Pages

Thursday, June 2, 2016

Family trip samporna : Day 5



As salammualaikum.. hari akhir kami di Samporna.. kapal terbang dijadualkan pukul 12.40 tengah hari.. pagi tu sempat lagi anak buah bawa kami ke akuarium ikan di Samporna.. sempat juga membeli sedikit cenderahati untuk bang ngah, bang cik, dak bang, bang teh dan bang harun..


teringat juga anak buah yang meneman mertua dan cenderahati untuk emak tersayang.. kemudian kami terus gerak ke lapangan terbang.. syukur masih sempat walaupun masa sampai sudah pukul 12 tengah hari..


daftar masuk dan rupanya kapal terbang dijadualkan sampai pukul 1.20 petang.. sempat kami solat dahulu.. alhamdulillah.. sampai di KLIA 2 sekitar pukul 4.10 petang.. syukur Allah permudahkan urusan..




Family trip Samporna : Day 4


As salammualaikum.. balik dari steamboat semalam entah macam mana boleh rancang untuk ke Pulau sekali lagi.. kalau ikut jadual awal yang telah disusun oleh anak buah patutnya kami meronda pekan Samporna pagi ni.. tapi ubah rancangan.. kami ke pulau sekali lagi.. seronok.. alang - alang dah sampai..


Kali ni kami pilih Pulau Mataking.. maaf ya Pulau Mabul tidak berada dalam senarai sebab Pulau tu tak sesuai untuk budak-budak.. pantainya dalam sikit..


Pulau mataking ni pulau yang paling jauh sekali.. bersebelahan dengan perairan philipines.. pulau ni macam tak berapa ramai pengunjung.. mungkin juga faktor keselamatan atau pakejnya mahal sikit dari yang lain..


Tapi pulau ni memang sangat cantik.. ada mataking kecil dan besar.. bila air surut, nampak macam ada 2 pulau.. bila air pasang, dia akan bercantum dan pulau mataking kecil akan menjadi pantai yang dalam..


Alhamdulillah masa kami sampai air baru nak pasang.. jadi sempat la kami main air di beting pasir.. sangat cantik.. pasir halus.. karangan laut dan ikan sangat berwarna-warni.. subhanaAllah..


Tak boleh nak digambarkan..
Puas main air, snorkling, makan dan solat.. kami semua bergerak ke Pulau Pandanan.. pulaunya kecil dan tiada penempatan.. tapi kawasannya redup sebab pokok-pokok berhampiran dengan pantai.. dia ada 2 bahagian untuk mandi.. depan dan belakang..


Tapi kami tak lama di sini... bila air pasang kawasan ni dah mula banyak ampai-ampai.. kecil tapi menyengat.. anak-anak kecil yang masuk semua keluar menggaru..
Pemandu bot cuba melayan kami.. pergi ke Pulau Pom pom..


Air di pulau Pompom sejuk macam di Mataking.. seronok.. tapi juga banyak ampai-ampai.. kali ni besar dan bermacam warna.. kalau menyengat boleh bengkak menanggung bisa.. pemandu bot usaha juga untuk halau ampai-ampai.. anak-anak dapat juga bermain air..


tapi masa aku snorkeling dengan en. Suami aku pun diserang sekumpulan ampai-ampai.. tiba-tiba je aku pandai berenang laju.. hahaha sebelum ni aku berenang tenang...masa tu pun dah pukul 4..


kalau berada di Pulau ni ada disiplinnya.. pukul 4 kita mesti gerak balik ke tanah besar.. sebab kalau lambat, laut sulu akan bergelora kuat..

Family trip semporna : Day 3



As salammualaikum.. hari ni kami ke bandar Tawau.. tu pun gerak selepas zohor.. saja bersantai - santai menikmati cuti.. di Tawau ni membeli belah barang-barang untuk orang-orang kampung yang dah tau kami nak ke Sabah.. kan satu kampung dah pukul kompang..


Aku macam biasa la.. membeli untuk kakak-kakak ipar.. untuk anak-anak buah yang comel-comel tu.. pasar cenderahati kat sini macam pasar philipines di Kota Kinabalu.. cuma harga di sini tidak boleh menawar sangat..


ye la diaorang pun bukan besar sangat.. sebelum tu kami ke pasar basah.. terasa jakun juga bila tengok ikan yang besar-besar dan macam-macam spesies yang ada.. kagum..


Sebelah malamnya kami menikmati makan malam di Titingan Steamboat.. nyumm.. konsep macam Seoul Garden.. sekali bayar makan sampai kenyang..




Tuesday, May 31, 2016

Family trip Semporna : Day 2



As salammualaikum.. hari ini cadangnya untuk lawatan ke pulau.. harga yang dikenakan mengikut destinasi...
1 bot fiber glass biasanya cas dlm rm550-600, (yg lg mahal pun byk) bot gerak sekitar 8pagi-4petang, max 12-15 orang/bot.



