Monday, November 23, 2015
Apsara
Assalammualaikum... tengok tajuk pun dah blur kan.. apa dia apsara ek...
Pagi tadi jaga SPM... dari pukul 8 sampai pukul 11.. perut dah menyanyi berlagu riang dah ni... tapi boleh ke sekolah dulu.. selesaikan urusan borang claim jaga SPM ni.. bunyi macam banyak kan...sebenarnya kalau nak tau, bayaran untuk jaga SPM ni RM 1 untuk 1 sesi... lumayan kan... (hm.. lumayan lah sangat)
Selesai urusan, aku pun menggunakan betul- betul waktu yang ada.. nak makan, nak cari tempat yang dekat dengan sekolah, yang selesa dan makanan yang sedap.. tu yang aku jumpa apsara ni...
Sebenarnya APSARA ni nama kedai makan yang aku sendiri tak tau apa maksudnya.. yang aku tau sedap (walaupun macam tak cukup pedas)..
Tempatnya pun selesa dan tenang...
Apsara Cafe ni ada macam-macam makanan.. makanan bergoreng dan western ada sekali... harganya agak boleh tahan.. masih lagi dalam kategori harga mampu milik walaupun agak mahal...
Kali ni aku order Pat Thai.. kuey tiow yang digoreng kering dengan lada yang kurang... sedap..tapi kalau dapat pedas lagi.. memang betul-betul ho liow...
Tapi paling aku tak boleh lupa dengan dia punya air... aku order air asam kedondong dengan asam boi.. huhu rasanya yang masam dan sedikit pahit... nyum... puas hati
SPM 2015
As salammualaikum..
Kembali membebel di sini..dah pun masuk pertengahan November 2015.. anak-anak dah mula bercuti.. tapi aku masih bekerja.. mengawas pelajar yang mengambil peperiksaan SPM.. en.suami pula berkursus di Muar... jadi anak-anak kena la hantar ke rumah pengasuh.. Umair pula ke rumah nenek...
Alhamdulillah kertas Matematik dah berlangsung pada 16 Nov yang lepas... bila aku tanya pada pelajar, kebanyakannya kata soalan tahun ni agak senang kalau di banding dengan soalan tahun lepas...
Aku cuma rasa bersyukur bila dengar ayat-ayat begitu.. bukan apa, takut over confident je...tapi aku memang dah jadi rutin pula bila budak nak masuk dewan, aku yang cemas lebih.. berdoa macam aku yang nak menjawab soalan periksa.. bila keputusan keluar, aku yang berdebar lebih dari orang yang jawab periksa...
Tahun ni aku mengajar 3 kelas tingkatan 5.. hanya Allah yang maha mengetahui hati aku ni... tunggu bulan 3 nanti baru dapat keputusannya... smoga semua anak didik aku berjaya la hendaknya .. amin

Bila Jari Mula Berbicara
Assalammualaikum...lama sungguh aku tak menaip kat sini...rasa rindu membuak-buak..tapi masa dan kesempatan sangat mencemburui...mungkin juga aku sedang diuji dengan kesibukan yang melampau..mungkin juga aku sedang diuji dengan kerja yang tidak berkesudahan..lantaran itu juga, aku berani-berani mencuri masa untuk mengemaskini segala cerita sepanjang tahun..rasanya ini kali pertama aku menaip untuk tahun 2015 ini...tapi insyAllah aku akan throwback segala cerita dalam tahun ini(mana yang dapat la ye...)..hanya sekadar untuk kenangan dan bacaan untuk hari-hari mendatang..atau sekadar ingatan untuk anak-anak lebih mengenali ummi mereka ini kelak.. kih..kih..kih.. ayat tak nak kalah..
Alhamdulillah..hari ini anakku Umair Hariri telah mendapat anugerah kerana telah mendapat nombor 1 dalam kelas (walaupun kelas kedua).. aku sebenarnya takut nak berkongsi kegembiraan di FB mahupun group WA mahupun di Telegram..bukan apa, takut dikatakan riak... jadi cukup kalau aku sekadar mencoret kenangan di sini..
Alhamdulillah, sebelah petangnya, aku pula mendapat anugerah sempena Hari Inovasi.. memang kata kawan-kawan tiada apa pun maknanya hadiah hari Inovasi ni... tapi pada aku, biarlah anugerah ini sebagai suntikan motivasi untuk aku terus berusaha dan istiqamah dalam mendidik anak-anak di sekolah...
Ahad yang lepas 15/11/15, juga telah selesai majlis Kovokesyen anakku yang kedua, Ainul Farhah..alhamdulillah..bermula dengan tidak mengenal sebarang huruf..mendaftar sekolah ketika usia 6 tahun.. kami sebagai ibu bapa disindir oleh guru sekolah yang kononnya tidak mengajar anak di rumah dan lewat mendaftar anak untuk ke sekolah.. tapi hari ini, Ainul Farhah telah pandai membaca dan mendapat nombor 8 daripada 23 orang pelajar di dalam kelasnya..walaupun tidak dapat nombor 1, tapi aku dah cukup bersyukur dan merasa bangga dengan pencapaian itu..alhamdulillah..

