Pages

Monday, September 30, 2019

Susah ke..?



Orang yang dah kahwin tetapi ada masalah dalam rumahtangga, berdoalah mohon pada Allah minta perkara yang baik-baik.

Orang yang dah kahwin tetapi belum dikurniakan zuriat, berdoalah mohon kepada Allah semoga suatu hari nanti kita dikurniakan zuriat.

Orang yang belum berkahwin, mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan pasangan hidup.

Orang yang rezekinya seakan sempit, mohonlah kepada Allah semoga dilapangkan segalanya.

Orang yang ada masalah macam-macam, mintalah kepada Allah, doa supaya selesai segala masalah dan kita dapat hidup bahagia.

Orang yang banyak dosa, doalah minta ampun kepada Allah sekerap-kerapnya.

Doa doa doa dan terus berdoa. Tak perlu tunggu susah baru nak doa. Tak perlu nak tunggu disuruh, baru nak berdoa. Tak perlu nak tunggu datang mood baru nak doa.

Jangan jemu, jangan putus asa.

Percayalah kepada Allah. Ujian bermacam bentuk. Semua tu tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita.

Tak guna mengeluh sana sini, letaklah Allah tu dekat dengan kita. Bukan jauhkan-Nya".

Saya pandang sahaja seorang lelaki yang agaknya dalam umur 50-an memberi nasihat kepada sekumpulan rombongan di hadapan sebuah masjid. Tak tahu apa puncanya dia bagi nasihat begitu.

Ada lelaki ada perempuan.

Ada 2 buah van dan 2-3 buah kereta. Macam keluarga dan saudara-mara balik dari majlis kenduri.

Saya ketika itu sedang nak pakai kasut semula. Buatlah tunduk, lambat-lambat pakai stoking nak dengar dia sedang berkata.

Menarik kata-katanya.

Teringat dahulu pernah terbaca hadis ini;

Daripada Abi Said al-Khudri radiallahuanhu, bahawa Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda,

"Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah subhanahuwataala akan mengabulkannya dengan tiga cara:

1. Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin.

2. Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak.

3.Allah akan menjauhkan darinya kejelekan". Hadis riwayat Ahmad.

Betul kawan-kawan,

Kita ni sebagai manusia memang lemah dan amat-amat memerlukan Allah sepanjang masa. Baik ketika senang atau susah, ketika sempit atau lapang, ketika bahagia atau derita, ketika ada atau tiada sesuatu.

Doa ini juga ibadah. Inilah tandanya betapa kita ini perlu taat kepada Allah, tanda diri kita hina berbanding Allah dan sudah pasti doa juga merupakan kita amat-amat berhajat kepada Allah.

Berdoalah tanpa jemu. Tak perlu putus asa selagi apa yang dihajati belum kesampaian.

Yang pasti, rapatkan diri kita kepada-Nya.

WS Adli W Muhammad,
Terus didik rapatkan diri kepada Allah.

Thursday, September 26, 2019

Tiada manusia yang sempurna



Panduan

*KEBERKATAN HIDUP*

*Jenis2 keberkatan:*

*1. Keberkatan dalam hidup.* 🌼

Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.

Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

*2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).* ⏳

Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

*3. Keberkatan pada rezeki.* πŸ’ž

Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit.  Ramai  orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.

Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat  dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

*4. Keberkatan pada ilmu.* πŸ’‘

Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

*5. Keberkatan pada rumah.* 🏑

Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai  tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah. 

*6. Keberkatan pada keluarga.* πŸ‘³πŸΌ‍♀πŸ§•πŸΌ

Keluarga yang  berkat adalah keluarga yang dapat  membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang  sakinah mawadah wa rahmah.

*7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.* 🀝

Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi  ke arah  kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

*8. Keberkatan pada pekerjaan.* πŸ’Ό

Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.

Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan  melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

πŸŒ³πŸ“–✒πŸ“šπŸ€²πŸ“ΏπŸ•‹πŸŒΉ

Sunday, September 15, 2019

Muhasabah

Seorang sahabat bagi tau pada suatu pagi.. 
   "kau memang suka ketawa kan bahiyah.. Kalau datang sekolah tak dengar suara kau        ketawa tu maksudnya aku tau kau tak datang sekolah." 

