Pages

Friday, March 22, 2013

Keputusan SPM

Ari ni 21/03/2013...keputusan SPM dikeluarkan..macam biasa setiap tahun bila masuk bulan 3 ni cikgu-cikgu termasuk aku terasa lain debarnya..selalunya aku akan menyibuk buat-buat tolong guru tingkatan tolong susun slip keputusan sebab nak tengok result math anak-anak murid yang aku dah ajar..tapi tahun ni berbeza sikit, sebab aku masih lagi dalam tempoh bercuti..ati memang melonjak-lonjak nak pergi sekolah..nak tengok sendiri keputusan SPM anak-anak didik semua..tapi memandangkan adi diserang batuk dan selsema sebab berjangkit dari abang dan kakak, aku jadi tak sampai hati pulak..jadi aku hanya mampu duduk di rumah menunggu khabar berita dari kawan-kawan..
antara anak-anak 5 kreatif

Tahun lepas aku mengajar 2 kelas tingkatan 5..kelas yang pertama kelas Alfa..kelas pertama dalam tingkatan..pelajarnya ada 30 orang..maksudnya ada 30 macam ragam pelajar..ada suka lepak dalam kelas, ada yang suka berniaga kat dalam kelas sampai ada cikgu-cikgu kat bilik guru jadi pelanggan tetap..ada yang terlalu naif sampai kawan buat nakal pun dia yang tolong minta maaf..macam-macam hal..kelas yang kedua pulak kelas kreatif..kelas terakhir dalam tingkatan..kelas ni special sikit..pelajarnya cuma ada 20 orang je..sorang meninggal kerana kemalangan so dah tinggal 19 orang..suka mengajar kelas kreatif ni sebab banyak enjoy..kelas ni lagi banyak ragamnya..sepanjang tahun lepas macam-macam yang berlaku..ada yang kena tangkap beringan-ringan kat dalam kelas, ada yang kemalangan sampai bersimen kaki hingga bawa masuk ke dalam dewan peperiksaan..ada pulak yang tertangkap curi laptop cikgu..macam-macam hal..merokok x payah cerita la..ada sorang tu anta kertas graf yang berlubang kena puntung rokok..
Oleh kerana aku mengajar pelajar yang dah remaja,aku lebih bersikap easy going..lebih bersikap menjadi kawan..jadi pelajar aku lebih bersikap terbuka dengan aku..pendekatan untuk kedua-dua kelas memang jauh berbeza.. Kalau ada kelas tambahan, untuk kelas Alfa dah memadai dengan upload dekat blog..silap-silap diaorang yang datang ingatkan pada aku..tapi kalau kelas kreatif puas kena umpan dengan macam-macam..biasanya aku dah janji siapa yang datang kelas dapat 1 kotak air laici..in sha Allah..ada la 15 orang yang datang..kalau tidaaaakkk..nak jumpj 5 orang pun payah..nak masuk dewan periksa pun puas dipujuk..
Macam-macam yang dah ditempuh sepanjang tahun lepas..ini lah saat penentuan masa hadapan..samada dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah atau sebaliknya..aku sms kawan-kawan untuk dapat maklumat pasal keputusan yang keluar..malangnya, aku sms pukul 12 sampai pukul 2 takde pun yang reply massage aku..betul sibuk diaorang ni semua..tak puas ati, aku call sendiri pada GKMP..dada dah dup dap dup dap..mana taknya, untuk dapat 100% lulus banyak bergantung pada kelas kreatif..aku taknak dipersalahkan..untuk dapat kualiti yang baik pulak banyak bergantung pada kelas Alfa atau dalam kata lain,kelas Alfa kena semua orang dapat A+..

pelajar cemerlang negeri..he he tengah tanya siapa yang ajar math tuh..

