Pages

Wednesday, March 9, 2011

Moist Carrot Cake dengan Creamy Cheese

Bahan - bahan :
Bahan A :
175g Gula perang
175g minyak jagung
3biji telur (gred A)

Bahan B :
150g Lobak merah (diparut)
100g Kismis Golden Raising (jenama lain pun boleh)
1 1/2 ts Parutan Kulit Lemon / Sunkist

Bahan C :
175g Tepung naik sendiri (beli kat kedai kek; bukan dlm kotak)
1ts Sodium Bicarbonat
1ts Serbuk kayu manis
1/2t Serbuk Pala

Topping kek
125g Anchor Cream cheese
100g Anchor Whipping Cream
1/2 T Jus Lemon
30g Gula icing

Cara - cara:
1. Putarkan Bahan A sehingga ringan.
2. Masukkan bahan B da gaul rata.
3. Ayakkan semua bahan C dan masukkan ke dalam aduna tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang disalut dengan planta.
5. Bakar kek dengan suhu 160 degree dalam masa 40-45 minit.


Macaroni Cheese



Bahan - bahan:
Bahan utamanya mestilah macaroni yang telah direbus

Makaroni
100g Anchor unsalted butter / butter biasa pun boleh
20g bawang putih (dicincang)
5g Lada hitam tumbuk kasar
200g Anchor culinary cream
5 kpg Anchor slice cheese (Cheddar)
Cendawan butang
Udang / sosej
Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
Hiasan : Daun pasli cincang

anchor culinary cream



Penambah perisa

Unsalted butter..guna untuk menumis bawang

Cheese Slice utk memekatkan kuah

rebus sekejap cendawan ni utk hilangkan rasa maung

Cara - cara:
1. Tumis bawang putih sehingga wangi dan tambahkan lada hitam. Kacau rata.
2. Masukkan Culinary Cream, kacau dan reneh sehingga pekat.
3. Masukkan cendawan butang, sosej atau udang.
4. Masukkan garam dan kiub ayam.
5. Masukkan makaroni yang telah direbus dan di tos. Gaul rata.
6. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan dan hias mengikut citarasa sendiri.

Cairkan unsalted butter

tumis bawang sehingga naik bau

masukkan culinary cream cheese

masukkan pula cheddar slice cheese

Masukkan udang dan sosej

masukkan makaroni dan gaul rata

Ai..sampai terlelap cik nafsiah..

gaul rata makaroni dan cheese

sedia utk masukkan butter

sibuknye semua orang..

antara pemantau yag sempat hadir..kih..kih..

1 malaysia..



antara master chef yang bertungkus lumus wat kerja pmbantu..

Monday, February 28, 2011

KEK KEJU ( TANPA BAKAR )



BAHAN - BAHAN :

a) Lapisan Biskut
1 1/2 cawan ( 210g ) biskut marie kisar halus
1/2 cawan (100g ) mentega dicairkan
1 sudu makan ( 15g ) gula kastor



b) Isi Kek
500g krim keju (philadhelphia)
100g gula icing ( 1/2 cawan )
3/4 cawan ( 188ml ) krim putar
1 cawan ( 250ml ) jus oren
1 penutup esen vanila
3 sudu makan (45g ) serbuk gelatin + 125 ml air panas
3 keping buah pic dalam tin ( cincang jika suka )

c) Hiasan - buah pic dalam tin

CARA PENYEDIAAN :
1. Gaulkan biskut yang telah dikisar dengan mentega dan gula. ( a) Lapisan Biskut )
2. Padatkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.






Biskut yang telah disejukkan dan sedia untuk diletakkan isi kek

3. Untuk kek, pukul keju (cream cheese) dan gula icing sehingga kembang.




4. Kemudian, masukkan jus oren dan krim (whiping cream). Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.



5.Sementara itu, bancuh gelatin dengan air panas ( takat didih ) sehingga gelatin melarut dengan sekata. Kemudian, masukkan dalam adunan keju dan kacau hingga sebati.

6. Setelah itu, masukkan sedikit esen vanila ke dalam bahan adunan dan masukkan buah pic yang didadu.





Antara ahli kelab memasak syok sendiri



7. Kemudian, tuangkan adunan ke atas lapisan biskut tadi dan sejukkan sehingga keras.

8. Setelah keras, boleh la menghias kek mengikut citarasa sendiri.

Ini la rupe kek nie selepas dikeraskan..
Sempat posing lagi tuh..
Ahli kelab sedang tekun mendengar taklimat dari sifu


Sunday, February 27, 2011

Gunung Ledang

Sik citer pasal masak n makan jek..kali nie citer pasal outdoor lak..rindunye zaman xtif ngan outdoor nie..skang nie x mungkin lagi kot..badan dah mula berat..nk turun kan macam perit jer..huhu....Masa ni g Gunung Ledang ngan geng SIS..memang mantop..hehe..ramai gak yang g masa tuh..plan add hock..tp tetap happening..
antara cabaran yang perlu dilalui...merangkak sambil mendaki batu..ade gak kena panjat batu tegak 90 darjah guna tali..tp ms tu cemas ngat sampai lupa nk amik gambar kat situ..kesusahan nk panjat gunung ni kalo d beri ranking, dapat tempat ke 6 dalam Asia..Gunung Kinabalu pun no 10 tau..hehe..itu yg di khabarkan la..cuma Gunung Kinabalu lagi tinggi..

Berhenti rehat jap sambil makan roti..plastik tu kn simpan bw turun smula..penting tuk jaga kebersihan gunung..tambahan lagi guide tu dah bg tau nk tengok sampah tu ade pd kita masa turun nanti..he..good!

Perjalanan ke Taman Bonsai..rasanya dah 3/4 perjalanan nak sampai ke puncak kot nie..suka sangat bile sampai kawasan ni.. sebab kawasannya sangat cantik dan seolah2 macam dijaga setiap masa..dengan keadaan pokok2 yang mempunyai rupa yang unik..

Ni la dye Taman Bonsai..antara tempat yang cantik dan menarik..


Sampai puncak sudah...yeehaaa!!!!!!! Cukup semua ahli team XPDC SIS..Alhamdulillahh..setelah bersusah payah akhirnya dapat jugak menghirup udara atas gunung..coverage fon kat sini full sbb gunung sebelah tu ade pencawang..tapi org awam xleh g..kalo nak sangat g pun leceh gak sbb kn banyak wat surat menyurat..tp yg bestnya kat gunung sebelah tu leh g ngan kereta terus..x yah susah2 nak daki..hik..hik..hik..



Alhamdulillah..dapat akhirnya aku menikmati keindahan ciptaan Mu Ya Ilahi..syukur sangat dah panjat gunung masa ni..sbb dengarnya since 2010 PENDAKI TIDAK DIBENARKAN MENDAKI SEHINGGA KE PUNCAK GUNUNG LEDANG..kenapa..? sebab sudah ada tanda2 gelinciran berlaku..jadi semua taknak amik risiko tuk dok kat atas puncak tu..takut masa ade kat puncak, masa tu la berlakunya gelinciran tersebut..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...