Pages

Thursday, July 31, 2014

Aidilfitri 2014

Salam Syawal..lama dah tak update blog...masa sangat tidak mengizinkan untuk aku meluangkan masa depan laptop berlama-lama..walaupun memang setiap hari berada depan laptop tapi hanya untuk kerja semata-mata...asyik sangat nak kena update blog panitia, buat RPH dalam frog VLE, buat site kelab dalam frog VLE, buat site untuk panitia dalam frog VLE..pendek kate semua frog VLE sampai muka aku pun dah rasa-rasa tempias 'frog 'nye...


Tahun ni aku memang tak berapa nak beraya sangat..tapi memikirkan anak-anak...tu yang aku gagahkan jua..mak mertua aku masuk hospital dan patah tulang pinggul...aduhai..ujian di akhir Ramadhan..tak pe la..mungkin ada hikmah yang aku belum nampak lagi...


macam tahun-tahun sebelum nie, hari terakhir ramadhan tu, family sebelah mertua akan buat tahlil, doa dan seterusnya berbuka puasa terus..alhamdulillah masih lagi dapat menyambut syawal dalam keadaan yang penuh kesederhanaan dan kemeriahan..


dalam pukul 9.00, aku seisi keluarga mula gerak ke kampung halaman ku pula..haha macam jauh je la kan...memang dah janji dengan mak, malam raya mesti tidur rumah mak..setakat ni alhamdulillah masih dapat ditunaikan...walau macam mana penat sekali pun, masih tetap menggagahkan diri untuk tidur di rumah mak walaupun rumah sendiri bagai melambai-lambai untuk aku n en.suami melepak..


Pagi raya memang biasanya kelam kabut sikit la..mana nak mengemas,nak layan adi mulhim,nak buat sarapan... tapi itu la masa yang paling seronok..


Salam syawal 




Monday, June 30, 2014

Sayang sangat...

Assalammualaikum..salam ramadhan penuh berkat..masa mula-mula tengok gambar kat bawah ni aku terus minitis air mata..terus tercuit untuk aku tulis kat blog..rasa sedih sangat bila tengok si abang mendokong si kecil..bila baca kat surat khabar pula, ditemui dalam lingkungan 500m dari tempat ditinggalkan si pencuri kereta..Ya Allah..besar sungguh kuasa Mu...aku membayangkan si abang 'bergondo gandah' dukung si adik yang masih belum boleh berjalan..sebak rasa di hati..aduhai anak kecil..semoga kalian menjadi anak yang soleh..


Tengok pula gambar pasangan anjing yang tidak mahu meninggalkan pasangannya..aduhaii hati...terasa sebak bila tengok si anak kecil sudah pandai menghargai kasih sayang...sebak hati bila sepasang anjing, binatang yang tidak berakal tapi pandai menilai kasih sayang..pandai menghargai kasih sayang anugerah Ilahi..



Tapi bila tengok berita yang menggemparkan satu negara bila kebetulan terjumpanya remaja OKU yang berseorangan dalam keadaan yang sangat mendaifkan...Astagfirullahal'azim...hanya Allah yang maha mengetahui..aku tak nak komen yang melampau sangat..tapi sebagai manusia, sendiri mau ingat...


"Orang luar tak faham kesempitan yang saya alami.."kata Pn. Lola emak kepada remaja OKU yang sudah 3 bulan tidak makan..hm...walau apa jua alasan, hanya Allah yang maha mengetahui...biar pihak yang sepatutnya mengadili ibu ini dengan sebaiknya..Allahhurabbi..





Wednesday, June 18, 2014

Cuti-cuti Malaysia


Cuti baru ni,aku n family semua ke utara..kebetulan sebenarnya bila anak buah sebelah en.suami bertunang dengan orang perlis...comel orangnya..


Alang-alang dah sampai utara,aku kitaorang pun berjalan sakan la..mujur juga la ada anak buah en.suami yang boleh bawa kami berjalan-jalan..kalau en.suami payah sikit..nanti aku yang stress dok kat sebelah..


Anak-anak memang suka la..sesekali dapat berjalan..lama pula tu..sampai 4 hari..aku lagi suka bila hajat nak naik cable car tercapai sudah..hehe



Umair yang paling teruja bila dapat naik cable car..sibuk dia teropong kiri dan kanan..tapi si farhah pulak asik dok berkepit dengan ayahnya..takut sebab tinggi sangat


Tapi memang cantik la dapat tengok keindahan ciptaan Ilahi..alhamdulillah di permudahkan semua urusan semasa dalam perjalanan dan juga semasa berada di sana..





