkan..



18 Ogos 2016
Bergerak ke Hospital Kuala Lumpur dengan Safwan.. anak buah en.suami yang kebetulan baru menamatkan persekolahan dan sedang menunggu peluang pekerjaan.. alhamdulillah Allah permudahkan.. sebelum ke Kuala Lumpur sempat jumpa dengan abang aku yang sulung.. dia banyak bagi kata semangat dan paksa aku makan.. memang kali terakhir aku makan ialah sarapan semalam.. badan aku memang dah tak berdaya.. terkejut dan lemah..
Sampai di HKL anak buah pn.doktor yang kebetulan sedang cuti bersalin dah menanti.. terus kami berjumpa dengan doktor pakar yang akan menjalankan pembedahan..



alhamdulillah kebetulan Dr. Saiful ada di situ.. setelah berbincang secara terperinci.. kami dapat tarikh untuk jalankan pembedahan pada 7 sept... 5 sept tu akan masuk wad dulu untuk buat pemeriksaan biasa..Allahuakbar.. ada masa dalam 3 minggu.. memang berharap en. suami kuat dan dapat bertahan.. en. doktor bekalkan steroid yang banyak.. untuk kecutkan ketumbuhan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...