Maklumat awal yang aku terima keputusan lulus 100%..alhamdulillah.. Syukur dengan kurniaan Mu..Untuk peratusan bilangan A dan keputusan detail belum diketahui sebab kena tunggu analisis yang dibuat oleh setiausaha peperiksaan.. Itupun aku dah bangga dan bersyukur..lapang rasa dada, ringan rasa bahu bila amanah yang diberi telah dilaksanakan..lebih membanggakan lagi,seorang pelajar dari kelas Alfa terpilih menjadi pelajar terbaik peringkat negeri..rasa kembang idung bila tengok pelajar sendiri masuk berita tv3 tadi..alhamdulillah..
Aku publish ni bukan untuk membangga diri,tapi sebagai motivasi untuk diri sendiri supaya dapat menjalankan amanah yang diberi dengan seikhlas hati..
Untuk pelajar yang telah mengambil keputusan SPM, tugas dan tanggungjawab cikgu cukup sampai di sini..tapi tugas dan tanggungjawab kalian baru bermula..semoga dapat menjadi insan yang tabah dan berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat hendaknya..amin ya Rob

Sunday, March 17, 2013

merdeka!!

Alhamdulillah..diam x diam dah masuk minggu ke 3 aku abis berpantang..memang rasa best sangat..x payah dah nak pakai stokin dalam rumah,x yah dah nak tidur atas tilam pananas, x yah dah minum air bersukat-sukat, x yah dah jalan kepit-kepit macam jepun..tapi dalam masa yang sama aku masih lagi berpantang dalam beberapa hal..terutama sekali minum ais dan air sejuk..tapi bab makan pedas aku memang tak boleh pantang..pembuka selera tu..disebabkan sambal juga la selera aku makin tajam..huhu..pantang tengok makanan mesti rasa teruja..



Teman setia sepanjang dalam pantang..


Memandangkan aku dilantik jadi ketua panitia pada awal tahun ari tu,aku pun meneruskan hajat untuk ambil cuti selama 3 bulan..bukannya aku nak mengelak kerja..tapi aku rasa x selesa bila kena jadi ketua..aku ni jenis yang old skul..aku memang sangat yakin yang orang perempuan x boleh jadi ketua sebab kebanyakan keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh emosi..tambahan lagi aku akan merasa canggung bila ahli panitia aku terdiri daripada guru pakar matematik merangkap JU kebangsaan..guru senior yang berusia 50 tahun,..dan yang paling tak best skali bila pengetua juga berada dalam panitia yang sama.. wargh.. terpaksa la sebab bos pun ajar matematik..hm..tolong la..


Teman tapi mesra sejak bersalin hingga kini..


So sekarang ni merupakan tempoh untuk aku bersenang-lenang menggemukkan badan..x nak pikir pasal keja..nanti stress so susu badan pun bolehtkurang..he..alasan!! Tapi bila dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni aku jadi respect pada suri rumah tangga yg lain terutama sekali pada kakak ipar aku yg dari dulu sampai skarang memang x penah bekerja..kenapa? Sebab aku yang tak sampai 2 bulan melepak kat rumah ni pun dah rasa kebosanannya..buat rutin yang sama setiap ari..maklumla aku ni memang cepat bosan..tapi yang bestnya kepala otak rilek..x yah stress pikir pasal keja,x yah letih smpai rumah pukul 7..x yah pikir pasal meeting, x yah pk pasal presentation,x yah pk observation, x yah pk pasal date line, bla..bla..bla..
Rasanya cukup la entry kali ni..nanti sambung lagi.

Thursday, March 7, 2013

ADI MULHIM


       Assalammualaikum..hehe lama x update blog..rindu rasanya nak tekan papan kekunci..wah..papan kekunci..skema gitu..kali ni nak cerita pasal nama Adi Mulhim nie..alhamdulillah..dalam banyak-banyak nama, Adi Mulhim yang Allah gerakkan hati aku an en. suami untuk pilih jadi nama untuk baby yang baru mencecah umur 7 hari pada ketika itu..punyalah pening nak pilih nama..haha..

         dah macam tabiat kami suami isteri bila dah lahir anak, baru la sibuk nak cari nama...orang lain, anak dalam perut lagi dah ada nama..tapi kitaorg, sampai dah hari ke 7 baru decide nama yang mana satu..
macam anak-anak yang sebelum nie, aku dan en. suami (lebih pada en. suami sebenarnya) akan cari nama yang berbagai-bagai yang agak sesuai dengan baby yang baru lahir tu..tapi sebab kami berdua nie cetek ilmu bahasa arab, so kami pun bertanya pada yang pakar, en.Ishak..anak buah en. suami..memang dari anak yang pertama dulu pun dah dapat khidmat profesional macam ni..dari orang yang sama gak..he he he..
okey ini yang di sms oleh beliau kepada en. suami setelah kaunter pertanyaan dibuka..hehe..

