antara anak-anak 5 kreatif |
Oleh kerana aku mengajar pelajar yang dah remaja,aku lebih bersikap easy going..lebih bersikap menjadi kawan..jadi pelajar aku lebih bersikap terbuka dengan aku..pendekatan untuk kedua-dua kelas memang jauh berbeza.. Kalau ada kelas tambahan, untuk kelas Alfa dah memadai dengan upload dekat blog..silap-silap diaorang yang datang ingatkan pada aku..tapi kalau kelas kreatif puas kena umpan dengan macam-macam..biasanya aku dah janji siapa yang datang kelas dapat 1 kotak air laici..in sha Allah..ada la 15 orang yang datang..kalau tidaaaakkk..nak jumpj 5 orang pun payah..nak masuk dewan periksa pun puas dipujuk..
Macam-macam yang dah ditempuh sepanjang tahun lepas..ini lah saat penentuan masa hadapan..samada dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah atau sebaliknya..aku sms kawan-kawan untuk dapat maklumat pasal keputusan yang keluar..malangnya, aku sms pukul 12 sampai pukul 2 takde pun yang reply massage aku..betul sibuk diaorang ni semua..tak puas ati, aku call sendiri pada GKMP..dada dah dup dap dup dap..mana taknya, untuk dapat 100% lulus banyak bergantung pada kelas kreatif..aku taknak dipersalahkan..untuk dapat kualiti yang baik pulak banyak bergantung pada kelas Alfa atau dalam kata lain,kelas Alfa kena semua orang dapat A+..
pelajar cemerlang negeri..he he tengah tanya siapa yang ajar math tuh.. |
Maklumat awal yang aku terima keputusan lulus 100%..alhamdulillah.. Syukur dengan kurniaan Mu..Untuk peratusan bilangan A dan keputusan detail belum diketahui sebab kena tunggu analisis yang dibuat oleh setiausaha peperiksaan.. Itupun aku dah bangga dan bersyukur..lapang rasa dada, ringan rasa bahu bila amanah yang diberi telah dilaksanakan..lebih membanggakan lagi,seorang pelajar dari kelas Alfa terpilih menjadi pelajar terbaik peringkat negeri..rasa kembang idung bila tengok pelajar sendiri masuk berita tv3 tadi..alhamdulillah..
Aku publish ni bukan untuk membangga diri,tapi sebagai motivasi untuk diri sendiri supaya dapat menjalankan amanah yang diberi dengan seikhlas hati..
Untuk pelajar yang telah mengambil keputusan SPM, tugas dan tanggungjawab cikgu cukup sampai di sini..tapi tugas dan tanggungjawab kalian baru bermula..semoga dapat menjadi insan yang tabah dan berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat hendaknya..amin ya Rob
No comments:
Post a Comment