Biasanya diorang buat pakej lawat 2-3 pulau yg berdekatan dr pagi sampai ptg tu. Banyak pulau yg cantik2 utk dilawat. 3 pakej paling top yg biasa pelancong ambil:
1. Mabul, kapalai
2. Bohey dulang, matabuan, sibuan
3. Mataking, pandanan


Sebab ada bebudak dlm group jadi kami sepakat memilih pakej kedua iaitu bohey dulang, matabuan, sibuan. Sebab ada kawasan berpantai yang ssuai untuk budak-budak mandi.


Di bohey dulang boleh hiking siapa yang berminat.
Pakaian yg sesuai dibawak klu nak ke pulau.
1. Seluar track
2. Kasut jenis croc (termasuk bebudak)
3. Topi
4. Henfon kalis air atau bekas simpan henfon yg kalis air..


Lagi satu tips yg penting juga utk aktiviti mandi dan snorkeling d pulau, dinasihatkan kepada pemakai2 cermin mata tegar supaya membawa contact lens utk dipakai pada hari kejadian supaya aktiviti dalam air lebih bermakna.. Kalau pakai spek mata, kurang nikmat sikit nak mandi atau snorkeling nanti..


Life jacket insyaAllah free, cuma alatan snorkeling biasanya bot boleh sewakan dgn bayaran rm15. (Kalau beli baru rm30 je).
Cuma untuk budak-budak sesuai pakai google je kot. Google murah je rm2-3 je sebiji kat sini ada jual.


Panjang lebar pesanan penaja a.k.a anak buah en. Suami.. tapi masa sampai di Pulau - pulau yang disebutkan, SubhanAllah.. cantiknya.. memang teruja sangat.. memang aku sangat-sangat menikmati keindahan dan kecantikan ciptaan Ilahi.. pasirnya halus sebab hasil dari pereputan batu karang...


Setiap pulau pun ada esscom yang menjaga.. gabungan polis, tentera darat dan laut.. TIDAK SEINCI PUN TANAH SABAH BOLEH DIJEJAKI PENCEROBOH.. tu dia punya slogan.. jom layan gambar.





Famiky trip Semporna : day 1


As salam.. kali ni bercerita tentang family trip ke sabah..  memang dah lama berhajat nak ke sabah dengan semua ahli keluarga.. alhamdulillah Allah permudahkan urusan pergi untuk kali ini.. itu pun urusan beli tiket dan daftar masuk dibuat oleh anak buah..


Memandangkan antara kami semua tiada yang pandai dengan urusan-urusan di klia2.. jadi sehari dua sebelum berlepas tu memang asyik la bertanya bagai kat semua orang.. anak buah, anak buah ipar, anak buah en. Suami, rakan - rakan..


Alhamdulillah.. semua memahami keadaan kami dan banyak memberi tunjuk ajar..  tiket flight dijadualkan pukul 10am 29/5/16.. jadi pukul 3 pagi lagi dah bangun dan pukul 4 mula berkumpul di rumah kakak ipar..


Alhamdulillah van yang disewa sampai tepat pada waktunya.. sempat kami berjemaah di masjid klia dan terus "drop lugage" .. masa mula-mula sampai je dah cari kaunter pertanyaan.. tanya khusus-khusus.. ha... senang..


alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.. perjalanan ke Tawau mengambil masa 2 jam 50 minit.. pertama kali naik kapal terbang untuk en. Suami dan anak-anak... pertama kali untuk aku naik kapal terbang kecil.. satu baris ada 6 orang.. yang pernah naik 7orang satu baris.. memang jakun la... bila langgar awan memang terasa sangat..


Sampai di Lapangan terbang Tawau... tempatnya kecil dan ringkas.. lepas beratur depan imegresen anbil beg dan keluar.. dekat je.. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya..
Keluar saja dari Lapangan Terbang.. anak buah en. Suami dah menunggu.. alhamdulillah..


 kami semua singgah makan di kedai bersebelahan lapangan terbang.. anak buah menyarankan untuk makan "payau".. sup rusa katanya.. kat sini lembu susah jumpa.. tapi rusa memang mudah dan murah.. tapi kalau kawasan semporna kebanyakan makan makanan laut..segar gitu..


Selesai makan.. kami pun bergerak ke semporna.. perjalanan lebih kurang 1 jam..
Sampai di rumah anak buah lebih kurang pukul 4 petang.. 12jam.. 4 pagi dari rumah.. 4 petang sampai destinasi.. alhamdulillah di permudahkan semuanya..


