Pages

Sunday, August 14, 2011

kuih cucur

salam ramadhan..lama sungguh saya tidak update blog saya..lantaran kesibukan hal-hal duniawi yang melanda diri..huahahaha...
hari ni saya nak masukkan resepi kuih cucur..kuih ni sebenarnya kuih tradisional yang kurang digemari oleh remaja masa kini sebab kuih ni agak manis sedikit dari kuih tradisional yang lain..saya pun baru pertama kali makan kuih ni..

BAHAN-BAHAN :
minyak untuk menggoreng

Bahan A
tepung beras - 2 cawan
air - 1/2 cawan
tepung gandum - 2 cawan
gula pasir - 1/2 cawan

Bahan B
gula melaka - 1 cawan
air - 1 cawan
daun pandan - 2 helai
Bahan yang telah siap dibancuh dan diperam semalaman
Cara :
1. Campurkan semua bahan B dan tenggekkan sekejap di atas api sehingga gula larut sepenuhnya.
2. Tapis bahan B.
3. Bancuhkan bahan B dengan semua bahan A.
4. Perap semalaman dan boleh di goreng dengan minyak yang panas.
Masukkan bahan ke dalam kuali (minyak jangan banyak sangat)

Dah masak dan boleh diangkat..

Saturday, June 4, 2011

SABAR ITU INDAH

sabar itu indah..? hanya Allah yang Maha mengetahui..Allah hanya turunkan ujian untuk hambanya yang mampu mengharunginya..Ya Allah..!pada ketika ini tiada lagi yang paling sedih melainkan mendapat berita mengenai penyakit suami..hati sentiasa dipagut rasa risau..'sentiasa'..seksanya bila terpaksa berlakon ceria dan gembira bila berdepan dengan suami..saratnya dada bila menahan air mata melihat wajah suami yang kelihatan letih tidak bermaya..sabarlah abang..
Sabar itu ganjarannya Syurga..memang mudah untuk berkata-kata dari menghadapi kenyataannya..betul kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..bertemu pula dengan doktor yang tinggi ilmu tapi kurang sahsiahnya..mungkin doktor memang begitu atau kebetulan terjumpa dengan doktor sebegitu..entahla..selamba jer kalau berkata-kata..memang betul itu adalah hakikat yang perlu diterima samada kepada pesakit mahupun waris..tapi tolonglah berlapik sikit wahai en.doktor..wahai anak didik yang tersayang, andai ditakdirkan menjadi seorang doktor suatu hari nanti jaga lah kata-katamu sayang..jangan sehingga perkataan yang mengguris hati menjadi sebati sehingga tidak boleh dibezakan antara hinaan atau sindiran..
hati..Hanya Allah yang tahu..sedih sampai tak mampu mengeluarkan air mata..hingga hendak tersenyum pun bagai tak mampu untuk melakukannya..selera memang tiada..tapi di depan suami sengaja buat ketawa..mujurlah cuti sekolah 2 minggu..kalau tidak entah bagaimana hendak menghadapi keadaan ini..mana nak melayan kerenah anak didik kesayangan, mana nak melayan hati sendiri, mana nak melayan anak-anak yang mintak perhatian.. Ya Allah..bantulah hambamu ini..kuatkanlah semangatku Ya Allah..tabahkanlah hatiku menempuh dugaan dan ujian dari Mu Ya Allah..pasti ada hikmah yang terselindung di sebalik kejadian ini..pasti!!..cuma selalunya kita tidak sedari..
Suami..bila tengok dia termenung, hati jadi risau..bila tengok dia tersenyum, hati jadi curiga..
"mati itu pasti,cuma kita tak tahu bila dan bagaimana."..itu ayat yang suami tuturkan bila
keluar dari bilik doktor pakar..luluh hati mendengar kata-kata positive dari suami..tenangnya
hatimu sayang..tapi aku sendiri dapat rasa tenang itu hanya luaran saja..
Anak..dah seminggu ainul farhah demam..ragamnya tidak terkata..Ya Allah!bantulah hambamu ini..mujur Umair Hariri semakin membesar menjadi anak yang memahami keadaan ketika ini..banyak membantu tika ummi memerlukan..Ya Allah...bantulah hambamu ini..!
Semoga pembaca dapat mendoakan semoga suami dapat sembuh sepenuhnya..walau berapa tahun pun masa yang diperlukan, yang penting suami dapat sihat sepenuhnya..semoga suami dapat jumpa dengan rawatan dan ubat yang serasi dengan penyakit yang dihadapinya...semoga hati ini tabah untuk menghadapinya..semoga hati ini kuat untuk menempuhnya..amin ..