 Anak murid pernah bagi tau.. 
     " cikgu ni.. Asyik suka jer.. Gelak jer memanjang.. Tak pernah tengok cikgu sedih.. Semua benda boleh jadi lawak.. "

Sahabat lama pernah  bertanya.. 
  " kau sekarang macam dulu lagi ke.. Asyik gelak jer.. "

Jadi.. Daripada tiga situasi tu aku tau..dari dulu lagi aku memang suka ketawa.. Alhamdulillah.. Aku dapat tunjuk muka ceria depan semua orang.. Walau hakikatnya dalam hati hanya Allah yang Maha mengetahui.. Biar aku pendam rasa yang ada.. Selagi ada daya.. Dan aku harap aku dapat juga ceriakan orang yang berada di keliling aku.. 

Aku tau.. Allah bagi ujian ini pun sebab Allah sayangkan aku.. Jangan terlalu suka dan leka dengan hal dunia.. Kena selalu menangis dan mengadu pada Allah.. Kena selalu cerita dan berkongsi segala hal dengan Allah..kea didik hati untuk selalu rindu dengan Allah.. InsyaAllah ada sebabnya.. ALLAHUAKBAR 












Tuesday, September 3, 2019

Air mata oh air mata

Mudah sangat air mata ini tumpah.. Dari sehari ke sehari.. ALLAHUAKBAR.. Hampir setiap malam ditemani mimpi ngeri.. Sehinggakan aku tak sanggup lagi untuk hadapi malam-malam yang mendatang.. Allahuakbar ya Allah.. Kau mudahkanlah perjalanan hidupku ini ya Allah.. Permudahkan urusan suamiku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidupku.. Permudahkanlah Ya Allah.. Kau jauhkan dan hindarkanlah diriku dari bisikan syaitan.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rab

Air mata oh air mata

Mudah sangat air mata ini tumpah.. Dari sehari ke sehari.. ALLAHUAKBAR.. Hampir setiap malam ditemani mimpi ngeri.. Sehinggakan aku tak sanggup lagi untuk hadapi malam-malam yang mendatang.. Allahuakbar ya Allah.. Kau mudahkanlah perjalanan hidupku ini ya Allah.. Permudahkan urusan suamiku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidupku.. Permudahkanlah Ya Allah.. Kau jauhkan dan hindarkanlah diriku dari bisikan syaitan.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rab

Friday, August 30, 2019

InsyaAllah

Mak selalu pesan,

"Kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita kena bangun malam. Kena merintih. Banyak menangis. Sebab kita ni lemah. Nak ubah suami pun payah. Nak cakap dengan suami lagi susah. Jadi, kita bercakaplah dengan Allah. Doakan kesalahan suami pada Allah. InsyaAllah, Allah sendiri akan didik suami untuk jadi baik pada anak isterinya"

Tiadalah yang lebih membahagiakan seorang wanita itu melainkan dia memiliki Tuhan didalam hatinya.

Memiliki Tuhan bererti kita ada tempat untuk mengadu, tempat merujuk, tempat meminta tolong, tempat penyelesai masalah dan segala-galanya.

πŸ‘†Terjumpa di fb.. ALLAHUAKBAR..

Monday, August 19, 2019

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur bila tengok keadaan suami sekarang.. Sudah semakin pulih walau masih takut untuk bersin dan batuk.. Semalam Allah detikkan dalam hati.. Mungkin sebelum ni aku payah untuk bersyukur.. Aku selalu tertanya-tanya.. Kenapa aku kena lalui semua ini.. Bila tengok orang lain bahagia terus terbit rasa cemburu.. Rasa sedih yang terpahat dalam hati yang aku pegang sampai berhari-hari.. Aku asyik pandang pada kegagalan dan kesedihan yang aku alami.. Tambahan lagi baru-baru ni aku gagal mendapat tempat top 20 dalam anugerah kelab yang paling aktif bagi tahun 2018..lagi bertambah sedih di hati.. Wal hal tahun sebelum tu aku dapat tempat ke dua.. Ya Allah.. Bertambah-tambah sedih..
Dalam pada aku memandang kesedihan itu.. Komputer riba aku pula rosak.. Sedangkan kerja yang menimbun perlu disiapkan menjelang buka sekolah..
Tapi.. Dalam aku menghitung kesedihan demi kesedihan yang aku alami.. Tekanan demi tekanan yang perlu aku lalui.. Kesusahan demi Kesusahan yang aku harungi.. Allah hadir untuk detikkan dalam hati.. Mungkin aku kurang bersyukur.. Aku sibuk memandang yang negatif.. Tapi aku lupa dengan hikmah demi hikmah yang Allah turunkan pada aku.. Ya Allah.. Terus aku rasa berdosa yang amat.. Terus aku sedar yang aku seolah-olah menafikan nikmat dan ganjaran dari Allah.. Ya Allah.. Terasa diri begitu kerdil.. Semoga Allah terus kurniakan kepada aku nikmat kesihatan yang baik.. Nikmat kebahagiaan dan nikmat kejayaan.. Amin

Sunday, August 11, 2019

Redha dengan ujian Allah

Terkadang kita lupa bahawa hidup kita tidaklah lama mana. Hargai setiap detik yang kita ada. Redha dengan ujian ALLAH. Ianya akan berakhir jua...