Wednesday, November 18, 2015
Biskut coklat chip (2014)
1 cawan mentega
1 cawan gula castor
1 cawan brown sugar / gula perang
2 biji telur
2 sudu esen vanila
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 cawan chocolate chips
1 cawan badam cincang (sangai / bakar seketika )
Cara - cara :
1. Panaskan oven ke suhu 170c
2. Pukul mentega, gula castor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati.(jangan lama sangat )
3. Masukkan baking soda, garam, badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
4. Gunakan sudu teh, letakkan pada dulang pembakar.(buat comel-comel sebab ia akan kembang).
5. bakar sehingga 10 - 15 minit sehingga biskut menjadi keperangan.
Pakej A Famosa Water World (2014)
Cuti bulan 12 baru ni punya cerita..bila aku dah puas merengek kat en.suami ajak berjalan pusing-pusing Melaka.. tapi tiba-tiba en.suami kata cari hotel je terus...
Condotel d Savoy |
hehe pucuk dicita ulam mendatang... terus aku survey pakej yang ada kat internet.. aku malas nak cari tempat yang jauh-jauh..
Pemandangan dari hotel |
keadaan en.suami yang tak mengizinkan.. adi pun tengah melasak sangat...penat woo..jadi aku ajak en. suami ke famosa je..kalau dari rumah dalam 45 minit je..
Safari...adi yang paling suka kat sini |
Jadi aku terus jumpa pakcik gugel..bila aku tengok harga online dengan harga call kat famosa centre memang ada beza... bila aku tanya betul-betul rupanya harga online tak termasuk 'tax'..
Pulau monyet yang banyak kambing.. |
Harga pakej yang aku dapat rm426 termasuk condotel,safari dengan cowboy town..tapi en.suami suruh tambah water world pulak... jadi tambah lagi rm100... tu semua untuk 2 dewasa dan 2 kanak- kanak...
aku rasa berbaloi la juga ambil pakej ni...
Bot rakit untuk ke Pulau Monyet |
keadaan condotel yang aku dapat pun selesa,bersih dan yang paling penting tiada bau pengap karpet..cuma yang tak best sebab tak termasuk sarapan...nak keluar cari makan agak jauh juga..dalam anggaran 5km kot..makan malam dengan makan tengah hari pun cari dekat luar juga..tapi memang mahal la...kena cari kedai yang tepat la...nak selamat, tanya harga dulu...kalau tidak, maklum saja la.. tapi jangan risau.. sebab kalau dari pintu gerbang a famosa ni nak ke tampin cuma 4km je.. so kalau dah sampai tampin tu cari la apa pun, semua ada..
Old West town |
Safari...aku membayangkan binatang liar yang penuh kat dalam ni...ada pula di sediakan trak safari... siap ada amaran kata perempuan mengandung tidak dibenarkan menaiki trak safari ini... fuh aku dah berangan harimau bintang akan lari kat sebelah trak ni nanti... membayangkan lalu kat sekumpulan kuda belang...haha
berangan tak sudah...hakikatnya harimau bintang pun tiada... harimau belang biasa ada la, tapi masa kami lalu harimau tu tengah menguap je..haha dalam sangkar pula tu.. bukan tepi trak pun.. rasa macam naik train kat zoo je.. rusa je binatang paling banyak dan boleh lalu kat sebelah trak.. hehe mungkin sebab rusa senang biak kot
tapi kat dalam safari ni best la.. banyak juga binatangnya.. banyak juga persembahannya... cuma persembahan yang mula-mula 'wild wild west' yang aku tak berapa suka sangat... terlalu banyak element letupan.. untuk aku yang ada anak kecik memang tak suka... tapi persembahan yang lain-lain memang anak-anak suka..
Ada juga pulau monyet yang memerlukan kita naik rakit bot untuk ke sana... tapi bila sampai kat pulau tu kami disambut dengan bebiri lapar... eh,eh pulau monyet ke pulau bebiri ni?monyet pun ada tapi dalam jumlah yang kurang dari 10 ekor..haha tapi adi suka la dengan bebiri yang bersepah tu...umair dan farhah memang teruja dengan persembahan burung... suka dapat tengok harimau, beruang, gajah, unta dan macam-macam binatang lagi secara live...
Malamnya kami masuk ke cowboy town la pula.. kat sini aku memang tak berapa suka la... masuk kat dalam tu dah la kena bayar... lepas tu nak main mainan atau naik tren pun kena bayar lagi.. yang percuma hanya persembahan sahaja... orang dan binatang yang ada masa persembahan adalah orang dan binatang yang sama masa kat safari tadi...
Apa yang aku dapat buat kesimpulan untuk safari dan cowboy town ni,diaorang memang tak tepati masa... haha
esoknya kitaorang ke water world.. kat sini memang best.. aku suka, en.suami pun suka..anak-anak lagi suka.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. cuaca pun elok..
Subscribe to:
Posts (Atom)