Pages

Monday, August 15, 2016

Great British Circus



Assalammualaikum.. cerita minggu lepas.. saja cakap dengan en.suami.. acah-acah ajak pergi sana.. haha tak sangka en. Suami pun setuju..


Sebenarnya bukan beria sangat nak tengok pun.. tapi saja nak bagi pengalaman pada anak-anak.. pengalaman tengok persembahan secara terus..


Tengok kat banner yang diberi ada nombor telefon.. aku pun whatsap terus untuk booking.. yang seronoknya booking ni tak perlu buat bayaran.. cuma kena ambil tiket satu jam sebelum waktu berlangsung.. aku ambil tayangan pukul 5.30 petang.. senang nak solat asar dan maghrib.. tayangan berlangsung selama 2 jam.. tapi ada berhenti rehat selama 15 minit..


 Ramai bangsa Cina yang ada kat sini.. mungkin tidak terbudaya dengan bangsa Melayu.. ada kaum Melayu cuma tidak ramai..
Mula-mula masuk pun aku dah tergelak tengok tempat duduk... memang sempoi.. aku asik pegang adi je sepanjang persembahan takut adi jatuh celah lubang antara tempat duduk.. hahaha


Aku mengharapkan ada la binatang seperti singa ke.. harimau ke yang akan keluar untuk persembahan.. tapi yang keluar beruang... beruang patung pula tu hahaha haru..


Tapi aku memang teruja bila tengok kru-kru circus bergayutan.. melompat dan yang paling leka sekali bila tengok mereka naik motor dalam gelung... huhuhu seronok memang seronok.. tapi yang macam aku selalu bagi tau.. keseronokan tempat tu berlaku bila kita pergi bersama dengan orang yang seronok..hehehe

Sunday, August 7, 2016

Truly signature



Assalammualaikum.. truly signature ni sebenarnya nama kedai.. kedai makanan manis yang pertama yang pernah aku jumpa..


Aku dah lama perhatikan kedai ni.. tapi kali ni baru berhajat untuk menyinggah.. bila masuk kedai ni takde seorang pun pelanggan yang ada.. kebetulan... keadaan dalam kedai memang sangat tenang.. konsep english deco memang cantik dan menawan.. seolah-olah seperti makan di rumah.. haha macam la kat rumah ada buat english deco..


Bila tengok menu..tak tau nak order apa.. penyudahnya tanya pada adik juruwang.. makanan yang biasa orang order.. kebetulan aku memang tengah kekenyangan..



saja nak jengah kedai ni.. aku dengan kak jah order satu dan kongsi berdua.. oh ya.. kedai ni hanya menjual dessert sahaja.. makanan yang ada hanyalah pan cake sahaja.. jadi kalau datang sini hanya kerana nak makan mee kari.. hentikan saja la...

Festival Batik Melaka 2016


Assalammualaikum.. cerita minggu lepas.. ada diadakan festival batik dari 29 julai hingga 31 julai 16.. bertempat di Kipmart Melaka..


dulu aku dah pernah pergi ke festival batik ni.. tahun lepas kalau tak silap.. pergi berkunjung pada hari Sabtu.. ramai yang datang dengan pelbagai ragam.. kebetulan kali ni anak saudara telefon bagi tau nak minta tolong aku belikan.. "personal shopper"... gituuu...



Agak banyak pilihan yang ada.. lagi pun masa aku datang diaorang baru siap susun menyusun.. masa mula-mula sampai ada sikit proses pendaftaran..


masa daftar tu tengok ada yang datang dari Kedah.. dahsyat.. dia memang pengikut tegar.. memang tiap-tiap negeri dia akan ikut.. itu kata dari en. Petugas yang ada... fuh.. tidak la aku..


Macam-macam yang ada dijual di sini.. kain meter, baju siap dengan pelbagai saiz, blouse, skirt, shawl, inner... macam-macam lagi yang ada.. huhu sediakan duit saja..


Aku belikan anak buah kain pasang sepasang rm50.. aku ambil juga sehelai.. kemudian ada skirt 3 helai rm100.. pun aku ada beli juga.. sebab cantik, ada saiz, tak jarang dan murah..


Tup tup masa bayar siap dapat 'free gift' lagi... wahaha... harga memang berpatutan.. bertepatan dengan kualiti.. alah membeli menang memakai...

Saturday, August 6, 2016

Spa muslimah melaka at Aisyaah spa


Assalammualaikum.. hari ni saja nak kongsi rahsia keindahan menjadi muslimah.. haha propa sangat.. sejak akhir-akhir ni memang kerja datang bertimpa-timpa.. tambah lagi dengan pecutan akhir anak-anak yang nak ambil SPM.. memang tak terkata..