macam biasalah..buat muka garang
 Adi nama sahabat nabi ADI BIN HATIM, masa dia datang beriman dengan nabi, nabi cakap pada dia nanti akan tiba satu masa, orang berbondong-bondong memeluk islam, kamu akan tengok 2 perkara :

1. Wanita dari hirah(kufah,iraq) datang ke Makkah sendirian dalam keadaan selamat. (tiada yang ganggu / rompak / kacaunya sebab semua orang beriman waktu tu, so, orang beriman tak buat jahat)

2. Harta raja rom nak dibahagi-bahagikan tapi tiada seorang pun yang nak terima (sebab semua orang beriman waktu tu, orang beriman tak terkesan pada harta)
Zaman sahabat, bertahun-tahun selepas nabi wafat, adi benar-benar telah saksikan perkara yang nabi cakap tu berlaku


buah hati ummi..smoga jadi anak yang soleh & solehah

 okey..gabungan kepada nama adi tu, en. suami sms 3 pilihan:
1. mulhim  - ilham / inspirasi
2. zuhair - berseri-seri / bersinar - sinar
3. rifqi - lemah lembut

jadi atas pencerahan yang diberi tu, en. suami pun pilih la nama ADI MULHIM...kenapa en. suami yang pilih?? aku..??? haha..aku cakap macam ni kat en. suami
  " ayang pilih la nama yang baik..saya tak kesah sebab saya percaya dengan ayang..ayang mesti pilih yang terbaik untuk anak kita kan.." 
solehah x jawapan aku?? ha ha ha..yang betulnya aku malas nak pikir..masa berpantang nie la masa badan aku terasa lemah yang amat sampai aku malas nak bertindak..jadi okey je la..
okey itu jer la..

Tuesday, February 19, 2013

tempoh berpantang

                  
ainul farhah pertama kali jumpa dengan si baby
                     Alhamdulillah keesokan hari selepas bersalin,aku dah dibenarkan balik..pada mulanya doktor benarkan balik pukul 6 sebab bersalin pukul 6 pada hari sebelumnya..tapi sebab ramai lagi yang sedang menanti untuk dapatkan katil,jadi doktor terus suruh balik dalam pukul 4..aku pun tak lengah lagi sebab aku dah rasa macam mana keadaan bila tak dapat wad..isk..isk..aku tak nak orang lain rasa macam yang aku rasa...

abang dan kakak yang geram dengan si baby
cubaan mencium buat pertama kali
                  Maka bermulalah episod berpantang di rumah sendiri..jaga diri sendiri sambil menghitung hari untuk habis tempoh berpantang..hari ketiga selepas bersalin,aku dah mula berurut..aku lebih selesa berurut dengan bidan kampung..kebetulan rumah beliau sebelah dengan rumah mertua..ala pangkat mak sedara juga la..jadi senang cerita la...orang lain biasa urut 3 hari je..tapi aku amik 7 hari..biar lama sikit..
bercukur di hari ke 7
                 Sehari selepas bersalin aku dah mula rasa bisa perut..aku pun tak tau kenapa..tapi masa bersalin anak ke 2 dulu pun aku kena juga bisa perut macam ni..tapi dulu ada nenek belakang rumah mak bagi satu ubat tradisional.. Skali makan alhamdulillah terus baik..tapi sekarang nenek tu pun dah meninggal dunia..camne tu?he..
en.suami  cukur dengan berhati-hati
                   Sebab tak tahan sangat aku bagi tau nurse..nurse cuma kata normal sebab rahim dalam proses mengecut..dia cuma suruh telan panadol je kalau tak tahan sakit..normal apa kalau aku tak boleh jalan langsung..aku tengok orang bersalin cara pembedahan pun tak macam aku..tak tahan sampai terbongkok-bongkok..
                Bila dah start mengurut,aku pun tanya la pada bidan kampung ni..dia kata aku bersalin besar,jadi enjit bagi tahan darah jangan keluar..khuatir tumpah darah..tapi akibatnya darah nifas membeku dan tak keluar..itu yang menyebabkan bisa perut..bidan mencadangkan untuk aku amik maajun..tapi aku tak boleh makan jamu..nanti berak darah..penah terjadi masa aku bersalinkan anak kedua dulu..hui..jangan buat pasal..macam air paip nanti keluarnya darah..
           setelah lama berfikir,bidan pun bagi satu alternatif untuk orang yang tak boleh makan jamu macam aku ni..
1. Amik halia dalam 2cm dititik.
2.satu ulas bawang putih juga dititik.
3.sekeping asam keping.
4.7 biji lada hitam.
Reneh semua bahan