Sebelah malamnya.. pn.isteri anak buah masak ikan bakar.. aduh manis isi ikannya.. syukur dengan nikmat mu Ya Allah.. terima kasih pn. Isteri anak buah atas masakan yang super hebat..

Sunday, May 29, 2016

Lasagna


Bahan-bahan:
1 kotak lasagna

Bahan - bahan inti daging
1 biji bawang merah
- dipotong dadu
8 ulas bawang putih
- dicincang halus
2 sudu lada dikisar
1 pack daging kisar ramli
1 tin sos pasta
- aku guna jenama adabi
2 sudu serbuk oregano
1 sudu lada hitam (dikisar sikit)
1/2 sudu garam (sesedap rasa)
1 sudu gula
1 senduk sos cili
2 tin cendawan (ganti dengan mix vege pun boleh) - dihiris

Bahan - bahan sos putih
1 pack kepingan cheese cheddar
- dikoyak - koyak
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 sudu garam

Bahan toping
Mozarela disagat halus

Cara-caranya:
1. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan lada dan biar sehingga garing.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
4. Setelah daging masak dan sedikit empuk, masukkan mix vege, cendawan dan segala jenis sayuran.
5. Masukkan sos puri, tomato cili, lada hitam dan sedikit garam. Biar hingga kering sedikit.
6. Keluarkan inti yang telah siap tadi dan toskan.

Sos putih
1. Panaskan butter sehingga cair dan masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air. Pastikan tidak bergentel.
2. Masukkan susu segar dan kacau sebati.
3. Masukkan cheese dan biar seketika.
4. Sebelum diangkat, perasakan dengan lada hitam dan garam.

Lasagna
1. Rebus lasagna dalam periuk yang dalam dan besar sebab lasagna ni akan meletop-letop airnya.
2. Rebus sekeping kulit lasagna dalam air yang diisi sedikit minyak sehingga lembut.
3.  Griskan foil dengan sedikit butter. Angkat dan terus letakkan ke dalam foil berbentuk segi empat.
4.  Di atas kulit lasagna tadi, lapiskan dengan inti.
5. Siramkan inti daging tadi dengan sos putih dan taburkan dengan cheese parut. Teruskan merebus kulit lasagna yang lain seperti step 2 dan 3.
6. Ulang step 4 dan 5.
7. Permukaan paling atas sekali mesti inti daging yang diletakkan sos putih dan parutan cheese.
8. Bakar dengan suhu 160 deg selama 10 minit.
9. Tadaaaaa...siap untuk dihidang.








Saturday, May 28, 2016

Mood Republik



As salammualaikum.. hari ni aku sempat menjengah ke Mood Republik.. kebetulan kali ni dibuat di Melaka.. mulanya aku memang tak tahu apa-apa pun pasal mood republik ni.. tapi ada teman yang pernah pergi masa dibuat di Kelantan dulu.. murah katanya..

Gambar dari internet

Disebabkan perkataan murah tu.. aku pun merajinkan diri ke sana.. sebenarnya aku bukan penggemar untuk ke tempat yang sesak ni.. tapi disebabkan murah.. ditekankan sekali lagi..MURAH..  haha aku pun gigih cari geng untuk ke sana.. mujur kakak ipar memang nak menjengah ke sana juga..

Aku tak beratur pun tadi..-gambar internet

Bila sampai.. aku tengok orang beratur punya la panjang.. ingatkan untuk apa.. rupanya untuk pendaftaran.. untuk dapat beg free tu pun kalau orang yang 10k pertama.. tapi sebab tujuan utama aku untuk beli barang dan aku malas nak beratur.. jadi aku dengan kakak ipar pun terus masuk..

Aku tak jumpa pun keadaan macam ni tadi -gambar dari internet

Masya Allah.. ramai manusia.. bila tengok barang - barang yang ada, aku dah mula jatuh cinta.. aduh banyaknya pilihan.. tapi harganya boleh tahan la.. xde la murah mana pun.. ada yang harga online lagi murah dari sini.. kikiki.. tapi murah tak murah pun banyak juga aku borong.. beli jubah kurti untuk kakak ipar dan pengasuh.. dapat la harga rm 45 sepasang.. sebelum ni aku pernah beli di karnival pendidikan.. harganya rm50 sepasang.. haha murah kan.. walaupun harganya murah rm5 JER...

Lepas daftar nanti dia cop kat tangan  -gambar dari internet

Beli juga tudung untuk ainul farhah.. banyak la pilihan untuk anak kecil.. harganya juga boleh tahan..haha beli juga kurta untuk adi mulhim.. tapi untuk umair  takde pula jumpa yang saiz..
Sedar tak sedar dalam pukul 2.30pm juga baru aku dan kakak ipar keluar dari tapak jualan..huhu 3 jam setengah jalan tanpa duduk.. dah sampai rumah baru terasa lenguh kaki berjalan.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...