Pages

Wednesday, January 25, 2012

hari ke 2 raya cina


bersamaan 24 Jan 2012
en.suami kelihatan sangat ceria..
"jom kita makan burger nak x?agak2 ada lagi x prosperity..?"en. suami mengajak aku dengan maksud, x yah la masak ari nie..aku pun on jer la..sampai di depan zoo orang ramai sgt..maklumla cuti sekolah..

wajah en. suami 3 hari sebelum kejadian


"yang..pegang tgn umair nie yang.."sambil aku pegang tgn farhah dan mata melihat di seberang jalan..tetapi bila ku toleh ke arah en. suami, dia dah tertiarap di tepi van...entah bila en. suami terjatuh aku pun tak perasan..kebetulan van tu memang dipakir di situ..
"Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah.."hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut aku sambil aku cuba memusingkan badan suami..tapi apa la daya aku seorang wanita..
"tolong...tolong..tolong suami saya"kataku sambil memandang pemandu kereta yang berada di sebelah..seorang cina yang juga kelihatan panik dengan apa yang berlaku..
"call ambulan..call ambulan.."katanya kepada si isteri yang turut sama berada di dalam kereta sambil berlari turun dan mendudukkan en. suami yang penuh berlumuran darah..tapi matanya tidak pejam dan menunjukkan en. suami tidak pengsan..cuma mungkin mamai..
farhah mula menangis bila melihat darah yang penuh dimuka, baju dan seluar en. suami...
"boleh bagi saya tisu x..?"tanya ku kepada chinese yang membantu tadi sambil sebelah tangan memeluk farhah yang masih menangis..setelah mendapatkan tisu, aku mula mengelap darah yang memenuhi muka en.suami..ternyata terdapat luka yang dalam betul2 bersebelahan mata kiri..mungkin terkena ekzos van tempat jatuh tadi..aku sempat menoleh pada ainul farhah yang mula diam apabila tangannya dipegang abangnya umair hariri..
"lap pakai nie.."kain lampin dihulur oleh seorang lelaki melayu yang sedang mendukung anak kecil..
"terima kasih ya.."balasku lantas mengambil kain lampin tersebut dan terus mengelap dahi en.suami sambil bertanya kepada en. suami
"ayang nak g hospital ker..?"aku teringatkan chinese yang membantu tadi telah menelefon ambulan..ketika itu keadaan en. suami kelihatan agak stabil dan boleh bercakap..
"abang x nak g hospital..nanti sure kena tahan wad sbb abang dah ada kes dulu..kita g klinik jer.."en. suami berkata lemah..betul juga tu..hm..
"nak handyplast x..?"satu suara bertanya sambil menghulur pelekat padaku..chinese lelaki yang kebetulan lalu di situ rasanya..
"terima kasih.."kataku dan melekatkan handyplast di kepala en. suami yang masih banyak darah yang mengalir.
"encik..boleh x cancel ambulan tadi..?saya bawa suami saya ke klinik jer..minta maaf ye kerana menyusahkan.."kataku kepada chinese yang mula2 membantu tadi..setelah dibatalkan ambulan dan mengucapkan berkali kali terima kasih, aku sekeluarga bergegas balik ke Jasin untuk mencari klinik..keadaan en. suami semakin membimbangkan..en. suami sudah terasa perit di tempat yang luka..aku berharap ada klinik yang buka..maklumla raya cina..semua cuti..
alhamdulillah..sampai di Jasin, aku tujui Klinik Mawar yang aku tahu boleh menjalankan pembedahan kecil..syukur sekali lagi kerana klinik itu dibuka, doktor ada dan orang pun tak
ramai..melihat darah yang mengalir, en. suami dibenarkan masuk dahulu untuk mendapatkan rawatan..sempat aku menelefon kakak ipar sebelum aku dan anak ikut masuk bersama dengan en. suami..
tekanan darah en. suami agak tinggi..150/90..doktor mengandaikan darah en. suami naik itu yang menyebabkan en. suami boleh pitam..setelah dijahit 6 jahitan di tepi mata en. suami, kami semua keluar..kakak ipar telah menunggu diluar..alhamdulillah..semua urusan dipermudahkan..ramai yang membantu ketika aku memerlukan bantuan..
Ya Allah..baru sedikit ujian yang kau berikan padaku..tapi hatiku sentiasa dipagut pilu dan bimbang..semoga en. suami cepat sembuh, sihat dan dipanjangkan umurnya..anakku umair hariri pun selalu berdoa
wajah en. suami selepas 2 hari kejadian berlaku

"Ya Allah..sihatkan ayah..sembuhkan ayah..."insyallah...semoga kami semua berada dalam peliharaan Allah hendaknya..amin...
"redho yang.."itu yang keluar dari mulut suami...
"insyallah..redho.."balasku di dalam hati..iman yang nipis selalunya goyah bila diduga begini..mujur en. suami sentiasa mengingatkan..