muka baby penuh menggelupas
                   Alhamdulillah..hari ni dah merupakan hari ke 27 aku berpantang di rumah sendiri..asyik menghitung hari jer ni..he he he..selama aku berpantang di rumah sendiri ni mak mertua dan kakak ipar selalu juga datang menjengah..sepanjang berpantang ni en. suami sangat bertegas dengan aku..tak boleh mandi hari-hari..nanti peranak kembang..kena pakai stokin sepanjang masa kecuali dalam bilik air jer..tak boleh minum air banyak sangat..sampai kering bibir dan luka..kena mandi dan cuci 'tut' dengan air panas jer..tido malam sentiasa bertemankan tilam panas Zhulian..tilam ni aku beli masa berpantang anak pertama..tu pun atas desakan kakak aku yang merupakan salah seorang dealer Zhulian nie..masa tu aku macam tak perasan sangat kepentingan tilam nie..sekarang nie baru aku tau khidmat tilam ni amat diperlukan masa berpantang..alhamdulillah masih bertahan sehingga anak ke tiga..tapi aku pakai masa berpantang je la..lepas habis pantang, mak aku pulak yang pakai..he he he..

tilam panas Zhulian..-google
               Alhamdulillah..setakat ni aku memang cukup jaga makan..syukur juga sebab lauk pauk untuk aku disediakan oleh sepupu sebelah en.suami..jadi, lagi kuat la alasan untuk aku tidak dibenarkan masuk ke dapur..bukan setakat dapur je..nak keluar rumah pun tak boleh..tidak dibenarkan sama sekali...kain baju semua diuruskan adik aku yang memang kebetulan cuti smester kat UiTM..ringan sikit keja en. suami..waktu siang aku bertemankan minyak jerslin dan pati halia yusmira..memang terasa badan sangat selesa la bila dah pakai minyak dan berbengkung..huhu..setakat ni baru dapat berat badan sebelum mengandung..kalau la dapat berat badan macam anak dara dulu pun okey kan..haha..mungkinkah..???
              
minyak jerslin yang aku guna..wangi..-en. google
             Selalunya aku makan ikan parang masak kunyit dicampur dengan lada hitam..tukar-tukar dengan ikan tengiri..sayur pulak sayur sawi masak rebus air..tukar-tukar dengan sayur bayam..bab makan aku memang tak cerewet sangat sebab aku memang jenis tak memilih..buah pula hanya buah lai saja yang dibenarkan oleh en.suami..aku sendiri memang bertegas dalam hal-hal berpantang ni..sebab ikut cakap mak aku sendiri..
'jangan ikut orang lain..orang lain bersalin tak besar macam anak awak..tenaga dah banyak keluar..urat dah banyak putus..badan tak boleh pulih dalam masa 1 hari..'
aku juga makan healin gamat untuk cepatkan sembuh luka dalam dan luar..maklum la anak besar tentu banyak lukanya..tapi en. suami beli yang pure tu..rasanya masyaAllah...