Sunday, May 22, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP )


Tanggal 14 Mei..di saat guru-guru seluruh Malaysia sibuk membuat persiapan terakhir menyambut perayaan Hari Guru yang jatuhnya 16 Mei, semua guru SMKIS pula sibuk berpagi - pagi di Hotel Avillion Melaka demi melengkapkan jadual Ladap yang telah dirancang..

Peta yang sangat berguna kepada rakan seperjuangan yang kurang biasa
dengan jalan - jalan di Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah

Ladap 3 yang penuh prestij ini di laksanakan dari pukul 8.00 pagi sehingga la pukul 4.30 petang..syabas dan tahniah buat semua guru SMKIS yang telah hadir dengan jayanya..
tajuk memang best..PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KELUARGA...memang best..tapi disebabkan datang dengan keadaan separuh-separuh..maka dapatnya pun separuh juga la..apa yang separuh..?separuh hati ada di rumah mengenangkan anak - anak dan suami yang terpaksa ditinggalkan demi memenuhi tuntutan duniawi..separuh lagi bersama dengan teman - teman yang juga separuh - seoparuh keadaannya..tempat memang superb..penceramah separuh - separuh juga la..untuk slot pertama agak membosankan sebab banyak benda yang diterangkan berada di luar aras pemikiran..slot yang kedua agak menghiburkan la..lebih banyak menggunakan konsep kehidupan seharian dan aplikasi kepada pengurusan kewangan keluarga..

Bilik seminar yang sangat cantik dan selesa..tempat saya yang paling belakang tu la..:) Sebab tempatnya tidak berapa besar jadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan saya berada dalam kelompok ke dua..

Ini lah gambar yang terdapat pada kertas yang diletak di atas meja tuh..

Kolam renang ni berada di aras 6, bersebelahan dengan bilik seminar kami tadi..tidak berapa besar sangat tapi kelihatan seperti sangat berjaga kawasannya..pengunjung pun kelihatan selesa.tapi kalau dari bilik seminar tu tak nampak pun kawasan nie..kena jalan sikit la..

Dah penat mendengar ceramah sehingga tersenggut - senggut sebab terlalu khusyuk..maka tibalah masa yang dinanti..lunch hour..best!!inilah tempatnya..kat ground floor betul - betul bersebelahan dengan lobi utama..makanannya memang mantop..tapi yang paling best sekali laksa nyonya..fuh!!x rugi kalau cuba..penambah perisa sedap tu sebab makan freee...hehe..

Setelah makan sekenyang - kenyangnya, maka tibalah masa untuk bersolat..Inilah tempat wudhu' kami semua umat Islam..hehe..bilik yang telah dijadikan macam surau ni terletak di tingkat 8..selesa la untuk kami yang bergelar cikgu nie..tapi kalau orang lain tak tau la..


Ni gambar kawan - kawan yang terlibat secara langsung dalam program ladap ni. Pn. Roziaili, Pn. Adila n Pn. Noor Laila..tengah Q ambil makanan.

Bahan bacaan sebagai pelengkap ceramah pada ketika itu..hehe..

Tekun mendengar ceramah..hahaha...

HOME MADE JERUK


wah...tajuk macam ape sangat la yek..hehe..sebenarnya nak buat jeruk buah kedondong..hasil dari pemberian kak rosni..rakan seperjuangan..kalau dah banyak tu pe lagi..buat jeruk la..baru la tahan lama buah tu..

BAHAN - BAHAN :
buah kedondong (boleh je ganti dengan buah lain)
gula pasir - 3 sudu besar
garam - 1 sudu besar

CARA - CARA :
1. Buah kedondong dikupas kulitnya.
2. Basuh dan potong - potong mengikut kesukaan.
3. Masukkan gula dan garam ke dalam bekas yang terdapat buah tadi.
4. Masukkan sedikit air masak (cukup sehingga tenggelam buah).
5. Masukkan ke dalam peti ais lebih kurang setengah jam dan sedia untuk dihidang..

Ini lah rupa buah kedondong pemberian kak Rosni

Buah yang telah siap dikupas kulitnya

Buah yang telah siap dipotong dan dicampur dengan gula dan garam.

SELAMAT MENCUBA...!