Semoga Allah kuatkan hati hambamu ini Ya Allah...

Tuesday, January 24, 2012

iCT Shah Alam


Kali nie nak entry pasal g Klang ari tu..tujuan sebenar nak ke Klang hanya kerana anak buah en.suami bertunang dengan pasangannya orang Kedah..
ini la si cantik manis yang bertunang..

afifah..cucu saudara yang ke - 3
Tapi alang2 dah sampai ke sana, en. suami pun ngajak la anak2 buah ke iCT...sebenarnya nama jer anak buah..tapi semua dah besar2 pun..kurang 2,3 tahun dari umor aku pun ada hehe..seronok sbb dieorg semua sporting sangat..lagi pun dah lama x berkumpul ramai2 mcm nie..x nak cerita panjang la..biar gambar menceritakan segalanya..hehe..



antara mainan yang ada tapi x dpt naik sbb panjang sangat beratur..

antara yang terlibat..

cerianya muka masing2..

fatimah..anak saudara yang manis..
tuan punya kamera dan tuan punya gambar kat facebook..:)


tengah tengok train

keadaan ketika baru sampai..xcited terlebih..


                                                      ummi dan ainul..





                                         fahmi..anak buah yang sempoi..


mata dah mula mengantuk
nampak kamera terus jer senyum..
shopping @ iCT
mira..sedap kan aiskrim tuh..
cantik kan..? kan..? kan..?
berehat bersama aiskrim potong..hehe
sempat lagi tuh..
menikmati pemandangan..sama tak warna tudung dengan lampu..?
kak cik naziha yang tersenyum malu..
cemeraman dslr...fuyyyoooo!!!
adik buat apa tuhh..?


Monday, January 23, 2012

ooohhhh kerja..




salam satu malaysia..gong xi fa cai..
masa aku tengah update blog nie, bunyi mercun berdentam dentum kat luar tu..x pe..nama pun satu Malaysia..aku ok jer..tengok ainul farhah dengan umair hariri seronok jer tidur..macam xde gangguan pun..kira ok la tu..sebenarnya pagi tadi baru sampai dari Klang..mujur tak teruk jem kat highway tadi..g Klang sebab anak buah sebelah en.suami bertunang dengan pasangannya orang Kedah..nanti aku cerita pasal ke Klang tu ek..
Kat sekolah sekarang memang zaman tengah sibuk nie..walau pun Ujian Pengesanan lama lagi..SPM apatah lagi.."belum bau lagi cikgu"..anak didik 5 MPV selalu mengusik bila aku asyik ingatkan pasal SPM..tapi cikgu2 kat skolah aku ni semua memang macam tak cukup kaki tak cukup tangan..
aku pun tak tau apa yang aku sibukkan tapi memang dapat rasakan yang aku memang tengah sibuk..sampai makan pun kat meja sambil buat kerja..x sempat nak g kantin..(alasan sebenarnya)..
cerita pasal kantin sekolah ni..aduhai..susah mau cerita..entah kenapa tekak aku ni macam tak serasi dengan lauk kat kantin..maklum la tender baru walau pun tukang masak yang sama..air tangan yang sama...harga jer yang berbeza..makin mahal..hehe..

bekalan untuk diri sendiri dan en. suami sebelum ke sekolah..
epal tu sebab ada meeting so perut kena bertahan sampai pukul 5pm..:)

sebenarnya cikgu xleh nak komplen sangat tentang kanti nie sebab diaorang masuk tender untuk makanan pelajar..cikgu hanya menumpang jer..tapi memandangkan cikgu xleh keluar waktu persekolahan, so cikgu pun dikira sebagai regular customer juga la kan...erk..ye ke..?hehe..
sudah la ye..tak leh tulis banyak2 pasal kantin sekolah nie..nanti kira macam mengumpat la jugak..hehe..orang yang baca pula yang dapat saham..nauzubillah...:)