losyen ni memang aku suka pakai dalam tempoh berpantang nie..since anak no. 2 dulu..
      Atas dasar itulah aku bersungguh menahan sabar melalui tempoh berpantang...tapi dalam masa yang sama ,setiap hari menghitung tempoh berpantang..tak sabar rasanya nak habis,he he he tapi bila tiba-tiba aku diserang penyakit sembelit yang kronik, aku mula lupa diri..ha ha ha..aku cuba dapatkan maklumat dari internet mengenai buah oren sunkist..sebab bahan pelawas yang terbaik untuk diri aku ni oren sunkist je..ikut orang tua-tua memang tak bagi..buah masam-masam ni memang paling pantang..tapi bila dah surf internet ramai yang kata oren sunkist ni elok dimakan sebab kaya vitamin C..aku pun tawakkal la amik oren ni sehari sebiji..alhamdulillah..perut aku tidak pula meragam..tak tahu la kalu dah tua nanti aku menyesal sebab sakit sana sini gara-gara makan oren sunkist..

bedak ni la aku guna untuk hilangkan merah-merah pada baby
               Kalau tengok gambar baby tu..penuh menggelupas..bidan mengurut tu bagi tau induce yang diberi tu sebenarnya macam gas panas..nak suruh baby dalam perut menggelodak..baru la nak keluar..tu sebab kulit baby jadi menggelupas macam tuh..lepas tu timbul merah-merah kat kulit macam ruam tapi nampak macam bernanah..namanya sara..he he he macam nama sampah pulak..biasa nurse yang datang rumah tu akan bagi ubat calomile yang warna pink tuh..tapi pn. bidan bagi tau suruh guna bedak yang dibeli kat kedai cina sehseh..betul ke aku eja nie..he he he..alhamdulillah serasi nampaknya..















Wednesday, February 6, 2013

kronologi kelahiran adi mulhim

       Sebenarnya aku memang tak nak ingat saat-saat kelahiran adi mulhim ni..terlalu ngeri rasanya bila terkenangkan saat-saat itu..tapi masa tu lah sebenarnya saat-saat aku begitu mengagungkan kebesaran Ilahi...Terasa diri ini begitu kerdil mendambakan kasih Ilahi..

Alat yang doktor guna untuk buat CTG jantung baby
22/01/2013...dalam pukul 10 lepas tunggu en.suami balik dari sekolah, aku pun bersiap-siap untuk ke hospital..sebelum tu sempat juga buat pes nasi goreng..buat air daging..senang nanti masa dalam pantang..en.suami suka makan nasi goreng & makan mi sup..smbal kicap kegemaran en.suami pun dah siap dalam peti ais..pastu terus pergi hospital dengan en.suami..sampai je kat bahagian o&g, aku terus daftar..orang memang ramai la..tapi aku sempat lagi bagi tau nurse tempat pendaftaran tu yg aku nak bilik 4 orang..haha takut punya pasal..



Nak tunggu turn untuk di periksa pun sekian hal..sampai hospital dalam pukul 11,tapi dapat mula diperiksa dalam pukul 2..kesian en.suami terpaksa menunggu kat luar..nak suruh balik pun aku x berani..kot-kot ada mende nak kena sign..
Katil kat dalam bilik labour room
mula2 periksa tekanan darah..lepas tu periksa air kencing....lepas tu timbang berat..74kg..amik kau... haha... lepas tu tunggu lagi..dah nak maghrib baru daru dapat buat CTG jantung baby..lepas tu doktor datang cucuk jarum kat tangan..standby incase nak masuk apa-apa kat badan..yang tukang cucuk tu pulak doktor pelatih..adoyaiii sesuka ati je nak cucuk pastu tarik keluar,cucuk semula..tapi kalau tak de doktor pelatih, takde la pulak doktor kan?
kerusi macam ni la yang aku guna untuk bermalam..syukur walaupun habis sakit satu badan..-en.google
Dah setel semua, tunggu untuk dapatkan wad pulak..en.suami balik sekejap sebab dah seharian menunggu..tapi masa tu la doktor panggil en.suami sebab nak bincang pasal borang yang nak kena sign untuk proses induce esok..aku pun call la en.suami..kesian en.suami baru je sampai di rumah mertua..sementara tunggu en.suami datang semula lepas isyak nanti,doktor pakar pulak datang cek aku..doktor nurhayati..orangnya berbadan besar, tapi sangat manis..selain asyik tersenyum,kata-kata beliau pun sangat halus..sangat berhati-hati bila bercakap...doktor scan baby, berat anggaran 3.5kg..air ketuban pun ok..senang sikit ati aku..bila dengar anggaran doktor..insyaAllah aku boleh bersalin secara normal hendaknya..dalam pikul 10 en. suami pun sampai..terus aku bawa en. suami berjumpa dengan doktor..