Sunday, June 1, 2014

Selamat Hari Guru

Tajuk entry pun dah rasa nak tergelak..dah 1 Jun 2014 baru ada terasa nak update pasal hari guru..sibuk sangat kot..haha agaknya lah..tahun nie hari guru takde buat apa-apa tema..sorry to say, AJK Kelab Guru tahun nie macam tak komited sangat..jamuan pun hanya di Dewan Besar sekolah je..bukan nak kata la kan..ramai yang kata Hari Guru ni hari syok sendiri,,cikgu bayar, cikgu makan, cikgu raikan.. dah memang itu hakikatnya..terima la seadanya..

aku memang suka giller dengan lagu endon ni..

alhamdulillah dapat anugerah inovasi dari pengetua

aku tak kesah pun..kata la apa pun, memang hakikat yang tidak boleh diubah bahawa pekerjaan sebagai GURU satu pekerjaan yang tidak berapa dipandang mulia oleh masyarakat..tapi sebagai cikgu, pada aku biarlah cikgu sendiri yang menghargai diri cikgu..cikgu sendiri yang meraikan diri cikgu sebagai GURU..cikgu sendiri yang meraikan betapa mulianya kerjaya sebagai seorang GURU..tak payah nak HOTS sangat minta orang sana sini menyanjung kerja yang bukan semua orang faham apa peranan GURU yang sebenarnya..haha jauh dah melalut ni..teremosi pula..

kami memag suka buat tema sendiri


bersama dengan en. GKMP


tapi pada aku sendiri, lagu Kami Guru Malaysia tu bagaikan keramat..bila menyanyi lagu ni aku rasa macam menanggung amanah yang amat berat sekali..memang setiap kali aku menyanyi lagu Kami Guru Malaysia, pasti air mata akan bergenang..touching beb!!

boria anak tanjung

tahun nie, anak didik dari Kelab Multimedia ada buat 2 video khas untuk sambutan Hari Guru yang memang aku rasa macam suka nak tengok selalu..hehe..terima kasih anak didik..semoga kalian berjaya cemerlang dunia dan akhirat..

sempat selfie masa tengah baca perutusan

Taman Lagenda, Gunung Ledang, Sagil


Ni nak cerita aku bawa pelajar untuk berkhemah untuk perkhemahan tahunan yang rasanya dah 5 tahun tak buat..pelajar memang suka, tapi bos tak suka, so..faham je la..ini pun tak tau macam mana bos boleh berubah hati..walau pun tak sepenuh hati..


tempatnya dekat taman Lagenda..kalau korang biasa pergi kat tempat mandi-manda sagil tu, dah dekat la dengan tempat nie..sebelum sampai kat tempat mandi manda tu..lebih kurang 2 minit dari pekan sagil..tempatnya cantik dan berjaga..dari segi keselamatan tak berapa risau sangat sebab hanya yang menyewa chalet dan yang hendak mendaki sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan ni..tapi biasanya yang hendak mendaki memang akan menyewa chalet sebab mendaki mesti seawal pagi..



penat memang tak payah nak cerita la..bayangkan guru yang terlibat sepenuhnya hanya 8 orang untuk kawal pelajar seramai 87 orang...huhu..bayangkan..bayangkan..tapi seronok sebab guru dan pelajar sama-sama sporting..ye la pelajar yang ikut pun pelajar tingkatan 5 yang memang dah tau dan dah kenal perangai guru-guru yang ikut serta ni..


perkhemahan dari jumaat hingga ahad, hari isnin pelajar sambung jawab periksa..haha memang pakat tidur la kat dalam kelas..pada awalnya hari isnin tu dapat cuti peristiwa, tapi sebab bos memang tak sepenuh hati nak bagi kami g berkhemah nie, so tak jadi la cuti peristiwa..hmm..memang melepek la guru dan pelajar..



tapi sepanjang kat sagil nie memang best..aku memang dah lama tak masuk hutan, last ke sini masa tengah mengandungkan si Farhah..asyik main air..tu sebab Farhah sampai sekarang suka main air..(umair dengan adi pun macam suka juga main air) hehe..sekarang Farhah dah 5 tahun dah kot..waktu malam dan pagi kat sini memang sangat sejuk..boleh cramp kaki kalau tak pakai stokin..guru kat sini tinggal kat chalet, pelajar pula tinggal kat dalam hut ataupun pondok..selesa la untuk 4 orang..



masa mandi pagi, tengok kat bilik air memang ada air panas,..tapi bila nak guna rupanya dah rosak..aduh..huhu bercinta sebab air gunung memang sejuk bangat...ada salah seorang rakan guru yang ada kat sini bagi tau, mandi sampai naik kebas badan sebab sejuk sangat..aku??hehe aku memang la tak tahan sejuk..cukup untuk gosok gigi, cuci muka dan angkat wudhuk..itu pun dah ketar satu badan..hahaha


