Pages

Sunday, May 22, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP )


Tanggal 14 Mei..di saat guru-guru seluruh Malaysia sibuk membuat persiapan terakhir menyambut perayaan Hari Guru yang jatuhnya 16 Mei, semua guru SMKIS pula sibuk berpagi - pagi di Hotel Avillion Melaka demi melengkapkan jadual Ladap yang telah dirancang..

Peta yang sangat berguna kepada rakan seperjuangan yang kurang biasa
dengan jalan - jalan di Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah

Ladap 3 yang penuh prestij ini di laksanakan dari pukul 8.00 pagi sehingga la pukul 4.30 petang..syabas dan tahniah buat semua guru SMKIS yang telah hadir dengan jayanya..
tajuk memang best..PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KELUARGA...memang best..tapi disebabkan datang dengan keadaan separuh-separuh..maka dapatnya pun separuh juga la..apa yang separuh..?separuh hati ada di rumah mengenangkan anak - anak dan suami yang terpaksa ditinggalkan demi memenuhi tuntutan duniawi..separuh lagi bersama dengan teman - teman yang juga separuh - seoparuh keadaannya..tempat memang superb..penceramah separuh - separuh juga la..untuk slot pertama agak membosankan sebab banyak benda yang diterangkan berada di luar aras pemikiran..slot yang kedua agak menghiburkan la..lebih banyak menggunakan konsep kehidupan seharian dan aplikasi kepada pengurusan kewangan keluarga..

Bilik seminar yang sangat cantik dan selesa..tempat saya yang paling belakang tu la..:) Sebab tempatnya tidak berapa besar jadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan saya berada dalam kelompok ke dua..

Ini lah gambar yang terdapat pada kertas yang diletak di atas meja tuh..

Kolam renang ni berada di aras 6, bersebelahan dengan bilik seminar kami tadi..tidak berapa besar sangat tapi kelihatan seperti sangat berjaga kawasannya..pengunjung pun kelihatan selesa.tapi kalau dari bilik seminar tu tak nampak pun kawasan nie..kena jalan sikit la..

Dah penat mendengar ceramah sehingga tersenggut - senggut sebab terlalu khusyuk..maka tibalah masa yang dinanti..lunch hour..best!!inilah tempatnya..kat ground floor betul - betul bersebelahan dengan lobi utama..makanannya memang mantop..tapi yang paling best sekali laksa nyonya..fuh!!x rugi kalau cuba..penambah perisa sedap tu sebab makan freee...hehe..

Setelah makan sekenyang - kenyangnya, maka tibalah masa untuk bersolat..Inilah tempat wudhu' kami semua umat Islam..hehe..bilik yang telah dijadikan macam surau ni terletak di tingkat 8..selesa la untuk kami yang bergelar cikgu nie..tapi kalau orang lain tak tau la..


Ni gambar kawan - kawan yang terlibat secara langsung dalam program ladap ni. Pn. Roziaili, Pn. Adila n Pn. Noor Laila..tengah Q ambil makanan.

Bahan bacaan sebagai pelengkap ceramah pada ketika itu..hehe..

Tekun mendengar ceramah..hahaha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...