Pages

Friday, March 22, 2013

Keputusan SPM

Ari ni 21/03/2013...keputusan SPM dikeluarkan..macam biasa setiap tahun bila masuk bulan 3 ni cikgu-cikgu termasuk aku terasa lain debarnya..selalunya aku akan menyibuk buat-buat tolong guru tingkatan tolong susun slip keputusan sebab nak tengok result math anak-anak murid yang aku dah ajar..tapi tahun ni berbeza sikit, sebab aku masih lagi dalam tempoh bercuti..ati memang melonjak-lonjak nak pergi sekolah..nak tengok sendiri keputusan SPM anak-anak didik semua..tapi memandangkan adi diserang batuk dan selsema sebab berjangkit dari abang dan kakak, aku jadi tak sampai hati pulak..jadi aku hanya mampu duduk di rumah menunggu khabar berita dari kawan-kawan..
antara anak-anak 5 kreatif

Tahun lepas aku mengajar 2 kelas tingkatan 5..kelas yang pertama kelas Alfa..kelas pertama dalam tingkatan..pelajarnya ada 30 orang..maksudnya ada 30 macam ragam pelajar..ada suka lepak dalam kelas, ada yang suka berniaga kat dalam kelas sampai ada cikgu-cikgu kat bilik guru jadi pelanggan tetap..ada yang terlalu naif sampai kawan buat nakal pun dia yang tolong minta maaf..macam-macam hal..kelas yang kedua pulak kelas kreatif..kelas terakhir dalam tingkatan..kelas ni special sikit..pelajarnya cuma ada 20 orang je..sorang meninggal kerana kemalangan so dah tinggal 19 orang..suka mengajar kelas kreatif ni sebab banyak enjoy..kelas ni lagi banyak ragamnya..sepanjang tahun lepas macam-macam yang berlaku..ada yang kena tangkap beringan-ringan kat dalam kelas, ada yang kemalangan sampai bersimen kaki hingga bawa masuk ke dalam dewan peperiksaan..ada pulak yang tertangkap curi laptop cikgu..macam-macam hal..merokok x payah cerita la..ada sorang tu anta kertas graf yang berlubang kena puntung rokok..
Oleh kerana aku mengajar pelajar yang dah remaja,aku lebih bersikap easy going..lebih bersikap menjadi kawan..jadi pelajar aku lebih bersikap terbuka dengan aku..pendekatan untuk kedua-dua kelas memang jauh berbeza.. Kalau ada kelas tambahan, untuk kelas Alfa dah memadai dengan upload dekat blog..silap-silap diaorang yang datang ingatkan pada aku..tapi kalau kelas kreatif puas kena umpan dengan macam-macam..biasanya aku dah janji siapa yang datang kelas dapat 1 kotak air laici..in sha Allah..ada la 15 orang yang datang..kalau tidaaaakkk..nak jumpj 5 orang pun payah..nak masuk dewan periksa pun puas dipujuk..
Macam-macam yang dah ditempuh sepanjang tahun lepas..ini lah saat penentuan masa hadapan..samada dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah atau sebaliknya..aku sms kawan-kawan untuk dapat maklumat pasal keputusan yang keluar..malangnya, aku sms pukul 12 sampai pukul 2 takde pun yang reply massage aku..betul sibuk diaorang ni semua..tak puas ati, aku call sendiri pada GKMP..dada dah dup dap dup dap..mana taknya, untuk dapat 100% lulus banyak bergantung pada kelas kreatif..aku taknak dipersalahkan..untuk dapat kualiti yang baik pulak banyak bergantung pada kelas Alfa atau dalam kata lain,kelas Alfa kena semua orang dapat A+..

pelajar cemerlang negeri..he he tengah tanya siapa yang ajar math tuh..

Maklumat awal yang aku terima keputusan lulus 100%..alhamdulillah.. Syukur dengan kurniaan Mu..Untuk peratusan bilangan A dan keputusan detail belum diketahui sebab kena tunggu analisis yang dibuat oleh setiausaha peperiksaan.. Itupun aku dah bangga dan bersyukur..lapang rasa dada, ringan rasa bahu bila amanah yang diberi telah dilaksanakan..lebih membanggakan lagi,seorang pelajar dari kelas Alfa terpilih menjadi pelajar terbaik peringkat negeri..rasa kembang idung bila tengok pelajar sendiri masuk berita tv3 tadi..alhamdulillah..
Aku publish ni bukan untuk membangga diri,tapi sebagai motivasi untuk diri sendiri supaya dapat menjalankan amanah yang diberi dengan seikhlas hati..
Untuk pelajar yang telah mengambil keputusan SPM, tugas dan tanggungjawab cikgu cukup sampai di sini..tapi tugas dan tanggungjawab kalian baru bermula..semoga dapat menjadi insan yang tabah dan berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat hendaknya..amin ya Rob

Sunday, March 17, 2013

merdeka!!