Sunday, January 15, 2012

blog vs portal



Semenjak aku dah bertukar bos nie, kepala makin banyak pusing...hehe..policy nye 'paperles'...kesian bila aku tengok senior2 yang dah nak pencen menaip satu satu aksara kat keybord nie..yang mana aku boleh tolong aku tolong
la..tapi sebab terlalu banyak kerja, jadi tak semua aku dapat tolong..terkejar2..tapi seronok..sebab kena dengan diri cara aku la..nak apa2 x yah g mengadap..just email jer..nasib baik x guna punc card email..kalo x...hehe..aku punch dari rumah je la..hahaha..



ni portal sekolah yang telah dibangunkan oleh sahabat seperjuangan

"Bahiyah..boleh tolong upload panggilan msyrt kat portal x..? sbb nak wat meetg ari jumaat...nanti akk bg upah.."
aku pun angguk..dan amik draft yg diberi..bukan nk sgt upah..tp mmg ikhlas nk tolong..sbb senang jer nk upload..hehe

"Kalau gitu boleh tumpang sekali la..untuk panitia agama pulok"
ustad pun tumpang sekaki..ok jer..aku pun x kesah..
blog yang aku buat untuk panitia sekolah..pun free..hehe..

"Bahiyah pandai buat blog ye..?nanti nak upah buat blog untuk masjid kampung saya ye..boleh x..?"seorang pak aji yang sama opsyen pula datang..

wah..pandai ker Bahiyah..?haha..aku pun tengah belajar lagi..nampak nye job mencurah-curah..ni semua bahana 'paperles' la nie..hehe..alhamdulillah..tapi saya buat semua tu ikhlas sebab nak tolong kawan2..bukan nye susah pun..
belum terpikir lagi nak buat mende2 nie semua sebab nak cari duit..alhamdulillah stakat nie rezeki yang dikurniakan Allah cukup untuk aku n keluarga tersayang..tu pun setelah en. suami tolong top up belanja dapo..hehe..

Friday, January 6, 2012

Pertama Kali


Lama dah tak update blog ni. Bukan setakat jadi rumah usang malah dah berhantu kot. Ishh..minta jauh la. Alhamdulillah..atas doa dari ahli keluarga dan kawan-kawan semua, En. suami sudah semakin sihat. Semoga En. suami cepat sembuh dan tiada ulangan penyakit lagi. Semoga kalian semua tak jemu mendoakan kami semua mendapat kesihatan yang baik.

Hari ni hari pertama Umair Hariri bersekolah..wah!!Kelihatan sangat bersemangat anak bujang umi. Sekejap je rasa Umair dah 6 tahun. Dah mula belajar untuk ke sekolah dan belajar untuk bersosial. Memang agak terlambat untuk Umair. Lazimnya budak umur 4 atau 5 tahun dah dihantar ke sekolah. Tapi memandangkan Umair jenis yang cepat bosan dengan benda yang sama, jadi Umi dan ayah bersepakat untuk menghantar Umair ke sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) setelah berumur 6 tahun.


Kesian Umair..Memandangkan selama ini Umair duduk dalam persekitaran yang sama. Kawan-kawannya hanyalah umi, ayah, adik, nenek, saudara dan sepupu. Tiba-tiba bila ke sekolah dia seorang diri dan perlu bermain dengan orang yang dia memang tak kenal langsung. Memang dia agak 'shock culture' dengan persekitaran yang baru tu. Dia tak menangis tapi hanya berdiam. Suruh makan pun tak mahu. Memang diakui Umair bukan jenis yang cepat mesra dengan orang lain. Bila rehat, kawan main, tapi Umair hanya tengok. Dalam kelas pula cikgunya agak tegas. Ye la dah umur 6 tahun, mesti kena belajar.Bukan masa untuk bermain. Tapi Umair takut. Tak menangis tapi hanya DIAM.


Kesian anakku..adakah umi yang tersilap? Mungkin sepatutnya Umi hantar Umair ke sekolah seawal umur 4 tahun?? Tapi bila tengok Facebook ada kawan-kawan yang cakap perkara yang sama, aku mula rasa lega.



Ooo..memang normal rupanya budak mula-mula pergi sekolah macam tu. Tak de la rasa bersalah sangat. :)Semoga Umair cepat dapat sesuaikan diri dengan sekolah dan persekitaran yang baru. Semoga Umair diterangkan hatinya untuk menerima perkara baik yang diajarkan kepadanya. Amin..

