Pages

Sunday, April 21, 2013

Pantai Puteri, Melaka


Cuti baru ni aku n family akak ke Pantai Puteri..kebetulan abang en. suami memang tinggal dan ada buka kedai sarapan pagi..so, sarapan pagi kami ditaja sepenuhnya oleh pokteh..he he he..

berusaha sedaya upaya untuk buat kolam di tepi pantai

Umair gigih menggali pasir

tengok!!!badan siapakah itu..?he

cepat gali pasir!!!!

si kakak memang selalu exited dengan air

dah boleh masuk dalam kolam


oooppps...mulut cover...

Sambal Kicap Cili

Since kawan-kawan n adik beradik asyik dok minta resepi sambal kicap ni, aku pun letak entry ni untuk kawan-kawan..sebenarnya aku bukan pandai masak, tapi aku buat blog ni sebab nak kumpul resepi yang aku dapat..resepi ni pun aku dapat dari kak roziah..bekas pembantu makmal kat sekolah aku..jom cuba!!!

2 labu bawang putih

1 peket cili padi..aku suka guna jenis yang ni sebab pedas 'meletop'

panaskan minyak dan goreng cili dan bawang putih

goreng sampai kekuningan..kalau tak tahan pedas, lebihkan lagi bawang putih tu

tutup kuali masa menggoreng sebab dia akan meletop-letop

dah kekuningan,angkat dan sejukkan..lepas tu boleh blend dengan kicap masin dan kicap manis

tara...siap! masukkan dalam peti ais..bila nak guna campurkan dengan kicap dan perahan limau

Tadika Pasti Nurul Iman


Tengok gambar Umair pakai jubah warna hijau..macam Universiti Pertanian Malaysia..rupanya sekolah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI )..orang lain sekolah sejak mur  tahun..tapi Umair dah 6 tahun baru masuk sekolah..orang lain pergi sekolah terus bermain, Umair ambil masa seminggu sesuaikan diri..manangis tak henti bila sampai sekolah..sebulan jugalah nenek memujuk untuk pergi sekolah..sebulan jugalah Umair peluk tiang tak mahu ke sekolah..siap en.driver van sekolah Umair pun jadi tukang pujuk..anak..anak..


Alhamdulillah..Umair sekarang dah menginjak ke darjah 1..dah seronok ke sekolah sebab nak berkawan..semoga Umair menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..semoga aku dan en. suami dipermudahkan dalam menggalas dan melaksanakan tanggungjawab..

wira :: perjuangan belum selesai

Assalammualaikum..
Kalau tengok tajuk entry kali ni mesti ingat nak cerita pasal pejuang negara di lahad datu..he he he silap nampaknya..wira yang dimaksudkan ialah kereta wira milik en.suami yang telah kemek pada 10 april yang lepas..

keadaan kereta en. suami selepas kejadian
Kebetulan masa tu hujan renyai dan en.suami dalam perjalanan ke tempat kursus di hotel puteri,ayer keroh..kejadian berlaku dalam pukul 8.00 malam..lebih kurang 5 km dari rumah..kereta wira milik en.suami terbabas ke tepi jalan..macam mana boleh terbabas aku pun tak tahu sebab masa tu hanya en.suami saja yang berada dalam kereta..aku hanya bersyukur sebab en.suami selamat dan tiada apa-apa yang cedera..

kemek sebelah kiri sebab terlanggar
en. suami boleh pulak bawa wira tu balik rumah dan amik kancil untuk pergi semula ke hotel..aduhhh...hati isteri mana lah tak risau..alhamdulillah Allah pelihara en. suami..mujur juga jalan dari tempat kejadian dengan rumah terang dengan lampu jalan..sebab kalau elektronik dalam kereta semua tak berfungsi dah..tingkap pun tak boleh nak tutup..

pandangan dari sisi
bila en.suami bawa aku tengok tempat kejadian, aku sendiri seriau..betul-betul sebelah pokok yang dilanggar tu ada longkang besar..syukur ke hadrat Ilahi kerana cuma kereta sahaja yang rosak..walaupun kesian dengan wira yang terpaksa ke bengkel selama lebih dari 2 minggu tapi aku tetap bersyukur yang en.suami selamat..
ni pokok yang jadi penahan wira..senget pokok tu
en.jiran saja 'bakar' suruh beli kereta baru je..lagipun wira tu dah lama pakai..tapi aku rasa belum lagi la nak tambah hutang..he he he..belum jadi keperluan lagi sebab kampung aku n kampung mertua dekat sangat dengan rumah..lagi pun sejak en. suami sakit 2 tahun yang lepas, aku 1 family jarang sangat nak berjalan jauh-jauh ni..tak pe..wira ni pun dah syukur dah untuk kami anak beranak..

nampaknya untuk seminggu dua nie terpaksa la guna khidmat adik si wira ni..mujur dak kancil baru lepas service..kira okey la sikit...adik kancil jangan buat hal ek..abang wira lama nak dok kat bengkel tu..hu hu hu..

