Assalammualaikum... cerita semalam.. melayankan kakak ipar yang nak sangat makan mee besen.. tapi bila dah search dan baca komen-komen... kena beratur dan menunggu.. memandangkan kitaorang nak bawa mak sekali.. rasanya kurang sesuai tempat yang macam tu.. so kitaorang pun batalkan niat.. tunggu diaorang buka cawangam baru.. tak lama lagi rasanya..
Cari punya cari.. jumpa la qasreena cafe.. dekat je dengan tempat aku ni.. lebih kurang 15 minit.. tapi baru tau.. tuan punya kedai ni kata dah 10 tahun dah kedai ni beroperasi.. haha sebaya umair dah...
Tengok dari luar biasa je kedai ni.. tapi bila masuk dalam kedai yang berhawa dingin.. fuh selesa.. tandas pun berjaga.. aku memang suka kedai yang menjaga kebersihan ni..
Yang paling menarik kat kedai ni sudah tentu makanannya.. nama-nama makanan memang meletup-letup.. adik aku si nurul tempah mee beracun.. memang pedas dengan lada sulah.. tapi sedap..
Ada nama mee shah rukh khan.. sebenarnya mee goreng mamak.. hahaha.. kesian shah rukh khan..
nama-nama air pun macam tu juga.. kiss sky.. manggo madness.. macam-macam lagi..
Layanan dari pelayan pun bagus.. memandangkan kami datang dalam kumpulan yang besar, adik-adik pelayan rajin mencantumkan meja.. melayankan kami satu persatu permintaan..
Kalau tengok deco kat dalam kedai memang superb.. tapi aku lupa nak snap gambar.. ala-ala english deco gitu..
Tapi setakat ni aku punya teori senang je.. tempat atau makanan tu akan jadi seronok dan sedap bergantung dengan siapa kita ketika itu.. kalau pergi tempat yang cantik dan menarik seorang diri pun tetap akan jadi tidak seronok.. pergilah ke hotel mana pun kalau tak kena regunya akan jadi hambar juga..
Jadi.. hargailah orang sekeliling kita.. hahaha macam takde kaitan je..
No comments:
Post a Comment