Pages

Friday, January 6, 2012

Pertama Kali


Lama dah tak update blog ni. Bukan setakat jadi rumah usang malah dah berhantu kot. Ishh..minta jauh la. Alhamdulillah..atas doa dari ahli keluarga dan kawan-kawan semua, En. suami sudah semakin sihat. Semoga En. suami cepat sembuh dan tiada ulangan penyakit lagi. Semoga kalian semua tak jemu mendoakan kami semua mendapat kesihatan yang baik.

Hari ni hari pertama Umair Hariri bersekolah..wah!!Kelihatan sangat bersemangat anak bujang umi. Sekejap je rasa Umair dah 6 tahun. Dah mula belajar untuk ke sekolah dan belajar untuk bersosial. Memang agak terlambat untuk Umair. Lazimnya budak umur 4 atau 5 tahun dah dihantar ke sekolah. Tapi memandangkan Umair jenis yang cepat bosan dengan benda yang sama, jadi Umi dan ayah bersepakat untuk menghantar Umair ke sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) setelah berumur 6 tahun.


Kesian Umair..Memandangkan selama ini Umair duduk dalam persekitaran yang sama. Kawan-kawannya hanyalah umi, ayah, adik, nenek, saudara dan sepupu. Tiba-tiba bila ke sekolah dia seorang diri dan perlu bermain dengan orang yang dia memang tak kenal langsung. Memang dia agak 'shock culture' dengan persekitaran yang baru tu. Dia tak menangis tapi hanya berdiam. Suruh makan pun tak mahu. Memang diakui Umair bukan jenis yang cepat mesra dengan orang lain. Bila rehat, kawan main, tapi Umair hanya tengok. Dalam kelas pula cikgunya agak tegas. Ye la dah umur 6 tahun, mesti kena belajar.Bukan masa untuk bermain. Tapi Umair takut. Tak menangis tapi hanya DIAM.


Kesian anakku..adakah umi yang tersilap? Mungkin sepatutnya Umi hantar Umair ke sekolah seawal umur 4 tahun?? Tapi bila tengok Facebook ada kawan-kawan yang cakap perkara yang sama, aku mula rasa lega.



Ooo..memang normal rupanya budak mula-mula pergi sekolah macam tu. Tak de la rasa bersalah sangat. :)Semoga Umair cepat dapat sesuaikan diri dengan sekolah dan persekitaran yang baru. Semoga Umair diterangkan hatinya untuk menerima perkara baik yang diajarkan kepadanya. Amin..

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum,

    Wah, segak bergaya dengan uniform tadika. Cayyok Umair! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq abang mamat..kirim ciuman utk ummu asma' ye..hehe

      Delete
  2. ank jai pun jai dh anta g sek bayah..tp bru 4 thn..sajer anta awal sbb ank jai nie pelat..bg die bjumpa kwn2 dpt bljar bckp.. sama gak ngan ank byah, ank jai nie hanya bkwn ngn mama,papa,adik n spupu jer..ble g sek x bkwn pun.. ikut jer cikgu nyer g mner2..cikgu tadika kan lemah lmbut.. nangisnyer x tp diam.. objktf mama x tcapai..

    ReplyDelete
  3. umair bljar rajin2 yer mcm umi n ayah..bjaya dlm krjaya.. smoga jadi ank yg soleh..

    ReplyDelete
  4. xmo anta awal2 sangat jai..kononnya takut umair cepat boring..tapi skang umair dah ok dah..alhamdulillah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...