Pages

Friday, March 18, 2011

kuih amplang bercoklat

Semalam anak buah dari Sabah ade singgah kat umah...bawa pula kuih amplang nie sebagai buah tangan..rasanya sedap..penuh dengan rasa ikan..tapi sebab saya bukan penggemar ikan, so mende nie x brape jadi pilihan sangat..anak2 pun kurang makan..sayang dengan kuih nie, maklumlah bukan senang nak jumpa..kuih nie pun sampai kena naik kapal terbang..jauh tu perjalanannya..so saya amik inisiatif la..saya wat kuih amplang nie bercoklat..hm..sekejapan habis..

bahan - bahan:
Kuih Amplang
Coklat Masakan (jenama ape pun boleh)
Cocoa Butter (carik kat kedai jual bahan2 buat kek)

Bahan Utama : Kuih Amplang

Bahan untuk mencantikkan kilatan coklat

Coklat Masakan


Cara :
1. Panaskan air
2. Alihkan air dari dapur dan letakkan pinggan tahan panas tuk cairkan coklat masakan.
3. Masukkan coklat masakan ke dalam pinggan (dalam 1 bar tu ade kotak2 kecik,tapi amik 8 kotak jer)
4. Masukkan 1/2 sudu teh Cocoa Butter
5. Gaul sampai cair
6. Golekkan kuih amplang ke dalam coklat dan keluarkan setelah coklat membaluti seluruh kuih tersebut.
7. letakkan ke dalam pinggan dan biar seketika.

Panaskan air terlebih dahulu

Gaulkan Kuih Amplang ke dalam coklat yang telah dicairkan bersama Cocoa Butter

Dah siap..sedia untuk dimakan

Umair Hariri yang sibuk menolong umi

Buah Markisa

Ramai yang tak kenal dengan buah markisa nie..markisa atau nama saintifiknya (Passiflora edulis sim). Kalau dulu-dulu saya panggilnya buah susu. ntah kat mn susunya sy pun x tahu..hehehe..pokoknya macam pokok tembikai..menjalar..tapi buahnye x sebesar buah tembikai..

Buah markisa..yummy..!

masa saya kecik2 dulu slalu gak makan sbb arwah nenek ade tanam pokok nie..pastu lama ngat x jumpa..smpai hampir2 nk lupa la rupe n rasa nye..then skang nie umah akk saya ade la tanam..so dapat la makan buah markisa nie..buah nye banyak khasiat..

Pokok buah markisa menjalar di kawat yang digantung

antara khasiat buah markisa ialah :
1. dapat menghilangkan sembelit
2. dapat menghilangkan insomnia.(x leh tido)
3. antioksidan yang tinggi
4. kaya dengan vitamin B dan C

kasih sayang keluarga

ape pun yg dikata keluarga tetap utama..Family Come First..macam mana baik pun kawan, tetap x sama dengan ikatan kekluargaan..susah senang hidup kat dunia nie, keluarga la yg ade bersama..walau d duga dengan ape juga dugaan, selagi boleh bertahan, cubalah..
bile crite bab kasih sayang keluarga, x leh elak criter pasal akk saya..she's very understanding n supportive..

My Lovely sis..

Bonda n kakak ipar yg tersayang..

smalam akk wat makan2 kat umah die..he..dalam bab makan akk x banyak berkira..moga d murahkan rezeki..byk tul makanan sampai x terlarat nk makannya..ikan bakar + otak-otak + kupang masak sweet sour + sosej bakar + asam pedas bla bla bla..terlalu banyak..sampai termengah mengunyah..he...meriahnye x yah citer la..kanak2 jer dah penuh umah akk..lum masuk belia n warga emas lagi tuh..memang happening!

kupang masak sweet sour..

otak - otak gelang patah.. (dah patah ker..?:))

ikan bakar berlada..fuh..mantop!

anak2 buah memang gembira bila dapat berkumpul dengan sepupu sepapat dieorg.(wal hal selalu jer berkumpul mcm nie...)umah akk mcm nk terbalik..yg tgk tv lain..yg kayuh basikal smpai tgh mlm lain..yg sik dok ngunyah lain..yg tukang bakar lain..macam2 hal..tp itu lah kebahagiaan di dalam keluarga..semoga keluarga saya sentiasa di rahmati n dikuatkan ikatan kasih sayang antara kami semua..amin..

teacher maiza leka dok kutip tulang ikan

akk sedang membalut ikan yg nk d bakar

Apsal muke ko camtu pulak..?

Bila mat rempit membakar..

Aikk..? Apakah..?

Monday, March 14, 2011

Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

kuih deram @ telinga keling @ kuih cincin

Resepi dah lama dah saya nak belajar sbb saya memang suke sangat makan kuih deram nie.. resepi ni saya dapat dari emak mertua saya sendiri..thanks mak..kengkadang rasa sangat beruntung sbb dapat mertua yang sangat memahami..alhamdulillah..ni resepi nye..

