Pages

Monday, November 21, 2016

Olympiad Matematik & Sains Peringkat Negeri Melaka


Wakil dari Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia

As salammualaikum.. hari ni main peranan sebagai guru pengiring.. bawa pelajar seramai 4 orang..  bawa pelajar 2 lelaki dan 2 perempuan yang bertempat di SBPI Selandar... pertama kali dengar tentang Olympiad.. puas cari di internet tentang contoh-contoh soalan di internet.. bila dah jumpa..aduhai agak mencabar juga soalannya..

En. Azam..dari PPD Jasin

Harap anak-anak didik boleh menjawab dengan hati yang tenang.. hadiah utama untuk peringkat negeri kali ini rm500 duit tunai... fuyyoooo!!! banyak tu.. walau pun cikgu tak dapat apa-apa..hahaha cikgu kan lilin..

Cik Pengacara Majlis yang cantik lawa

Tapi yang paling seronok sekali bila sampai di sini.. ada ramai peserta dari sekolah yang sama... eh eh.. macam mana boleh jadi ramai pula ni..? bukan ke dalam surat kena bawa pelajar 4 oranv saja untuk 1 sekolah..?

Aiman.. pemenang sijil perak kategori sains

Aku cuba risik-risik dari kawan-kawan yang datang.. oo rupanya mereka semua telefon terus pada penyelaras untuk bawa pelajar yang ramai.. aduh.. ruginya tak tahu.. kalau tahu dari awal lagi aku dah angkat 1 kelas pelajar.. sijil peringkat negeri tu...

Zafira..pemenang sijil emas dan rm100

Allahuakbar.. ruginya.. hilang peluang untuk pelajar-pelajar.. kalau ada lagi tahun depan aku akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku..he..


Istero Cerdik Yang Solehah part 4

27 Nov 2016
Hari ni ada temujanji dengan HKL.. doktor akan bagi keputusan tentang biopsi  sampel tumor dalam kepala en.suami yang diambil masa pembedahan tempoh hari.. Allahuakbar.. aku tengok en. suami kelihatan tenang..tapi dalam masa yang sama aku sempat berpesan..
" walau apa keputusan yang doktor bagi..kita kena terima dengan redho.."
En. suami hanya angguk tanpa kata..

"..... dalam bahasa mudahnya KANSER OTAK stage 3... dalam masa 6 bulan kalau tiada sebarang rawatan, mungkin akan tumbuh semula..."

Ya Allah.. hanya Allah yang maha mengetahui perasaanku pada ketika ini.. tapi aku tengok en.suami sangat tenang..hati..? aku tak tahu...

Banyak juga soalan yang aku dan en.suami tanya pada cik doktor.. tapi doktor hanya dapat jelaskan tentang neuro dan otak.. kalau tanya tentang kanser dan rawatan kena ke bahagian onkologi.. kena tunggu temujanji dengan doktor dari bahagian onkologi...

Allahuakbar.. sukar untuk aku terima... berat rasa hati nak terima.. berita yang betul-betul buat aku tersentap..tapi aku cuba kuatkan semangat.. aku kena redho.. aku kena ambil positif semua perkara.. aku tak boleh sama sekali berasa syak wasangka dengan Allah.. Astagfirullahalazim.... hanya Allah penentu segala...

Tuesday, November 15, 2016

Isteri Cerdik yang Solehah part 3

Assallammualaikum..
7 sept 2016
Hari pembedahan.. aku..kak wea.. dan bang cik sampai di HKL seawal jam 7 pagi.. menyusup masuk (sebab sepatutnya waktu melawat je dibenarkan masuk)..bila aku sampai aku tengok en.suami ada atas katil dengan palang yang dinaikkan.. ada kerusi roda disebelah katil..



hati mula rasa tak sedap.. tapi aku tengok en.suami dalam keadaan tenang.. rupanya en. suami baru diserang sawan ketika hendak mandi di bilik air.. kuasa Allah.. mujur ada pesakit yang perasan dengan keadaan itu.. cepat en.pesakit datang membantu dan maklumkan pada cik nurse yang ada..