Alhamdulillah..diam x diam dah masuk minggu ke 3 aku abis berpantang..memang rasa best sangat..x payah dah nak pakai stokin dalam rumah,x yah dah nak tidur atas tilam pananas, x yah dah minum air bersukat-sukat, x yah dah jalan kepit-kepit macam jepun..tapi dalam masa yang sama aku masih lagi berpantang dalam beberapa hal..terutama sekali minum ais dan air sejuk..tapi bab makan pedas aku memang tak boleh pantang..pembuka selera tu..disebabkan sambal juga la selera aku makin tajam..huhu..pantang tengok makanan mesti rasa teruja..



Teman setia sepanjang dalam pantang..


Memandangkan aku dilantik jadi ketua panitia pada awal tahun ari tu,aku pun meneruskan hajat untuk ambil cuti selama 3 bulan..bukannya aku nak mengelak kerja..tapi aku rasa x selesa bila kena jadi ketua..aku ni jenis yang old skul..aku memang sangat yakin yang orang perempuan x boleh jadi ketua sebab kebanyakan keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh emosi..tambahan lagi aku akan merasa canggung bila ahli panitia aku terdiri daripada guru pakar matematik merangkap JU kebangsaan..guru senior yang berusia 50 tahun,..dan yang paling tak best skali bila pengetua juga berada dalam panitia yang sama.. wargh.. terpaksa la sebab bos pun ajar matematik..hm..tolong la..


Teman tapi mesra sejak bersalin hingga kini..


So sekarang ni merupakan tempoh untuk aku bersenang-lenang menggemukkan badan..x nak pikir pasal keja..nanti stress so susu badan pun bolehtkurang..he..alasan!! Tapi bila dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni aku jadi respect pada suri rumah tangga yg lain terutama sekali pada kakak ipar aku yg dari dulu sampai skarang memang x penah bekerja..kenapa? Sebab aku yang tak sampai 2 bulan melepak kat rumah ni pun dah rasa kebosanannya..buat rutin yang sama setiap ari..maklumla aku ni memang cepat bosan..tapi yang bestnya kepala otak rilek..x yah stress pikir pasal keja,x yah letih smpai rumah pukul 7..x yah pikir pasal meeting, x yah pk pasal presentation,x yah pk observation, x yah pk pasal date line, bla..bla..bla..
Rasanya cukup la entry kali ni..nanti sambung lagi.

Thursday, March 7, 2013

ADI MULHIM


       Assalammualaikum..hehe lama x update blog..rindu rasanya nak tekan papan kekunci..wah..papan kekunci..skema gitu..kali ni nak cerita pasal nama Adi Mulhim nie..alhamdulillah..dalam banyak-banyak nama, Adi Mulhim yang Allah gerakkan hati aku an en. suami untuk pilih jadi nama untuk baby yang baru mencecah umur 7 hari pada ketika itu..punyalah pening nak pilih nama..haha..

         dah macam tabiat kami suami isteri bila dah lahir anak, baru la sibuk nak cari nama...orang lain, anak dalam perut lagi dah ada nama..tapi kitaorg, sampai dah hari ke 7 baru decide nama yang mana satu..
macam anak-anak yang sebelum nie, aku dan en. suami (lebih pada en. suami sebenarnya) akan cari nama yang berbagai-bagai yang agak sesuai dengan baby yang baru lahir tu..tapi sebab kami berdua nie cetek ilmu bahasa arab, so kami pun bertanya pada yang pakar, en.Ishak..anak buah en. suami..memang dari anak yang pertama dulu pun dah dapat khidmat profesional macam ni..dari orang yang sama gak..he he he..
okey ini yang di sms oleh beliau kepada en. suami setelah kaunter pertanyaan dibuka..hehe..

macam biasalah..buat muka garang
 Adi nama sahabat nabi ADI BIN HATIM, masa dia datang beriman dengan nabi, nabi cakap pada dia nanti akan tiba satu masa, orang berbondong-bondong memeluk islam, kamu akan tengok 2 perkara :

1. Wanita dari hirah(kufah,iraq) datang ke Makkah sendirian dalam keadaan selamat. (tiada yang ganggu / rompak / kacaunya sebab semua orang beriman waktu tu, so, orang beriman tak buat jahat)

2. Harta raja rom nak dibahagi-bahagikan tapi tiada seorang pun yang nak terima (sebab semua orang beriman waktu tu, orang beriman tak terkesan pada harta)
Zaman sahabat, bertahun-tahun selepas nabi wafat, adi benar-benar telah saksikan perkara yang nabi cakap tu berlaku


buah hati ummi..smoga jadi anak yang soleh & solehah

 okey..gabungan kepada nama adi tu, en. suami sms 3 pilihan:
1. mulhim  - ilham / inspirasi
2. zuhair - berseri-seri / bersinar - sinar
3. rifqi - lemah lembut

jadi atas pencerahan yang diberi tu, en. suami pun pilih la nama ADI MULHIM...kenapa en. suami yang pilih?? aku..??? haha..aku cakap macam ni kat en. suami
  " ayang pilih la nama yang baik..saya tak kesah sebab saya percaya dengan ayang..ayang mesti pilih yang terbaik untuk anak kita kan.." 
solehah x jawapan aku?? ha ha ha..yang betulnya aku malas nak pikir..masa berpantang nie la masa badan aku terasa lemah yang amat sampai aku malas nak bertindak..jadi okey je la..
okey itu jer la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...