Pages

Wednesday, December 23, 2015

Penutup kem smart solat


Hari kedua kem smart solat.. anak-anak dah bawa surat nak suruh datang majlis penutup.. memandangkan en.suami ada temujanji di hospital.. maka aku la yang di tugaskan.. ok


Majlis patut bermula pukul 10.00 pagi.. tapi macam yang aku cakap, kalau program pasti ni biasanya tak pasti...kikiki


Aku sampai dalam pukul 10.15 pagi.. terdengar dari luar suara penceramah.. oh belum habis rupanya.. aku pun masuk ke dalam dewan..


rupanya penceramah sedang memberi motivasi kepada anak-anak dan ibu bapa sekali..hehe tak sangka aku pun terjebak.. rasa macam zaman sekolah pula dulu.. asyik kena bebel...


Akhirnya pukul 12.00 baru bermula majlis penutup..huhu sungguh aku terharu kerana menjadi sebahagian dari peserta program.. agak-agak kalau aku duduk di rumah berapa banyak baju aku boleh lipat agaknya...kikiki macam tak ikhlas je kan..


Tengah leka di kompleks pas ni.. ada panggilan masuk dari sekolah..PT rintis di sekolah yang bercakap dari sebelah sana..
"Cikgu bahiyah.. cikgu kena buat book review sebab LADAP cikgu tak cukup bilangan"


aku rasa aku tak pernah ponteng mesyuarat atau ladap..kecuali aku ditugaskan membawa pelajar ke stadium hoki..
"tapi saya tak pernah ponteng pun"
aku menjawab dengan jujur..
"ramai cikgu yang cakap macam tu..tapi point cikgu ni ada 6.33 je.. sepatutnya point mesti 7"
Huhu menitik air liur mendengarnya..


Tak tau di mana silapnya.. tapi aku rasa sedikit terkilan.. rasa sedikit menyusahkan..
Tapi aku malas nak panjangkan cerita... malas nak bertelagah..


kesian pada si penyampai.. tapi sakit di hati hanya Allah yang tahu.. tapi untuk tahun depan, aku berjanji yang aku tidak mahu ponteng mesyuarat walaupun ada arahan membawa pelajar ke mana-mana.. sekian

Monday, December 21, 2015

Kem Smart Solat

Assalammualaikum..
Ari ni 21.12.15 sampai 23.12.15 aku hantar anak-anak ke kem solat.. saja biar diaorang dapat ilmu.. tapi sebab letih semalam pun tak hilang lagi, umair dengan farhah memang muncung je la.. kejut bangun subuh pun punya la payah..


Dimaklumkan pendaftaran pukul 8.00 am.. tapi aku sedia maklum, kalau program PASTI memang tak pasti lagi mula pada waktunya.. kikiki sebab buat di KOMPLEKS PAS jadi ada juga suara-suara yang berbunyi.. tolongla.. jangan dipolitikkan pendidikan anak - anak... kalau tidak dapat membantu, jangan pula diburukkan lagi keadaan.. hehe
Pukul 8.15am baru sampai dan terus membuat pendaftaran.. masa tu ada lebih kurang dalam 25 orang yang sudah mendaftar.. dia terbuka kepada pelajar 5 hingga 12 tahun..
Semoga anak-anak mendapat manfaat dari kem ini.. amin

Holiday day 3 :: Kidzania


Assalammualaikum..
Hari ni last day percutian.. cadangnya nak ke kidzania.. tapi taknak gerak awal sangat.. bersantai-santai dulu.. takde apa nak kejar.. takde siapa yang tunggu..


lepas sarapan, anak-anak mandi kolam dulu.. dah nama budak.. sejuk menggigil pun nak juga mandi kolam..


Dalam pukul 11.00 am checkout hotel..
Lebih kurang pukul 11.30am dah sampai kidzania.. tq en.waze.. memang banyak membantu..


tapi en. Suami bawa tak laju la.. 80km/h je sebab banyak sangat simpang kat kl ni.. takut terlepas simpang dah kena u turn pula..


lepas parking dan beli tiket, kami merayau dekat bangunan sebelah menyebelah untuk cari makan dan solat zohor.. ada the curve, ikea dan tesco extra.. pilih la mana yang kena citarasa.. 