bilik tempat aku induce..
Doktor tu nama Dr. Ariff..sempoi jer orangnya..juga seorang yang halus berkata-kata tapi jujur apabila menerangkan tentang implikasi induce pada ibu dan baby..en. suami cuba slow talk dengan aku..sama ada nak atau tak buat induce ni..tapi macam yang aku cakap la..memang takde pilihan lain..kalau nak suruh aku tunggu lagi 2, 3 hari untuk dapatkan gesaan bersalin secara normal pun aku dah tak sanggup dah.. 
1. mesti aku kena tahan wad punye
2. aku dah tak larat nak berjalan dah..kaki dan 'tut' dah sakit sebab baby dah turun bawah sangat..cuma belum ada gesa je
3. aku tak sanggup nak tinggalkan anak aku berlama-lama kat umah mertua..kesian mertua yang dah tak kuat sangat..
4. dan yang paling utama sekali,..aku takut baby dah berak kat dalam perut..terlalu banyak risiko nye nanti..huhu..
jadi dengan berat hati, aku dan en. suami pun sain la borang kebenaran induce tuh..aku redha dengan ketentuan mu Ya Ilahi..Bismillahitawakkaltu....


Malamnya en.suami tido di kaki lima hospital..Ya Allah..tak sanggup rasanya bila terkenangkan en.suami yang terpaksa bersusah demi aku dan anak..puas aku suruh en.suami balik tidur di rumah,bimbang en.suami tak cukup tidur nanti..tapi dengan wajah yang tenang en.suami tersenyum..
       'tak pe..abang balik rumah pun bukan awak ada..awak ada kat sini,abang teman la awak kat sini...' menitik lagi air mata aku ni..sekarang ni memang senang jer nak menangis..entah kenapa ek..?

Aku pula,dah tunggu wad dari pagi..tapi tiada katil yang kosong..jadi alternatif yang nurse dapat aturkan dengan memberi kami semua kerusi malas..aku redha dan pasrah..walaupun diberi selimut,tapi kesejukan tetap terasa mencucuk..memang tak boleh tidur..apa yang aku risau seandainya aku ditakdirkan bersalin esoknya,aku takut aku tiada tenaga untuk meneran..ish..mintak di jauhkan,

barang-barang yang ada dalam labour room
                   Bila dah pagi doktor decide untuk tunggu labour room kosong je untuk tempatkan aku..so,aku tak perlu masuk wad..terus induce dalam labour room..Dalam pukul 10 lebih aku disuruh masuk ke dalam kamar 16..ish.. perasaan masa tu tak boleh digambarkan..mula-mula sekali nurse buat CTG jantung baby..dalam 1 jam juga masa yang di ambil..aku yang memang tak boleh tidur semalam,ambik kesempatan la untuk tidur masa tu..badan memang rasa tak larat sangat..lepas check jantung ok dan takde masalah,doktor pun datang nak masukkan ubat..aku tengok ubat yang nak dimasukkan kat 'tut' macam panadol je..lepas dimasukkan ubat,doktor tak bagi bangun selama 2 jam..aku seronok je dengar sebab aku boleh sambung tidur lagi..he he..masa tu lebih kurang dalam pukul 12 la..

bila baring 2 jam..ini saja yang aku tengok..