Hanya hati yang redha dan wajah yang senyum akan menguatkan semangat kita dalam menghadapi rencana Tuhan.

#inspirasidrzubaidi

Alhamdulillah.. Hari ke 4 selepas en suami menjalani pembedahan.. Alhamdulillah sokongan dan dorongan ahli keluarga sangat mengharukan.. Bila en suami keluar dari bilik bedah jam 6.30pm.. Semua menarik nafas lega.. Sementelah dari jam 9.00 dah ditolak ke dalam bilik pembedahan.. Mak mertua terus berniat buat kenduri semalam.. Bila doktor membenarkan en suami keluar dari hospital.. Sekali lagi semua ahli keluarga menarik nafas lega..
Tapi tidak bagi aku.. Tambahan lagi bila tengok en suami masih lagi demam.. Rasa loya yang berpanjangan.. Rasa pening yang tiada sempadan.. Dengan bekalan ubat yang banyak.. ALLAHUAKBAR.. Allah maha besar.. Hanya Allah yang maha mengetahui rasa hati ini.. Ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku dalam mengharungi ujian demi ujian dariMu ya Allah..
Bagi orang lain.. Selesai sudah urusan.. Tapi bagi aku.. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang panjang.. Tarikh perjumpaan dengan doktor setiap minggu untuk bulan 9 ini perlu dipenuhi.. ALLAHUAKBAR.. mampukah aku.. Permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik perancang.. Amin

Monday, August 5, 2019

Tazkirah

πŸƒBukan suka² Allah jodohkan kita dengan *isteri yang suka melawan..*
▪Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan *suami yang panas baran..*
πŸƒBukan suka² Allah berikan kita *anak yang degil dan nakal..*
▪Bukan suka² Allah letakkan kita dalam *keluarga yang tak kuat agama..*
πŸƒBukan suka² Allah beri kita anak ramai
▪Bukan suka² Allah langsung *tidak beri anak pada kita*
πŸƒBukan suka² ALLAH *beri kita pelbagai sakit..*

πŸƒBukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

πŸƒBukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

πŸƒHidup kita Allah yang atur.
▪Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

πŸƒJadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.
▪Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang.
▪DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita.
▪Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.
▪Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

πŸƒJadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

πŸƒKita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja.,
▪Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

▪Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

πŸƒLakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya.
▪Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

πŸƒAllah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka..

_*🌺tazkirah hati🌺*_

Tenangkanlah hatiku ya Allah.. Aku kena kuat demi anak-anak.. Janganlah air mata ini tumpah lagi ya Allah.. Kuatkan lah hati ini ya Allah.. Sungguh tiada lagi tempat untuk aku mengadu selain dari Mu ya Allah.. Permudahkan la ya Allah..

Thursday, August 1, 2019

Semoga dipermudahkan

Hari ni dapat tarikh untuk pembedahan suami pada minggu depan...seminggu awal dari tarikh awal yang diberikan oleh doktor.. ALLAHUAKBAR.. mungkin ada hikmahnya..  Debaran hati usah dibicara.. Bagai nak meletop rasa getarannya..  Boleh kah aku hadapi saat-saat yang mendebarkan..
Saja berbual dengan en. Suami.. Aku memang tak berani nak pandu kereta jauh.. Tambahan lagi.. Kawasan ibu kota yang memang terkenal dengan kesibukannya.. ALLAHUAKBAR.. Rupanya en. Suami pun x percaya dengan keyakinan aku yang suam-suam kuku ni..
Aku bermohon semoga Allah tidak membiarkan aku keseorangan.. Amin
Semoga pembedahan berjalan dengan lancar.. Semoga dipermudahkan urusan samada sebelum, semasa mahupun selepas pembedahan.. Semoga en. Suami diberikan ketenangan hati dan diberi kesihatan yang baik.. Semoga en. Suami sihat supaya tenang hati ibu mertuaku.. Sayangku pada ibu mertua seperti sayang kepada ibu sendiri.. Sementelah beliau saja yang masih ada.. Semoga ibu mertua juga diberi kesihatan dan ketenangan.. Amin