Alhamdulillah malam pertama dekat tapak perkhemahan ni agak tenang..lepas je solat isya',kami buat bacaan yasin dah setiap pelajar dibekalkan dengan air mineral untuk dibuat air yasin..hajat di hati nak buat qiamulail,tapi memandangkan badan dah letih buat night walk dan ice breaking,akhirnya hanya ustaz sahaja yang disiplin untuk bangun seawal pukul 5 pagi..huhu yang lain kecundang dengan selimut syaitan..nauzubillah.. mujur juga lagi masih sempat berjemaah..


Cerita tentang night walk pulak..aktiviti bermula sekitar pukul 10 malam..dibawa berjalan dalam kegelapan..tapi boleh guna lampu suluh..kebetulan aku memang tak bawa lampu suluh pun masa tu..mana taknya, pagi jumaat tu baru sibuk nak packing barang..memang banyak la yang tertinggal..alhamdulillah anak pelajar sibuk nak bagi aku lampu suluh, takut aku jatuh agaknya..payah nak dukung berat sangat..haha..


masa night walk tu aku dapat tengok berbagai-bagai jenis binatang dan serangga yang aktif di dalam gelap sekaligus mengakui tentang kehebatan Allah swt..ada satu tempat yang kami semua perlu menutup semua lampu suluh dan duduk bergelap menghayati keindahan malam ciptaan Allah..Subhanallah...hanya yang mahu menilai sahaja yang dapat menikmati keindahan tersebut..masa tu juga aku dan beberapa ahli kumpulan dapat tengok kulat yang bercahaya..memang menakjubkan..



keesokan harinya, ada slot interpret alam..mula-mula aku memang bagi tumpuan 100% la..memang best..dimaklumkan mengenai pokok rotan, lumut yang kononnya orang zaman dahulu guna untuk menggantikan pampers anak kecil, pokok tongkat ali yang sememangnya pahit dari daun, batang sehingga ke akar dan macam-macam lagi..tapi macam yang aku cakap la..aku ni cikgu matematik, tumpuan aku tak boleh lama...haha lepas tu aku dah malas nak dengar..contact kawan-kawan ajak balik dewan susunkan baju untuk bagi pada pelajar esok..


lepas zohor dan makan tengah hari, ada slot blind trail..kalau night walk dengan interpret alam tadi renjer yang uruskan, tapi yang ni aktiviti kami sendirian tanpa bantuan renjer..maka menyelinaplah guru-guru yang ada buat trek untuk pelajar yang akan berjalan dengan mata tertutup..saja nak uji keberanian dan kejujuran pelajar..ternyata ramai juga pelajar lelaki yang nampak macam garang rupanya pantang tercuit..penakut juga..yang tidak jujur juga ada..hai anak pelajar...


lepas selesai acara blid trail, pelajar dibawa treking ke atas sikit dari tempat penginapan..pelajar perlu mencari guli yang guru-guru dah taburkan seselum aktiviti bermula tadi..haha air yang peda mulanya sangat jernih sampai jadi keruh gara-gara nak mencari guli..aku pun tak lepaskan peluang..geram tengok air yang cantik mengalir..akibatnya aku balik ke rumah pada petang itu dengan baju yang dah basah separuh badan..hehe


petang sabtu aku terus balik ke rumah memenuhi tanggungjawab kepada keluarga pula..sepatutnya aku bertugas sehingga esok..tapi memandangkan keadaan anak-anak yang terpaksa bermalam di rumah mertua sehingga 2 malam, aku akur..tak sampai hati rasanya meninggalkan anak-anak dan menyusahkan keluarga mertua dan kakak ipar..


pagi ahad, aku, en. suami dan anak-anak ke ledang lagi..saja bawa anak-anak main air terjun..aku bukan penggemar air terjun sebab aku jenis yang tidak tahan sejuk..rasanya tak pernah aku bawa anak-anak mandi air terjun kot..malas sebab tempat yang jauh untuk ke tandas..tapi kali ni aku saja bagi pengalaman baru untuk anak-anak..diaorang semua memang suka la..main air apa taknya...