              Dalam pukul 1.45 nurse datang lagi buat CTG ..aku belum rasa sakit lagi masa tu..jadi aku pun minta izin untuk tumpang solat ..tapi bila aku bangun je,perut aku dah mula rasa sakit merengat-rengat..Bila aku aku bagi tau pada nurse,masa tu la baby tidur..2 kali nurse datang check,2 kali juga la baby tidur..nurse tu mesti ingat aku auta..asyik-asyik cakap skala kesakitan 1 daripada 10..sabar je la...dari pukul 2 sampai la azan asar,aku menahan kesakitan yang teramat..aku telefon en.suami sambil menangis-nangis menahan kesakitan..hanya Allah mendengar rintihan hambanya..
                  Lebih kurang pukul 5 lebih,doktor datang check bukaan jalan..tengok-tengok dah buka 5cm..terus aku ditolak kE bilik bersalin yang sebenar.. sampai di bilik bersalin,doktor check bukaan dah 8cm..sebab aku ada sejarah big baby,so aku tak boleh bersalin macam orang lain..kaki aku diikat atas 1 palang besi..
                  Alhamdulillah..dalam pukul 6,aku selamat melahirkan anak lelaki..syukur ke hadrat ilahi..sakit memang tak payah cerita la..mana ada bersalin yang tak sakit..kemudian, aku dijahit dalam keadaan kaki tergantung..aduh..lama pulak tu..sampai aku naik menggigil kesejukan..dalam masa yang sama doktor drip air..dalam 2 botol juga la..bila dah selesai semua,aku call en.suami suruh masuk dan azankan baby..syukur ke hadrat Ilahi..Semoga anakku menjadi anak yang soleh dan jadi kebanggaan keluarga amin..

Sunday, January 27, 2013

bila agak nya..?

ari nie 16/01/2013..due yang aku tunggu - tunggu selama nie..tapi lum ada tanda-tanda untuk aku bersalin lagi..kenapa ye..?entahla..sebab dulu anak pertama bersalin memang ikut due..anak kedua lewat 2 minggu..yang ketiga ni entah berapa lama pulak lewatnya..
   sedih la jugak sebab tak bersalin-salin lagi..rasa macam malas dah nak g sekolah..bukan sebab malas nak menghadap budak sekolah..setakat nie, macam mana penat pun aku selalu gagahkan diri untuk ke kelas..tapi aku dah malas nak menghadap cikgu-cikgu kat sekolah tu..sorry to say la...tapi aku jadi "stress" bila keluar ayat yang macam-macam..yang tak terjawab..
                        "eh, ingat kau dah bersalin dah.."
                        "ari ni dah berapa ari bulan dah nie..bila la kau nak meletop agaknya..?"
                        "belum cuti lagi ker..?"
                        " ambil cuti awal la bayah.."
nampak macam sangat mengambil berat jer soalan-soalan tu semua..tapi aku yang menanggung ni rasa macam dah tak larat dah nak dengar..rasa stress sangat..

ni keperluan nak masuk dewan bersalin nanti

   pagi tadi, seawal 7.30 am aku dah terpacak kat klinik..buat regular check up...lepas tu aku di arahkan ke dewan bersalin jasin untuk buat CTG jantung baby..tapi kat mana pun aku buat checkup, semua mesti tanya,
                             "datang dengan siapa..?"
                             " datang sorang jer.."macam sedih jer bunyi..independent sangat ke aku nie..?tak...aku bukan independent, tapi terpaksa..walhal aku memang penakut untuk ke hospital..tambahan lagi dewan bersalin tu pulak sebelah je dengan tempat kecemasan..lagi la aku takut..hm...tapi keadaan yang memaksa...ari pertama sekolah, en. suami dah amik cuti untuk ke sekolah Umair..takkan ni nak cuti lagi..sekolah baru masuk minggu ke tiga..
Tapi hati aku memang susah sangat..air mata senang sangat nak mengalir.setiap malam aku menangis tunggu masa untuk sakit bersalin..bukan apa.aku risau dengan baby yg ada dalam kandungan..takut jd besar sangat..harap2 xde masalah..risau memang tidak terkata..takut kena induce pun ye jugak..hanya Allah yang Maha mengetahui..tapi aku sedar Allah juga ada rancanganNya sendiri yang pasti lebih baik untukku hamba yang serba kekurangan..puas dah ku pujuk anak yang berada dalam kandungan ni supaya cepat keluar..tapi...