Dalam pukul 2, kitaorang check in kat kidzania.. mula-mula masuk kena tunaikan cek yang diberi lepas beli tiket tadi.. setiap kanak-kanak dapat rm50 seorang.. lepas tu boleh la minta apa kerja yang diminati..


kerja yang popular di sini seperti polis, bomba, doktor, juruterbang... kalau menunggu lebih 1 jam belum tentu lagi dapat.. tapi kalau kerja sebagai peguam, tak payah tunggu malahan dijemput masuk lagi.. kikiki..


Ada lebih 200 kerja yang ditawarkan di sini..tapi yang umair dan farhah dapat minta cuma 8 kerja dalam masa 4 jam..


itu pun kaki tangan ummi dah sakit dah.. si adi asyik nak berdukung je sebab takut tengok orang ramai sangat.. 


Tapi bandar kidzania ni memang ramai dan sibuk.. terasa keriuhannya.. kikiki sangat sesuai untuk anak-anak yang dah bersekolah..


tapi farhah yang belum faham sangat tentang cerita kerjaya ni, tak berapa berani sangat.. semua tak nak semua takut semua malu.. banyak ikut perangai umminya... kikiki


Dalam pukul 6.45pm kami pun bergerak menuju ke selatan.. solat maghrib dan isya serta makan malam di rnr seremban..
Alhamdulillah berakhir holiday pada tahun ni.. insyaAllah ada rezeki tahun hadapan boleh rancang percutian lagi.. 


alhamdulillah Allah permudahkan percutian kami dengan memberikan yang terbaik.. semoga ikatan kekeluargaan kami sentiasa dalam rahmat Ilahi.. amin

Sunday, December 20, 2015

Holiday day 2 :: mines cruise



Assalammualaikum...
Hari ni aku dengan family ke mines shopping fair dekat sri kembangan.. dah lain sangat dah rupanya sekarang jika hendak dibandingkan dengan zaman aku belajar dulu.. tapi aku datang sini bukan nak shoping pun.. aku nak naik cruise.. kan dah kata, adi suka air.. 


Sampai kat mines dalam pukul 10.30am.. dekat je dengan hotel.. tapi jammed sampai tak boleh bergerak kereta.. aku pun pelik la.. takkan budaya jammed sampai macam ni sekali.. dekat 40minit juga kereta bergerak secara perlahan - lahan macam siput... tapi masih tak dapat parking.. kawasan parking dalam mines juga sudah ditutup kerana terlalu penuh.. huhuhu


Tidak lama kemudian datang seorang penjaga parking bagi tau memang tengah sesak sangat.. ada comic feista kat dalam.. aduhai datang silap tarikh rupanya.. padan la ramai tengok rupa-rupa pelik dari tadi.. rupanya aplikasi dari watak kartun.. 
macam - macam ragam.. ada comel, ada kiut, ada yang menyeramkan, ada juga yang sekadarnya sahaja.. kebanyakan yang berani berfesyen begitu dari kalangan kaum cina.. melayu dan india ada juga tapi dalam peratusan yang kecil sahaja..


Jadi, penjaga parking suruh je kitaorang letak kereta di bahu jalan.. tawakkal je...
Sampai di dalam, sesak dengan manusia... semua tempat ada ramai orang.. alhamdulillah cruise je yang agak tenang.. masa datang ada satu keluarga yang memang dah menunggu di dalam cruise tersebut.. jadi naik terus je cruise bergerak...


Bayaran untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak rm 80.. macam pakej keluarga.. tambah pula tiket adi rm20 ( aik... adi pun kena kira juga).. tambah pula dengan makanan ikan yang dimasukkan ke dalam botol susu rm10 setiap satu.. 

Sepanjang perjalanan en. Pemandu akan bercerita dengan ramah mengenai kawasan yang kami lalui.. beliau membawa kami ke satu kawasan penempatan orang dari timur tengah.. menurut en. Pemandu lot kedai yang disewakan di sini rm 2k lebih sebulan.. huhu bayangkan.. kedai-kedai akan mula beroperasi dari pukul 4pm hingga 2am.. 