Thursday, May 29, 2014

Hari Koperasi & Hari Koku

Sebelum cuti ari tu, sekolah dah ambil cuti peristiwa..baru aku tau sekarang ni, kalau cuti peristiwa tu bukan untuk cikgu dan anak murid bercuti, tapi hanya cuti belajar sahaja..tetap kena datang sekolah buat aktivti yang tidak melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran..



ohoooo...kena datang sekolah juga la ye.. dah mood cuti dah ni..tak pe, boleh setelkan banyak kerja yang tertangguh..kerja apa tak perlu la senaraikan kat sini..nanti pening...


aku memang suka dengan hari koperasi nie..dapat melatih pelajar untuk berniaga dan aktif dalam koku..selalunya aku memang berniaga..tapi sebab baru balik dari camping ahad yang lepas, aku tak berani amik risiko...badan dah tua..cepat letih..jumaat sampai ahad dah terlibat camping, isnin nak buat persediaan berniaga, selasa nak berniaga...TIDAAAAAKKKK!!!!!!


tak sanggup..bila pelajar datang ajak berniaga, aku bagi alasan yang Kelab Pelaburan yang aku terajui hanya berasaskan pelaburan..keuntungan sekelip mata, tak perlu berniaga...haha..maaf la ye anak didik sayang..
Add caption

Macam-macam aktiviti yang ada..aku tak dapat nak tengok semua..kepala ting tong tak habis letih lagi..tapi yang paling hot sekali masa tu ialah rumah hantu..pelajar sanggup beratur panjang semata-mata nak masuk rumah hantu..nampak sangat masyarakat sekarang memang suka mistik..hehe 

Gigih beratur panjang nak masuk rumah hantu




Wednesday, May 28, 2014

KELEMAHAN vs KELEBIHAN


Alhamdulillah dapat hadiah untuk diri sendiri atas kerja keras dalam 
mendidik anak -anak  di rumah  dan di sekolah.. hehe tapi hadiah dari  diri sendiri untuk diri sendiri  atas  sokongan  encik  suami..

en.suami bukan jenis yang romantik.. bab mengingat hari dan tarikh pun bukan kepakarannya..en. Suami tak 
tak pernah nak ingat tarikh lahir diri sendiri, tarikh lahir aku lagi la.. jauh sekali..tarikh nikah pun lupa, nak ingat tarikh hari ibu..lagi la.. sedangkan hari guru yang disambut setiap tahun pun en.suami boleh tak ingat..haha inikan pula nak ingat tarikh yang tak pernah disambut.. tapi aku amik pendekatan positif la.. dah tau memang tu kelemahan en.suami, aku jadikan dia sebagai kelebihan.. aku pun tak perlu la sibuk-sibuk sangat nak ingat juga
tarikh-tarikh  yang macam penting tu..

tu sebab kalau orang wish birthday kat aku, aku selalu blur.. sebab baru aku perasan.. eh, dah tambah lagi usia aku.. alhamdulillah..memang kadang-kadang aku  macam rasa kecik hati la.. orang lain sambut hari ibu la, hari jadi la, hari nikah la..tapi en.suami,jangankan hadiah, tarikh pun tak ingat.huhu...tapi aku terima kelemahan en.suami..macam mana en.suami terima kelemahan aku yang lagi banyak ni..

KELEMAHAN???? Ye la..sebab en.suamimemang tak berapa senang nak mengingat nombor...
nombor plat kereta sendiri pun setahun nak hafal..kereta kancil kalau tanya sampai sekarang tak tau walaupun selalu je bawa.. haha memang lawak..tapi tu la hakikau..terima je la.. nak buat macam mana ye..
Walau pun en.suami tak pernah nak pernah nak hadiahkan aku apa-apa..tapi en.suami selalu bagi aku duit tunai bila ada rezeki terlebih.. itu yang aku suka..daripada en.suami bagi aku beg tangan yang belum tentu lagi kena dengan taste aku, bagi baju yang belum tentu berkenan di mata, baik juga en.suami bagi wang tunai danaku beli barang yang aku suka..weeee... 

Terima kasih en. Suami sebab sangat memahami dan sudi untuk jadi imam kepada aku dan anak-anak.. alhamdulillah semoga kasih sayang ini berkekalan hingga ke jannah...
#moodkasihsayang#

Saturday, May 10, 2014

mushroom soup

Lama dan tak ajak geng pergi memasak..kali ni buat sup cendawan pulak..ni resepi ye..tapi kali ni tok guru tak bagi kuantiti untuk resepi..semua main agak-agak ikut sesedap rasa..

antara bahan yang diperlukan


mula - mula tumis bawang (guna bawang holand yang warna putih)
masuk juga cendawan butang yang dah dicincang halus
bila dah kekuningan, masukkan stok ayam yang telah dibuat semalam
lepas tu, masukkan cendawan yang telah dihiris nipis - nipis..kemudian, biarkan seketika

Add caption












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...