Sunday, August 14, 2011

kuih cucur

salam ramadhan..lama sungguh saya tidak update blog saya..lantaran kesibukan hal-hal duniawi yang melanda diri..huahahaha...
hari ni saya nak masukkan resepi kuih cucur..kuih ni sebenarnya kuih tradisional yang kurang digemari oleh remaja masa kini sebab kuih ni agak manis sedikit dari kuih tradisional yang lain..saya pun baru pertama kali makan kuih ni..

BAHAN-BAHAN :
minyak untuk menggoreng

Bahan A
tepung beras - 2 cawan
air - 1/2 cawan
tepung gandum - 2 cawan
gula pasir - 1/2 cawan

Bahan B
gula melaka - 1 cawan
air - 1 cawan
daun pandan - 2 helai
Bahan yang telah siap dibancuh dan diperam semalaman
Cara :
1. Campurkan semua bahan B dan tenggekkan sekejap di atas api sehingga gula larut sepenuhnya.
2. Tapis bahan B.
3. Bancuhkan bahan B dengan semua bahan A.
4. Perap semalaman dan boleh di goreng dengan minyak yang panas.
Masukkan bahan ke dalam kuali (minyak jangan banyak sangat)

Dah masak dan boleh diangkat..

Saturday, June 4, 2011

SABAR ITU INDAH

sabar itu indah..? hanya Allah yang Maha mengetahui..Allah hanya turunkan ujian untuk hambanya yang mampu mengharunginya..Ya Allah..!pada ketika ini tiada lagi yang paling sedih melainkan mendapat berita mengenai penyakit suami..hati sentiasa dipagut rasa risau..'sentiasa'..seksanya bila terpaksa berlakon ceria dan gembira bila berdepan dengan suami..saratnya dada bila menahan air mata melihat wajah suami yang kelihatan letih tidak bermaya..sabarlah abang..
Sabar itu ganjarannya Syurga..memang mudah untuk berkata-kata dari menghadapi kenyataannya..betul kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..bertemu pula dengan doktor yang tinggi ilmu tapi kurang sahsiahnya..mungkin doktor memang begitu atau kebetulan terjumpa dengan doktor sebegitu..entahla..selamba jer kalau berkata-kata..memang betul itu adalah hakikat yang perlu diterima samada kepada pesakit mahupun waris..tapi tolonglah berlapik sikit wahai en.doktor..wahai anak didik yang tersayang, andai ditakdirkan menjadi seorang doktor suatu hari nanti jaga lah kata-katamu sayang..jangan sehingga perkataan yang mengguris hati menjadi sebati sehingga tidak boleh dibezakan antara hinaan atau sindiran..
hati..Hanya Allah yang tahu..sedih sampai tak mampu mengeluarkan air mata..hingga hendak tersenyum pun bagai tak mampu untuk melakukannya..selera memang tiada..tapi di depan suami sengaja buat ketawa..mujurlah cuti sekolah 2 minggu..kalau tidak entah bagaimana hendak menghadapi keadaan ini..mana nak melayan kerenah anak didik kesayangan, mana nak melayan hati sendiri, mana nak melayan anak-anak yang mintak perhatian.. Ya Allah..bantulah hambamu ini..kuatkanlah semangatku Ya Allah..tabahkanlah hatiku menempuh dugaan dan ujian dari Mu Ya Allah..pasti ada hikmah yang terselindung di sebalik kejadian ini..pasti!!..cuma selalunya kita tidak sedari..
Suami..bila tengok dia termenung, hati jadi risau..bila tengok dia tersenyum, hati jadi curiga..
"mati itu pasti,cuma kita tak tahu bila dan bagaimana."..itu ayat yang suami tuturkan bila
keluar dari bilik doktor pakar..luluh hati mendengar kata-kata positive dari suami..tenangnya
hatimu sayang..tapi aku sendiri dapat rasa tenang itu hanya luaran saja..
Anak..dah seminggu ainul farhah demam..ragamnya tidak terkata..Ya Allah!bantulah hambamu ini..mujur Umair Hariri semakin membesar menjadi anak yang memahami keadaan ketika ini..banyak membantu tika ummi memerlukan..Ya Allah...bantulah hambamu ini..!
Semoga pembaca dapat mendoakan semoga suami dapat sembuh sepenuhnya..walau berapa tahun pun masa yang diperlukan, yang penting suami dapat sihat sepenuhnya..semoga suami dapat jumpa dengan rawatan dan ubat yang serasi dengan penyakit yang dihadapinya...semoga hati ini tabah untuk menghadapinya..semoga hati ini kuat untuk menempuhnya..amin ..