Kemudian kami dibawa menyelusuri tasik yang besar dengan kedalamannya 25 tingkat bangunan.. dalam erti kata yang lain kalau buat bangunan didasar tasik, sampai tingkat 25 baru nampak di permukaan air.. dalamnya.. memang seronok naik cruise ni.. tempat duduknya selesa.. enjin yang agak lancar dan senyap..
Kemudian kami ditunjukkan rumah tuan punya mines ini.. ada di sebutkan nama tapi tak ingat.. kikiki..rumah besar yang agak suram.. hanya diduduki oleh 9 orang pembantu rumah.. tapi pemandangan sekitar memang agak menyeronokkan.. persekitaran rumah yang bersih dan terletak di tepi tasik.. aduh nyaman.. 


Di sebelah rumah tersebut tersergam rumah indah milik seorang bekas menteri pelancongan.. siapa ye, tak ingat juga.. sejarah fail..kiki
Rumah yang ada cruise peribadi.. dahsyat.. kemudian kami di bawa ke sekitar tasik yang banyak ekosistem di sekitarnya.. ada patung-patung yang menyerupai binatang, ada kawasan burung bangau dan macam-macam lagi.. yang penting anak-anak semua seronok..
Sebelah petangnya aku dengan keluarga bercadang hendak ke desa water park.. tapi terpaksa dibatalkan kerana sudah tidak sanggup menempuh kesesakan...
Jadi kami pun berendam dalam kolam hotel sahaja... memang tiada orang lain yang mandi di sini.. kami buat macam rumah sendiri je..hehe

Saturday, December 19, 2015

Holiday day 1 :: farm in the city

Assalammualaikum.. tajuk entry macam bercuti ke luar negara.. padahalnya semenanjung pun tak habis pusing lagi..


Aku mula gerak keluar dari rumah tadi dalam pukul 11.00.. kena set masa betul-betul sebab hari jumaat.. en. Suami dengan dengan umair nak solat jumaat hari ni.. jadi berhenti solat di masjid upm.. kenapa??? Sebab senang... keluar je dari highway terus je jumpa.. aku malas nak google bagai.. lagipun UPM dihatiku.. banyak kenangan menggamit memori di sini.. sementara en.suami solat, aku, farhah dan adi melepak je kat tepi tasik.. memang kegemaran adi bila tengok air ni...


Lepas je solat kami mula gerak ke farm in the city.. satu tempat untuk bagi makan kepada binatang.. konsep petting zoo.. area seri kembangan juga.. dalam 20 minit perjalanan..
Sampai je di farm city langit dah mula mendung.. berdoa dalam hati je agar semua urusan dipermudahkan.. 


Lepas en. Suami beli tiket, kami di beri aiskrim 3 peket (sebab tiket kids ada 3) dan voucher beli cenderahati rm5 2keping( tapi sah kalau beli harga 30 ke atas) sahaja.. oh ye ada juga tiket percuma untuk menaiki kuda ( naik kuda yang dipegang dan dibawa 1 pusingan trek yang disediakan).. harga tiket ni dah termasuk sekali makanan untuk diberi kepada haiwan nanti..


Banyak juga hidupan yang dibela kat dalam ni.. banyak yang unik yang anak-anak jarang jumpa.. umair dengan adi memang seronok.. cuma farhah yang agak geli dan takut-takut nak pegang.. tapi yang paling tak tahan sekali bila ke kawasan REPTILES CAVEN... ularnya besar... sangat besar.. memandangkan aku memang geli dan sangat tidak suka kepada ular, jadi aku ikut luar saja.. mana tidaknya..masuk dengan perasaan berhati-hati tapi tiba-tiba umair tunjuk ada ular sawa kat dalam sangkar atas kepala.. aku dengan farhah lintang pukang lari keluar.. tapi adi masih berwajah tenang kat dalam sangkar tu sebab tak faham apa pun.. malahan tak nampak pun apa yang ditunjuk kat atas tu.. hehe adi adi..


