Pages

Sunday, April 21, 2013

wira :: perjuangan belum selesai

Assalammualaikum..
Kalau tengok tajuk entry kali ni mesti ingat nak cerita pasal pejuang negara di lahad datu..he he he silap nampaknya..wira yang dimaksudkan ialah kereta wira milik en.suami yang telah kemek pada 10 april yang lepas..

keadaan kereta en. suami selepas kejadian
Kebetulan masa tu hujan renyai dan en.suami dalam perjalanan ke tempat kursus di hotel puteri,ayer keroh..kejadian berlaku dalam pukul 8.00 malam..lebih kurang 5 km dari rumah..kereta wira milik en.suami terbabas ke tepi jalan..macam mana boleh terbabas aku pun tak tahu sebab masa tu hanya en.suami saja yang berada dalam kereta..aku hanya bersyukur sebab en.suami selamat dan tiada apa-apa yang cedera..

kemek sebelah kiri sebab terlanggar
en. suami boleh pulak bawa wira tu balik rumah dan amik kancil untuk pergi semula ke hotel..aduhhh...hati isteri mana lah tak risau..alhamdulillah Allah pelihara en. suami..mujur juga jalan dari tempat kejadian dengan rumah terang dengan lampu jalan..sebab kalau elektronik dalam kereta semua tak berfungsi dah..tingkap pun tak boleh nak tutup..

pandangan dari sisi
bila en.suami bawa aku tengok tempat kejadian, aku sendiri seriau..betul-betul sebelah pokok yang dilanggar tu ada longkang besar..syukur ke hadrat Ilahi kerana cuma kereta sahaja yang rosak..walaupun kesian dengan wira yang terpaksa ke bengkel selama lebih dari 2 minggu tapi aku tetap bersyukur yang en.suami selamat..
ni pokok yang jadi penahan wira..senget pokok tu
en.jiran saja 'bakar' suruh beli kereta baru je..lagipun wira tu dah lama pakai..tapi aku rasa belum lagi la nak tambah hutang..he he he..belum jadi keperluan lagi sebab kampung aku n kampung mertua dekat sangat dengan rumah..lagi pun sejak en. suami sakit 2 tahun yang lepas, aku 1 family jarang sangat nak berjalan jauh-jauh ni..tak pe..wira ni pun dah syukur dah untuk kami anak beranak..

nampaknya untuk seminggu dua nie terpaksa la guna khidmat adik si wira ni..mujur dak kancil baru lepas service..kira okey la sikit...adik kancil jangan buat hal ek..abang wira lama nak dok kat bengkel tu..hu hu hu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...