Sunday, May 22, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP )


Tanggal 14 Mei..di saat guru-guru seluruh Malaysia sibuk membuat persiapan terakhir menyambut perayaan Hari Guru yang jatuhnya 16 Mei, semua guru SMKIS pula sibuk berpagi - pagi di Hotel Avillion Melaka demi melengkapkan jadual Ladap yang telah dirancang..

Peta yang sangat berguna kepada rakan seperjuangan yang kurang biasa
dengan jalan - jalan di Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah

Ladap 3 yang penuh prestij ini di laksanakan dari pukul 8.00 pagi sehingga la pukul 4.30 petang..syabas dan tahniah buat semua guru SMKIS yang telah hadir dengan jayanya..
tajuk memang best..PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KELUARGA...memang best..tapi disebabkan datang dengan keadaan separuh-separuh..maka dapatnya pun separuh juga la..apa yang separuh..?separuh hati ada di rumah mengenangkan anak - anak dan suami yang terpaksa ditinggalkan demi memenuhi tuntutan duniawi..separuh lagi bersama dengan teman - teman yang juga separuh - seoparuh keadaannya..tempat memang superb..penceramah separuh - separuh juga la..untuk slot pertama agak membosankan sebab banyak benda yang diterangkan berada di luar aras pemikiran..slot yang kedua agak menghiburkan la..lebih banyak menggunakan konsep kehidupan seharian dan aplikasi kepada pengurusan kewangan keluarga..

Bilik seminar yang sangat cantik dan selesa..tempat saya yang paling belakang tu la..:) Sebab tempatnya tidak berapa besar jadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan saya berada dalam kelompok ke dua..

Ini lah gambar yang terdapat pada kertas yang diletak di atas meja tuh..

Kolam renang ni berada di aras 6, bersebelahan dengan bilik seminar kami tadi..tidak berapa besar sangat tapi kelihatan seperti sangat berjaga kawasannya..pengunjung pun kelihatan selesa.tapi kalau dari bilik seminar tu tak nampak pun kawasan nie..kena jalan sikit la..

Dah penat mendengar ceramah sehingga tersenggut - senggut sebab terlalu khusyuk..maka tibalah masa yang dinanti..lunch hour..best!!inilah tempatnya..kat ground floor betul - betul bersebelahan dengan lobi utama..makanannya memang mantop..tapi yang paling best sekali laksa nyonya..fuh!!x rugi kalau cuba..penambah perisa sedap tu sebab makan freee...hehe..

Setelah makan sekenyang - kenyangnya, maka tibalah masa untuk bersolat..Inilah tempat wudhu' kami semua umat Islam..hehe..bilik yang telah dijadikan macam surau ni terletak di tingkat 8..selesa la untuk kami yang bergelar cikgu nie..tapi kalau orang lain tak tau la..


Ni gambar kawan - kawan yang terlibat secara langsung dalam program ladap ni. Pn. Roziaili, Pn. Adila n Pn. Noor Laila..tengah Q ambil makanan.

Bahan bacaan sebagai pelengkap ceramah pada ketika itu..hehe..

Tekun mendengar ceramah..hahaha...

HOME MADE JERUK


wah...tajuk macam ape sangat la yek..hehe..sebenarnya nak buat jeruk buah kedondong..hasil dari pemberian kak rosni..rakan seperjuangan..kalau dah banyak tu pe lagi..buat jeruk la..baru la tahan lama buah tu..

BAHAN - BAHAN :
buah kedondong (boleh je ganti dengan buah lain)
gula pasir - 3 sudu besar
garam - 1 sudu besar

CARA - CARA :
1. Buah kedondong dikupas kulitnya.
2. Basuh dan potong - potong mengikut kesukaan.
3. Masukkan gula dan garam ke dalam bekas yang terdapat buah tadi.
4. Masukkan sedikit air masak (cukup sehingga tenggelam buah).
5. Masukkan ke dalam peti ais lebih kurang setengah jam dan sedia untuk dihidang..

Ini lah rupa buah kedondong pemberian kak Rosni

Buah yang telah siap dikupas kulitnya

Buah yang telah siap dipotong dan dicampur dengan gula dan garam.

SELAMAT MENCUBA...!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...