Tuesday, July 30, 2019

Ketenangan hati milik Allah

Tiba - tiba je aku rasa sangat tenang bila baca tulisan seorang sahabat di facebook.. ALLAHUAKBAR.. semoga ketenangan ini sentiasa mengiringi kehidupanku, suami dan ibu mertuaku.. Semoga Allah terus bagi kesihatan yang baik untuk en. Suami supaya ibu mertuaku terus diberi ketenangan hati dan dijauhkan dari perasaan gundah gulana dan sedih yang berpanjangan.. Amin

Thursday, July 25, 2019

Aku seorang guru





Pagi ni.. Ada hari kokurikulum @ hari kantin.. Macam biasa.. Aku memang dah pajak jualan burger untuk kelab aku.. Pagi ni aku lambat sikit sampai sekolah.. Maklumlah cuti peristiwa a.k.a cuti belajar.. Dalam perjalanan ke sekolah.. Ada satu kereta kancil dah langgar seekor anak kucing.. Cepat jer kereta tu berhenti di bahu jalan untuk tengok semula anak kucing yang dilanggar... Aku tau mesti kes tak sengaja.. Menitis air mata aku tengok anak kucing tu.. Huhu.. Makin sensitif pula.. Ciri-ciri penuaan dan kematangan usia.. Opps...


Awal pagi dah bergelut siapkan gerai.. Sa'i dari bilik guru ke tapak niaga..terus ke tapak perhimpunan.. Ulang laluan ke kantin.. Terus ke tapak niaga.. Patah semula ke bilik ert.. Terus ke tapak niaga dengan beban barang dapur.. Masih terasa cergas.. Dengan bantuan anak-anak didik.. Yang usianya berkali ganda jauh lebih muda dari aku.. Tambahan lagi masih awal pagi lantaran matahari masih menunjukkan dirinya..
Siap sedia dengan gerai.. Dengan anak didik yang lengkap memakai apron.. Dengan masing-masing bersarung tangan berada di posisi masing-masing.. Lincah jari jemari halus memainkan peranan.. Ada yang memarut timun.. Ada yang membasuh telor.. Ada yang memotong roti.. Ada yang mula menyusun atur sos ke dalam bekas yang lebih mudah digunakan.. Semua lincah memainkan peranan masing-masing.. Alhamdulillah.. Sayang kamu semua..



 Dalam ketenangan itu.. Aku bergegas ke bilik tayang.. Di mana berlangsungnya program PERMATA PINTAR... Program panitia Matematik yang aku sebagai ketua panitia dengan kerjasama Kelab Pelaburan Bijak yang aku sebagai guru penasihat.. Kikiki dua dalam satu..
Program untuk pelajar galus dengan menggunakan khidmat pakar dari guru yang telah bersara.. Alhamdulillah.. Maklum balas dari pelajar sangat memberansangkan

               " eh dah 2 jam.. Tak terasa dah 2 jam berlalu"
               " oo baru saya tau macam mana nak buat jadual"
               " senang je rupanya graf ni ye cikgu"

Alhamdulillah... Cikgu doa yang baik-baik untuk kamu semua.. Semoga ilmu yang dapat bukan setakat hari ini sahaja..



Menjelang tengah hari.. Kak Zakiah selaku ketua AJK kupon datang dengan kalut 'paksa' kami semua untuk bantu buat kupon tambahan sebanyak 2500 lagi kerana stok kupon telah habis... Dalam kekalutan membuat kupon.. GPK Pentadbiran selaku orang kanan puan pengetua datang minta aku jumpa pn. Pengetua.. Rupanya pn. Pengetua nak minta aku uruskan belian wakaf untuk sumbangan dari 2 orang guru yang berpencen minggu sudah..
Terus aku dan seorang sahabat solat dan memecut ke WAKAF WARISAN di kg. Kandang.. Tempat letaknya pejabat utama dan tapak jualan wakaf...



Setelah perbincangan demi perbincangan dengan pekerja Wakaf Warisan yang comel dan beberapa panggilan kepada Pn. Pengetua dan en. GPK 1.. Akhirnya persetujuan dicapai dengan pembelian 2 buah wakaf.. Alhamdulillah dimudahkan urusan..



Selesai satu perkara.. Terus aku dan sahabat balik semula ke sekolah untuk kiraan kupon jualan berasama teman yang sedari awal sedang mengira.. Allahuakbar.. Pukul 5.30petang selesai kiraan kupon bagi semua urusan jual beli sepanjang hari koku pada hari ini..



Sekali lagi aku memecut mengambil anak dan solat asar... Tamat urusan aku sebagai guru pada hari ini.. Tapi sebagai ibu dan isteri.. Tugas itu baru bermula untuk hari ini.. Ya Allah berkatilah hidup ini.. Permudahkankah urusanku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kesihatan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupanku.. Amin ya Rabbal A'lamin..

