Pages

Monday, February 28, 2011

KEK KEJU ( TANPA BAKAR )



BAHAN - BAHAN :

a) Lapisan Biskut
1 1/2 cawan ( 210g ) biskut marie kisar halus
1/2 cawan (100g ) mentega dicairkan
1 sudu makan ( 15g ) gula kastor



b) Isi Kek
500g krim keju (philadhelphia)
100g gula icing ( 1/2 cawan )
3/4 cawan ( 188ml ) krim putar
1 cawan ( 250ml ) jus oren
1 penutup esen vanila
3 sudu makan (45g ) serbuk gelatin + 125 ml air panas
3 keping buah pic dalam tin ( cincang jika suka )

c) Hiasan - buah pic dalam tin

CARA PENYEDIAAN :
1. Gaulkan biskut yang telah dikisar dengan mentega dan gula. ( a) Lapisan Biskut )
2. Padatkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.






Biskut yang telah disejukkan dan sedia untuk diletakkan isi kek

3. Untuk kek, pukul keju (cream cheese) dan gula icing sehingga kembang.




4. Kemudian, masukkan jus oren dan krim (whiping cream). Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.



5.Sementara itu, bancuh gelatin dengan air panas ( takat didih ) sehingga gelatin melarut dengan sekata. Kemudian, masukkan dalam adunan keju dan kacau hingga sebati.

6. Setelah itu, masukkan sedikit esen vanila ke dalam bahan adunan dan masukkan buah pic yang didadu.





Antara ahli kelab memasak syok sendiri



7. Kemudian, tuangkan adunan ke atas lapisan biskut tadi dan sejukkan sehingga keras.

8. Setelah keras, boleh la menghias kek mengikut citarasa sendiri.

Ini la rupe kek nie selepas dikeraskan..
Sempat posing lagi tuh..
Ahli kelab sedang tekun mendengar taklimat dari sifu


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...