Puas juga anak-anak bagi makan pada binatang-binatang kat dalam ni.. aku suka kat sini sebab setiap stesyen ada pekerja yang jaga dan beri maklumat yang kita nak tau.. walaupun setiap binatang dan pokok ada ditampal dengan maklumat..kalau nak dibandingkan dengan zoo biasa, kita kena baca sendiri.. (budaya malas baca)
Cuma yang tak seronok sikit, ada beberapa kawasan yang kurang dititikberatkan soal kebersihan.. tapi pada keseluruhannya anak-anak seronok.. tambahan lagi, bila  dah habis mengeksplorasi  kawasan, semua kanak-kanak akan diberi sijil sebagai kenangan..


Kemudian, kitaorang pun gerak ke hotel.. PEARL INTERNATIONAL HOTEL.. pilih hotel ni sebab hotel ni je yang available pada tarikh hari ni... last minute plan kan.. tapi ok la juga.. bahagian bawah hotel ada pasaraya..
Booking hotel melalui agoda.. rm642 untuk 2 malam dan percuma sarapan itu yang penting..

Thursday, December 17, 2015

Akhirnya...


Akhirnya... lega kepala aku bila dah selesai jaga exam SPM.. bukan lama pun.. cuma 9 hari bertugas.. tapi yang tak bestnya bila melahu berlama- lama kat dalam dewan exam tu tanpa buat apa-apa... kalau boleh pegang gajet, sepanjang hari pun tak pe... kiki


Akhirnya... selesai lagi satu tugasan selepas jaga exam.. kehidupan penuh stress sepanjang 2 minggu.. berulit dengan benda yang sama.. rasa macam nak muntah, bosan, stres dan macam-macam lagi.. hilang masa kualiti bersama keluarga dan anak-anak.. rasa berdosa dan bersalah dengan suami dan anak-anak.. berulit benda yang sama dari pukul 3 pagi hingga 10 malam.. berhenti untuk makan, solat dan pengurusan diri saja.. alhamdulillah en. Suami faham..


Akhirnya.. family day bersama keluarga en. Suami dapat berlangsung 2 malam di A farmosa resort... alhamdulillah dalam sibuk-sibuk tu dapat juga aku join diaorang semua.. penyertaan dari semua ahli keluarga.. hanya 2 orang keciciran, aidil dan hanim.. xpe mungkin lain kali dapat serta sekali..


banyak aktiviti yang dapat dibuat bila semua berkumpul.. akauntan hanisah dan cikgu nafisa sebagai urusetia program.. sukaneka untuk semua golongan.. good job!.. physio naziha sebagai bendahari.. ustaz ishak sebagai promoter dan publisiti.. cikgu zahwiyah sebagai koordinator sebelum dan sepanjang program berlangsung.. kontraktor zainal sebagai imam untuk solat jemaah dan tahlil.. alhamdulillah rasa tenang bila dapat jemaah subuh di luar banglo bersama-sama.. tak lupa juga tazkirah dari doktor khairiyah, ahli baru dalam keluarga..


tapi apa pun punca tercetusnya family day ni bila bisnessman zahari bertindak sebagai pemudahcara untuk deal tempat dan bayaran.. alhamdulillah, golongan belia juga banyak menyumbang.. terutama sekali srikandi bisness woman muslina.. banyak step aerobik dan lagu yang menarik dapat di praktikkan di pagi hari..


Juruteknik fahmi juga banyak sumbangan dari segi audio visual.. kalau nak cerita sorang-sorang memang tak terkata la.. sebab pendek kata setakat ni, yang ni family day yang terbaik sebab semua orang memberi sumbangan..


tapi apa pun yang paling penting nenek sa'abah, ibu mertuaku yang paling aku sayang juga turut banyak menyumbang terutama sekali dari segi tenaga dan perkakasan...banglo yang aku pergi ni biasa-biasa je.. dapur pun kecil je.. tapi sebab ada kolam renang dan bersama dengan orang-orang yang kita sayang, so family day ni jadi awesome sangat...hehe


Akhirnya.. abang ngah melangsungkan perkahwinan untuk kali kedua bersama dengan wanita pilihannya.. janda anak 2.. semoga bahagia hingga ke jannah.. tutup buku lama, bina hidup baru.. walau nampak agak kejam pada bekas isteri, tapi aku tetap kena sokong dengan tindakan bang ngah.. aku kan adik... kalau bukan aku, siapa lagi yang nak sokong adik beradik.. walau jauh di sudut hati, aku masih sayang anak-anak buah dan bekas kakak ipar.. tapi aku yakin dengan perancangan dan ketetapan Allah...