Wednesday, July 10, 2019

Sabar, redha dan syukur

Sabar, redha dan syukur..
Jika sakitnya dunia buatmu lelah maka janganlah bersedih..
Barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu..
Dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum..
namun tersenyumlah sehingga kau bahagia..
Mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatut..
Mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu  Allah sudah tahu..
Oleh kerana itu tenanglah sebab engkau selalu berada dalam pengawasan Allah yang Maha Menjaga.. Dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu.. Aku serahkan segala urusanku kepada Allah..

Tuesday, July 2, 2019

Ketawa dan air mata

Ya Allah.. Hanya padaMu aku bermohon... Hanya padaMu aku meminta.. Hanya padaMu aku merayu.. Permudahkanlah perjalanan hidupku.. Permudahkan urusan di dunia dan akhirat.. Permudahkan urusan suami dan anak-anakku di dunia dan akhirat..
 Ya Allah.. Berikan ketenangan kepada hati kami sekeluarga dalam mendepani ujian dariMu ya Allah.. Semoga air mata yang mengalir ini adalah air mata yang dapat menghapuskan dosa-dosa kami ya Allah..
Sesungguhnya aku tahu pasti ada hikmah atas apa yang telah Kau takdirkan.. Semoga hikmah itu adalah yang terbaik untuk hambaMu ini ya Allah.. Semoga suamiku mendapat ubat dan rawatan yang terbaik untuk dirinya.. Semoga doa seorang isteri ini dimakbulkan ya Allah.. Semoga doa yang pasti dari seorang ibu dimakbulkan ya Allah..
Pedih dan pilu hati ini.. Hanya Allah yang maha mengetahui.. Hanya airmata peneman bicara.. Hanya esakan mengiringi waktu tidur.. Payah rasanya menyimpan rasa dan kesedihan dari semua.. Dari suami dan anak-anak tercinta.. Dari sahabat dan teman-teman.. Nampak senyuman yang terukir.. Harap mampu mengaburi mata semua.. Allahuakbar.. Sesungguhnya berat rasa menempuh saat seperti ini..
Doa dan harapanku semoga Allah mendengar suara hati ini.. Dan memakbulkan segala doa yang kupinta.. Dan segala doa orang-orang mukmin di luar sana.. Amin ya rab

Thursday, June 27, 2019

ALLAHUAKBAR

Aku belajar diam dari banyaknya bicara,
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,
Aku belajar mengalah dari sebuah keegoisan,
Aku belajar tersenyum dari sebuah kesedihan,
Aku belajar bersyukur walaupun tidak puas,
Aku belajar ikhlas walau tak rela,
Aku belajar beralah walau tidak seberapa,
Aku belajar mengasihi walau berkali disakiti,
Aku belajar tenang walau gelisah,
Aku belajar percaya walau susah,
Aku belajar tabah walau dugaan sering menerpa,
Kerana aku tahu.. Tak selamanya hidup ini indah,
Kadang kala Allah menyapa melalui derita,
Dugaan itu tetap datang menyapa,
Aku belajar bahawa tidak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi
Kerana semua rancangNya indah bagiku



Wednesday, June 26, 2019

Bicara tanpa suara

Sesekali hati ini pedih.. Sesekali hati ini sedih.. Sesekali hati ini ingin meratap.. Sesekali aku kalah.. Sesekali aku lelah.. Sesekali aku pasrah.. ALLAHUAKBAR.. pilu bila hati ini dijentik.. Hanya Allah maha mengetahui.. Selalu pujuk hati untuk bersangka baik dengan Allah.. Selalu juga air mata tumpah tanpa sengaja.. Tapi aku tahu.. ALLAH dah atur yang terbaik untuk hambanya.. ALLAH pilih jalan yang terbaik untuk hambanya.. Semoga hati ini terus tenang.. Terus kuat.. Semoga aku sentiasa positif.. Semoga aku tidak keseorangan menempuh ujian dari Mu Ya Allah.. Semoga dipermudahkan semua urusanku.. Urusan suami.. Urusan anak-anak.. Dan urusan orang-orang yang aku sayang dan sayang pada aku.. Amin..



Ya Allah.. Sesungguhnya aku takut... Takut menempuh hari-hari yang mendatang.. Takut meniti hari-hari yang penuh ujian.. Semoga Allah bantu aku.. Bantu hati ini.. Bantu suamiku.. ALLAHUAKBAR.. hanya Allah tempat aku mengadu.. Tempat beserah.. Tempat menagih kasih dan simpati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...