sarung tilam dan bantal yang aku jahit sendiri

Tuesday, December 25, 2012

Melaka Wonderland

Cuti-cuti Malaysia...haha..itu untuk orang lain la..untuk aku yang tengah sarat menanti hari nie cuma cuti-cuti Melaka je la..tapi secara resamnya kalau pergi bercuti sendirian macam tak seronok pulak..so, kena la heret sama family yang lain..
tiket..buy 1 free 1
Emak pun terjebak sama..x dapek nak menolong nyo..sorry mak....harga tiketnya memang mahal la..tak dapat dinafikan lagi..kalau untuk musim cuti ni, harga dewasa RM30, kanak-kanak pula RM25..bayangkan la berapa ramai anak buah aku yang nak kena bayar nie..yang paling best untuk warga emas macam mak cuma kena bayar RM15 jer..tetap kena bayar la kan..tapi kalau jadi orang Melaka tak sampai lagi Melaka Wonderland pun macam tak best gak kan..hehe

Pak Zul melayan anak-anak buah pakai tag tangan
Mujur la aku penah beli pakej kat satu company nie..dah lama dah beli tiket ni cuma tak tau bila nak guna..since tiket nie pun expired 31/12/2012..so masa ni la aku nak perabihkan semua..dapat la jimat sikit duit abang aku membayar harga tiket..hahahaa..masuk sponsor oleh abang aku yang sulong..bila lagi nak perabih duit tokey nie..
ini la rupa tag yang kena lekat kat tangan
 Pada aku okey la tempatnya..tapi macam mandi tak puas sebab takde kolam untuk orang dewasa..sungai yang ada pun ditutup untuk penyelenggaraan..gelongsor yang paling tinggi pun ditutup entah untuk apa..mungkin sebab pernah ada kes kot kat situ..mungkin..

Sempat bergambar sebelum masuk
 Kawasannya besar..tapi kolamnya kecil jer..bila mandi dengan boya boleh terlanggar la orang lain..bila dah sampai kat kawasan gelongsor, rasa macam dah malas nak pergi kawasan kanak-kanak..bila dah sampai kawasan kanak-kanak malas nak pergi kawasan ombak..kenapa..?sebab kawasannya luas sangat..ada 3 tingkat..tingkat yang pertama kolam berombak..tingkat kedua, kawasan kanak-kanak...tingkat paling atas kawasan gelongsor..fuh!!
bergambar sebelum masuk dalam kawasan theme park
Kat kawasan air ni kalau tak bawa kamera pun tak pe..sebab ada jer camera man yang bertugas untuk ambil gambar kita kat dalam air..guna camera yang water proof  la..amik gambar, lepas tu lekatkan no siri tag dekat tag tangan..kalau kita rasa nak beli gambar tu, bawak je siri tag tu g kaunter yang disediakan..bayar..so, dapat la gambarnya..tapi aku berkecuali..malas..haha

Ainul Farhah seronok bermain ombak..
tergelak-gelak ainul farhah main ombak..
jenuh kak wawa nak tolak boya sambil lawan ombak..
yang ada kat atas boya tu rilek je sambil tergelak-gelak..
Mak macam tak berapa larat la nak jalan sangat..mujur ada trem yang bolah bawak mak jalan-jalan kawasan sekeliling..so, dapat la mak tengok tempat yang anak cucunya dok bermain..tak de la duduk kat satu tempat je...kawasannya pun panas sebab tiada pokok besar..mungkin belum besar kot..hm..

kat atas tren
 Tapi yang bagusnya ada surau disediakan dalam kawasan..walaupun agak jauh sikit dari kawasan kolam, tapi agak selesa..bersih dan luas..


ainul farhah terpinga-pinga atas tren

ni kawasan sungai yang ditutup sementara

join gak..

emak yang keletihan masih sempat tersenyum

kawasan gelongsor pandangan dari tren

macam-macam rupa

Umair dalam bola yang tengah dimasukkan angin

Umair kat dalam bola hijau tu..

Ainul farhah yang taku-takut nak masuk

mujur ada kak wawa tolong teman

dok dalam bola sambil tutup telinga..bising sebab tengah masukkan angin

angin dah masuk separuh

sempat posing lepas mandi

posing sebelum balik..seronok tengok kartun joget atas pentas


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...