Pages

Thursday, March 7, 2013

ADI MULHIM


       Assalammualaikum..hehe lama x update blog..rindu rasanya nak tekan papan kekunci..wah..papan kekunci..skema gitu..kali ni nak cerita pasal nama Adi Mulhim nie..alhamdulillah..dalam banyak-banyak nama, Adi Mulhim yang Allah gerakkan hati aku an en. suami untuk pilih jadi nama untuk baby yang baru mencecah umur 7 hari pada ketika itu..punyalah pening nak pilih nama..haha..

         dah macam tabiat kami suami isteri bila dah lahir anak, baru la sibuk nak cari nama...orang lain, anak dalam perut lagi dah ada nama..tapi kitaorg, sampai dah hari ke 7 baru decide nama yang mana satu..
macam anak-anak yang sebelum nie, aku dan en. suami (lebih pada en. suami sebenarnya) akan cari nama yang berbagai-bagai yang agak sesuai dengan baby yang baru lahir tu..tapi sebab kami berdua nie cetek ilmu bahasa arab, so kami pun bertanya pada yang pakar, en.Ishak..anak buah en. suami..memang dari anak yang pertama dulu pun dah dapat khidmat profesional macam ni..dari orang yang sama gak..he he he..
okey ini yang di sms oleh beliau kepada en. suami setelah kaunter pertanyaan dibuka..hehe..

macam biasalah..buat muka garang
 Adi nama sahabat nabi ADI BIN HATIM, masa dia datang beriman dengan nabi, nabi cakap pada dia nanti akan tiba satu masa, orang berbondong-bondong memeluk islam, kamu akan tengok 2 perkara :

1. Wanita dari hirah(kufah,iraq) datang ke Makkah sendirian dalam keadaan selamat. (tiada yang ganggu / rompak / kacaunya sebab semua orang beriman waktu tu, so, orang beriman tak buat jahat)

2. Harta raja rom nak dibahagi-bahagikan tapi tiada seorang pun yang nak terima (sebab semua orang beriman waktu tu, orang beriman tak terkesan pada harta)
Zaman sahabat, bertahun-tahun selepas nabi wafat, adi benar-benar telah saksikan perkara yang nabi cakap tu berlaku


buah hati ummi..smoga jadi anak yang soleh & solehah

 okey..gabungan kepada nama adi tu, en. suami sms 3 pilihan:
1. mulhim  - ilham / inspirasi
2. zuhair - berseri-seri / bersinar - sinar
3. rifqi - lemah lembut

jadi atas pencerahan yang diberi tu, en. suami pun pilih la nama ADI MULHIM...kenapa en. suami yang pilih?? aku..??? haha..aku cakap macam ni kat en. suami
  " ayang pilih la nama yang baik..saya tak kesah sebab saya percaya dengan ayang..ayang mesti pilih yang terbaik untuk anak kita kan.." 
solehah x jawapan aku?? ha ha ha..yang betulnya aku malas nak pikir..masa berpantang nie la masa badan aku terasa lemah yang amat sampai aku malas nak bertindak..jadi okey je la..
okey itu jer la..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...