Akhirnya.. anak aku ainul farhah dan umair hariri masuk juga kelas mid brain... sebenarnya umair dah masuk program ni bawah U+ mind..saja masuk kali ni untuk teman ainul.. nanti kalau ada kelapangan aku cerita pasal mid brain ni..



Akhirnya.. dapat juga aku beli air fryer yang dah lama masuk dalam wish list.. tgk kakak ipar pakai lagi rasa teruja.. dgr dia beli kat go shop dengan harga rm300 lagi rasa teruja.. tapi bila aku tengok kat program go shop, yang keluar brand philips je.. mahal pulak tu.. rm800++.. cepat je aku selongkar lazada.com.. alhamdulillah ada pun jumpa dengan harga rm230 siap postage.. pantas aku masukkan alamat rumah.. kikiki masa posmen hantar, siap en.suami cakap dengan posmen " makin lama makin besar pulak"..


Alhamdulillah lega kepala lapang dada.. syukur Ya Allah atas nikmatMu..

Monday, November 23, 2015

Apsara


Assalammualaikum... tengok tajuk pun dah blur kan.. apa dia apsara ek...
Pagi tadi jaga SPM... dari pukul 8 sampai pukul 11.. perut dah menyanyi berlagu riang dah ni... tapi boleh ke  sekolah dulu.. selesaikan urusan borang claim jaga SPM ni.. bunyi macam banyak kan...sebenarnya kalau nak tau, bayaran untuk jaga SPM ni RM 1 untuk 1 sesi... lumayan kan... (hm.. lumayan lah sangat)
Selesai urusan, aku pun menggunakan betul- betul waktu yang ada.. nak makan, nak cari tempat yang dekat dengan sekolah, yang selesa dan makanan yang sedap.. tu yang aku jumpa apsara ni...


Sebenarnya APSARA ni nama kedai makan yang aku sendiri tak tau apa maksudnya.. yang aku tau sedap (walaupun macam tak cukup pedas)..
Tempatnya pun selesa dan tenang...
Apsara Cafe ni ada macam-macam makanan.. makanan bergoreng dan western ada sekali... harganya agak boleh tahan.. masih lagi dalam kategori harga mampu milik walaupun agak mahal...
Kali ni aku order Pat Thai.. kuey tiow yang digoreng kering dengan lada yang kurang... sedap..tapi kalau dapat pedas lagi.. memang betul-betul ho liow...
Tapi paling aku tak boleh lupa dengan dia punya  air... aku order air asam kedondong dengan asam boi.. huhu rasanya yang masam dan  sedikit pahit... nyum... puas hati

SPM 2015

As salammualaikum..
Kembali membebel di sini..dah pun masuk pertengahan November 2015.. anak-anak dah mula bercuti.. tapi aku masih bekerja.. mengawas pelajar yang mengambil peperiksaan SPM.. en.suami pula berkursus di Muar... jadi anak-anak kena la hantar ke rumah pengasuh.. Umair pula ke rumah nenek...

Alhamdulillah kertas Matematik dah berlangsung pada 16 Nov yang lepas... bila aku tanya pada pelajar, kebanyakannya kata soalan tahun ni agak senang kalau di banding dengan soalan tahun lepas...
Aku cuma rasa bersyukur bila dengar ayat-ayat begitu.. bukan apa, takut over confident je...tapi aku memang dah jadi rutin pula bila budak nak masuk dewan, aku yang cemas lebih.. berdoa macam aku yang nak menjawab soalan periksa.. bila keputusan keluar, aku yang berdebar lebih dari orang yang jawab periksa...
Tahun ni aku mengajar 3 kelas tingkatan 5.. hanya Allah yang maha  mengetahui hati aku  ni... tunggu bulan 3 nanti baru dapat keputusannya... smoga semua anak didik aku berjaya la hendaknya .. amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...