Bahan :
1 gelas air
500g tepung beras
500g gula merah

Cara:
1. Cairkan gula merah bersama dengan 1 gelas air masak dengan api perlahan.
2. Apabila gula telah cair (air gula), tapis air gula tersebut untuk membuang kotoran dan pasir.
3. Didihkan semula air gula dan terus masukkan tepung beras.
4. Gaul rata dan biarkan semalaman.(tp saya biar 2 malam..jadi lagi sedap sbb tepung dan gula dah sebati )
5. Kemudian, bulat2kan tepung..kalau suka besar, bulat la besar.Pastikan bekas yang diletakkan tepung tersebut telah diletakkan sedikit minyak supaya tepung tidak melekat.



6. Tepekkan tepung mangikut citarasa masing-masing.pastikan ia tidak terlalu tebal.
Untuk beginner, guna acuan donut pun boleh..guna yang paling kecil.

Leperkan ketulan2 yang telah dibulatkan tadi.








.


Inilah hasilnya..

Kayak...







Tadi tgk kat tv1 rancangan explorasi kat Padas, Tenom Sabah..ade white water rafting..bestnye tgk..tingat zaman dolu-dolu..masa g kursus kayak..wat STAR 1 N STAR 2..rindunye ngan zaman x sayang nyawa dolu..zaman wayar tercabut 1.. zaman x kenal siang n malam..hehe..masa tu buat ape pun x pk ape..yg tau enjoy + seronok..masa cuti banyak kat Pusat Kokurikulum dari rumah sendiri..ye la..masa tu masih lum ade komitmen..

Bosan kena dengar ceramah..

Masa tuk bersantai setelah letih bertugas..

JURULATIH PENDIDIKAN LUAR..dengan title tu la yang wat mak slalu bising..x penah lekat kat rumah..cuti sabtu n ahad kalo cari kat umah mmang x jumpa..cari kat sekolah apatah lagi..hehe..cari kat Pusat Koku baru leh jumpa..

Sempat posing sebelum amik test..

PUSAT KOKURIKULUM..kat situ aku belajar jadi berani..kat situ aku blajar jadi berdikari..kat situ aku blajar jadi kuat..kat situ aku blajar jadi peramah..kat situ aku blajar jadi manusia yang penyayang..terlalu banyak kenangan pahit manis di Pusat Koku..andai dapat diundur putaran masa, Pusat Koku mesti jadi senarai utama utk aku..hehe
Antara kenangan semasa ke Terengganu Chalenge..

tapi tu semua dah tinggal kenangan..adik2 yang best n sporting, jai n erin sume dah kawin..dah tinggalkan 'zaman itu'..so, akk pun berundur juga demi adik2 tersayang..x jumpa lagi dah adik2 yang macam korang berdua..

Jai n erin..rindu kat korang..

kini tuntutan keluarga lebih utama..tuntutan kehidupan matang dalam mendidik anak2..dalam kerendahan hati mencari keredhaan Ilahi, rasanya pengorbanan ini perlu dilalui..pedih tapi puas hati..semoga kami semua di rahmati..

Saturday, March 12, 2011

simple roti john

smalam ari jadi anak buah...nur akmal fadhilah..alhamdulillah..dah berusia 11 tahun..so kiteorg pakat la wat roti john yg paling simple rasanye..ni resepinye..

Bahan :
roti
daging cincang
sardin
bawang kecil (hiris)
rempah kari

Hiasan:
kobis
mayonis
black pepper sauce
sos cili

Cara:
1. Tumis bawang hingga naik bau dan kemudian masukkan daging yang telah di gaul dengan rempah kari.
amira najwa yg membntu mak jang hancurkan sardin
2. Biar seketika sehingga daging empuk dan masukkan sardin yang telah dihancurkan terlebih dahulu.
3. Tunggu sehingga masak dan angkat.
Ni bahan yang dah digoreng tadi, batu tumbuk tu hiasan jer..he..
4. Pecahkan telur dan campurkan ke dalam bahan yang telah dimasak tadi.
5. Sapu roti dengan marjerin dan letakkan bahan yang telah dicampurkan dengan telur. Grill dalam masa lebih kurang 1 minit.
Angkat dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.

ni chef aiman tgh siapkan bahan tuk hiasan

kobis yang telah dipotong..ni hasil tgn chef aiman tadi

aik..? nape busu pun kn wat nie..?hmmm..

dah siap tabur kobis n letak semua jenis sos..potong 2 spy sng mkn..

dah siap..ni la hasilnya..(nape la amik gambar dari tepi jer nie)
birthday girl..moga dapat jadi anak yang solehah..

ini la tukang masak..ini la cameraman nye..

Quality control..hehe..

ni satu-satunye kj yang zikry buat..tu pun sambil mengunyah.. "aku kan along.."

kek utk akmal..nyumm..

Bacaan doa dari imam amatur..hehe..

arif fahmi yang tersipu2..

bonda yang tersayang

ainul farhah tgh merajuk pas kn sakat

apa la yg d bual kan tuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...