Pages

Tuesday, November 15, 2016

Isteri Cerdik yang Solehah part 3

Assallammualaikum..
7 sept 2016
Hari pembedahan.. aku..kak wea.. dan bang cik sampai di HKL seawal jam 7 pagi.. menyusup masuk (sebab sepatutnya waktu melawat je dibenarkan masuk)..bila aku sampai aku tengok en.suami ada atas katil dengan palang yang dinaikkan.. ada kerusi roda disebelah katil..



hati mula rasa tak sedap.. tapi aku tengok en.suami dalam keadaan tenang.. rupanya en. suami baru diserang sawan ketika hendak mandi di bilik air.. kuasa Allah.. mujur ada pesakit yang perasan dengan keadaan itu.. cepat en.pesakit datang membantu dan maklumkan pada cik nurse yang ada..



Allahuakbar.. tergamam seketika.. kemudian kakak ipar dan biras bergerak untuk sarapan sebab jadual giliran untuk pembedahan masih belum diketahui.. dalam pada itu.. cik nurse datang bagi baju pembedahan dan suruh en. suami bersedia.. aduhai.. berdebarnya rasa.. tapi en. suami nampak tenang dan bergerak mengangkat air sembahyang.. dada aku macam nak pecah tahan debaran..




segera hubungi mak mertua maklumlan yang en. suami dah mula gerak ke bilik pembedahan.. en. suami tak lekang membaca doa dan ayat lazim.. bacaan tekanan darah juga agak tinggi.. mungkin kesan menahan debaran.. di bilik persediaan pembedahan, aku dibenarkan masuk untuk menjelaskan bayaran skru sebanyak rm600.. sebab itu pilihan.. en. suami boleh memilih untuk dijahit bahagian tengkorak.. tapi saranan doktor untuk menggunakan skru..



Lepas ditolak masuk ke bilik pembedahan.. kakak ipar pun sampai untuk bawa aku sarapan pagi di kedai yang berhampiran.. sebelum masuk en. suami sempat berseloroh
"Awak pergi shopping dulu.."
Aduhai en.suami.. tenangnya kamu.. sebaik aku sampai semula di depan bilik pembedahan kakak aku Zuriyah dan suaminya sampai.. alhamdulillah ada orang yang boleh temankan aku.. memang sepanjang menunggu tu aku banyak habiskan masa dengan membaca surah yaasin..sebab takut dalam semua hal.. hehehe


Dalam pukul 12 lebih aku nampak kelibat Dr. Saiful.. antara pakar neuro yang terlibat dalam pembedahan en.suami..
"Alhamdulillah ketulan dah dapat dikeluarkan.. tiada pendarahan..tapi lambat lagi keluar sebab nak pasang tempurung.. bersabar dan berdoa la ye.."
Itu ayat yang buat kami semua rasa sedikit lega..
Kami terus menanti dengan penuh debaran.. bila dengar bunyi pintu terbuka..terasa darah berderau.. Allahuakbar...alkhirnya dalam pukul 6 petang en. suami dibenarkan ke wad biasa.. syukur padaMu Ya ALLAH
Masa keluar dari bilik pembedahan en.suami cari tangan aku dulu.. dapat genggam sekejap dan cik nurse terus tolak ke wad.. aku, kakak dan abang Harun berlari ke tingkat 2..dapat tengok en. suami semula.. keadaannya lemah..sayu hati.. bibir kering kerana berpuasa dari semalam.. perlahan aku sapu air di bibir... Allahuakbar syukur di permudahkan Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...