Pages

Saturday, May 3, 2014

Minggu Saham Amanah 1Malaysia

alhamdulillah, adi pun dah mula sembuh dari penyakit kaki tangan dan mulut..berkat doa seorang ustaz, merangkap ayah saudara en. suami..berkat usaha mandi air daun...dan juga dengan izin Allah..

tapi dah kenapa tulis tajuk post macam ni ye?ha.. ni nak cerita betapa sibuknya aku pada minggu lepas...puncanya simple je bila kawan yang sama jadi cikgu kelab pelaburan bijak dapat 'whats app' dari penyelaras kelab pelaburan bijak yang mengatakan bahawa PNB ada memberi sedikit sumbangan untuk ahli kelab membuat lawatan ke Minggu Saham Amanah 1Malaysia di Kelantan..bermula dari detik itu lah....

memandangkan partner kelab aku tu tengah sarat mengandung, jadi semua urusan aku kena uruskan sendirian..dalam masa 2 minggu aku kena selesaikan semua urusan..

perkara yang mula-mula sekali aku buat ialah membuat kertas kerja terus kepada PNB..kertas kerja yang mengatakan aku memohon untuk membuat lawatan ke MSAM..dalam yang masa yang sama, aku cari pelajar yang nak ikut aku ke Kelantan..tawakkal je masa tu..sedangkan PNB belum luluskan lagi kertas kerja yang aku buat..

selang sehari, aku semak pada portal PNB, kertas kerja dah diluluskan..alhamdulillah lega satu perkara..tapi tiba-tiba teringat yang kertas kerja yang aku hantar hari tu tidak melalui bos atau pun GPK Koku..OOOooohhh....aku pun gesa PNB untuk buat surat yang mengatakan bahawa SMKIS dijemput untuk ke MSA1M..aku minta PNB fax je..rupanya mereka hantar by pos..

aduh..seminggu aku tunggu surat tiba..hari-hari tanya sampai pn. kerani pun dah naik rimas...tapi dalam masa yang sama aku nekad je isi borang BP67..borang ini borang kebenaran untuk buat rombongan..kena buat bajet yang diperlukan sekali..kena buat terus tentatif lawatan ke sana..lepas tu, kena buat ikut negeri yang kita nak kena lalu..contohnya kalau aku nak ke Kelantan, aku kena buat 7 salinan..melaka, negeri sembilan, johor, pahang,terengganu, kelantan dan satu simpanan sendiri..semua kena sain hidup..maksudnya sain tu tak boleh fotostat..lepas tu terus ke unit perhubungan JPM..sepatutnya borang tersebut kena hantar 3 minggu sebelum lawatan..tapi dalam kes aku ni, memang tak boleh buat apa la..masih lagi menunggu surat dari PNB.

sampai 4 hari lagi nak masih lagi menunggu surat dari PNB..aduhai..payah betul..
tapi dalam masa yang sama aku dah contact hotel yang aku nak menginap di kelantan..alhamdulillah..dapat juga hotel Sri Seroja Inn di Wakaf Che Yeh..bagus hotel ni..walau pun hotel bajet, tapi betul-betul terletak di Wakaf Che Yeh, so boleh shopping sampai pagi..lepas tu, hotel ni ada sediakan pakej untuk satu bas dan dapat free untuk driver lagi..

aku siapkan jugak borang penempatan bilik supaya bila sampai dihotel, aku cuma perlu masukkan nombor bilik sahaja..peserta rombongan boleh memilih sesiapa sahaja yang sama jantina untuk duduk di dalam bilik yang sama..

aku pun dah mula agihkan surat kebenaran ibu bapa kepada semua peserta yang akan ke Kelantan..satu lagi dugaan..ada beberapa pelajar yang tak dapat pergi dengan berbagai alasan..gigih mencari pelajar yang lain untuk menggantikan pelajar tersebut..masa ni aku punya sibuk sampai aku berpuasa sebab memang tak sempat nak makan..en. suami hanya geleng kepala bila tengok keadaan aku..hehe tq 4 your support ayang..!

sehari lagi nak bergerak ke Kelantan, barulah aku terima surat makluman dari PNB..baru senang hati aku..tengok melalui jabatan, bos pun terus kata okey..borang BP67 aku pun telah diluluskan..alhamdulillah..tiba-tiba muncul satu lagi masalah...kena ada pulak guru pengiring lelaki sebab aku ada bawa pelajar lelaki..sedangkan nama yang aku masukkan sebagai guru pengiring semua guru perempuan..jenuh aku tanya setiap cikgu lelaki..masing-masing dengan 1001 alasan..lagi muda cikgu yang aku tanya, lagi banyak alasan yang diberi..penyudahnya, aku tanya pada seorang senior yang berusia 54 tahun..alhamdulillah di permudahkan olehNya..

Nanti aku update cerita di Kelantan pula..tapi aku memang sangat berterimakasih pada kawan-kawan yang banyak membantu untuk menjadi guru pengiring..jasa kalian amat aku hargai..tapi dalam masa yang sama ada juga suara-suara orang sekeliling yang sukar diungkap maksud dan tujuan untuk berkata-kata..
  " kena tinggal lagi la ye adi"
  " eh, anak akak yang kecik tu tinggal la ye.."
  " pergh...ada bau orang kelantan la dekat sini"
  " kalau berjalan akak nak ikut, tapi kalau buat laporan, akak tak nak"
terima kasih pada yang berkata-kata itu..cukup untuk aku buat tak tau sahaja..
aku dilahirkan di Melaka, membesar di Melaka..jangan minta untuk aku bercakap style orang Melaka..aku boleh bagi bahasa yang paling kesat kalau aku nak balas kata-kata sindiran yang diberi..Alhamdulillah Allah mash membantu aku dalam memelihara kata-kata untuk aku membalas apa yang dikata..


1 comment:

  1. salam akak, sy gune post akak ye untuk feedback hotel sri seroja inn.. trime kasih krana memilih hotel kami.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...