Allahuakbar.. tergamam seketika.. kemudian kakak ipar dan biras bergerak untuk sarapan sebab jadual giliran untuk pembedahan masih belum diketahui.. dalam pada itu.. cik nurse datang bagi baju pembedahan dan suruh en. suami bersedia.. aduhai.. berdebarnya rasa.. tapi en. suami nampak tenang dan bergerak mengangkat air sembahyang.. dada aku macam nak pecah tahan debaran..




segera hubungi mak mertua maklumlan yang en. suami dah mula gerak ke bilik pembedahan.. en. suami tak lekang membaca doa dan ayat lazim.. bacaan tekanan darah juga agak tinggi.. mungkin kesan menahan debaran.. di bilik persediaan pembedahan, aku dibenarkan masuk untuk menjelaskan bayaran skru sebanyak rm600.. sebab itu pilihan.. en. suami boleh memilih untuk dijahit bahagian tengkorak.. tapi saranan doktor untuk menggunakan skru..



Lepas ditolak masuk ke bilik pembedahan.. kakak ipar pun sampai untuk bawa aku sarapan pagi di kedai yang berhampiran.. sebelum masuk en. suami sempat berseloroh
"Awak pergi shopping dulu.."
Aduhai en.suami.. tenangnya kamu.. sebaik aku sampai semula di depan bilik pembedahan kakak aku Zuriyah dan suaminya sampai.. alhamdulillah ada orang yang boleh temankan aku.. memang sepanjang menunggu tu aku banyak habiskan masa dengan membaca surah yaasin..sebab takut dalam semua hal.. hehehe


Dalam pukul 12 lebih aku nampak kelibat Dr. Saiful.. antara pakar neuro yang terlibat dalam pembedahan en.suami..
"Alhamdulillah ketulan dah dapat dikeluarkan.. tiada pendarahan..tapi lambat lagi keluar sebab nak pasang tempurung.. bersabar dan berdoa la ye.."
Itu ayat yang buat kami semua rasa sedikit lega..
Kami terus menanti dengan penuh debaran.. bila dengar bunyi pintu terbuka..terasa darah berderau.. Allahuakbar...alkhirnya dalam pukul 6 petang en. suami dibenarkan ke wad biasa.. syukur padaMu Ya ALLAH
Masa keluar dari bilik pembedahan en.suami cari tangan aku dulu.. dapat genggam sekejap dan cik nurse terus tolak ke wad.. aku, kakak dan abang Harun berlari ke tingkat 2..dapat tengok en. suami semula.. keadaannya lemah..sayu hati.. bibir kering kerana berpuasa dari semalam.. perlahan aku sapu air di bibir... Allahuakbar syukur di permudahkan Ya Allah..

Isteri Cerdik yang Solehah part 2

Bersambung dengan cerita sebelum ini..
5 sept 2016
Aku,safwan dengan en.suami ke HKL pagi ni.. seawal pukul 5 pagi lagi kami dah gerak dari Melaka..
Sampai di HKL lebih kurang pukul 9 pagi selepaa kami berhenti solat subuh dan sarapan.. sampai di HKL aku dan en.suami bergerak dari 1 bangunan ke 1 bangunan mencari tempat untuk x ray.. dah selesai terus en.suami mendaftar untuk masuk wad. Bangunan laji saraf wad 4a.. Allahuakbar...
Kat sini tidak dibenarkan peneman..asa ni sepupu aku manja ada datang hantar makanan.. alhamdulillah..banyak jasa Manja ni..sepupu yang aku sayang sejak kecil lagi.. selalu datang membantu masa aku perlukan..petang, aku pun gerak balik ke Melaka.. hati terasa sedih kena tinggalkan en. suami kat sini.. hati rasa bimbang bila ingatkan pembedahan.. hati rasa rindu bila ingat anak-anak di rumah bersama mertua dan kakak ipar.. Ya Allah..permudahkan lah..