Ainul Farhah

3 tahun

Farhah bersama Umar (anak buah Farhah) yang baru usia 46 hari

seronok main mende alah ni..bukan gerak pun
baru belajar mewarna

setelah perasan gambar kena candid

pakai towel yg dapat free dari friso

buat muka garang



senyuman si comel

bergaya dengan topi KRS angah Zakwan



2 tahun
merajuk sebab tak dapat bukak pintu kereta


farhah yang suka menjeling

tolong ayah..
farhah tolong ayah buat stor
farhah di usia 2 tahun 7 bulan..rambut tengah kembang..tak nak ikat









baru bangun tido...tengok rambut tengah kembang

bersama abang fikri..
manisnya anak umi.
@tanah tinggi bemban...:)

taknak amik gambar!!!
macam rupa nyonya pun ada gak..

ainul farhah semasa umur 2 tahun 5 bulan

ustazah farhah


1 tahun

Ainul Farhah yang sedang merajuk setelah di sakat oleh sepupunya..



Ainul Farhah tengah buat muka




Ainul Farhah di rumah nenek yah..



Ainul Farhah outing wif fmly..


Ainul Farhah pakai baju acik bagi


Ainul Farhah dengan si comel
panjangnya muncung..hehe..
sebelum setahun
Ainul farhah semasa dalam pantang..lahir 4kg..wow!







sotong masak paprik


Hari ni hubby balik dari pasar bawa sotong segar-segar..hmm..tengok pun dah selera..lepas tu asyik memikir nak masak apa dengan sotong nie..tergerak pulak nak masak sotong paprik ni..ni resepi yang simple jer..

BAHAN - BAHAN :
sotong - 3 ekor sederhana besar
bawang merah - 4 ulas
serai - 2 batang
halia - lebih kurang 1 inci
sos tiram - 1 sudu kecil
kicap - 1 sudu kecil
daun limau purut - 2 helai
lobak merah - 1/4 batang
baby corn
cendawan tiram
lada kering ( dimesin ) - 2 sudu

CARA :
1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil.
2. Tumis bawang kecil, serai dan halia yang telah dikisar halus sehingga naik bau.
3. Masukkan lada kering yang telah dimesin dan kacau sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram dan kicap. kacau sebati.
5. Masukkan sotong, baby corn dan lobak. Kacau dan letakkan sedikit garam.
6. Kemudian, masukkan daun limau dan cendawan tiram.
7. Tunggu sekejap dan angkat. Jangan biar terlalu lama, nanti sotong akan jadi terlalu liat.

Monday, May 9, 2011

HOME MADE CHOCOLATE





Lama dah jenguk ke blog nie..sibuk sangat buat soalan dan short test untuk anak didik yang disayangi..malam nie kebetulan en.hubby kata nak diet..tak nak makan..just makan buah jer..jadi dapat la buat coklat nie dengan umair hariri..buat nye sikit je tapi bukan main kecoh lagi dengan si adik (ainul farhah) yang sibuk nak menolong..

Ni resepi nya..

Coklat (kalau guna 'bittersweet' pun boleh)

Cocoa butter

Acuan lolipop

Ni coklat yang saya guna

Coklat yang dicampur dengan cocoa butter
kalau nak cepat cair potong kecik-kecik ar..

ini lah rupa acuannya..

plastik dan batang lolipop

umair hariri yang sibuk mencairkan coklat

coklat yang mula mencair

ni rupa dia bila dah mencair



dah cair kena susun batang lolipop pulak..

bila dah masuk dalam acuan.kemudian sejukkan dalam peti ais

inilah hasilnya...weeee

sedia untuk dijual..huahaha..jual kat perut sendiri..

CARA :

  1. Cairkan coklat (double boil). Kalau pada yang tak tahu, just panaskan air kat dalam periuk. Bila air dah mendidih, tutup api dan letakkan mangkuk yang tahan panas kat atasnya.
  2. Masukkan coklat ( saya guna ¼ bahagian atau 250g).
  3. Masukkan 3 sudu kecil cocoa butter . Cocoa butter nie untuk kilatkan je..kalau tak de pun takpe..tapi kalau ade lagi cantik.
  4. Kacau sampai cair.kalau nak cepat cair, potong coklat kecik-kecik.
  5. Dah cair, tuang dalam acuan yang dah diletakkan batang lolipop.
  6. Sejukkan sampai beku.(kejap jer)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...