Pages

Monday, February 28, 2011

KEK KEJU ( TANPA BAKAR )



BAHAN - BAHAN :

a) Lapisan Biskut
1 1/2 cawan ( 210g ) biskut marie kisar halus
1/2 cawan (100g ) mentega dicairkan
1 sudu makan ( 15g ) gula kastor



b) Isi Kek
500g krim keju (philadhelphia)
100g gula icing ( 1/2 cawan )
3/4 cawan ( 188ml ) krim putar
1 cawan ( 250ml ) jus oren
1 penutup esen vanila
3 sudu makan (45g ) serbuk gelatin + 125 ml air panas
3 keping buah pic dalam tin ( cincang jika suka )

c) Hiasan - buah pic dalam tin

CARA PENYEDIAAN :
1. Gaulkan biskut yang telah dikisar dengan mentega dan gula. ( a) Lapisan Biskut )
2. Padatkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.






Biskut yang telah disejukkan dan sedia untuk diletakkan isi kek

3. Untuk kek, pukul keju (cream cheese) dan gula icing sehingga kembang.




4. Kemudian, masukkan jus oren dan krim (whiping cream). Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.



5.Sementara itu, bancuh gelatin dengan air panas ( takat didih ) sehingga gelatin melarut dengan sekata. Kemudian, masukkan dalam adunan keju dan kacau hingga sebati.

6. Setelah itu, masukkan sedikit esen vanila ke dalam bahan adunan dan masukkan buah pic yang didadu.





Antara ahli kelab memasak syok sendiri



7. Kemudian, tuangkan adunan ke atas lapisan biskut tadi dan sejukkan sehingga keras.

8. Setelah keras, boleh la menghias kek mengikut citarasa sendiri.

Ini la rupe kek nie selepas dikeraskan..
Sempat posing lagi tuh..
Ahli kelab sedang tekun mendengar taklimat dari sifu


Sunday, February 27, 2011

Gunung Ledang

Sik citer pasal masak n makan jek..kali nie citer pasal outdoor lak..rindunye zaman xtif ngan outdoor nie..skang nie x mungkin lagi kot..badan dah mula berat..nk turun kan macam perit jer..huhu....Masa ni g Gunung Ledang ngan geng SIS..memang mantop..hehe..ramai gak yang g masa tuh..plan add hock..tp tetap happening..
antara cabaran yang perlu dilalui...merangkak sambil mendaki batu..ade gak kena panjat batu tegak 90 darjah guna tali..tp ms tu cemas ngat sampai lupa nk amik gambar kat situ..kesusahan nk panjat gunung ni kalo d beri ranking, dapat tempat ke 6 dalam Asia..Gunung Kinabalu pun no 10 tau..hehe..itu yg di khabarkan la..cuma Gunung Kinabalu lagi tinggi..

Berhenti rehat jap sambil makan roti..plastik tu kn simpan bw turun smula..penting tuk jaga kebersihan gunung..tambahan lagi guide tu dah bg tau nk tengok sampah tu ade pd kita masa turun nanti..he..good!

Perjalanan ke Taman Bonsai..rasanya dah 3/4 perjalanan nak sampai ke puncak kot nie..suka sangat bile sampai kawasan ni.. sebab kawasannya sangat cantik dan seolah2 macam dijaga setiap masa..dengan keadaan pokok2 yang mempunyai rupa yang unik..

Ni la dye Taman Bonsai..antara tempat yang cantik dan menarik..


Sampai puncak sudah...yeehaaa!!!!!!! Cukup semua ahli team XPDC SIS..Alhamdulillahh..setelah bersusah payah akhirnya dapat jugak menghirup udara atas gunung..coverage fon kat sini full sbb gunung sebelah tu ade pencawang..tapi org awam xleh g..kalo nak sangat g pun leceh gak sbb kn banyak wat surat menyurat..tp yg bestnya kat gunung sebelah tu leh g ngan kereta terus..x yah susah2 nak daki..hik..hik..hik..



Alhamdulillah..dapat akhirnya aku menikmati keindahan ciptaan Mu Ya Ilahi..syukur sangat dah panjat gunung masa ni..sbb dengarnya since 2010 PENDAKI TIDAK DIBENARKAN MENDAKI SEHINGGA KE PUNCAK GUNUNG LEDANG..kenapa..? sebab sudah ada tanda2 gelinciran berlaku..jadi semua taknak amik risiko tuk dok kat atas puncak tu..takut masa ade kat puncak, masa tu la berlakunya gelinciran tersebut..

Kek Batik Milo



meh try resepi nie..simple jer cara nk buat dye..tp insyaallah sedap tuk d makan..hehe..

Bahan - Bahan


1 tin susu pekat manis
1/2 buku butter (250 g)
1 1/2 setengan biskut marie
milo (ikut keperluan, lagi banyak lagi sedap)

Cara - caranya :
1. Cairkan butter ke dalam kuali


2.Masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata.


3.Kemudian, masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan ke dalam adunan tadi.


4. Kacau rata dan terapkan ke dalam loyang. Tunggu sehingga sejuk dan boleh dimakan begitu sahaja.


Wednesday, February 23, 2011

Iron chef





huhu..jangan ingat x pandai masak x leh jadi chef..ni siap jadi iron chef lagi tuh..sket kenangan masa LADAP yang paling best..mana x nye..kalo x LADAP mesti kena dengor ceramah jer..pastu dok dalam bilik tayang yg bau taik kelawar..eeiii..hehe

SURAH PILIHAN RASULULLAH S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati



INSYAALLAH...

Saturday, February 19, 2011

donut

BAHAN - BAHAN

200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil mauripan

140ml susu segar

20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

CARA

1 Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2 2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3. Masukkan pula butter. 3
4. Kacau sehingga sekata 4
55. Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
66. Uli sehingga tak melekat ditangan
7 7. Buatkan bentuk bulat
8.Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. 8
Biar naik 2 kali ganda
9.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. 9
Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
10.Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm10
11.Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit. 11
1212.Uli biar jadi bentuk panjang
1313.Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
1414.Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.

Donut

15.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...