Tapi aku dari dulu ada ubat penghilang stress ni.. selain dari solat dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. aku juga akan mencari spa..


dulu aku main redah je mana-mana spa yang ada.. tak kira la.. cina punya ke.. thailand punya ke.. masa aku ke Bandung dulu pun aku cari spa juga.. haha
kebetulan pergi dengan yang satu kepala..


Eh dah jauh melalut.. spa yang aku pergi ni dah 2 kali dah aku datang.. kali pertama dulu masa mula-mula dibuka.. dan ini kali kedua.. milik seorang muslimah.. dan hanya muslimah saja yang dibenarkan membuat temujanji... kan.. istimewanya jadi muslimah..


kali ni aku ambil pakej urutan.. bayaran yang dikenakan rm79.. sebenarnya banyak je pakej yang ada kat sini.. ada pakej untuk pengantin.. ada pakej untuk muka.. ada pakej untuk urutan dan sengkak.. malah untuk 'miss V' pun ada..


alhamdulillah sangat berpuas hati.. dengan ruang spa yang berkonsepkan Bali.. dengan alunan muzik yang berteraskan zikir dan nasyid.. dengan bauan aroma serai yang tenang.. memang rasa teruja sangat..


tambahan lagi layanan dari pemilik spa yang sangat bagus.. sesuai dengan suasana..
Urutan yang diberi pun memang superb.. siap pakai siku lagi... haha.. memang terbaik la.. kemudahan tempat solat juga ada disediakan dengan persekitaran yang berjaga dan bersih..
InsyaAllah ada rezeki nak cuba pakej yang lain pula..

Thursday, August 4, 2016

Hayysuri homestay



As salammualaikum.. cerita jumaat lepas.. bertandang ke rumah sahabat lama yang dah bersara.. kak suriyani yang memang kami semua dah anggap macam kak long kami..


Seusai bersara kak Su buat projek homestay.. memang betul-betul konsep rumah inap.. tinggal bersebelahan dengan rumah yang diduduki..


Aku memang sangat-sangat mencadangkan kepada sesiapa yang nak cuba menginap di sini.. dengan suasana kekampungan dan tenang..


ada 20 bilik berhawa dingin.. ada disediakan dewan terbuka... tempat memasak.. dan yang paling penting sekali ada kolam renang.. yeaaa...

Tapi kalau nak tahu tentang harga kena telefon dengan kak Su sendiri.. tapi memang harga mampu milik la..


lagi satu kalau nak menginap di sini bagi tau dengan kak Su yang korang kenal dengan cikgu Bahiyah.. nanti kak Su boleh bagi harga istimewa.. hahaha


Monday, August 1, 2016

Qasreena cafe



Assalammualaikum... cerita semalam.. melayankan kakak ipar yang nak sangat makan mee besen.. tapi bila dah search dan baca komen-komen... kena beratur dan menunggu.. memandangkan kitaorang nak bawa mak sekali.. rasanya kurang sesuai tempat yang macam tu.. so kitaorang pun batalkan niat.. tunggu diaorang buka cawangam baru.. tak lama lagi rasanya..


Cari punya cari.. jumpa la qasreena cafe.. dekat je dengan tempat aku ni.. lebih kurang 15 minit.. tapi baru tau.. tuan punya kedai ni kata dah 10 tahun dah kedai ni beroperasi.. haha sebaya umair dah...


Tengok dari luar biasa je kedai ni.. tapi bila masuk dalam kedai yang berhawa dingin.. fuh selesa.. tandas pun berjaga.. aku memang suka kedai yang menjaga kebersihan ni..


Yang paling menarik kat kedai ni sudah tentu makanannya.. nama-nama makanan memang meletup-letup.. adik aku si nurul tempah mee beracun.. memang pedas dengan lada sulah.. tapi sedap..
Ada nama mee shah rukh khan.. sebenarnya mee goreng mamak.. hahaha.. kesian shah rukh khan.. 


nama-nama air pun macam tu juga.. kiss sky.. manggo madness.. macam-macam lagi..
Layanan dari pelayan pun bagus.. memandangkan kami datang dalam kumpulan yang besar, adik-adik pelayan rajin mencantumkan meja.. melayankan kami satu persatu permintaan.. 


Kalau tengok deco kat dalam kedai memang superb.. tapi aku lupa nak snap gambar.. ala-ala english deco gitu.. 


Tapi setakat ni aku punya teori senang je.. tempat atau makanan tu akan jadi seronok dan sedap bergantung dengan siapa kita ketika itu.. kalau pergi tempat yang cantik dan menarik seorang diri pun tetap akan jadi tidak seronok.. pergilah ke hotel mana pun kalau tak kena regunya akan jadi hambar juga..


Jadi.. hargailah orang sekeliling kita.. hahaha macam takde kaitan je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...