Pagi ni aku terbaca wall post kat group Kami Guru Malaysia..hmm...kalau betul cara, adil, seimbang dan berkemampuan, mungkin boleh la agaknya...tapi kalau nak berpoligami pun nak harapkan insentif dari kerajaan negeri...macam mana tu??
macam mana matang dan ilmiah sekali pun perbincangan tentang poligami ni, pasti ada kaum perempuan yang akan emosi..mana tidaknya...orang yang dikasihi bakal dikongsi...aku selalu amik jalan tengah untuk tidak komen tentang perkara ini..tapi hati kecil aku pasti akan menangis mengenangkan betapa mudahnya kaum lelaki membuat keputusan untuk berpoligami...
tapi untuk berkata TIDAK pun tidak boleh juga kerana ada terencana dalam islam..tapi keindahan poligami ini selalunya dicacatkan dengan perlakuan manusia sendiri di zaman ini..
Ya Allah..lindungilah suamiku, anak-anakku,adik beradikku, kaum keluargaku, anak-anak saudaraku dan orang-orang yang aku kasihi dan mengasihi aku dari bisikan dan tipu daya syaitan..amin
No comments:
Post a Comment