6 sept 2016
Aku ke sekolah macam biasa.. walau hati masih berbekam rasa sedih.. mohon balik awal dari pentadbir.. aku tak boleh fokus.. aku terkenangkan en.suami.. waktu melawat yang tiada pelawat.. mujur juga pekerja Manja datang hantar makanan.. Allahuakbar.. besar jasa Manja dan pekerja-pekerjanya.. semoga syurga tempat kalian yang baik hati ni..dalam pukul 3 petang baru gerak dari Melaka.. dengan safwan.. metua.. kak som(sepupu mertua) dan anak-anak.. alhamdulillah Manja ada sediakan bilik untuk menginap beberapa hari ni.. semoga Allah terus murahkan rezeki Manja..hati aku pun tak berapa bimbang sebab anak-anak ada sama..



"Abang la bangun lambat..kalau tak mesti kita boleh ikut ummi hantar ayah pergi hospital.."
Adi menyalahkan abang dia..sebab bila bangun tidur semalam dia tengok aku dengan en.suami dah tiada di sebelah

Malam tadi nak tidur pun banyak kali dia pegang pipi aku sambil cakap
"Ummi jangan tinggalkan adi lagi tau.."
Allahuakbar.. sayu hati bila aku kenangkan semula..aduhai anak..

Masa sampai kat HKL pun dia asyik tanya je mana ayah.. lepas en.suami turun jumpa dengan anak-anak baru la Adi senyap..mungkin faham..
Kebetulan Along Naza pun ada menjunguk en.suami..jadi Paklong la yang banyak terangkan pada Adi...



Pak itam dengan Mak itam dan An pun ada datang ziarah..Manja yang bawa.. terima kasih saudara mara sekalian..walaupun aku tak berapa rajin nak menziarah diaorang semua..tapi diaorang tetap datang ziarah.. terima kasih semua..hanya Allah yang dapat balas jasa kalian...

Saturday, November 12, 2016

Isteri Cerdik Yang Solehah

Bismillahirrahmanirrahim... akhirnya aku cuba juga untuk bercerita tentang penyakit en.suami... orang yang paling aku sayangi selepas ibu dan bapaku..
17 Ogos 2016
Aku dan en. suami ke Hospital Pantai untuk buat MRI setelah 3 minggu en.suami menahan sakit kepala yang melampau... paling menakutkan bila en. suami terkena serangan sawan yang teruk ketika sedang tidur pada sabtu yang lepas..
"Ni ada ketulan yang besar ni.. ukuran dalam 5cm.. kena buat pembedahan secepat yang boleh.. boleh tengok insurans.. tapi jangan terlalu berharap sebab kos memang tinggi.. saya bagi tempoh seminggu.. tapi kalau esok dapat buat keputusan lagi bagus.."
Terngiang-ngiang lagi ayat yang keluar dari mulut en.doktor... aku hanya mampu beristigfar... masih terkejut dengan berita yang diterima...Allahuakbar
Malamnya aku dan en.suami berbincang dengan keluarga sebelah en. suami.. memandangkan kos rawatan yang besar.. kakak ipar terus hubungi anak buah ipar yang kebetulan bekerja sebagai doktor di IPR Kuala Lumpur...Alhamdulillah Allah permudahkan..



18 Ogos 2016
Bergerak ke Hospital Kuala Lumpur dengan Safwan.. anak buah en.suami yang kebetulan baru menamatkan persekolahan dan sedang menunggu peluang pekerjaan.. alhamdulillah Allah permudahkan.. sebelum ke Kuala Lumpur sempat jumpa dengan abang aku yang sulung.. dia banyak bagi kata semangat dan paksa aku makan.. memang kali terakhir aku makan ialah sarapan semalam.. badan aku memang dah tak berdaya.. terkejut dan lemah..
Sampai di HKL anak buah pn.doktor yang kebetulan sedang cuti bersalin dah menanti.. terus kami berjumpa dengan doktor pakar yang akan menjalankan pembedahan..



alhamdulillah kebetulan Dr. Saiful ada di situ.. setelah berbincang secara terperinci.. kami dapat tarikh untuk jalankan pembedahan pada 7 sept... 5 sept tu akan masuk wad dulu untuk buat pemeriksaan biasa..Allahuakbar.. ada masa dalam 3 minggu.. memang berharap en. suami kuat dan dapat bertahan.. en. doktor bekalkan steroid yang banyak.. untuk kecutkan ketumbuhan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...