Friday, April 5, 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang




ha ha ha..dah lambat dah nak update entry ni sebenarnya..lagipun dia dah lama dah duduk kat dalam draft..tapi macam malas je nak upload..tak tau nak cerita macam mana..
anugerah ni aku dapat masa hari guru tahun lepas..masa tahun 2012..katanye untuk kerja kecemerlangan tahun 2011..hmm..cemerlang ker..?agaknya lah kot..ha ha ha..


nak tau apa yang aku dapat bila dapat anugerah nie..?hmm... dapat sijil n duit RM 1000.00..alhamdulillah mungkin rezeki anak kot..sebab masa aku dapat ni aku tengah mengandungkan adi mulhim 2 bulan..majlis ni dibuat di Pejabat Pelajaran Daerah jer..ahakss...disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Melaka..syukur dengan rezeki dari Mu Ya Ilahi..

Mydin Mall, Jasin

    Petang semalam, balik je dari sekolah en.suami dah mengajak ke Mydin yang baru je dibuka 29 mac ari tuh..ada sale katanye..kira ari ni last la..'ayg nak beli apa?'..'ala..saja ronda-ronda'
He he he mydin ni dekat je..kat area jasin bestari..kalau dari rumah dalam 2km je..tapi asal nama shopping je orang perempuan mesti suka punya..x kira la window shopping pun..ekekek..

iklan promosi mydin jasin..tengok sapa nama perasmi..? ha ha


Sampai je tengok kereta tak banyak sangat..mungkin sebab ari bekerja kot..tak macam ari mula-mula buka ari tuh..kereta berderet dari mydin sampai ke trafic light jalan besar..aku x pergi pun..tapi kebetulan lalu dekat kawasan tuh..tu yang tau..

Kawasan parking luas..satu yang aku suka dengan mydin ni parkingnya free macam tesco..ada 2 lot parking khas untuk golongan oku..bangunannya bangunan tunggal..ada juga stall yang menjual macam-macam jenis barang..ada juga lot-lot kedai..tapi cuma ada 1 aras je..niat hati nak tengok toys untuk anak-anak pun terbantut sebab tak banyak pilihan..'hui..cantikkan abang..tapi mahal..' tu petikan kata-kata farhah,anak aku yang kedua bila tengok uminya dok pegang dan letak semula mainan..penyudahnya aku cuma beli warna pensil je untuk anak-anak aku sebab stationary dekat sini agak murah harganya..



Rasanya mydin jasin ni lebih fokus pada barangan dapur dan barangan basah..ikan dan barang basah memang banyak pilihan kalau nak dibandingkan dengan pakaian atau barang baby..tapi sebab aku biasa beli ikan fresh tepi jeti,so aku rasa ikan yang ada tu pun x menepati citarasa..sayur sawi pun tak berapa fresh..masih tak boleh lawan pasaraya family store..ha ha ha obses!
Kedai makan pun banyak..ada RASA VILLAGE..ada laksa johor..ada nasi kandar padang kota..ada tempat mainan untuk kanak-kanak juga..
Allover aku rasa okeyla..tapi kalau untuk membeli belah aku prefer g ke mydin mitc yg lebih kurang 15minit je dari rumah aku..he

cikgukah aku?




Assalammualaikum..
     Tajuk entry pun ntah apa-apa..mestila cikgu..lagi mau tanya..ha ha ha..sebenarnya nak cerita..cikgu ni bukan pilihan utama aku sebenarnya..masa dekat 'u' dulu pun aku amik kos 'bac (sc) dgn kepujian-matematik.'..tapi berkat doa mak agaknya,hati aku tergerak nak mintak tukar jurusan 'pendidikan'..itupun setelah ramai senior yang takde kerja bila dah grad,.tapi alhamdulillah..lepas aku tukar kos pendidikan terus aku dapat tawaran biasiswa dari KPM..mungkin jugak berkat doa dari mak aku agaknya..semuanya dimudahkan..he he


       Tapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya..yang aku nak cerita macam mana orang lain yang tak kenal aku tapi boleh panggil aku cikgu..masa dekat 'u' dulu pun kalau g pasar malam mesti ada orang panggil aku cikgu..mungkin takdiraku dah ditakdirkan dalam bidang cikgu ni kot..
Baru-baru ni aku dan en.suami pergi ke satu kedai karpet..saja nk tambah koleksi karpet kat rumah disamping menambah kerja vakum karpet..hehe..pn.kedai tu sibuk bertanya itu dan ini pada en.suami..macam biasa aku akan bagi tau pada en.suami ciri-ciri karpet dan bajet je..yang lain en.suami yang akan uruskan..aku?he..g usha karpet kecik utk letak dpn bilik air..memang aku tak layan langsung pada pn.kedai sebab leka sangat tgk karpet yang comel-comel..tiba-tiba pn.kedai datang kat aku panggil
'cikgu boleh tengok dulu..nanti saya bagi harga special'..aku termangu kejap..terkejut..en.suami terus datang kat aku tengok kat dahi kot-kot ada tulis perkataan cikgu..huhu pelik tapi benar..

kemas kan..? ni tulisan budak lelaki..jangan tak percaya..

   Tapi yang paling best skali statement en.suami.."abang dia panggil adik.." hua ha ha..paling tak tahan..adik..????!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...